Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Oct 31, 2008

DULU....BUKANKAH MEREKA PERNAH BERSAMA???

Dulu...bukankah mereka pernah Bersama???...


Bersama Bekerja membangunkan Bangsa

Bangsa Melayu agenda perjuangan mereka
Kedua-duanya bertungkus lumus memperjuangkan Bangsa...


CUMA gaya perjuangan mereka sahaja berbeza...


seorang keras dan seorang lemah lembut TETAPI...


kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama....


membina generasinya yang BERJAYA...


19 Mei 2008 telah tercipta lagi satu sejarah...Seorang Bekas Presiden UMNO telah mengumumkan untuk tidak berada lagi di dalam UMNO sehingga YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri...Kecoh satu Malaya apabila mendapat tahu perkara ini. Dr. M meletakkan 2 syarat...Pertama tunggu sehingga Pak Lah tidak lagi memimpin UMNO dan Malaysia dan keduanya JANGAN masuk mana-mana parti pembangkang. Nampaknya Dr. M seperti mana diketahuyi umum telah mengotakan apa yang di kata...sekarang ini di "grassroot" semua orang mula terpinga-pinga...nak ikut Dr. M keluar parti atau terus setia bersama parti yang sudah tentunya akan terus memberikan sokongan kepada Pak Lah...


Wahai rakan-rakanku yang berbangsa Melayu...sedarkah kita bahawa orang Melayu sekali lagi berada dalam saat yang merbahaya..jika menang akan jadi arang dan jika kalah akan menjadi abu...kita tiada pilihan...pilihan yang kita ada hanyalah Memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional...jangan kita jadi seperti pepatah melayu " sudah jatuh ditimpa tangga". Jika kedua-dua Pemimpin Agung kita ini terus berbalah...tunggulah saat-saat kehancuran...sudahlah 6 negeri kalah semasa PRU 12...sekarang parti pula dilanda gelombang...jangan Parti kita pecah dan orang Melayu sudah tiada tempat bergantung. Marilah kita lahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri..Jangan sampai Perdana Menteri jatuh dan rebah dan digantikan dengan seorang Perdana Menteri yang tidak boleh menyebut kalimah Allah(bukan Melayu)....sekarang ini Perdana Menteri perlukan sokongan kita...



* kan bagus kalau 2 gergasi orang Melayu ini bergabung lawan kafir Harbi (DAP)...

Rasuah Politik atau Politik Wang

Umno sebagai tunjang parti BN telah menguasai politik negara sejak PRU pertama 1955. Pada ketika itu rasuah politik di kategori zero.

Zaman itu UMNO miskin dan rakyat sanggup menyumbangkan wang ringgit, harta benda seperti emas semata-mata ingin melihat Malaya bebas dari pemerintahan Inggeris. Orang Umno ketika itu sanggup menjunjung atau memikul pembesar suara berjalan kaki masuk kampung berbatu-batu untuk berkempen pilihanraya.

Dari nama Malaya hingga menjadi Malaysia negara terus berkembang maju dan rahmat pemerintahan sendiri rakyat semakin mewah dan taraf hidup semakin meningkat.

Hari ini setelah 51 tahun merdeka , negara semakin dicemburi oleh politiking dalam dan luar. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menjatuhkan UMNO dan pemerintahn BN. Usaha hampir berjaya dalam PRU 12.

Politik wang telah mula diperkatakan sejak 1993. Sesiapa yang ingin menjadi Ketua Bahagian mesti ada wang. Untuk menjadi AJK Bahagian juga mesti ada wang, malah untuk menjadi wakil bahagian ke Persidangan Agung di PWTC pun memerlukan wang. Malah untuk menjadi Ketua pemuda cawangan juga mesti ada wang.


No money no talk, no money no project. Hari ini ada tangan yang meminta dan ada tangan yang memberi. Tangan yang meminta akan menilai , siapa besar akan dapat lebih. siapa tak bagi duduk tang tu lah.

Itu lah politik hari ini. Seperti anda pergi bank untuk pinjam wang untuk projek pertanian. Pegawai bank akan bertanya ada berapa ekar tanah untuk dicagarkan? Kalau ada tanah semuanya mudah , tak ada tanah , tunggulah kita akan pertimbangkan permohoonan anda.

