Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Aug 28, 2009

AIDS: Ciptaan Manusia Atau Semula Jadi

AIDS seperti yang kita ketahui merupakan penyakit yang digeruni di dunia. Sejak ditemui pada tahun 1981, ia telah meragut nyawa 25 juta manusia. Walaupun dikatakan beberapa kemajuan telah dicapai untuk menentang penyakit maut ini, namun ia kurang berkesan. Pada tahun 2007 sahaja, ia meragut 2.1 juta manusia seluruh dunia.

Sebenarnya, AIDS bukan penyakit. Ia satu keadaan dimana virus HIV menyerang sistem pertahanan badan (sel darah putih) manusia sehingga lumpuh dan ini menyebabkan badan manusia tersebut tidak lagi mampu lagi melawan penyakit-penyakit ringan seperti selesema dan sakit perut.

Tapi tahukah anda, ada sumber yang mengatakan AIDS adalah buatan manusia, bukannya semula jadi. Kononnya Virus ini dicipta sebagai mengimbangi populasi manusia dan senjata biologi. Jakob siegel , professor biologi di Universiti Humboldt, German mengatakan virus HIV dihasilkan sekitar tahun 1977 dan 1978 di makmal tentera Amerika Syarikat iaitu Fort Detrick, Maryland. Ianya menggabungkan dua jenis virus iaitu Visna dan HTLV.

Teori ini disokong oleh Dr.Allan Cantwell dalam bukunya “AIDS and the Doctor of death: An Inquiry into the Origin of the AIDS epidemic” dan “Queer Blood: The Secrets AIDS Genocide Plot”. Beliau mendakwa para saintis Amerika menghasilkan Virus HIV. Para saintis dikatakan melakukan kajian dan eksperimen keatas homoseksual dan bisexsual yang kononnya kajian hepatitis-B sekitar tahun 1971 hingga 1978.
Benarkah semua ini? Mungkin juga. Tetapi terpulanglah kepada pembaca.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Palestin - Israel....

Konflik Israel-Palestin bermula apabila Lubnan, Mesir, Jordan, Syria dan Iraq menawan Israel pada 14 Ogos 1948. Sewaktu Israel mengistiharkan kemerdekaannya, mufti Jerusalem, Haj Amin Al-Hussein mengistiharkan perang suci terhadap Israel.

Akibat serangan itu, seramai 720,000 orang berbangsa Arab (termasuk wanita, kanak-kanak dan tidak berupaya) melarikan diri dari Israel dan akhirnya dimasukkan ke kem-kem pelarian. Pada tempoh yang sama, seramai 600,000 warga Israel melarikan diri dari negara-negara Arab. Adakah wanita, kanak-kanak yang tidak berupaya ini dikecualikan daripada serangan ini?

Adakah rakyat Malaysia melihat di kaca televisyen kanak-kanak dan wanita warga Israel yang tidak bersalah terbunuh atau cedera akibat serangan roket Hamas? Bukankah mereka ini juga manusia?

Sumbangan tamadun Islam tidak harus dilupakan. Akan tetapi, kita juga tidak boleh meminggirkan sumbangan-sumbangan orang-orang yahudi hanya kerana konflik Israel-Palestin.

Dua puluh peratus pemenang Anugerah Nobel dalam bidang kimia adalah orang Yahudi, fizik (26 peratus), ekonomi (42 peratus), fisiologi/perubatan (28 peratus).

Karl Marx, Milton, Paul Krugman (ahli fikir ekonomi), Albert Einstein (ahli sains terkenal selepas Sir Isaac Newton), Edward Teller (Bom Hidrogen), Jonas Salk (membangunkan ubat polio pertama). Semua mereka ini adalah orang yahudi.

Sheikh Ahmad Ismail Yassin dan Abdel Aziz al-Rantissi menubuhkan gerakan Hamas (Harakat al-Muqawima al-Islamia) pada tahun 1987 dan merupakan sayap bersenjata gerakan Ikhwan al-Muslim yang ditubuhkan di Mesir.

Senarai perjuangan Hamas dikeluarkan pada 18 Ogos 1988 yang terdiri daripada 36 artikel berasingan dan ia menerangkan ideologi gerakan tersebut iaitu membantah kewujudan Israel dan menyeru kemusnahan negara tersebut.

