![]() |
| Sejarah Masyarakat Majmuk |
Bujang Senang ingin berkongsi sedikit Sejarah Masyarakat Majmuk Di Malaysia kepada para blogger di Tanah Air agar kita sama-sama mendalami dan memahami wujudnya intergrasi masyarakat yang berbilang bangsa sehingga melahirkan bangsa yang berdaulat. Mohon kritikan dan pandangan daripada anda semua untuk penambahbaikan blog ini dari masa ke semasa.
![]() |
| Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning |
TAHUKAN ANDA?
1. Kesan Campur Tangan Inggeris
a. Kewujudan masyarakat majmuk b. Penentangan masyarakat Melayu c. Perubahan dalam politik, dan sosio - ekonomi
2. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?
Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri
3. Kewujudan masyarakat majmuk
i. Proses dan cara kedatangan
a. Indenture b. Kontrak c. Kangany d. Bebas
ii. Sebab-sebab penghijrahan iii. Kesan-kesan kedatangan iv. Dasar Inggeris dan pemajmukkan
4. Sebab-sebab penghijrahan
i. Faktor Tarikan (Luaran)
a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan b. Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh c. Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai d. Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing. Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh e. Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu
ii. Faktor Tolakan (Dalaman)
a. Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran b. Kekurangan rangsangan ekonomi c. Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan
5. Kesan-kesan penghijrahan/peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu
i. Pewujudan masyarakat yang majmuk
a. Kemajmukkan budaya/adat b. Kemajmukkan agama c. Kemajmukkan pendidikan d. Kemajmukkan bahasa e. Kemajmukkan ras f. Kemajmukkan politik - kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum
ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur
Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub - pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu
iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum
Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO - Melayu, MCA - Cina, MIC - India, Pasok - Kadazan Dusun, AMCJA - gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing
iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu
Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris
Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(Emerson, 1974)
Peningkatan Hasil Eksport
1896 1927 1896 1926 RM 8,434,083 RM 105,404,458 RM 28,395,855 RM 445,600,203
v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi vi. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu vii. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme viii. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi ix. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing x. Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu xi. Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain xii. Kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah semakin pesat xiii. Menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi xiv. Pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza xv. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan pengasingan kaum
Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: (Emerson, 1974)
Keluasaan Ladang Eropah Melayu Cina India
100 sehingga
1000 ekar 357 23 287 118
1000 dan 296 - 12 -
Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh orang Eropah dan Cina (Emerson,
1974)
xvi. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu
Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia
6. Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:
i. Dasar Politik
Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi
ii. Dasar Ekonomi
Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah
Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh
Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh
iii. Dasar Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah
7. Aspek-aspek lain
Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi
8. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru
a. Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik
b. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825)
c. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di Taiping
(1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang
d. Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan asas yang lengkap
9. Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru
a. Bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru muncul
b. Bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak)
c. Berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar, dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar
d. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam yang lain
e. Proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini. Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang.
Sebelum ini, Bujang Senang telah dedahkan mengenai kehancuran Kesultanan-kesultanan Melayu di wilayah Sumatera Timur iaitu Langkat, Deli, Serdang Darul Arif dan Asahan. Artikel ini merupakan siri terakhir bagi ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, iaitu dengan menyusuri pula ke beberapa buah negeri Melayu di kawasan wilayah tengah dan selatan pulau Sumatera. Untuk makluman, artikel ini tidak akan memasukkan Kerajaan Minangkabau dan Kesultanan Acheh Darussalam kerana di Indonesia, suku Minang dan suku Acheh dianggap sebagai dua etnik yang berbeza dengan suku Melayu.
Wilayah Melayu di pulau Sumatera terbentang luas daripada Temiang di sebelah utara yang bersempadan dengan Acheh, hinggalah ke Palembang di sebelah selatan yang bersempadan dengan Lampung. Selain daripada negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur, terdapat juga enam buah negeri Melayu di kawasan tengah dan selatan pulau Sumatera iaitu bermula dengan Kesultanan Lingga (termasuk kepulauan Riau), Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Pelalawan, Kesultanan Indragiri, Kesultanan Jambi dan Kesultanan Palembang. Daripada enam Kesultanan Melayu tersebut, sebanyak empat daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka dan pewarisnya iaitu Kesultanan Johor yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu.
Paling menarik minat Bujang Senang, adalah mengenai asal kewujudan Kesultanan Indragiri. Sejarah umum menyatakan bahawa Kerajaan ini berdiri pada tahun 1298 dan didirikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Melaka yang bernama Raja Merlang I. Ketika tempoh awal penubuhannya, Raja-raja Indragiri dikatakan masih berkedudukan di Negeri Melaka. Perhatikan tarikh penubuhan Kerajaan ini yang dikatakan bermula pada tahun 1298, sedangkan persepsi umum menerima bahawa Kesultanan Melaka hanya mula didirikan sekitar tahun 1400-an Masihi.
Semasa berbincang dengan waris Raja Indragiri, Bujang Senang mengusulkan bahawa ‘Melaka’ yang dinyatakan disini sebenarnya merujuk kepada Kerajaan Singapura Tua. Penulis memberi hujah, isu ini sama seperti kisah Raja Brunei iaitu Awang Alak Betatar @ Sultan Muhammad Syah yang telah memeluk Islam pada tahun 1363 hasil perkahwinannya dengan Puteri Pingai, puteri Sultan Iskandar Syah dari Negeri Johor, sedangkan Kesultanan Johor hanya bermula selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Maklumat dari Pusat Sejarah Brunei bersepakat menyatakan bahawa Puteri ‘Johor’ yang dinyatakan disini adalah Kerajaan Singapura Tua iaitu waris daripada Sang Nila Utama. Waris Raja Indragiri itu tidak menolak kemungkinan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan tidak mustahil juga Raja Indragiri yang pertama ini merupakan zuriat langsung dari Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang.

Lambang Kesultanan Siak dan Kesultanan Pelalawan berbentuk naga beralih (dua naga saling mengadap). Dikatakan lambang Kesultanan Indragiri juga berbentuk begini sebagaimana yang terdapat di istana asal Indragiri yang telah runtuh ke dalam sungai pada tahun 1960-an.
Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Kesultanan Pelalawan pula merupakan dua buah Kerajaan Melayu bersaudara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil, yang dibesarkan di Pagaruyung (Minangkabau) dan mendakwa dirinya sebagai pewaris yang sah bagi Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor lama yang telah mangkat tanpa meninggalkan sebarang waris. Raja Kecil kemudiannya berjaya menduduki tahkta Johor lama dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah I, tetapi tidak lama kemudian disingkirkan oleh bangsawan Bugis sebelum berundur ke Siak dan mendirikan Kerajaan baru. Kesultanan Pelalawan pula didirikan pada awal abad ke-19 oleh Syarif Abdul Rahman, saudara kepada Sultan Ali, Raja Siak. Baginda telah mengambil alih kedudukan Pelalawan dan menjadi penguasa di kawasan tersebut, dengan mendapat perkenan daripada Sultan Siak dan diakui oleh penjajah Belanda.

Tokoh korporat negara, Tan Sri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, yang berketurunan Sultan Siak, menerima Anugerah Adat Kesultanan Siak.
Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian inilah yang telah memecahkan hubungan erat antara negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera dan membentuk sempadan politik Malaysia-Indonesia seperti yang wujud pada hari ini. Kesultanan Lingga telah dihapuskan oleh penjajah Belanda tanggal 3 Februari 1911, dan sebelum itu, penjajah Belanda juga telah menghapuskan Kesultanan Palembang pada tahun 1825 dan Kesultanan Jambi pada tahun 1906.
