Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Apr 22, 2009

Penasihat Ekonomi Negara?

KETIKA mengumumkan pembentukan Kabinet pada 9 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa pemulihan ekonomi serta pembinaan kemakmuran jangka panjang menjadi keutamaan tertinggi bagi kerajaan baru di bawah kepimpinannya.

Oleh itu tegas Najib, beliau sendiri akan menerajui usaha mulia tersebut demi memperbaharui ekonomi negara dengan bantuan sebuah pasukan yang terbukti berpengalaman untuk bekerja demi Malaysia.

Ia akan melibatkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ekonomi (MPE) yang akan melaporkan terus kepada beliau. Majlis ini akan memberikan khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif mengharungi suasana ekonomi yang cukup mencabar.

Persoalannya siapakah yang paling layak untuk menduduki jawatan Penasihat Majlis Penasihat Ekonomi yang akan menyaksikan kedudukan bertaraf menteri itu?

Apabila menyentuh perkara ini, individu yang terpilih bukan sekadar dikenali ramai tetapi perlu mempunyai track record yang mampu memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa beliau layak untuk berada pada kedudukan tersebut.

Ini kerana dalam usaha memulihkan ekonomi, keyakinan rakyat amat penting agar mereka boleh bersama-sama memberikan sumbangan bagi membantu kerajaan. Sekali gus meyakinkan mereka bahawa kerajaan benar-benar serius untuk menyelesaikan kemelut tersebut dengan meletakkan orang yang dianggap paling layak menjawat jawatan itu.

Dalam soal ini, kita harus mengimbas kembali ucapan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan Rakyat beberapa hari sebelum pengumuman Kabinet yang secara terus-terang mahukan kerajaan melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat ekonomi negara.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Apr 21, 2009

MEMBINA NEGARA BANGSA

Penyusunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang diumumkan baru-baru ini memperlihatkan rangkuman bidang tugas yang lengkap dan bersepadu. Kementerian ini merangkumi tiga bidang yang terpisah sebelum ini.

Menterinya Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap bidang penyiaran dan komunikasi menuntut pengisian daripada segi nilai kebudayaan negara ini. Maka dengan rangkuman bidang dalam kementerian ini beliau mengharapkan kementerian tersebut mempunyai keupayaan yang lebih tinggi ke arah membina negara bangsa.

Pada masa yang sama bidang penyiaran dan komunikasi juga terdedah dengan cabaran besar dengan dasar langit terbuka yang mendekatkan rakyat dengan budaya yang dibawa dari luar. Dalam soal ini Rais menaruh keyakinan menerusi peruntukkan undang-undang yang ada, kementeriannya dapat memastikan komunikasi dan penyiaran tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

“Kita harus bijak menggunakan kuasa di bawah undang-undang untuk menjana kesan dan hasil yang hendak kita capai,” demikian tegas Rais ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan Hafizahril Hamid di pejabatnya di Angkasapuri Selasa lalu.

MINGGUAN: Apa perasaan Datuk Seri apabila kembali kepada dua kementerian iaitu Penerangan dan Kebudayaan yang pernah diterajui sebelum ini?
RAIS: Saya anggap ini sebagai satu pengiktirafan dan penghormatan kepada satu-satunya landasan perkhidmatan bagi saya. Jadi saya bernasib baik bukan saja kali kedua dalam Kementerian Penerangan dan Kebudayaan malah ketika di Kementerian Luar juga saya berkhidmat buat kali kedua. Tapi ke Kementerian Kebudayaan merupakan kali ketiga iaitu kali pertama ketika bersama mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 1974. Penghormatan dan pengiktirafan ini saya junjung tinggi demi semangat membina negara bangsa. Saya akan cuba sedaya upaya menggunakan pengalaman untuk menjayakan apa jua dasar kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya tentang Satu Malaysia yang telah beliau umumkan.