Ia mengatakan bahawa Palestin adalah tanah Islam dan oleh itu adalah tanggungjawab setiap orang Islam membebaskan tanah Palestin dimana jua mereka berada. (Artikel 13) Panggilan Jihad: Jihad adalah tanggungjawab setiap orang Islam dan Pencerobohan Yahudi keatas tanah Palestin memerlukan jihad (Artikel 15).

Umat Islam akan bersatu dan menyahut seruan berjihad dan akan berterusan sehinggalah Palestin dibebaskan.

Menolak apa-apa rundingan damai kerana bertentangan dengan gerakan perjuangan Islam. Rundingan-rundi ngan ini hanyalah alasan untuk melantik orang-orang kafir untuk memerintah tanah Islam. Tidak ada penyelesain kepada masalah Palestin kecuali Jihad (Artikel 13).

Selepas Perang Dunia Pertama, Rundingan Damai Paris Diadakan pada januari-jun 1919 dimana istilah ‘Palestin’ merujuk kepada wilayah yang kini terdiri daripada Israel dan Jordan. Ia telah dipersetujui bahawa Palestin akanmenjadi mandat Liga Negara-negara di bawahGreat Britain.

Terma-terma mandat tersebut antara lainnya adalah menjadi kewajiban bagi Great Britain untuk melaksanakan Deklarasi Balfour (2 Nov 1917) bagi pewujudan tanah air orang-orang Yahudi. Pada Julai 1922, Great Britain membahagikan Palestin kepada dua pentadbiran dimana orang-orang yahudi hanya dibenarkan mentadbir kawasan barat saja.

Pada tahun 1964, Great Britain sekali lagi membahagikan Palestin dan mewujudkan negara Arab Palestin atau Jordan. Pada 29 Nov 1947, dua pertiga daripada ahli-ahli Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan pembahagian barat Palestin menjadi negara Yahudi dan Arab. Ini dibantah oleh negara-negara Arab dan disitulah konflik Israel-Palestin bermula. Pada tahun 1949, Israel menandatangani gencatan senjata dengan Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan walaupun berlaku derangan keatas negara itu pada hari kemerdekaannya.

Pada tahun 1966, Syria membedil bandar-bandar Israel dari Golan. Pada 15 Mei 1967, Mesir menempatkan tenteranya di sempadan Sinai dan tiga hari kemudian mengusir tentera pengaman PBB dari sempadan Israel. Pada Mei 22, Mesir menutup Selat Tiran kepada kapal-kapal Israel dan pada Mei 25, Syria, Jordan Iraq dan Arab Saudi menempatkan tentera mereka di sempadan Israel.

Israel terpaksa mempertahankan kewujudannya pada Jun 1967 dan akibatnya mereka menakluk Gaza, Sinai, Judea, Samaria dan sebahagian kawasan Golan. Persidangan Arab Khartoum pada September 1967 mengeluarkan resolusi untuk tidak berdamai dengan Israel, tidak mengiktiraf kewujudan Israel atau mengadakan sebarang rundingan dengan Israel.

6 Oktober adalah Hari Yom Kippur, hari paling penting dalam kalendar Yahudi dan hari dimana kebanyakkan orang Yahudi bersembahyang. Pada tarikh ini pada tahun 1973, Mesir dan Syria menyerang Israel.

Walaupun diserang pada tahun 1947, 1967 dan 1973, Israel mengembalikan sinai kepada Mesir dengan syarat perdamaian dan Israel juga menandatangani perjanjian damai dengan Palestin yang mungkin membolehkan kewujudan negara Palestin yang merdeka. Bagaimanapun, ini tidak berlaku kerana pemimpin Palestin Yassir Arafat mempunyai visi lain dimana Israel tidak wujud sama sekali.

Arafat telah berulang kali mengendahkan perjanjian-perjanjian diantara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) malah Jordan menerusi Raja Hussein menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Arafat dan sebagai ganti Arafat tidak lagi menyerang Israel.

Daripada tujuh juta rakyat Israel, 16 peratus beragama islam dan 74.6 peratus adalah Yahudi. Peratusan orang Islam warga Palestin adalah 88 peratus diikuti 9 peratus Yahudi dan Kristian (2 peratus). Angka ini jelas menunjukkan orang Islam dan Yahudi boleh bekerjasama kearah dunia yang lebih baik.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Aug 18, 2009

GOBALA KRISHNAN MEMALUKAN PAKATAN RAKYAT !!!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

GOBALA KRISHNAN MEMALUKAN PAKATAN RAKYAT !!!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Aug 15, 2009

Malaysia Contohi Indonesia?

