Pengikut

9 Mei 2011

Bahagian II: Sejarah Masyarakat Majmuk Di Malaysia

MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

Definisi Melayu

Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau begaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.


Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia

Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, yaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).

Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampong Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.


Sistem ekonomi

Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, mayoritasnya menjalankan aktivitas pertanian dan menangkap ikan. Aktivitas pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas, sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, samada universitas di dalam maupun di luar negara.


Sistem politik

Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi lainnya, namun juga berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat baik yang bergerak maupun yang diam yang ditujukan untuk mengangkat harkat dan martabat hidup pribumi setempat. musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga, sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak dan karakter yang berbeda antara daerah yang satu dengan yang lainnya. Disini dapat dilihat bahwa suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan mengakar kepada budayanya. maka, tidak mengherankan bahwa suku melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya baik pada tatanan nilai maupun pada tatanan norma yang bersumber kepada hukum adat setempat. Sistem musyawarah ini lambat laun hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat melalui culture stelsel yang diberlakukan oleh kaum penjajah. Hancurnya sistem tanah adat berakibat kepada hilangnya musyawarah dalam kehidupan masyarakat melayu. Hal ini diperparah dengan dipecah belahnya suku melayu yang berada di wilayah Kalimantan Utara dengan kalimantan selatan dengan pendirian federasi malaysia yang dibentuk atas bantuan militer inggris.


Agama dan kepercayaan

Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.


Adat istiadat

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Kesenian

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.


Sistem kekeluargaan dan perkawinan

Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:

yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)
yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)
Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebagian tempat diutamakan. Perkawinan campur juga ada. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie).


Pendidikan

Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih terpusat di daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini, pendidikan sekular menjadi saluran mobilitas sosial yang utama di kalangan orang Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia paling utamanya melalui saluran pendidikan.


Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.



MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA

Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Sejarah

Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:

peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[1]


Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.

Bahasa Tamil Bahasa Melayu
akka kakak
kadai kedai
kappal kapal
katikam ketika
muthu mutiara
nagaram negara
purva purba
suniyam sunyi
udayam budaya
vakai bagai
bhumi bumi
Surya Suria

Penghijrahan Tamil

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.


Pembahagian pekerjaan

Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.

'Pada masa kini,selepas tahun 70an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar. Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah sesat di bandar serta tidak dapat menyesuaikan dengan kehidupan bandar. Anak-anak lelaki keluarga seperti inilah, yang secara signifikan, hidup tak tentu , tak dapat sesuaikan diri kehidupan bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil dan sederhana. Ada yang lain pula menggotai kumpulan samseng ia itu hasil kesan filem filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India Malaysia yang berhijrah ke bandar.

Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Akan tetapi, ia didapati tidak mencukupi.


Kelompok etnik yang lain

Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan
orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.
Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.


Taburan geografi

Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.


Slanga yang menghina untuk orang India Malaysia

Pandangan bahawa Keling ialah slanga yang menghina bagi orang India atau Hindu adalah tidak benar. Perkataan keling telah pun digunakan sejak zaman silam.Sejarah Melayu juga mengunakan perkataan keling,tetapi tidak dengan nada menghina.Perkataan ini mungkin akar-umbinya berasal dari perkataan "KALINGA" satu kerajaan india purba yang mendominasi budaya dan ekonomi di Asia tenggara.

Namun begitu rata-rata orang india di Malaysia, dan Singapura kini akan rasa terhina dengan panggilan ini. Baru-baru ini, istilah "Keling" pernah digunakan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mengakibatkan kegemparan di kalangan orang India yang menuduh ahli-ahli parlimen untuk rasisme. Penggunaannya kini tidak digalakkan dan tidak digunakan dalam saluran rasmi, sebagai menghormati perasan kaum India di Malaysia.


MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Kawasan dengan jumlah penduduk yang besar: Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor

Bahasa: Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Hokchiu, Bahasa Hainan, Bahasa Kwongsai, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris

Agama Agama Buddha, Taoisme, Konfucianisme, Kristian, Islam, Hindu, Iktikad Baha'i, Atheisme, Freethinker

Kelompok etnik terdekat Peranakan

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (新客, "tetamu baru").

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.



Sejarah

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (苦力, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.


Suku dialek


Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.

Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
Catat Ulasan

Mengkritik Dan Dikritik

Tranformasi Maklumat Anda

Utk Derma Kepada Kami, Klik 1 Kali Iklan Di Bawah Ini Tuan-Tuan, Puan-Puan...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Live Traffic Feed

Kehadiran Pengunjung