Menjelang fasa kemerdekaan Republik Indonesia, hanya tiga buah negeri sahaja yang masih diperintah oleh Raja-raja Melayu iaitu Siak, Pelalawan dan Indragiri. Walaubagaimanapun, berbeza dengan pendirian Raja-raja Melayu di Sumatera Timur yang masih berkeras mempertahankan kuasa dan negeri mereka, Raja-raja Siak, Pelalawan dan Indragiri pula bersedia untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kekuasaan mereka kepada pihak Republik yang berpusat di Jakarta. Sejarah kemudian telah mencatatkan nasib dan tragedi yang menimpa Raja-raja Melayu serta kerabat mereka di Sumatera Timur.
Pada hari ini, para pewaris dan kerabat Kesultanan Melayu di wilayah tengah dan selatan Sumatera juga tidak ketinggalan untuk membangunkan kembali institusi Raja Melayu untuk melestarikan warisan dan kebudayaan negeri mereka. Terdapat sebilangan dari mereka yang sangat aktif dengan menyertai Festival-festival Keraton yang diadakan di Indonesia.

Tengku Abdul Rahman, waris Kesultanan Lingga

Tengku Mukhtar Anum, Raja Siak

Tengku Kamaruddin Haroen, Raja Pelalawan

Tengku Arief ibni Sultan Mahmud Syah, Raja Indragiri

Tengku Abdul Rahman Thaha Syaifuddin, waris Kesultanan Jambi

Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, Raja Palembang bersama isterinya


16 ulasan:
"Thus, it is relevant that in a study published just this week in the influential journal Science, the Han Chinese (and other East Asians) have been shown to have originally come from Southeast Asia. Instead of being natives of China, the Han Chinese were in fact immigrants who descended from mainland and island Southeast Asia, the latter historically known as the Malay Archipelago."
sumber rujukan rasmi kajian DNA itu : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
penerangan lengkap kajian DNA itu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf
sejarah melayu ter pakai untuk sejarah dunia
saya mintak lesen penjaja statik dengan pihak dbkl dari pada tahun 2002 lagi saya perkirakan dah ber belas per mohonan saya buat dari banyak tempat sampai sekarang tak dapat perhatian ,kebnyakan janji nak bagi lesen tapi tak bagi jugak tak tau lah nak tunggu mampus agaknya
di jalan kuari dekat taman pertama cheras kawasantu kosong banyak dulu ,tapi sekarang dah penuh dengan cina ,macam mana dia mintak terus dapat saya pun tak tau
saya merasakan diri saya sa orang raja yang menyerap dalam masyrakat awam sekarang ,saya merasakan kawasan nusantara ini merupakan saya sa orang dari warisnya ,tapi bila mintak lesen penjaja statik tepi jalan selama hampir 10 tahun ,satu permohonan pun tak tak dapat nampaknya sayani bermimpilah jawabnya
ada tak dari yang mengaku sebagai wakil rakyat yang dapat membantu menolong menyelesaikan masaalah yang saya hadapi.
terima kasih tanda sokongan anda terhadap blog ini....
sumber rujukan rasmi kajian DNA itu : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
penerangan lengkap kajian DNA itu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf
• Data di atas membuktikan, raja minang kabau /kerajaan pagaruyung/,raja sedaulat dunia,tuan raja di asia timur ,sudah selayaknya masyrakat dunia seluruhnya beraja kepada raja minang kabau.sebagai pewaris raja islam ,dari keluarga junjungan besar nabi Muhammad S A W ,nabi dan rasul,penghulu seluruh alam .
•
semua manusia harus faham dunia ini sering ber ubah ubah kalau bukan lanskapnya yang berubah penghuninya pasti akan berubah ia masih orang/manusia,tapi manusia lain /urang lain ,begitu juga sang peneraju jahat atau baik bergantung pada nasib dan untung bangsa dan negara itu sendiri,jangan ingat sekarang ada kuasa ,di hari lain tak tau lagi
Pewaris raja-raja melayu adalah generasi terdahulu yang membuka tanah melayu...sejarah mengajar kita banyak perkara tanpa mengenal erti penat lelah...tapi begitu mudah kita membuang adat istiadat ini kerana suatu perkara bodoh......
asal usul ,web site, keturunan Melayu berasal dari Minangkabau? kajian DNA
sifat asal melayu ialah sifat islam ,yaitu tidak berpuak puak ,sekiranya kita sudah menjadi ber puak puak ,pengertianya kita semakin jauh dari orang melayu ,tuhan sudah menjadikan menghantar para nabi dan rasul juga dihantar sekali raja pemimpin manusia dari belahan dari nabi dan rasul untuk di ikuti ,baik dari para nabi dan rasul atau raja yang di ikuti semuanya karena allah serta untuk mendapat keredaan allah jua .cuba fikirkan apa yang boleh menyatukan umat.
sumber rujukan rasmi kajian DNA itu : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
penerangan lengkap kajian DNA itu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf
syabas sdra/i ainal
Fakta menybut bhw manusia berawal dari ktrunan yang baik2
ada siapa yang tau ilmu dalam islam ada 4 disiplin ,satu disiplin syariat,dua disiplin tariqat,tiga disiplin haqiqat,empat disiplin makrifat ,cuba fikirkan, nabi musa semasa belajar dengan nabi khidir disiplin ilmu apa yang di amalkannya dan nabi khidir disiplin ilmu apa yang di laksanakannya,kepada mereka yang tidak tau mari tanya orang alim
falsafah alam takambang jadi guru
filosof awal yang dikenal dalam peradaban awal umat manusia
Syair berikut ini menggambarkan latar filosofi dari motif Lumuik Hanyuik :
Aka lapuak gagangnyo lapuak
Hiduik nan indak mamiliah tampek
Asa lai lambah, inyo lah tumbuah
Dalam aia bagagang juo
Aia hilia lumuik pun hilia
Walau tasalek di ruang batu
Baguba babondong-bondong
Aia bapasang lumuik bapiuah
Namun hiduik bapantang mati
Baitu untuangnyo lumuik
Indak mancari tampek diam
Hanyo manompang jo aia hilia
Indak mamiliah tampek tumbuah
Asa kasampai ka muaro
Usah cameh badan kahanyuik
Baguru kito kalumuik
Alam takambang jadi guru
Lahianyo lumuik nan disabuik
Bathinnyo Adat Minangkabau
Dilariak di papan tapi
Ukiran rumah nan di lua
Gambaran adat hiasan alam
Pusako salamonyo
Demikianlah, sebuah motif ukiran dengan gamblang menceritakan perjalanan sejarah orang-orang yang mendirikan Kebudayaan Minangkabau. Entah darimana mereka datang, entah sudah berapa daerah yang mereka lalui, entah sudah berapa lautan yang mereka seberangi dan entah sudah berapa pegunungan yang mereka daki.
yang ikut sekali bersama raja manusia ,raja harimau ,raja gajah, raja buaya ,raja kambing,dan raja kucing,serta raja ular,raja anjing dari rupa bentuk manusia yang sifatnya sama dengan hewan tersebut,turun dari kapal dipuncak gunung kerinci di pulau perca/pulau emas/pulau sumatra ,raja minang kabau ini,yang jadi raja di asia timur sebagai orang islam dari keluarga junjungan besar nabi muhammad s a w ,imam para nabi penghulu para rasul seluruh alam .
apuang apuang sitinjau lauik nampak nagari pandakian jikok untuang den umpama lumuik hanyuik alun tau aden katetap diam.