PADA 8 Ogos lalu merupakan sambutan ulang tahun ASEAN. Menurut Sekretariat ASEAN di Jakarta, sebanyak 548 juta orang meraikan ulang tahun ke-42 itu. Sambutan itu mengingatkan kembali Deklarasi ASEAN yang dibuat di Bangkok, Thailand pada 1967 iaitu 10 tahun selepas Malaysia merdeka.

Selain itu ulang tahun berkenaan seharusnya dijadikan oleh para pemimpin dan rakyat di negara anggota ASEAN melihat kembali sejauh mana usaha dilakukan untuk memakmurkan rantau ini.

Apa yang menarik berlaku di Yogyakarta iaitu salah sebuah bandar utama di Indonesia terletak di Jawa Tengah, pada 8 Ogos lalu terdapat lapan agensi pelancongan dari Malaysia dan Indonesia telah menyatakan persetujuan untuk mempromosikan pakej pelancongan baru yang diperkenalkan iaitu Pakej Pelancongan Warisan UNESCO.

Pakej yang mengambil konsep 1, 2, 3 iaitu satu matlamat, dua buah negara dan tiga destinasi akan mempromosi Borobudur di Yogyakarta dan dua lokasi warisan UNESCO iaitu Pulau Pinang dan Melaka di Malaysia.

Ini bermakna Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari China dan Jepun akan turut menggalakkan mereka melawat Borobudur, manakala Indonesia yang menjadi tumpuan pelancong Eropah turut mempromosi Pulau Pinang dan Melaka.

Idea pakej pelancongan itu dibangkitkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen semasa lawatan pertama kali sebagai Menteri Pelancongan ke Indonesia dan bagi merealisasikan hasrat itu, Pengerusi Lembaga Penggalakkan Pelancongan, Datuk Dr. Victor Wee dan Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Amiruddin Abu telah mengadakan pertemuan dengan agensi pelancongan yang berkenaan.

Semuanya berjalan lancar dan 16 agensi pelancongan terbabit tidak sabar untuk bekerjasama menjual pakej pelancongan tersebut yang turut mendapat sokongan Penerbangan Malaysia yang memberi tambang istimewa.

Langkah itu membuktikan bahawa Malaysia dan Indonesia dengan kedua-duanya anggota ASEAN mampu bekerjasama dalam menghadapi situasi ekonomi tidak menentu yang tentunya menjejaskan semua sektor ekonomi terutama pelancongan.

Jadi tidak hairan ramai ahli perniagaan di Malaysia kini mulai membuka mata dan menyifatkan negara jiran Indonesia merupakan penyelamat kepada ekonomi rantau ASEAN. Ini jelas dilihat kerana ketika negara lain mengalami pertumbuhan negatif, Indonesia masih lagi mencatatkan pertumbuhan positif.

Seorang pengusaha restoran rakyat Malaysia di Jakarta menceritakan kepada penulis bagaimana perniagaannya di Malaysia terjejas kira-kira 40 peratus berikutan krisis ekonomi global, bagaimanapun perniagaannya di Indonesia sedikit pun tidak terjejas dan sekali gus menjadi penyelamat kepada perniagaannya keseluruhan.

Aktiviti perniagaan di Indonesia tidak terjejas kerana pasarannya tidak terlalu bergantung kepada eksport. Sebagai negara terbesar di ASEAN dan ketiga terbesar di dunia, Indonesia mempunyai pasaran domestik yang cukup besar dengan memiliki 280 juta penduduk.

Walaupun sebelum ini status negara ketiga di dunia paling berpotensi dari segi pelaburan asing selepas China dan India dianggap sebagai propaganda pihak tertentu, tetapi kini ia terbukti dengan jelas sekali.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia berpandangan lebih positif terhadap negara jiran Indonesia walaupun kira-kira dua juta rakyat negara itu bekerja sebagai buruh binaan, pekerja ladang dan pembantu rumah di Malaysia.

Mungkin panggilan 'Indon' perlu dikikis dari lidah rakyat Malaysia kerana panggilan itu cukup tidak digemari oleh rakyat Indonesia kerana dianggap sebagai merendahkan darjat mereka.

