Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Mar 25, 2010

Apa Pandang Anda?

Permatang Pauh telah menggunakan berbagai-bagai cara untuk memperkecil-kecilkan kedudukan Malaysia di dunia ini dalam pelbagai aspek. Beliau telah menggunakan personaliti-personalti tertentu untuk kepentingan dirinya yang setakat ini masih kelihatan tidak berwibawa sebagai ahli politik.

Baru-baru ini beliau telah menggunakan seorang ulama keturunan Mesir untuk mempertahankan kedudukannya berkaitan dengan isu liwat. Dalam hubungan ini satu rakaman telah dirancang dikediaman Syeikh Al-Qaradawi di Doha (Qatar) pada 14 Februari. Rakaman ini t elah di video dan diedarkan.

Di antara lainnya, perakam video ini telah mengumpan soalan-soalan yang telah diteliti, mendapat jawapan-jawapan yang berat sebelah atau lopsided. Soalan-soalan yang dikemukakan merupakan leading questions di mana jawapan-jawapan yang diberi oleh Syeikh itu adalah menguntungkan perakam. Perakam cuba mengumpan tuan Syeikh untuk bersetuju bahawa apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan. Apa yang beliau buat termasuk liwat dan lain-lain yang tidak diterima Islam, sebagai satu pembohongan.

Sebenarnya perakamlah yang membawa pembohongan dan memerangkap diri sendiri. Tidakkah dia sedar bahawa pihak yang dianiayai oleh Permatang Pauh sudah mengangkat sumpah? Tidakkah dia tahu bahawa keputusan DNA sudah membuka pekongnya? Perkara-perkara seperti ini perakam tidak sepatutnya ditonjolkan kepada tuan Syeikh. Perakam kelihatan terjebak dalam dunia ketololan.

Apa yang patut dibuat oleh perakam sebelum merakam temuramah ini ialah memaklumkan tuan Syeikh fakta-fakta dan kronologi berkaitan dengan isu liwat ke atas Saiful. Apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu beliau spoon-fed tuan syeikh kemudian meminta tuan Syeikh untuk hanya menyetujui dengan skrip yang ditulis terlebih dahulu.

Yang paling menyedihkan ialah apabila perakam sanggup menyamakan Permatang Pauh dengan Sayyidatina Aishah. Ini sungguh membingungkan. Tak tahukah Anwar ini siapa? Anak siapa?.

Pemerhati berpendapat adalah tidak perlu Permatang Pauh menyalahgunakan Tuan Syeikh Yusof Al Qaradawi, walaupun iaadalh sabaha akrabnya. Berikalh laluan kepada Tuan Syeikh untuk berdepan dengan banyak lagi isu-isu antarabangsa, terutamanya Palestin, Somalia, Iran. Perkara seperti liwat ini eloklah dikupas oleh ahli-ahli tempatan sahaja.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang