Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Oct 28, 2009

Kematangan Politik Kita Tidak Berdemokrasi?

SEJAK bilakah keganasan menjadi lumrah politik tanah air?

Pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, beberapa orang menunjukkan luka dan cedera yang dikatakan disebabkan serangan lawan. Ada yang berkata, serangan dirancang oleh gerombolan yang memang hendak mencari gaduh. Semua pihak dituduh, dan semua pihak juga cepat menunjukkan lebam akibat dianiaya.

Jika betullah buku lima menjadi salah satu modal demokrasi kita, rasanya kematangan politik masih kurang di kalangan kita walaupun sudah berpuluh tahun berdemokrasi, serta sedozen pilihan raya umum dan ratusan pilihan raya kecil diadakan.

Nampaknya, semakin lama kita menjunjung proses pungutan suara dan undi, seakan semakin mundur pula kematangan kita.

Apa tidaknya, kini pada setiap pilihan raya ada saja orang tidak dapat mengawal perasaan. Kata-kata kesat terlalu mudah dilaungkan, mudah diapi-apikan semangat dan syak wasangka ditimbulkan terhadap lawan. Budi bicara dan budaya yang tinggi serta hemah mulia hanya jadi slogan yang mudah tercicir bila berkempen.

Lawan bukan saja ditentang fahaman politiknya, tetapi mereka juga dicop jahat dan hendak memusnah dan menjahanamkan kita, maka eloklah siap bawa kayu dan batu, pisau dan parang ketika berkempen. Maklumlah orang nak aniaya kita.

Jadi kempen politik kita bukan untuk berlawan ideologi, tetapi menanam kebencian dan marah. Rasanya tiada banyak pihak yang boleh berkata mereka terselamat daripada cara berpolitik sebegini.

Kematangan politik bermakna kita boleh menentukan di mana sepatutnya ideologi dan fahaman politik kita berakhir, dan di mana nilai hidup kita bermula. Walaupun berlainan politik, kita patut boleh sembahyang sesaf, makan setalam, boleh bertegur sapa di kenduri kendara.

Jika berdebat pun, sepak dan terajang tidak naik dan leher tidak tegang. Kematangan bermakna kita tahu merayakan kemenangan, dan menerima kekalahan. Kita mesti sedar bukan semua orang suka atau tidak suka kita.

Kematangan seseorang jelas dengan bagaimana dia membawa diri bila tewas, susah merempat. Adakah dia menerima semuanya sebagai takdir, atau kita terus salahkan orang.

Apabila kalah, kematangan terserlah jika keputusan dihormati dan lawan diucapkan tahniah. Bukannya mencari salah orang apabila tidak berjaya, atau mengada-adakan teori konspirasi yang menghalang kejayaannya, kerana sudah tentu dia dan politiknya suci dan dia 'terpilih' dan tidak boleh kalah. Jika kalah, sudah tentulah disebabkan kerja jahat orang!

Jika ini yang selalu dilaungkan pemimpin, dan jika segala kekalahan diikuti dengan tuduhan salah laku, konspirasi dan tindakan jahat lawan, maka tidak hairanlah jika kempen pilihan raya kita menjadi panas membara.

Kematangan bererti menghormati proses dan keputusan, kerana jika tidak, kita bersama akan menghakis demokrasi di negara kita.

Pemimpin politik perlu bertanggungjawab kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar. Jika mereka menghalang kutuk mengutuk sudah tentu ia tidak mungkin berleluasa, tetapi jika tidak, naiklah tocang pengikut. Jika mereka mengapikan keadaan pula, rasanya tidak pelik jika ada pengikut yang melompat dan kencing berlari.

Murahlah nilai politik kita jika cara hendak menang ialah dengan mencari keburukan orang, dan bukannya menonjolkan kebaikan kita. Apakah yang kita perjuangkan jika modal mencari undi ialah melalui cercaan dan memperlekeh lawan. Politik negatif seperti ini memang selalu membuahkan hasil, tetapi di manakah nilai kita.

Jika kita tidak suka pemain bola yang mudah jatuh bila tersentuh, serta mahu menunjukkan lawannya jahat, kita juga tidak suka ahli politik yang oportunis tidak bertempat walaupun cara begitu membawa kejayaan kepadanya.

Kita bimbang bila berkumpul kita mudah hilang pedoman. Psikologi gerombolan membolehkan kita menjadi lebih berani bila ramai, lebih garang bila berduyun dan mudah memuncak bila berkumpul. Marah kita bertambah bila orang di kiri dan kanan berapi-api, dan kita mudah hilang kewarasan. Oleh itu, kerana politik kita mudah bergaduh pada hari penamaan calon, serta ketika berkempen. Ahli politik yang bijak sudah tentu berupaya menarik perasaan kita ke sana ke sini.

Jutaan rakyat melihat, ada yang suka, dan mungkin juga ada yang meluat tengok politik samseng ini. Jutaan rakyat juga tahu bila mereka melihat sandiwara, atau cerita sebenar. Ahli politik perlu berhati-hati kerana sokongan yang dicapai mungkin akan hilang jika orang meluat dengan tindak tanduk mereka pada pilihan raya dan sebagainya.

Ahli politik janganlah cuba menangguk di air yang keruh. Adalah terlalu mudah untuk menanam kebencian dan menjadikan proses demokrasi sebagai medan bermusuh, dan bukannya gelanggang di mana pendapat dan ideologi diperjuang, dicabar atau digilap.

Perkataan seperti berjuang atau jihad memang boleh memberi nilai emosi yang lebih, dan adakala ada terbawa-bawa. Proses politik ialah untuk menentukan masa hadapan dan arah tujuan, bukannya lebih daripada itu.

Kematangan politik juga bermakna kita tahu bila kita bangun keesokan hari dan perlu terus mencari makan, membina keluarga serta membela bangsa dan negara, walau apapun keputusan pilihan raya.

Pakar Motivasi Malaya

Oct 21, 2009

Anak Kecil Main Api - Membakar Diri Sendiri

Walaupun sudah lebih setahun setengah bergelar Ahli Parlimen, namun N. Gobalakarishnan (PKR-Padang Serai) masih terus ditegur Speaker berhubung tingkah laku beliau yang tidak sepatutnya.

Pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (2009) hari ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar terpaksa meninggi suara dengan memintanya bersikap gentleman.

"Padang Serai! Yang Berhormat Padang Serai, saya minta berperangai macam gentelman sedikitlah.

"Dengarlah cakap Speaker. Kalau kita macam ini, kita menghina kerusi ini Yang Berhormat. Saya dipilih di sini macam Yang Berhormat juga," tegasnya.

Sebelum itu, Gobalakrishnan masih terus bercakap dalam nada tinggi ketika Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersedia menjawab soalannya tentang kes mahkamah Narsco Holdings.

Beliau yang mencelah ketika giliran Mohd. Shafie menggulung terus tidak berpuas hati walaupun telah diminta supaya berhenti bercakap dan memberikan peluang untuk jawapan diberikan.

"Mahu tunggu apa, tunggu sehingga Kerajaan Pusat tak ada duit, sampai bankrap?" jerit Gobalakrishnan.

Selepas Wan Junaidi menegur Gobalakrishnan, Mohd. Shafie dengan tenang membidas balik kata-kata wakil pembangkang itu.

"Apa yang Padang Serai dok bimbang kata kerajaan ini (Pusat) bankrap.

"Sedangkan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang pun dok minta bantuan daripada Kerajaan Pusat," katanya.

Jawapan itu menyebabkan penyokong kerajaan bersorak dan menepuk meja tanda sokongan kepada Mohd. Shafie.

Terdahulu, Gobalakrishnan turut bangun mencelah dengan menyifatkan permasalahan yang timbul sekarang adalah kerana corak pentadbiran dan cara pegawai RISDA bekerja.

"Apakah masalah sebenar yang tak dapat diselesaikan ini? Baru-baru ini dalam surat khabar diceritakan masalah Narsco, hutang bertimbun dan yang hadapi masalah ialah pekebun kecil yang bergantung orang tengah, jadi saya harap menteri boleh selesaikan masalah ini.

"Jangan serupa menteri sebelum ini, pergi balik, pergi balik masalah tak selesai. Ini cukup memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerana pegawai-pegawai, kerajaan BN malu," jelasnya.

Menjawab tuduhan Gobalakrishnan itu, Mohd. Shafie berkata, bukanlah cara kerajaan BN mentadbir dengan menukar semua pegawai apabila setiap kali kementerian bertukar menteri.

"Dan sesungguhnya isu yang dibangkitkan ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan Risda tetapi ia berkait rapat dengan urusniaga Narsco Commodities.

"Risda mahupun kementerian tidak mempunyai kuasa campur tangan dalam isu dalam syarikat berkenaan dan sekadar boleh memberi nasihat sahaja. Tambahan pula kes ini telah diputuskan mengikut saluran perundangan," ujarnya.

Mengenai dakwaan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) berhubung bantuan kepada pekebun kecil diberi mengikut faktor politik di Kelantan, Mohd. Shafie berkata, perkara itu hanya suatu persepsi.

"Itulah mentaliti kita, persepsi politik. Adakah apa yang dilakukan Kerajaan Pusat untuk orang UMNO sahaja? Pernahkah ditanya kepada seorang murid sekolah apakah bapanya orang UMNO atau tidak kerana sekolah itu dibina kerajaan BN. Tak ada pun.

"Kalau benar ada kes seperti yang dibangkitkan (Siti Zailah) boleh dimajukan kepada saya. Saya tak ada masalah," katanya.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Pembangunan Kelantan Sejak 20 Tahun ?

Kejayaan Nik Aziz menerajui Kelantan lebih hebat daripada kejayaan Tun Mahathir menerajui Malaysia. Perbandingan yang begitu menbodohkan namunia boleh diterima oleh penyokong PAS sebagai Kehebatan Nik Aziz 19 tahun.

MENTERI Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, kejayaan menerajui negeri Kelantan selama 19 tahun dapat dilihat dengan 20 kejayaan seperti di bawah. Kita lihat benar atau sekadar mengaburi mata rakyat Kelantan. Sekiranya Nik Aziz merupakan bapa pemodenan Kelantan, agaknya Nik Aziz akan mentadbir Kelantan 20 tahun akan datang!

1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,

abe MIE- Kebajikan dengan menuduh UMNO parti kafir dan menghemburkan kata-kata yang mengarut atas dasar politik. Memperjudikan agama untuk politik dan periuk nasi PAS dan mengaibkan orang lain. Itulah kebajikan.

2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,

abe MIE- Gudang Garam ke! Pelabuhan pun tak ada kat Kelantan, gudang pula didirikan untuk simpan apa. Nak simpan tembakau boleh lah atau simpan mercun yang diseludup dari negara Thailand.

3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,
abe MIE- Cuba bandingkan dengan Terengganu mana lebih baik.

4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,

abe MIE- Itu kerja PAS ke atau peranan dan kejayaan yang dilakukan oleh Felda, Felcra, Mardi dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.

5. sawah bendang menguning setiap musim,

abe MIE- Bukan kah itu kerja Allah. Boleh ke Nik Aziz menyuburkan sawah. Kalau begitu, Nik Aziz kena pergi ke Afrika bantu negara Islam yang miskin kekurangan makanan. Baja untuk penanaman padi pun disumbang oleh kerajaan BN.

6. hutan dan lurah sedia ditereskan,

abe MIE- memang pun sebab itulah EXCO PAS sudah dapat banyak subkontrak dari kayu balak. Nik Aziz mengaku mengenai perkara ini.

7. kadar kemiskinan menjunam turun,

abe MIE- atau lebih ramai menjunam jadi miskin kerana kekurangan pekerjaan sedangkan jumlah penduduk bertambah.

8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,

abe MIE- Yang untung Cina yang buka pasar raya. Peniaga Melayu gulung tikar sebab tidak mampu menandingi harga di pasar raya yang lebih murah.

9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,

abe MIE- PAS ada syarikat aUtomotif seperti proton dan produa? Bukan kah itu dasar BN. Nik Aziz pun tidak guna kereta Perdana. Dan satu lagi, banyak kereta second hand kat Kelantan- nak jual kat Selangor dan KL dah tak laku sebab orang guna kereta baru. Nak beli kereta baru mana ada duit, kerja gaji murah lain lah kalau bekerja sebagai penjawat awam.

10. taman perumahan melebar ke serata negeri,

abe MIE- masalahnya yang untung tokey-tokey Cina yang bekal simen aje. Melayu kerja gaji murah.

11. bandar lama dan baru makin berkembang,

abe MIE- Ada dua tiga bandar sudah naik, namun harga makanan dan minuman setaraf harga yang dijual di bandaraya KL. Gaji ekerja tidak dibayar mengikut taraf KL pula.

12. kehadiran pelancong terus melonjak,

abe MIE- Ramai pergi melawat tokong Budha tertinggi di Asia. Hendak melawat 'Tamadun Islam', mana ada, setakat berjalan ke rumah Nik Aziz atau nak lihat rumah besar pergi ke rumah menantu Nik Aziz.

13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,

abe MIE- Macamlah negeri lain tak ada expo. Tokeh Cina kaya sebab menyediakan permainan yang pernah dianggap oleh PAS sebagai hiburan melalaikan pada satu ketika dahulu. Itupun bukan semua tempat ada expo.

14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,

abe MIE- Itu bukan BN yang bayar setiap bulan. Bila akhir tahun, minta bonus lebih.
15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

abe MIE- Sebab gaji guru pun dibayar mengikut gred SPM walaupun kelulusan Universiti.

16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

abe MIE- BN yang buat UMK, USM Kubang Kerian dan lain-lain lagi tetapi, PAS dapat nama, macam lembu punya susu, sapi dapat nama.

17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

abe MIE- Kilang kat seluruh Kelantan belum tentu dapat menandingi kilang yang ada di kawasan Klang (selangor) sahaja. Bukannya banyak. Kalau tidak abe MIE pun kerja sana.

18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku

abe MIE- Betul, sebab itulah masalah bekalan air masih belum diselesaikan sejak 10 tahun.

19. punca hasil baru terus diterokai

abe MIE- Apa dia hasil baru! Tahi lembu jadi makanan untuk ahli PAS ke?

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.

abe MIE- Sebab itulah PAS hendak minta royalti Petronas untuk melunaskan hutang.

Ulasan abe MIE- Adakah kejayaan Nik Aziz setanding dengan apa yang dilakukan oleh pemerintahan Tun Mahathir yang digelar sebagai Mahafiraun dan zalim? Adakah kejayaan berkenaan telah dibandingkan dengan jiran lain seperti Terengganu dan Pahang?

Menipu dan mengaburi mata rakyat Kelantan adalah kerja PAS. Kejayaan menerajui Kelantan selama 19 tahun atas dasar menjadikan Kelantan setaraf negeri Selipar Jepun. Yang menggunakan kasut ialah orang Cina juga sedangkan rakyat Kelantan lebih 80% adalah orang Islam dan Melayu. Sebilangan kecil mereka yang mendapat hak pembalakan di Kelantan juga memakai kasut.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Oct 12, 2009

Harakah Provokasi Rakyat?

Laporan Harakah berikutan kemenangan BN petang tadi menunjukkan PAS benar-benar kecewa, sehingga tergamak menyifatkan penduduk di Bagan Pinang menerima pemimpin rasuah dan ia tidak menjadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

(edisi artikel harakah - http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22792&Itemid=1)

Begitu sekali pertuduhan media PAS ini bukan sahaja terhadap calon pemimpin BN yang bertanding tetapi juga terhadap rakyat di seluruh Negeri Sembilan terutamanya. Beginikah suara hati ataupun penerimaan kepimpinan PAS terhadap keputusan yang dibuat rakyat?

Ada banyak faktor yang menyebabkan PAS tewas dan ditolak rakyat di Bagan Pinang. Paling jelas, penduduk tidak menyenangi sikap sesetengah penyokong PAS yang memacakkan khemah-khemah sesuka hati mereka tanpa kebenaran penduduk/pemilik tanah. Ia melambangkan keangkuhan dan sifat dominasi puak itu terhadap hak orang lain. Mereka juga tidak mengendahkan teguran penduduk malah membuat provokasi melampau terhadap sesiapa sahaja yang disyaki penyokong kuat parti lawan.

PAS perlu belajar menerima keputusan yang tidak memihak partinya, buatlah ‘post moterm’ dan kaji kenapa mereka ditolak serta belajar di mana silapnya sehingga mereka tewas dengan majoriti yang cukup besar. Bukannya dengan membuat satu pertuduhan bahawa rakyat menerima amalan rasuah BN, seolah-olah PAS adalah satu parti yang begitu sempurna untuk ditolak rakyat.

Berbeza dengan UMNO/BN yang sebelum ini tewas di beberapa kawasan ketika PRK tetapi pemimpin-pemimpinnya tidak sesekali menuduh rakyat sedemikian rupa, malah menghantar beberapa wakil untuk mencari sebab kekalahan di kawasan tersebut. Dalam laporan media perdana pula, pemimpin-pemimpin BN akur dan menerima kekalahan kerana ia adalah kehendak rakyat.

Cubalah bertindak dengan lebih matang selaku parti yang kononnya diterima rakyat pada masa ini. Jangan memburukkan lagi karektor Islam dalam PAS, terimalah sebagai ketentuan Allah bahawa BN telah diizinkanNya untuk menang di Bagan Pinang. Ia ketentuan Allah, bukannya ketentuan pemimpin-pemimpin Agung PAS.

Oct 7, 2009

Muslimah LESBIAN ??

DIPETIK DARIPADA BLOG AIDC BLOG:

Setelah membaca tulisan adian husaini baru kita tahu bahawa Irshad Manji, si lesbian dari Kananda, rupa-rupanya popular di kalangan Islam Liberal di Indonesia. Bukunya yang mendapat inspirasi daripada Salman Rushdie,"The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith", telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Kedatangan Irshad Manji ke Indonesia pada April 2008 untuk melancarkan bukunya dalam versi Indonesia (bertajuk "Beriman Tanpa Rasa Takut : Tantangan Umat Islam Saat Ini") telah diberi sambutan hangat di Universiti Gaja Mada.

Wartawan Jurnal Perempuan (edisi khusus Lesbian, 2008) memuji Irshad dengan tulisan bertajuk : "Irshad Manji, Muslimah Lesbian yang Gigih Menyeru Ijtihad"

Sampai begitu sekali pujian, seorang yang terang-terangan mengaku lesbian, mengaku berguru dengan Salman Rushdie [penulis Satanic Verses yang menulis menghina Rasulullah SAW] diberi label 'muslimah' dan digalakkan 'berijtihad'.

Menurut Adian Husaini, buku Irshad Manji adalah klon kepada buku Salman Rushdie yang bertunjangkan menghina Rasulullah dan mempertikaikan Al Quran kerana kedua-dua ini merupakan tunjang kepada Islam.

Selalunya serangan ke atas Rasulullah SAW dan Al Quran dilakukan oleh kaum orientalis [orang kafir mengkaji Islam], tetapi trend terkini dalam serangan itu, kaum orientalis pula berselindung di sebalik nama-nama Islam termasuk Salman Rushdie dan Irshad Manji.

Hal ini terbukti, apabila Manji mempertikaikan keaslian Al Quran, dia berpegang kepada pendapat Christoph Luxenberg, seorang paderi Kristian berasal dari Labenon.

Kata Manji :

”Jika Al-Qur’an dipengaruhi budaya Yahudi-Kristian – yang selari dengan dakwaan bahawa Al-Qur’an meneruskan wahyu-wahyu sebelumnya – maka bahasa Aramaik mungkin telah diterjemahkan oleh manusia ke dalam bahasa Arab. Atau kesalahan dalam proses menterjemahkan dalam kes istilah "hur", dan mungkin banyak lagi istilah yang diterjemahkan secara kurang tepat. Bagaimana jika semua ayat -ayat itu salah difahami?” (hal. 96).

Sebenarnya pendapat ini pun sangat lemah dan sudah dibahaskan secara ilmiah oleh sarjana Islam termasuk Dr. Syamsuddin Arif dalam bukunya, "Orientalis dan Diabolisme Intelektual", namun memang tugas musuh-musuh Islam akan terus menerus melakukan serangan walaupun hujahnya lemah.

Irshad Manji kagum Salman Rushdie

Pada tahun 2008, Manji telah menyertai New York University's Wagner School of Public Service dan menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan 'The Moral Courage Project' yang bertujuan untuk merangsang kebebasan bersuara di kalangan generasi muda.

Dia juga merupakan senior fellow di European Foundation for Democracy di Brussels.

Pada 18 Januari 2009, The Moral Courage Project yang dipengerusikan oleh Manji telah menjemput Salman Rushdie, untuk berdiskusi dengannya di 92nd Street Y, New York City.

Diskusi 'dua tokoh' itu turut dipromosi oleh kumpulan Jewish(Yahudi Amerika). Klik di sini.

"Muslim tidak boleh ditakut-takutkan untuk mengkritik Islam, itu adalah kebebasan bersuara dan kebebasan intelektual",kata Salman dalam majlis itu. Klik di sini

Pada tahun 1989, Salman pernah difatwakan hukuman mati oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin Tertinggi Iran kerana menulis novel menghina Rasulullah SAW bertajuk 'The Satanic Verses'(1988)

Tujuan Manji menjemput Salman berdiskusi dengannya untuk membuktikan bahawa penulis murtad itu tidak bahaya dan pendapatnya perlu diketengahkan selaras dengan kebebasan bersuara.

Manji juga mengakui Salman Rushdie lah merupakan pendorong utamanya untuk menulis buku, "The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith" (Masalah dalam Islam Hari Ini : Seruan kepada Muslim untuk reformasi kepercayaannya)

"Aku masih ingat ketika bertanya kepada Salman Rushie, (ketika mula menulis buku ini) kenapa dia memberikan semangat kepada seorang muslim muda sepertiku, untuk menulis sesuatu yang boleh mengundang malapetaka ke dalam kehidupannya. Tanpa ragu-ragu sedikit pun, dia menjawab, "Kerana sebuah buku lebih penting daripada kehidupan" (hal. 322).

Irshad Manji pun kagum Anwar Ibrahim

Dalam bab 8, bukunya, Irshad Manji turut menyentuh tentang Anwar Ibrahim. Nama Anwar ditulis sebagai model kebebasan bersuara dalam dunia Islam.

Pada tahun 1994, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, memberikan ceramah di Georgetown University bertajuk “Perlunya Dialog Peradaban”. Anwar mengakui bahawa “kebodohan, ketidakadilan, korupsi, kemunafikan, dan terkikisnya kebaikan moral amat berleluasa dalam masyarakat Islam kini. “Akan tetapi,” Anwar mengingatkan, “pelanggan media massa yang mudah ditipu masa kini akan memberi kesan bahawa dunia Islam hanya dihuni oleh para fundamentalis yang keras dan mengancam.”

Menurutnya, peradaban muslim “telah menerbitkan banyak kisah cinta.” Anwar memberikan contoh “kisah mempesona” tentang Layla dan Majnun. “Menurut kisah itu, seorang lelaki muda (Majnun) dicemuh dan ditertawakan kerana minatnya terhadap seorang gadis(Layla), kerana menurut mata dunia, penampilan fizikal Layla yang kurang menawan. Lelaki muda itu menjawab: ‘Untuk melihat kecantikan Layla, seseorang itu perlu memiliki mata Majnun.’”

Menurut Manji, tujuan peradapan Muslim memperbanyakkan penerbitan kisah cinta untuk memperbodohkan rakyat, supaya rakyat sering terpesona dengan kisah-kisah itu dan melupakan masalah pokok berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan.

Manji kagum dengan ketokohan Anwar yang dilihatnya sebagai simbol hak asasi manusia dan seorang yang berani bersuara untuk melakukan 'reformasi' termasuk menentang ketuanya sendiri, Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan intipati ceramah Anwar Ibrahim, 'Perlunya Dialog Peradaban', Manji merumuskan bahawa Anwar Ibrahim menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan dalam sesuatu perkara.

Berdasarkan seruan ini, Manji mengesyorkan agar kaum wanita muslim dan bukan muslim perlu mempersoalkan dasar-dasar fundamentalis yang dikenakan kepada mereka.

Gesa Manji, "

Pertanyaan-pertanyaan seperti, ”Mengapa begitu mudah mengerah ribuan orang Islam ke jalan raya untuk mengkritik larangan Perancis yang melarang pemakaian tudung (hijab), tetapi kenapa tidak mengerahkan para demonstran tersebut ke jalan raya untuk memprotes pemaksaan menyeluruh ke atas pemakaian hijab di Arab Saudi?”...Hak apa yang benar-benar dinikmati oleh kaum wanita dan minoriti-minoriti agama dalam demokrasi seperti itu ?”

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Oct 5, 2009

Sesumpah Hilang Sumpahnya - YAHUDI

Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) berkata, bekas majikannya itu mulai panik apabila media milik Yahudi mulai menyindirnya.

Katanya, sebuah majalah milik Yahudi, The Economist baru-baru ini menggelar Anwar sebagai Malaysia's Chameleon atau Sesumpah Malaysia apabila gagal menarik sokongan umat Islam terhadap Amerika Syarikat (AS).

"Amerika mengharapkan beliau membawa dan mengekalkan imej Islamik (bagi menarik sokongan masyarakat Islam terhadap AS) namun yang terjadi sebaliknya.

"Kini, dikhabarkan beliau (Anwar) sedang cuba meyakinkan mereka (AS) kembali serta memohon pertolongan daripada mereka untuk kes moralnya, buat kali kedua," katanya dalam blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan meliwat Mohd. Saiful namun kes tersebut masih tertangguh sehingga kini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dilaporkan masih berada di AS sejak beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk bertemu dengan beberapa pemimpin di sana termasuk bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore.

Dalam pada itu, Mohd. Saiful dalam blognya turut mengajak rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia yang berlaku baru-baru ini.

Walaupun sedang berjuang demi keadilan untuk dirinya, Mohd. Saiful masih sempat meminta masyarakat negara ini melupakan sebentar isu dan kontroversi mengaitkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini, sebaliknya tampil membantu mangsa gempa bumi di Sumatera.

"Usahlah tersentuh atau terpedaya dengan mainan politikus dan "tangan ghaib" di sebalik pergerakan-pergerakan tertentu yang hanya mahu merosakkan keharmonian rantau ini demi agenda sempit mereka.

"Atas semangat kemanusiaan dan juga serumpun, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan serta doa buat mangsa gempa sana," katanya.

Oct 2, 2009

Akhbar Semakin Di Lupakan?

Akhbar perlu berkembang dan melakukan penjenamaan semula bersesuaian dengan perubahan kehendak pembaca untuk memastikan kesinambungan kelangsungan penerbitan itu dalam pasaran.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Zainul Arifin Mohammed Isa, berkata langkah itu penting berikutan kemunculan pelbagai media baru melalui internet dan secara digital yang mempengaruhi corak perolehan berita dalam kalangan orang ramai.

Malah, beliau berkata, kajian mendapati ramai pembaca berhenti mendapatkan maklumat daripada akhbar apabila mereka mula mengikuti pengajian di kolej sekitar umur 17 atau 18 tahun, dan hanya kembali melanggani penerbitan itu apabila sudah berkeluarga kira-kira 10 tahun kemudian.

“Justeru, dalam tempoh pembaca berumur antara 18 hingga 28 atau 30 tahun itu, akhbar perlu berterusan ada dalam minda mereka melalui media baru, iaitu pendekatan mendapatkan maklumat yang paling menjadi buruan golongan berkenaan.

“Ini kerana jika anda (akhbar) gagal terus berada dalam minda pembaca, maka apabila mereka memutuskan untuk kembali membeli akhbar kelak, anda tidak akan menjadi pilihan,” katanya pada jamuan makan tengah hari bersama kira-kira 50 perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Konfederasi Wartawan Asean (CAJ) Ke-16 bertema ‘Peningkatan Kebebasan Media di Asean’ di sini, semalam.

Hadir sama Presiden baru CAJ untuk tempoh 2009-2011 yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Norila Daud. Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, melancarkan perhimpunan agung CAJ itu yang akan berlangsung sehingga 4 Oktober ini.

Pada pembentangan itu yang bertema ‘Adakah Masa Depan Untuk Akhbar?’, Zainul Arifin berkata, perkembangan media elektronik dan juga kemunculan media baru tidak ‘membunuh’ akhbar, sebaliknya penerbitan itu turut mengalami perkembangan secara beransur-ansur untuk terus bertahan sehingga kini.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Yahudi VS Anwar Ibrahim = DAJAL

Semasa berceramah di DUN bagan Pinang tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh sedikit tentang tanggapan bahawa dia mempunyai hubungan baik dengan pihak Yahudi. Namun beliau tidak menafikan dengan jelas sesungguhnya beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemimpin Yahudi. Anwar Ibrahim tidak mahu menyinggung perasaan yahudi kerana beliau sangat bergantung kepada sokongan Yahudi dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia.

Semasa pemerintahan UMNO diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, semua orang tahu bahawa Tun adalah pengkritik hebat kekejaman Yahudi di serata dunia terutamanya di Palestin. Ramai yang tahu bahawa Tun Mahathir merupakan penasihat kepada Yasser Arafat dalam usaha menegakkan kerajaan Palestin yang sah.

Itulah sebabnya setiap kali berlakunya kekejaman regim zionis di bumi Palestin, Yasser Arafat akan tiba di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Tun Mahathir. Malahan Yasser Arafat pernah berjanji bahawa sekiranya bumi Palestin berjaya dibebaskan dan menjadi negara berdaulat, Tun Mahathir akan menjadi orang pertama yang akan dipelawa untuk bersolat di Masjidil Aqsa bersama-sama umat Islam Malaysia. Tun Mahathir menjadi simbol harapan kepada rakyat Palestin.

Tun Mahathir pernah menimbulkan ketakutan di kalangan pihak yahudi apabila mantan Perdana Menteri Malaysia itu mengatakan dan mendedahkan bahawa yahudi memerintah dunia menggunakan proksi. Apabila Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Yahudi merasa lega kerana ini bermakna Tun tidak akan memimpin OIC.

Pertubuhan Islam itu dan dunia Islam menjadi lemah selepas ketiadaan Tun Mahathir untuk menghalang cita-cita Yahudi. Yasser Arafat pula akhirnya meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis. Beliau dikatakan telah diracun oleh perisikan Yahudi.

Ramai yang bertanya bagaimanakah dan dari manakah Anwar Ibrahim memperoleh wang yang begitu banyak untuk menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang lalu? Dikatakan bahawa wang yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim mengatasi wang yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

Semua orang tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ramai rakan yahudi yang bercita-cita untuk memusnahkan kerajaan Islam di Malaysia.. Cuba lihat apa yang telah berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran, Syria dan banyak lagi negara Islam. Semuanya dimusnahkan oleh yahudi.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim adalah anak emas Yahudi. Beliau disokong penuh oleh yahudi seluruh dunia. Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik yahudi. Ingat tak kita pada si kitol yang telah menjadi petualang semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511?

Si kitol lah yang telah memberitahu rahsia pertahanan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis dan beliau jugalah yang telah membuka pintu pertahanan Melaka bagi membenarkan tentera Portugis merobek pertahanan Melaka. Hari ini kita boleh membetulkan kesilapan silam dengan menyekat sikitol zaman ini iaitu Anwar Ibrahim. Jika tidak Yahudi akan menjajah kita. Ingatlah!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Yahudi VS Anwar Ibrahim + SI KU