pulau jawa cuma kecil jika dibanding pulau sumatra pulau emas,jadi penduduk masyarakat jawa tidak perlu menunjuk nunjuk sebahagian besar pendududk jawa berasal dari pulau emas sumatra sehingga. presiden sukarno bahagian dari raja minang kabau lahirnya di pulau jawa ,semasa rombingan raja minang kabau ,mendarat di puncak gunung kerinci masa itu pulau jawa masih tenggelam yang kelihatan cuma puncak gunung serang,semasa rombongan raja minang kabau melalui pulau jawa tujuan pulau emas atau pulau perca atau pulau sumatra
PADA AWAL KEDATANGAN AGAMA ISLAM SELEPAS NABI MUHAMMAD S A W ,GOLONGAN MANA YANG SUKA MEMERANGI SERTA MEMBUNUH KELUARGA NABI ,APA ALASAN NYA TAK LAIN DAN TAK BUKAN HANYA SEMATA MATA IKUT NAFSU SERTA TIDAK REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH TAALA YANG MENGANGKAT SERTA MENJADIKAN KELUARGA NABI JADI PEMIMPIN DARI KALANGAN MASYARAKAT YANG IKHLAS KARENA ALLAH UNTUK MENDAPAT KEREDAAN ALLAH JUA ATAS TUJUAN INI LAH PARA NABI DAN RASUL SERTA RAJA DARI BELAHAN NABI ,ALLAH TAALA HANTAR UNTUK MEMBIMBING DAN UNTUK MEMIMPIN UMAT MANUSIA ,SEKARANG INI ADA ULAMA PEWARIS NABI YANG BERJUANG DAN BERJIHAD KARENA ALLAH DAN HANYA MENGHARAPKAN KEREDAAN ALLAH JUA SERTA TIDAK MEMINTAK UPAH DI ATAS KERJA DAKWAH YANG DI LAKUKANYA
PADA AWAL PERADABAN UMAT MANUSIA AGAMA MENG ESA KAN TUHAN DIPANGGIL AGAMA TAUHID BERMULA DI DALAM SURGA LAGI DI MANA NABI ADAM ALLAH TAALA NIKAHKAN DENGAN SITI HAWA DI DALAM SURGA DENGAN MAS KAHWIN NYA BERSALAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S A W ,SEBAGAI BUKTI SEBELUM SESUATU ALLAH TAALA CIPTAKAN ,MAKA ALLAH MENCIPTAKAN NUR MUHAMMAD S A W ,TERLEBIH DAHULU ,SETERUSNYA ALLAH SUBHANAHUATAALA ,MENCIPTAKAN SEKALIAN RUH ,SURGA DAN NERAKA ,PARA MALAIKAT ,SERTA 4 UNSUR ANGIN,AIR,API,TANAH,ARASY,LANGIT DAN ,BUMI,DARI NUR MUHAMMAD S A W,MAKA AGAMA TAUHID INI DI PIMPIN TIGA NABI DAN RASUL 3 KITAB UTAMA MASA ITU ,SERTA PARA NABI YANG LAINYA,KITAB ZABUR, DI TURUNKAN KEPADA NABI DAUD ALAISSALAM,KITAB TAURAT, DITURUN KAN KEPADA ,NABI MUSA ALAISSALAM,KITAB INJIL, DITURUNKAN ALLAH TAALA KEPADA NABI ISA ALAIHISSALAM,SETERUSNYA KITAB TERAKHIR DI TURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S A W,SEBAGAI NABI TERAKHIR YANG MEMBAWA MUKJZAT KITAB SUCI AL QUR AN,DENGAN MEMBAWA AGAMA SUCI AGAMA ISLAM ,SELEPAS KITAB SUCI AL QUR AN DI TURUNKAN MAKA KITAB KITAB YANG SEBELUMNYA DAN AGAMA AGAMA YANG SEBELUMNYA DI BATALKAN SERATA TIDAK DI AKUI LAGI,SEBABNYA ALLAH SUBHANAHUA TAALA TELAH MENYEMPURNAKAN KEBAIKAN ,DAN AJARANNYA KEPADA AGAMA ISLAM,SERTA ALLAH SUBHANAHUATAALA TELAH MEREDHAI AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG SAH DI TERIMA DI SISI ALLAH SUBHANAHUA TAALA,
puti dari sarugo