Secara peribadi saya menganggap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai satu adunan yang cukup lengkap. Apa pula pandangan Datuk Seri?
RAIS: Saya setuju, sebenarnya Kementerian Penerangan sahaja tidak lengkap. Ini kerana dalam hal pengisian kebudayaan yakni cara hidup seni dan warisan jika tidak disekalikan sukar untuk menjadikannya popular atau diterima sebagai ruang asuhan hidup kita. Jadi dengan meletakkan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan sekali gus ia memudahkan kerja kita untuk menjana program dan mewujudkan nilai-nilai yang positif untuk membina negara bangsa.
Begitu juga dengan aspek komunikasi. Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membantu secara perundangan dan kuasa-kuasa yang ada padanya boleh menggerakkan semua program melalui saluran-saluran televisyen dan radio yakni saluran media elektronik kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Bagaimana dengan pertembungan dasar langit terbuka? Adakah ini bermakna kita akan lebih terbuka dalam soal komunikasi dan penyiaran kita?
RAIS: Akta yang ada itu memberi pelbagai jurusan tugas, fungsi dan kuasa. Oleh itu kita harus bijak menggunakan kuasa di bawah undang-undang itu untuk menjana kesan dan hasil yang hendak kita capai. Langit terbuka ini bermula dengan Astro, dan nampaknya Astro telah berkembang dengan begitu hebat sekali sehingga menjadi satu syarikat gergasi yang kuat sehingga kerajaan kelihatan seolah-olah segan dengannya. Ini tidak seharusnya berlaku. Oleh itu bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung di Malaysia, Astro harus bekerjasama dengan kerajaan oleh kerana undang-undangnya adalah di bawah komunikasi.

Kerana itu kerajaan ingin mewujudkan kerjasama yang intim antara syarikat-syarikat yang berangkasa luas dengan kementerian ini supaya dalam bab yang berkaitan dengan pembinaan negara bangsa dapat mereka bantu. Bagaimanapun saya harus tegaskan juga bahawa kita tidak perlu keterlaluan memaksa mereka untuk membawa program-
program yang disajikan oleh kerajaan.

Memadai bagi mereka mewujudkan program mereka sendiri tetapi membantu kerajaan dalam mencapai matlamat Satu Malaysia. Satu perkara lagi ialah bagi syarikat-syarikat televisyen dan radio membawa segmen-segmen pembangunan Malaysia melalui dokumentari-dokumentari pendek yang boleh membuka vista pemandangan rakyat Malaysia apabila menonton saluran-saluran tersebut dan juga ketika mendengar melalui radio.

Pada hari ini berpuluh-puluh stesen radio tidak kurang 50 misalnya, jarang sekali segmen membina masyarakat itu didengar menerusi saluran mereka. Kebanyakan pengisiannya adalah hiburan, muzik dan celoteh yang langsung tidak mengindahkan apa yang kita perjuangkan dalam pembinaan negara bangsa. Cita-cita pembinaan negara bangsa ini penting dan adalah diharapkan mendapat kerjasama dari syarikat-syarikat penyiaran swasta.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Apr 17, 2009

DUN Penanti?

Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini telah dikosongkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menunggu pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa DUN tersebut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

''Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi semua pilihan raya kecil bila-bila masa.
''Kita akan tunggu pengumuman SPR atau Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memaklumkan kekosongan kerusi di Penanti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Ne Penanti berkuat kuasa hari ini.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Apr 1, 2009

Peluang Pekerjaan

SYARAT MENJADI ADUN dan AHLI PARLIMEN DARI PARTI PAS, PKR DAN DAP



1. PEMIDATO-Mesti pandai bercakap besar dan berjanji.

Cth Anwar Ibrahim


2. Pakar mengutuk orang dengan melihat kekurangan pihak lawan.

Cth Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadhi


3. Buat kerja tak tahu tak apa sebab kita boleh perbodoh rakyat semasa berceramah.

Nik Aziz Nik Mat- MB Kelantan.


4. Menghina pihak lawan dengan segala fitnah

Semua orang terlibat.


5. Berlagak wira dan jaguh


6. Ada masalah moraliti dan masalah rasuah, boleh diampuni

Cth Anwar Ibrahim


7. Menerima calon buangan dari BN dan UMNO

Cth Kapten (B) Azhar


8. Seks sebagai sedekah.


9. Seks kerja menyeronokkan

Cth Elizaberth


10. Menggunakan Al-Quran untuk menghina sesama orang Islam.

Ahli PAS sahaja.


11. Bila ada masalah, pergi tuntut janji dengan BN


12. Menyembah semua Allah


Cth PAS dengan HINDRAF.


SEKIRANYA PEMBACA BLOGGER ADA CIRI-CIRI DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SEBAGAI AHLI PAS, PKR DAN DAP PADA BILA-BILA MASA.


KEMUNGKINAN PEMBACA BLOG AKAN DILANTIK MENJADI YB UNTUK PILIHANRAYA AKAN DATANG DAN MEMENANGI KERUSI BERKENAAN DENGAN SENANG.


Tidak perlu berjuang atau mempunyai matlamat....


Tidak Perlu seorang berwawasan...


Tidak perlu bekerja untuk rakyat...


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang