Pengikut

19 Ogo 2011

KISAH PRAMUGARI TERLAMPAU???

Sebenarnya isu Share Swap antara MAS dan Air Asia telah dirungkai secara ringkas oleh team MyMassa dalam artikel "Apa Cerita Dengan Deal MAS-Air Asia" semalam. Walaupun penerangan adalah secara umum, namun ianya dikupas terus daripada fakta yang diberikan sendiri oleh mereka yang terlibat (MAS, Khazanah etc) secara langsung dalam proses tersebut. Tetapi macam biasa, fakta boring berhubung urusniaga tersebut diperlekehkan pula oleh juak cybertrooper fuckatan sebagai penerangan dangkal, blogger SPM dll. 

Lantas, kami di MyMassa pun terus berhubung dengan pihak yang terlibat untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, terutamanya niat sebenar di sebalik urusniaga share swap tersebut. Yelah, ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa 10% saham AirAsia ditukarkan dengan 20% saham MAS?!! Apakah ini nilai sebenar saham GLC kebanggaan rakyat Malaysia berbanding saham sebuah syarikat penerbangan tambang murah (yang kualiti perkhidmatannya pun boleh dipertikaikan)?!! 

Atau apakah MAS begitu TENAT kini sehingga terpaksa menggadaikan sedikit aset pegangannya bagi mandapatkan bantuan Tan Sri Tony?!! Betulkah MAS kini sedang "ditelan" secara beransur-ansur oleh AirAsia?!!


Bak kata orang, kalau tak faham bertanya...jadi kami pun bertanyalah kepada empunya badan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di antara MAS dan AirAsia, dan yang lebih penting adakah rakyat akan menerima kesan buruk daripadanya. Kami bukan seperti juak-juak fuckatan yang menyandarkan segala kenyataan mereka kepada tohmahan dan fitnah pemimpin sendiri. Kesimpulan urusniaga share swap MAS-AirAsia di atas adalah tulen dan ORI daripada mereka yang terlibat! Jadi, kepada juak fuckatan yang kelulusan lebih tinggi daripada SPM itu, kalau pandai sangat dalam matapelajaran ekonomi dan perdangangan, CUBA TAFSIRKAN sendiri, boleh?!!

Berdasarkan pengamatan kami yang rendah ilmu ini pun, jelas sekali dapat diperhatikan (gambarajah di atas), yang share swap itu sebenarnya berlaku dengan kadar yang sama banyak, iaitu kira-kira 20.5% pegangan TuneAir ke atas MAS dan 20% pegangan Khazanah (bos besar MAS) ke atas AirAsia dan AirAsiaX. Jadi di sini tidak timbul isu siapa makan siapa, kerana masing-masing mendapat jumlah pegangan yang sama banyak di antara satu sama lain. Namun, satu persoalan lagi timbul: Mengapakah urusniaga seumpama ini perlu dilakukan oleh MAS?!! Adakah MAS telah terjebak dalam satu-satu masalah tertentu sehingga memerlukan pertolongan Tony Fernandes dan mengakibatkan pegangannya berkurangan sebanyak 20%?!!

Dan inilah jawapan sebenar kepada isu di atas:
1) Sebenarnya tindakan MAS melepaskan 20% pegangan kepada AirAsia adalah bertujuan bagi mendapatkan hak pegangan yang sama dalam AirAsia. Mengapa?!! Kerana RAKYAT DIDAHULUKAN!!! Jika Kerajaan tidak mempunyai hak bersuara dalam membuat keputusan dan pengurusan AirAsia, maka syarikat tersebut boleh bertindak sesuka hati (delay tidak tentu pasal, kadar tambang tidak munasabah, kualiti perkhidmatan buruk dll) kepada rakyat. Dan dengan jenamanya sebagai syarikat penerbangan tambang murah, sudah tentu yang banyak terkesan kelak adalah kalangan rakyat biasa, bukan?!! Dan yang lebih manisnya, kini Kementerian Pengangkutan juga mempunyai hak undang-undang terhadap AirAsia. Bukankah ini lebih baik buat rakyat?!! Ada check and balance.

2) Siapa kata AirAsia menelan MAS jikalau 65% pegangan saham masih lagi bersama MAS (Kerajaan)?!! Dan bukan setakat itu, Kerajaan juga kini memiliki 20% pegangan dalam AirAsia!!! Lain-lain kelebihan, boleh baca sendiri di atas.

Sekarang MyMassa nak tanya semula kepada para pembaca sekelian, terutamanya juak-juak fuckatan:

* Adakah wujud, waima seorang, pemimpin fuckatan yang mampu merangka strategi sebegini demi kepentingan rakyat?!!

* Adakah Mahfuz Omar yang pernah bekerja sebagai pengangkut beg di MAS boleh memujuk Tony Fernandes untuk melepaskan 20% saham AirAsia kepada rakyat Malaysia demi untuk memastikan nasib rakyat dipelihara?!!

* Adakah Mat Sabu berkemampuan untuk berfikir strategi perniagaan yang kompleks seumpama ini tanpa merosakkan saraf akal beliau?!!

* Dan yang lebih penting, Adakah Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor pernah berbuat sesuatu/atau setidak-tidaknya merancang tindakan bijak seperti ini demi untuk memakmurkan taraf ekonomi rakyat Selangor sendiri (tanpa memikirkan lubang-lubang lain yang boleh 'ditusuk')?!! 


Catat Ulasan

Mengkritik Dan Dikritik

Tranformasi Maklumat Anda

Utk Derma Kepada Kami, Klik 1 Kali Iklan Di Bawah Ini Tuan-Tuan, Puan-Puan...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Live Traffic Feed

Kehadiran Pengunjung