Lidah rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan panggilan itu perlu dilatih semula agar tidak mengecilkan hati rakyat negara serumpun.

Kepada majikan di Malaysia, berhentilah bertindak kejam dan menganiayai pekerja negara jiran hanya kerana salah faham dan kurang mengerti budaya serta adat resam masing-masing. Kerana tindakan tidak bertamadun segelintir majikan sedemikian akan menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi renggang.

Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sendiri ketika baru memegang pucuk pimpinan negara menjadikan Indonesia sebagai negara pertama dilawatinya sebagai menunjukkan betapa pentingnya negara jiran itu.

Begitu juga Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri ketika menang pada Pilihan Raya Presiden baru-baru ini juga berharap supaya Perdana Menteri Malaysia adalah orang pertama yang mengucap tahniah kepada beliau dan ternyata hasrat Susilo itu tertunai apabila Najib merupakan orang pertama yang menelefon dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Susilo mengekalkan pemerintahannya untuk penggal kedua.

Jika kita memandang negara jiran berkenaan dengan pandangan yang lebih positif maka akan dapat dilihat sebenarnya, banyak yang boleh dipelajari serta dikongsi demi kesejahteraan bersama.

Arti Kemerdekaan Apabila Perlembagaan Persekutuan Di Otak Atik !!!

DUA minggu lagi semua warga Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan (dulu disebut Hari Kebangsaan) ke-52. Ketika menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, jangan lupa hanya 11 negeri sahaja di Semenanjung Tanah Melayu yang diisytiharkan merdeka.

Pada masa itu negara kita bernama Persekutuan Tanah Melayu dan Malaya dalam bahasa Inggeris. Lidah penjajah Inggeris tidak boleh menyebut Melayu seperti juga mereka tidak boleh menyebut Mesir lalu dipanggil Egypt.

Apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai kita dan merdeka pada 31 Ogos 1963, barulah negara ini bernama Persekutuan Malaysia. Tetapi perkara penting yang mengiringi kemerdekaan negara kita ialah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia adalah undang-undang negara kita yang patut dipatuhi.

Bukan mudah menggubal undang-undang yang begitu 'cantik' dan boleh diguna pakai dalam negara berbilang bangsa ini.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan itu, hampir semua perkara berhubung pembentukan negara bangsa ini disentuh.

Selama 50 tahun, semua kaum berpegang teguh pada Perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun ada cubaan untuk meminda, ia hanya berjaya dalam perkara-perkara tertentu sahaja. Semua ini berlaku kerana selama 50 tahun negara ini diperintah oleh kerajaan Perikatan dan kemudian Barisan Nasional (BN).

Namun sekarang, apabila PKR, DAP dan Pas berjaya memecahkan tradisi majoriti dua pertiga di Parlimen, maka suara dan percubaan dilakukan untuk menggasak perkara-perkara sensitif dalam Perlembagaan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, bermakna 18 bulan cerita mengasak-asak isu sensitif seperti dalam Perkara 3 (Islam agama rasmi), Perkara 5 (Kebebasan diri), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan), Perkara 11 (Kebebasan agama), Perkara 12 (Hak-hak berkenaan pelajaran), Perkara 38 (Majlis Raja-Raja), Perkara 70 (Keutamaan Raja dan Yang Dipertua Negeri).

Selain itu ada yang masih tidak faham-faham tentang Perkara 72 (Keistimewaan Dewan Negeri), Perkara 89 (Tanah rizab orang Melayu), Perkara 90 (Peruntukan khas mengenai tanah adat di Negeri Sembilan, Melaka dan tanah pegangan orang Melayu di Terengganu).

Malah isu-isu yang kerap dijadikan pertikaian oleh pemimpin dan rakyat negara ini ialah Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan), Perkara 153 (Hak istimewa orang Melayu).

Setelah sekian lama isu-isu dalam perkara-perkara Perlembagaan di atas dimainkan, ternampak trend yang cuba mempertikaikan Perkara 181 (Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja) dan Perkara 183 (Tiada tindakan yang boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan negara).

Lebih 50 tahun, semua masyarakat berbilang kaum hidup dengan aman damai, tetapi selepas tsunami politik 18 bulan lalu itu, semua berubah.