Adopun warih nan bajawek pusako nan batarimo umanaik nan bapakai dari rang tuo dahulunyo, nan sabarih bapantang hilang satapak bapantang lupo, kok hilang nan sabarih ka guru cubo tanyokan kok lupo nan satapak cari tunggue panabangan nyo. Adopun warih nan Bajawek, pituah dek guru mangaji sajak dari Alif, pituah dek mamak babilang sajak dari aso, nan aso Allah duo bumi tigo hari nan satu ampek aie sumbayang limo pintu razaki anam budak dikanduang bundonyo tujuah pangkek manusia salapan pangkek sarugo sambilan pangkek Muhammaik kasapuluah Muhammaik jadi, sinan bakato tuhan kito Kun katonyo Allah Fayakun kato Muhammaik Nabikun kato Jibraie yaa Ibrahim kato bumi jo langik Kibrakum kato Adam, jadi sagalo pekerjaan, apo bana nan tajadi, sajak dari Luah dengan Qalam sampai ka Arasy jo Kurisyi bago sarugo jo narako inggo nak bulan jo matohari walau ndak langik dengan bumi samuik sameto sakalipun takanduang dalam wahdaniah tuhan, adolah limo parakaro, maanyo nan limo parkaro,1 tanah baki,2 tanah baku,3 tanah hitam 4 tanah merah jo tanah putiah,5 tanah ditampo dek Jibraie dibaok mangirok kahadiraik tuhan ta-anta ka-ateh meja, disinan bijo mangko kababatang sinannyo kapeh kamanjadi banang disitu langik kamarenjeang naiak disitu bumi kamahantam turun disinan ketek mangko kabanamo disinan gadang mangko kabagala disinan Adam nan batamponyo iyo kapanunggu isi duya.
Dek lamo bakalamoan dek asa ba-asa juo dek bukik tumbuakan kabuik dek lauik ampang muaro abih taun baganti taun mangko malahiekanlah ibu manusia Siti Hawa sabanyak 39 urang, mako dikawinkan dari surang ka nan surang nan bunsu indak bajodoh mangko banazalah nabi Adam katiko itu Ya Allah ya rabbil alamin perkenankanlah aku dengan anak cucu aku kasadonyo, kandak sadang kabuliah pintak sadang kabalaku mukasuik sadang lai disampaikan tuhan, bafirman tuhan ka Jibraie, hai malaikaik jibraie mangirok engkau kasarugo nan salapan, kaba-kan ka anak puti bidodari nan banamo Puti Dewanghari anak Puti Andarasan bahaso inyo kadiambiak dek Sutan Rajo Alam diateh duya, mako mangiriok lah Jibraie ka-sarugo nan salapan mangaba-kan ka Puti Dewanghari bahaso inyo ka dipasangkan jo Sutan Rajo Alam diateh duya, mako mamandanglah Puti Dewanghari ka-ateh duya nampaklah anak Adam diateh alam Sigumawang antaro huwa dengan hiya dikanduang Abun jo Makbun wallahualam gadangnyo hati, mako dikumpuekanlah alat peragaik kasadonyo, iyolah payuang panji kuniang payuang bahapik timba baliak langkok sarato jo marawa kuniang cando kajajakan bertatah intan dangan podi buatan urang disarugo, mako ba-tamu lah mereka dipuncak bukit Qaf lalu dinikahkan dek kali Rambun Azali dipangka Titian Tujuah dibawah Mejan nan kiramaik, mako dibaka kumayan putiah asok manjulang ka-udaro takajuik sakalian malaikaik tacengang sagalo Bidodari manyemba kilek ateh langik bagaga patuih diateh duya tarang bandarang cahayonyo lapeh ka-langik nan katujuah tahantak kahadirat tuhan sabagai sasi pernikahan
Catat Ulasan