Dalam pemilihan UMNO setiap 3 tahun sekali peranan wang amat menjadi-jadi. Untuk menjadi G7 seorang itu sanggup membuat pinjaman wang. dan dengan harapan beliau akan mendapat kembali wang tersebut berlipat kali ganda bila berada di PWTC.

Sebelum persidangan setiap minggu turun ke KL penginapan dan makan ditanggung. Itu lah yang dibicarakan dalam tahun 1993 yang lalu. Cenderahati dan cenderamata teramat laris. Hidangan Lopster juga menjadi hidangan istimewa untuk mereka. kalau begitu apa salahnya melabur sepuluh atau dua puluh ribu di peringkat bahagian.

Pelancong asing tercegang melihat orang Melayu semua penuh di hotel-hotel 5 bintang , kereta-kereta besar berwarna hitam penuh di hadapan hotel, yang keluar masuk semua muka orang Melayu. Hebat sungguh ketika itu. Siapa tok dalangnya? Ia telah di jawab oleh Tun Mahathir pada buah akhir persidangan.

Pembaca dari parti pembangkang pun sama. Jangan tersenyum sinis bila membaca. Pakatan Rakyat juga tidak kurang dalam rasuah politik atau politik wang. Lihat saja Husam Musa sanggup berbelanja besar kepada penyokong Hindraf baru-baru ini dengan membelanja makan kepada puluhan penyokong Hindraf dan berjanji untuk menjadi orang tengah antara kerajaan dan Hindraf. Politik wang atau rasuah politik lah namanya tu.

Dalam PRU kecil di PP 44 kita dapat lihat dengan jelas brtapa hebatnya politik wang yang dimainkan oleh calon yang menang. tetapi menafikan bahawa dia tak ada wang dan kereta pun kereta orang lain. Ingat, "no money , no talk"

Wahai rakyat Malaysia mari lah sama-sama kita menentang politik wang. Dr Rais pernah berkata eloklah pemilihan dibuat secara tender. satu kenyataan yang cukup sinikal. tetapi ada orang dari utara marah akan kenyataan beliau itu.

Ingat! kerana candu, negara Cina tergadai kepada barat, dan kita kerana wang negara runtuh.
'HAPUSKAN RASUAH POLITIK'

Tanggungjawab Menjaga Indentiti Bangsa


Perubahan yang berlaku setiap saat dalam hubungan sosial lazimnya turut membawa bersamanya krisis sosial khasnya dari segi penerapan nilai murni yang mewarnai kehidupan sosial masyarakat.

Kendatipun perubahan berbentuk pembangunan ini menyumbang kebaikan kepada tarat sosioekonomi masyarakat dan negara, ia tetap mempunyai implikasi negatif terhadap struktur sosial, agama dan budaya.

Bagaimanapun, dalam membincangkan implikasi yang dibawa oleh arus pembangunan ini, implikasinya terhadap golongan remajalah paling banyak dipersoalkan dan diperbincangakan.

Seakan tiada ketidakadilan pula implikasi negatif dan kebejatan sering menjadi topik perbincangan yang hangat diperdebatkan hingga menutupi implikasi positif yang dibawa. Golongan remaja yang merupakan komoditi negara sering menjadi kambing hitam terhadap segala implikasi negatif yang dibawa arus pembangunan yang amat senang terdedah kepada tarikan negatif yang seakan-akan cuba mengubah budaya timur yang mereka junjung selama ini kepada budaya baru yang berpaksikan budaya barat.

Akibat daripada keterbukaan ini, segala jenis kemajuan dan budaya yang tidak sesuai dengan nilai ketimuran yang selama ini menjadi pegangan, dihakis dari dalam sanubari masyarakat timur. Arus ini secara halus cuba menghakis dan menerbitkan rasa ragu terhadap budaya ketimuran dan pegangan remaja terhadap budaya Timur itu sendiri.

Saat ini langkah westernisasi ini jelas dapat dilihat dari segi bahasa, kepercayaan dan pegangan, gaya hidup termasuk cara berpakaian, soal pemakanan dan budaya baru yang terbentuk akibat daripada penjajahan pasca baru ini.

Oleh yang demikian adalah tanggunjawab kita sebagai warga yang lebih matang, mandiri serta faham erti keterbukaan ini harus tampil kedepan bersama-sama menjana remaja yang memahami makna sebuah keterbukaan dalam hubungan sosial mereka. Peranan kita adalah memberi pendedahan maklumat serta mendalami jiwa-jiwa mereka agar mereka lahir sebagai generasi yang berkualiti dengan teras "MODAL INSAN" yang menjadi aspirasi Perdana Menteri kita yang tercinta.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang....

Oct 30, 2008

Kerjasama Kaum Adalah Penting

Sekarang ini semua orang dimana-mana dalam akhbar, internet, website orang bercakap tentang krisis ekonomi yang sedang mengalami masa-masa kejatuhan yang amat teruk. Kesan daripada krisis ini banyak negara mendapat impak yang begitu ketara sekali, selain daripada Malaysia. Ini menyebabkan kerajaan sedang berusaha untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi negara ini agar lebih menarik para pelabur untuk melabur dalam banyak sektor di Malaysia.

Kerjasama pelbagai kaum untuk menghadapi cabaran ekonomi global adalah lebih penting daripada soal pemilikan ekuiti dalam syarikat awam, kata Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Menurutnya, daripada berbincang mengenai soal pengagihan ekuiti antara pelbagai kaum, negara ini sepatutnya lebih menitikberatkan perkara mengenai daya saing negara dalam arena ekonomi global yang mencabar.

‘‘Pada hari Deepavali, mereka (pemberita) tanya saya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), saya pun jawab bahawa MCA mengalu-alukan kenyataan itu dan berpandangan positif dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara.

‘‘Lepas itu ada wartawan tanya mengenai soal ekuiti dan saya menjawab bahawa ekuiti itu bukannya penting tetapi apa yang lebih penting ialah kerjasama antara kaum, bergabung tenaga untuk meningkatkan produktiviti dan daya persaingan negara.

‘‘Adalah tidak bermakna (untuk bercakap mengenai pengagihan ekuiti) jika negara tengah menghadapi cabaran ekonomi yang besar,” katanya.


Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai permintaan MCA supaya kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Oct 27, 2008

What is SCORE?

Perasmian Score oleh YAB. Datuk Patinggi Abdullah Hj Ahmad Badawi telah dilakukan di Bintulu Prominate, pada hari ini 11 Feb. 2008

What is SCORE?

The Sarawak Corridor of Renewable Energy or simply known as SCORE, is one of the five regional development corridors being developed throughout the country.

SCORE is a major initiative undertaken to develop the Central Region and transform Sarawak into a developed State by the year 2020.

It aims to achieve the goals of accelerating the State's economic growth and development, as well as improving the quality of life for the people of Sarawak.

What is the core of SCORE?

The core of the corridor is the energy resources, particularly hydropower (28,000 MW), coal (1.46 billion tonnes), and natural gas (40.9 trillion square cubic feet) found abundantly within the Central Region.

This will allow Sarawak to price its energy competitively and encourage investments of energy-intensive industries that will act as triggers for the development of a vibrant industrial development in the corridor.

State Aspiration
The Sarawak Corridor will go beyond alleviating poverty and will lift the economy up a quantum level through waves of development in the coming decades to transform itself into an advanced industrialized State. This is the aspiration behind the development of the Sarawak Corridor.

Where is SCORE located?

The corridor is located within the Central Region of Sarawak, stretching for 320 km along the coast from Tanjung Manis to Similajau and extending into the surrounding areas and the hinterland.

SCORE covers an area of 70,709 sq km, with a population of 607,800 people.

The major urban centres within the corridor are Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei and Kapit.

Maklumat Lanjut sila layari "www.sarawakcore.com.my"

Oct 26, 2008

Bersatulah Demi Islam

Memetik kata-kata dari Zukifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (PKR)“Dalam bercakap soal Islam tiada siapapun dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya,’’ itulah jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zukifli Noordin kepada penulis apabila ditanya tidakkah beliau bimbang untuk diwawancara oleh Mingguan Malaysia - akhbar yang diboikot oleh Pakatan Rakyat.

Sememangnya dalam mempertahankan Islam, Zulkifli dilihat salah seorang pemimpin yang paling lantang. Tanpa mempedulikan akibat daripada kelantangannya, Zulkifli pernah dihadap ke jawatankuasa disiplin PKR kerana membantah majlis forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam.

Bagi Zulkifli memperjuang dan mempertahankan Islam adalah agenda utama hidupnya, soal karier politik ‘‘itu saya serah kepada Allah menentukannya.’ Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di pejabatnya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Zulkifli secara terbuka bercakap soal betapa pentingnya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.