Satu demi satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan ditekan dan mahu diubah. Hakikat yang mula dilupakan ialah Perlembagaan bukan sahaja menjaga dan memelihara hak-hak orang Melayu tetapi juga bukan Melayu.

Kita hairan kenapa kelebihan orang Melayu sahaja yang diperkatakan, bagaimana tentang keciciran dan kemunduran Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi.

Bukan Melayu hendak semua sama rata atas prinsip hak asasi tetapi lupa keadilan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang menjadi majoriti.

Kita tidak mahu kerajaan pimpinan Melayu diasak-asak dan akhirnya mengalah. Kita tak benarkan orang Melayu terpedaya dengan konsep sama rata.

Kita mahu orang Melayu bangkit bersuara dan sedarkan rakan daripada kaum lain supaya faham akan kedudukan negara.

Jangan dibiarkan tiang seri negara dibiarkan dihina tanpa ada rasa kesal di jiwa orang Melayu.

Jika kita ikut dan patuhi perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak layak disebut pun perkataan kaum Cina dan India selepas kaum Melayu dalam penulisan atau ucapan.

Dalam Perlembagaan tidak disebut pun kedudukan kaum Cina dan India. Definisi bangsa Malaysia yang disebut ialah Orang Asli, Melayu dan Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

Begitu juga kalau diikut Perlembagaan, tidak dibenarkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan Cina atau sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Tetapi atas semangat perkongsian kuasa dan tolak ansur demi memelihara perpaduan antara kaum, maka semua yang 'tersasar' daripada Perlembagaan tidak diambil tindakan.

Tetapi sekarang, perkara yang kita bertolak ansur itu mahu terus dipertahankan dan yang hak milik pribumi pula mahu dikikis dan dihapuskan. Adilkah?

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Aug 11, 2009

Islam Di Hina?

Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan di antara kaum.

“Apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada Islam tapi untuk semua agama dan kaum dalam negara kita.

“Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan.

“Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapapun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan hasutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan menghina agama Islam oleh pihak tertentu sebagai reaksi terhadap pandangan penceramah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berhubung isu anak luar nikah.

Selain kritikan balas oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang lebih menjurus kepada serangan peribadi, isu tersebut menjadi semakin hangat apabila wujudnya reaksi melampau dalam laman blog sehingga ke tahap menghina agama Islam.

Berikutan itu pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO dan pembangkang Islam mendesak supaya pihak berkenaan dikenakan tindakan segera kerana ia boleh menimbulkan situasi tegang di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.

Malah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin turut mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga pemimpin Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan umat Islam secara umum ekoran isu tersebut.

Mengulas perkara yang sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memastikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan tegas perlu kerana perbuatan seumpama itu sudah mencapai tahap yang melampau.

“Ini bukan lagi amaran. Ia jelas salah, cuma kita perlu pastikan siasatan terperinci sebelum tindakan diambil.

“Kita ada cara untuk memastikan tindakan kepada pihak yang melakukannya. Apabila dapat bukti kita akan bertindak,” tegasnya yang ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Aug 6, 2009

Untung Atau Rugi ??

PAS boleh mendabik dada kerana Berjaya mengerah segala bala tenteranya untuk berdemonstrasi membantah ISA, di Dataran Merdeka semalam. Dari Presiden PAS, Ahli Majlis Tertinggi hingga ke pasukan sayap merah (unit Amal Pemuda PAS).

Tetapi sesuatu demonstrasi yang dianjurkan, bukan dikira dari segi kejayaan menganjurkan, namun dinilai pada pencapaian matlamatnya.

Apakah selepas demonstrasi semalam, ISA akan dimansuhkan ? Saya fikir tidak.

Jadi sekiranya tidak dimansuhkan ISA, walaupun dikerah seluruh bala tentera berdemonstrasi, kenapa perlu menganjurkan kerja yang akhirnya sudah diketahui tidak membuahkan hasil ?

Di sinilah noktah persoalannya : Untuk apa demonstrasi dianjurkan, walaupun sudah ketahui tiada hasil ?

PAS sendiri mengalami krisis sokongan masyarakat Melayu terhadap partinya. Hal ini terbukti dengan kehilangan 40 peratus pengundi Melayu di Bukit Gantang dan hanya Berjaya mengekalkan kemenangan majoriti 65 undi di Manek Urai. Itu isyarat-isyarat awal yang bakal mencemaskan parti Islam.

Apatah lagi krisis pertembungan Erdogan dan Ulama yang masih berlarutan, walaupun Muktamar PAS telah lama berlalu.

Jadi apa jalan keluarnya ? Jawapannya mesti tumpu ke luar, turun ke jalan raya, berdemonstrasi!

Benar, itu adalah jalan keluar terbaik, tetapi sejauhmanakah keberkesanannya ?

Penganjur boleh berbangga dengan kejayaan mengadakan demontrasi, tetapi belum tentu penganjur boleh meraih keuntungannya. Mungkin keuntungan yang diharapkan, tetapi kerugian yang diterima.

Politik itu mempunyai kesenian yang tersendiri. Tidak semestinya Berjaya menganjurkan demonstrasi semalam akan Berjaya memenangi hati pengundi Melayu agar kembali menyokong parti Islam. Mungkin kesan sebaliknya.

Siapa untung PAS, Anwar atau DAP?

Lim Kit Siang tidak perlu mengerahkan seluruh tenteranya untuk turun ke jalan raya. Cukup sekadar dia dan anaknya (Lim Guan Eng) dan beberapa kerat tokoh DAP tunjuk muka, kerana semua persiapan telah disediakan oleh PAS.

Anwar Ibrahim lagi bijak, tidak perlu mengarahkan segala bala tenteranya untuk bersekang mata untuk mengarahkan bala tenteranya turun di jalan raya, kerana PAS telah bertungkus lumus bekerja keras.

Cukup sekadar Anwar muncul di pejabat PAS, di Kuala Lumpur dan memberikan ucapan, lepas itu balik ke rumah dan tidur. Itu sudah kejayaan besar, tidak perlu bekerja keras, menghabiskan masa dan tenaga, tetapi Berjaya memperolehi populariti.

Selepas ini, Anwar bakal muncul dalam CNN, CBS, Al Jazeera atau BBC dan boleh mendakwa semua itu adalah hasil usahanya. Anwar akan meletakkan dirinya sebagai hero, sebagai manusia yang ‘berkarisma’, berjaya menghimpunkan rakyat menyokongnya.

Dunia barat tidak kenal siapa Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang, mereka hanya kenal Anwar Ibrahim.

Dan sudah tentu dunia barat akan memuji kehebatan Anwar Ibrahim, Berjaya menganjurkan demonstrasi anti ISA, di Kuala Lumpur dengan mengembling sokongan Haji Hadi dan Lim Kit Siang.

Sebab itu politik itu seni. Walaupun PAS Berjaya menganjurkannya, tetapi tidak semestinya Berjaya mengaut populariti. Di dalam Negara belum tentu PAS Berjaya meraih simpati sokongan Melayu, apatah lagi meraih populariti di Amerika Syarikat ?

Seperti dalam PRU 12, akibat percaturan bijak Anwar Ibrahim, walaupun partinya masih setahun jagung dan keahliannya kurang, tetapi keputusan akhir adalah PKR Berjaya menghantar 30 ahli parlimen, DAP (28) dan PAS (23).

Itulah harga yang paling mahal dengan kerja keras PAS, mengerah semua bala tenteranya dengan tred rekod sebagai Parti Islam yang tertua, akhirnya Berjaya memenangi 23 kerusi parlimen berbanding dengan PKR, 30 kerusi. Sepatutnya dari segi logik, keputusan sebaliknya.

Tetapi yang lebih untung adalah DAP yang Berjaya meningkatkan jumlah suaranya di parlimen akibat undi daripada ahli-ahli parti Islam.

Sebab itu memang wajar, jika akhbar harian Israel, The Jerusalem Post, meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Akhbar Israel tidak meramalkan Haji Hadi Awang atau Lim Kit Siang sebagai PM, mereka meramalkan hanya Anwar Ibrahim sahaja bakal PM!

Demonstrasi untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor ?

Semua rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku di Selangor. Haji Hadi tahu, Anwar tahu dan Lim Kit Siang juga tahu. Mereka ramalkan kerajaan PR akan runtuh jika tidak diselamatkan.

Tetapi benarkah ‘kerajaan PR Selangor’ bakal runtuh seperti ramalan mereka itu ? Saya tidak fikir begitu. Kerajaan PR Selangor amat kuat!