Beliau membangkitkan bagaimana kaum-kaum lain boleh bersatu apabila terdapat isu yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Justeru kata beliau adalah sesuatu yang menghairankan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah yang sama tidak mampu bersatu.

Malah apa yang mengecewakan beliau kelantangannya menegakkan perjuangan Islam turut ditegur oleh Ahli Parlimen Pas yang pada pandangan beliau seharusnya memberi sokongan. Justeru dalam menyatukan umat Islam, Zulkifli berpendapat berikutan sikap taksub kepartian yang masih lagi melumuri sesetengah pemimpin politik beliau mencadangkan Raja-Raja Melayu memainkan peranan pro aktif dalam soal itu. ‘‘Sudah tiba masanya kita bersatu demi Islam,’’ kata beliau.


Pakar Motivsi Malaya
Bujang Senang..

Oct 24, 2008

Banduan Pun Makan Sedap?

Kerajaan terpaksa membelanjakan RM50,000 sehari untuk kira-kira 2,000 banduan warga asing yang ditempatkan di penjara seluruh negara .

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah mencadangkan menghantar kesemua banduan itu untuk menghabiskan tempoh tahanan di negara asal mereka melalui pindaan Akta Penjara.

Tak pernah tengok lagi mana-mana Negara menyediakan peruntukkan untuk banduan di penjara RM15 seorang..sebab itulah PATI sanggup datang ke Malaysia hanya untuk dapat makan free...hehehe..lawaklah dorang nie..

Hidup Banduan Malaysia...u all dapat makan sedap bukan macam YB tu..dah diberi makan pun nak bising..

Oct 21, 2008

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan


SULTAN Kelantan, DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra

Dipetik daripada "http://www.bharian.com.my"

KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.

Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.

"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.

"Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.

Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.

Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.

"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.

"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.

Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.

"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.

Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.

Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.

"Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.

"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.

Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.

"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.

"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.

Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

Oct 18, 2008

Love your country

We should love our country. We can cherish in Malaysia without any fear being bombarded by outsiders. Put aside any issue circulating our mind because the target for us Malaysian is the better Malaysia. We can live in harmony. Peace can be among us.

So much for being an idealist, hurm?

Yet, reality has given us its invoice. We as Malaysian should pay it whether we like it or not. But what should we pay? What kind of payment should be done? How much do we have to pay? In fact, pay for what?

Racism has been the current issue among Malaysians. Certain political figures blatantly raise voice about racism and pointing fingers to other people for not being equal to other races. The question is what kind of equality he/she wants? IMO, we already have our rights in this country.

Citizens in Malaysia are in the state of confuse. Further issue of racism, who are being racist, should be stopped. This kind of argument will only end up like chicken and egg, which one comes first. If not stopped, it might result to a clash between races.

Love our country means loves the people of the country. Understanding between every each of the races in Malaysia should be the benchmark for discussing sensitive matters, mostly on cultures and religions.

Respect the constituencies, follow the 5 pillars of Malaysia, learn the history of Malaysia and we should see Malaysia will go further as a better country.

Oil price doubled?

Gazprom (biggest Europe natural gas distributor) said the crude oil price will hike twice until next year.

Wow. Currently the price is making big holes through every Malaysians roof and now it will be making way to the orbit and make big ozone hole through Malaysia's sky. So what should we do?

Currently the U.S and E.U are planning to attack (read:strong diplomacy) against Iran about their nuclear activity and the "we-Malaysians-know-they-are-evil" Israelis warmongers and politicians never accepted that Iran will not making any nuclear weapons. In fact, the Israel's have their own nuclear weapons. This actions obviously driven for their own agenda to be the supreme power in the world.

The effect of oil price comes before their real attack on Iran. They speculate lots of things about oils and the war against Iran will be the main medium to escalate oil price towards the sun. Never think about escalate it down to earth.

It is unlikely one to escape life from oil. Unless I'm living in a forest, have all the appropriate abilities and knowledgeable to live in it, lots of food and water resources, maybe I will think about it twice. Wait! What about electricity? How can I turn on my PC? And what about Internet? Aghh, damn.