Hasil undi ahli-ahli parti Islam, PKR memperolehi 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8). Berdasarkan kedudukan kerusi memang layak PKR menerajui kepala negeri sebagai Menteri Besar.

DAP sebagai majoriti kedua terbesar, memohon jawatan Timbalan Menteri Besar, tetapi undang-undang tubuh kerajaan Selangor tidak membenarkan TMB di kalangan bukan Melayu, jadi peluang lebih terbuka kepada PAS.

Tetapi untuk menjaga autonomi kerajaan PKR di Selangor, dimansuhkan jawatan TMB, hanya Khalid Ibrahim dijadikan ketua de facto, selain membolot 4 kerusi exco. Manakala PAS dan DAP berkongsi 3 jawatan exco mewakili parti masing-masing.

Bezanya exco yang disandang DAP lebih kanan dalam susun atur pentadbiran Selangor.

Senarai lengkap seperti berikut;

1. Tan Sri Khalid Ibrahim -Menteri Besar (PKR)
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

2. YB Teresa Kok Suh Sim (DAP)
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

3. YB Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

4. YB Eam Yong Hian Wah (DAP)
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

5. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR)
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

6. YB Yaakob bin Sapari (PKR)
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

7. YB Rodziah binti Ismail (PKR)
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

8. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (PKR)
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin

9. YB Dato Dr. Hassan bin Mohamed Ali (PAS)
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

10. YB Dr. Halimah binti Ali (PAS)
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

11. YB Iskandar bin Abdul Samad (PAS)
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

Semenjak gabungan PAS, PKR dan DAP menerajui Selangor, telah banyak perubahan drastik telah dilakukan antaranya :

1. Meluluskan RM 8 Juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam (gereja/tokong/kuil) dalam bajet 2009

2. Memansuhkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (Islam) menjadi Pengerusi Rumah Ibadat Bukan Islam diganti dengan pengerusi bersama antara Teresa Kok, Ronnie Liu dan Dr Xavier jayakumar

3. Memansuhkan peraturan sekatan rumah ibadat bukan Islam termasuk peraturan ketinggian.

4. Meluluskan 10 juta untuk memperkasakan sekolah Cina dan Tamil.

5. Menobatkan mendiang S Kugan sebagai "wira Selangor" dan menderma RM10,000 kepada keluarganya, walaupun mendiang S Kugan mempunyai rekod jenayah sejak berumur 13 tahun lagi.

6. Pelantikan besar-besaran bukan Melayu ke dalam kerajaan Selangor dan agensinya, misalnya Datin Paduka Low Siew Moi, sebagai penasihat kewangan MB; Tricia Yeoh sebagai pegawai penyelidik Dasar-dasar Awam Selangor; Dr Tan Kee Kwong sebagai Task Force tanah Selangor; Khong Ho Ming sebagai konsultan KDEB, William Leong sebagai anggota panel Kajian Semula Air Selangor dan ramai lagi yang dilantik di pelbagai agensi.

Sebab itu ada kewajarannya keluhan ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, bekas aktivis PAS Selangor dengan berkata apa yang PAS dapat daripada ‘kerajaan PR’ Selangor setelah berjaya menyakinkan ahli memangkah PKR dan DAP ?

Hanya satu yang PAS dapat iaitu berjaya mengadakan ceramah-ceramah di Selangor!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

The Economist Described Anwar Ibrahim As Chameleon

Is it the end of tunnel for Anwar the Great White Hope? Read the article from The Economist dated July 30th, 2009:

Banyan
Malaysia's chameleon

The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia’s most extraordinary politician

ONE evening in mid-July Anwar Ibrahim was deep in the rubber-tapping state of Kelantan in northern Malaysia, urging a crowd of rural folk to vote for a devout fishmonger. The candidate was from the conservative Islamic Party (PAS). A tiny by-election for the state assembly PAS already dominates is ordinarily small beer (or would be, if PAS allowed such a beverage, which it does not). But Mr Anwar needs PAS. For the paradox is that without the Islamists, the alliance he leads of Malay modernisers, Indians and secular Chinese has little chance of driving the ruling United Malays National Organisation (UMNO) from power. The coalition that UMNO dominates has ruled Malaysia since independence in 1957. Mr Anwar longs for UMNO’s destruction. The feeling is mutual.

That morning, Mr Anwar had been in Perth where he had met Australia’s foreign minister. What had he been doing with Stephen Smith? “Plotting,” replies Mr Anwar, with a conspiratorial wink. Mr Anwar spends a lot of time abroad with national and religious leaders whose names he drops slightly too easily into an engaging conversational style. He moves like quicksilver from one intriguing subject to the next, but you get the uncanny sense that he is speaking to what interests you.

Mr Anwar thinks he will soon need international support. Two days after stumping in Kelantan, pre-trial hearings began in a case in which Mr Anwar stands accused of sodomising a political aide “against the order of nature”. Mr Anwar vigorously denies the charges. He says he is the victim of a political stitch-up. International outrage might help him. Much is fishy about the case. Photographs of the former aide who brought the accusations show him with UMNO members, including people close to the current prime minister, Najib Razak. The charge has been changed from sexual assault to “consensual sex”, yet his accuser has not been charged. (All homosexuality is illegal in Malaysia.)

Mr Anwar has been here before. In 1998 he was charged with corruption and homosexual acts. In custody, he was beaten up by the chief of police. He spent six years in jail, mostly in solitary confinement, until his conviction was overturned. Upon release, his political career seemed over.

It is easy to forget now but for many years Mr Anwar led a charmed life. He made his name as an Islamist student leader in the 1970s and was even jailed under the draconian Internal Security Act. Then he shocked his former colleagues by joining UMNO, where his rise was spectacular. By 1993 he was deputy prime minister and heir to Mahathir Mohamad, the country’s long-serving leader. Malaysia seemed about to fall into his lap. “Ah,” says Mr Anwar, “the good old days.”

But during the Asian financial crisis of 1997-98, Mr Anwar moved too soon against his mentor, who after 16 years in power was not ready to bow out. Mr Anwar railed against the UMNO cronyism from which he had benefited. Livid, Dr Mahathir threw him out of the cabinet and launched Mr Anwar’s persecution. Mr Anwar’s reformasi movement sputtered out with his jailing.

Yet the hopes which that movement represented surged again after the general election of March 2008, and especially after August 2008 when Mr Anwar won a seat in Penang. In the election the ruling coalition lost its precious two-thirds majority which gave it power to change the constitution. It has since lost five out of six by-elections to Mr Anwar’s forces, which also control four of 13 states. In getting out its message, the opposition has been helped by an explosion of internet opinion that has undermined the influence of the UMNO-controlled mainstream media.

UMNO’s back is against the wall. Even its own officials admit to its arrogance, with corruption bound into the fabric of its power. The New Economic Policy (NEP, introduced in 1971) instituted racial preferences for majority Malays, when ethnic Chinese and Indians owned much of business. But instead of helping the poor, the NEP has enriched rent-seekers around the ruling party, while dragging down economic growth. Resentment has spread from Chinese and Indians to poor or pious Malays.

This has made possible Mr Anwar’s strange alliance. In calling for the end to the NEP, he says poor Chinese and Indians need help as much as Malays—but because there are more poor Malays than other races, they will still get the lion’s share of government help. It is a possible way out from the baneful influence of race on Malaysian politics. But the real strength of this alliance is that Mr Anwar’s charisma and political nous holds it together. Alas, that it is potential weakness, too.

Trials and tribulations

The challenges for Mr Anwar and his alliance will now multiply. For a start, Mr Najib, prime minister since April, has said the NEP must adapt, stealing some of his opponent’s thunder.

Then there is the time-consuming trial. Mr Anwar says he will win whatever the verdict. If he is acquitted, the government which brought the case will be discredited. If found guilty, tens of thousands of supporters will take to the streets. Mr Anwar hints tantalisingly at new information in a murder case that has gripped the country partly because of its links to Mr Najib. This, he suggests, gives him ammunition to fight back.

Intriguing, but it is unlikely to be enough. If Mr Anwar does go to jail, the alliance may not survive the loss of its leader. If he calls out his supporters—for something of the martyr lurks in him—he may be blamed for the ensuing chaos. And if he appeals to international opinion, his local supporters may question that.

This points to a trap waiting to catch the silver-tongued Mr Anwar, who deftly tells different audiences—religious or secular—what they like to hear. The same blogosphere that helped his meteoric rise may one day pay more attention to his chameleon qualities. Malaysians would then come to ask more closely: who and what exactly does Anwar stand for?