Oct 17, 2008

Jangan Sentuh Kontral Sosial - Raja Melayu

Dipetik Daripada "http://www.utusan.com.my"


KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Oct 15, 2008

Perbezaan Politik Bukan Halangan Maju Negeri Sarawak


Perbezaan fahaman politik antara kerajaan dan pembangkang tidak harus dijadikan halangan dalam memastikan kerancakan pembangunan di negeri ini berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata perancangan pembangunan mampu dicapai apabila semua pihak mampu berbincang mengenai pembangunan di negeri ini, tanpa membabitkan politik.

Beliau berkata, antara cabaran yang dihadapi kerajaan sekarang ini ialah menseimbangkan antara pembangunan ekonomi dan sosial.

Katanya, pembangunan sebenar rakyat dapat dicapai bukan menerusi debat politik yang akhirnya akan mengundang kepada keadaan yang huru hara.

"Kita mesti memastikan pembangunan yang dirancang kerajaan membawa kesejahteraan yang berterusan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Perbincangan Parlimen mengenai Kerajaan 2008 : Senario Perancangan dan Perubahan Pengurusan : Mengurus

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan masa depan, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam, Menteri kabinet negeri, Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta penyokong kerajaan.

Seminar tiga hari itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan dan perancangan, menawarkan pengalaman menerusi kajian kes, cabaran dan isu mengenai perancangan senario dan pengurusan perubahan.

Seminar juga sebagai asas kepada pemahaman dalam pengurusan dan implimentasi Score.

Justeru, Taib berkata, wakil rakyat Barisan Nasional harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan memahami aspirasi kerajaan khususnya mengenai Koridor Tenaga Di Perbaharui Sarawak (Score).

Beliau berkata, mereka perlu bersedia mempertahankan kerajaan dalam bentuk apa jua kritikan yang dilontarkan dengan menyediakan jawapan yang kukuh.

Minyak Turun Lagi

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.

Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.

Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.

Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.

Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.

“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Berita Penuh Lihat http://www.utusan.com.my

Oct 11, 2008

Meniti Detik 08 Disember 2008



Anwar Ibrahim terus menerus berangan hendak menjadi Perdana Menteri lagi. Sesudah tiga kali ramalannya untuk menjadi PM tidak menjadi iaitu pada 16 September, 23 September dan 1 Oktober. Anwar menetapkan pula tarikh yang keempat iaitu pada 8 Disember 2008, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha untuk menjadi Perdana Menteri. Selepas ini akan ada tarikh yang lain pula kalau tidak jadi 8 Disember?


Anwar mengumumkan tarikh 8 Disember dalam satu ceramah Perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu. Saksinya ialah Husam Musa dan Nik Aziz Nik Mat. Apa akan berlaku jika tarikh yang keempat ini juga tidak menjadi kenyataan? Apakah Anwar akan terus menerus menyalahkan pihak lain sebagai kegagalannya untuk menjadi PM?


Sehingga kini Anwar masih belum lagi menyahut cabaran PAS untuk mengemukakan senarai nama 31 orang ahli parlimen yang bakal melompat. Sampai bila orang orang PKR dan PAS akan terus mempercayai Anwar? Mengapa beriya iya benar Anwar hendak menjadi PM? Tidak bolehkah tunggu sehingga pilihan raya umum seterusnya? Seharusnya daripada terus berangan angan hendak menjadi PM, Anwar laksanakan dulu tanggungjawab sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.

Pemulihan Parti Akan Bermula

Kita sering mendengar suara-suara sumbang ibarat angin bertiup sepoi-sepoi dipetang hari keghairahan para pemimpin kita saat ini mencalonkan nama-nama dalam pemilihan MT UMNO yang baru sudah pasti memberi wadah dan wacana ilmiah baru dalam mencanangkan visi dan misi membaikpulih UMNO dari akar umbi lagi..

ORANG UMNO kena tempah baju dan seluar yang banyak kocek. Orang UMNO juga kena pakai dua tiga telefon, kalau tak bukan pemilihan UMNO namanya.

Itu antara pesanan ringkas 'berlapik' yang diterima menceritakan tanggapan orang luar terhadap pemilihan UMNO yang bakal berlangsung Mac depan.

Ada banyak lagi cerita serta halwa telinga yang didendangkan mengenai pemilihan UM- NO sejak berakhirnya pilihan raya Mac lalu.

Sememangnya pesanan ringkas serta cerita-cerita mengenai pemilihan UMNO tidak boleh ditelan bulat-bulat apatah lagi yang sarat dengan unsur-unsur negatif.

Namun kalau tak ada angin tak kan pokok bergoyang, kalau amalan seperti itu luar biasa dalam pemilihan UMNO tentu tidak akan ada cerita-cerita seumpamanya dijaja ke sana-sini.

Cuma mungkin cerita yang disebarkan itu didendang secara berlebih-lebihan sehingga kedengaran sumbang dan memberi imej yang tidak baik terhadap UMNO.

Sedangkan hakikatnya hanya segelintir pengamal politik wang bergerak secara aktif dalam UMNO sehingga 'menghidupkan' cerita-cerita panas yang merosakkan imej UMNO itu sendiri.

Sementelah menunggu Mac, pasti akan banyak lagi cerita panas bakal mewarnai suasana mesyuarat bahagian yang akan berlangsung secara berperingkat.

Tanggungjawab ahli-ahli UMNO berserta barisan pemimpinnya ialah memastikan pesanan ringkas yang berselerakan di sana sini serta cerita-cerita panas politik wang dan penyalahgunaan kuasa tidak menjadi kenyataan.

Semestinya ia bukan tugas yang mudah. Di peringkat awal lagi kenyataan demi kenyataan dikeluarkan tentang amalan politik wang menjelang pemilihan UMNO yang dikatakan terburuk dalam sejarah parti.

Kenyataan seumpama itu yang juga disuarakan kalangan orang penting UMNO merupakan cabaran terbesar kepada parti untuk membolehkan UMNO dilihat dari pandangan yang berbeza.

Dan pemilihan UMNO kali ini sepatutnya menjadi penanda aras kepada sejauh mana kesungguhan ahli-ahli UMNO untuk mengubah wajah parti yang telah tercalar supaya dilihat lebih bersih dan suci.

Jika tempoh lima bulan menjelang pemilihan masih dihantui dengan berita-berita salah laku taburan wang dan penyalahgunaan kuasa, maka amat jelas UMNO tidak akan pulih selama-lamanya.

UMNO akan kekal begitu kerana ahli-ahlinya tidak mahu kembali kepada matlamat asal penubuhan parti tersebut iaitu berjuang demi menegakkan agama, bangsa dan negara.

UMNO akan terus dijauhi oleh generasi muda yang jelik serta muak dengan amalan penyelewengan semata-mata untuk mendapatkan jawatan atau memastikan calon yang boleh diseluk koceknya mendapat kemenangan supaya cerah masa depan mereka kelak.

Jika dilihat kekalahan Barisan Nasional (BN) tidak menutup pemikiran serta persediaan untuk menghadapi pemilihan UMNO yang jadual asalnya Disember ini.

Malah kemerosotan prestasi BN tidak dijadikan iktibar semasa berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketika itu ahli-ahli UMNO dikatakan galak bergebang mengenai pemilihan parti dan bukannya bekerja keras untuk membantu menjayakan kempen pilihan raya sekurang- kurangnya sebagai sokongan kepada calon BN yang bertanding.

Akibatnya selepas tersungkur berlaku adegan tuding menuding jari.

Sedihnya apabila semangat untuk bertanding merebut jawatan dalam parti atau pun keghairahan untuk mencalonkan nama-nama yang akan bertanding tidak selalunya disertakan dengan niat murni.

Seringkali dilihat keghairahan pemilihan UMNO kerana ada udang di sebalik batu, ada maksud yang tersirat di sebalik segala-gala yang tersurat.

Ada kalanya sokongan membawa rebah, sokongan berlebih-lebihan terhadap calon yang bertanding adakalanya bukan saja untuk memastikan kemenangan calon tersebut, lebih penting lagi habuan yang bakal diterima oleh mereka yang menghulurkan undi.

Sepatutnya pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO Khamis lalu kerana tidak mahu melihat UMNO terus berpecah mesti disusuli dengan keazaman setiap ahli parti untuk membuang budaya kotor dan jijik yang membelenggu UMNO selama ini.

Amat jelas kemerosotan prestasi UMNO pada pilihan raya lalu tidak dijadikan pengajaran dan kita menantikan keghairahan pemilihan UMNO pula untuk merumuskan penilaian terakhir kita sejauh mana UMNO akan terus relevan.

Banyak mata yang memberi tumpuan kepada proses pemilihan calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan Mac depan dan banyak juga pihak yang menghitung satu demi satu kesilapan UMNO. Tersilap langkah UMNO akan menerima padah.


Pakar Motivasi Malaya (PMM)