Nov 23, 2011

ALLAH SWT tak pandang pun Negara Sekular Malaysia

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Aziz Al-Saud memandang tinggi terhadap Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah baginda, yang merupakan pengawas Masjidil Haram turut menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Najib dalam mentadbir negara.

Untuk itu, Najib dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini hari ini berkata: ‘‘Ini menunjukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan ‘Custodian of the Holy Mosque’ dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita.’’

Katanya, sokongan itu menunjukkan bahawa kepimpinan Malaysia berada pada landasan yang betul dan benar, dan ini menguatkan lagi semangat pemimpin negara untuk terus berjuang. – BERNAMA


ALLAH SWT tak pandang pun Malaysia, jika Negara ini mengabaikan Perintah Nya

Di dalam al-Quran terdapat celaan yang amat keras terhadap pemerintah-pemerintah yang tidak menerapkan hukum berdasarkan hukum yang diturunkan oleh Allah
SWT.

Dalam ayat 44 surah al-Maidah, mereka dicela sebagai orang kafir. Dalam ayat seterusnya, disebut sebagai orang yang zalim, dan dalam ayat ke 47 surah al-Maidah pula mereka dicela sebagai orang fasik.

Celaan yang keras bagi mereka yang tidak menerapkan hukum selari dengan hukum Allah SWT. Allah SWT telah berfirman:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah [5]: 44)

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Maidah [5]: 45)

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah [5]: 47)

Perbuatan “berhukum dengan hukum Allah” terangkum dalam wilayah syariah. Secara syar’ie, perbuatan tersebut termasuk dalam hukum yang wajib. Ketetapan hukum ini didasarkan kepada dalil-dalil yang qat’ie (pasti, tanpa membawa sebarang maksud yang lain), sama ada ia adalah qat’ie tsubut (sumbernya yang pasti) mahupun qat’ie al-dalalah (maknanya yang pasti). Dalil-dalil sedemikian banyak dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Dalil-dalil yang membawa kepada kesimpulan hukum yang wajib antara lain adalah: adanya perintah yang tegas untuk berhukum dalam sesuatu perkara dengan apa yang diturunkanNya dan larangan mengikuti hawa nafsu kaum kufar (TMQ al-Maidah [5]: 48,49); kewajipan mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mengembalikan semua perkara yang diperselisihkan kepada kedua-duanya (TMQ an-Nisa’ [4]: 59); penafian iman orang yang enggan berhukum dengan ketetapan Rasulullah SAW (TMQ an-Nisa’ [4]: 65) ; ancaman ditimpakan fitnah atau azab pedih bagi mereka yang menyimpang daripada perintah Rasulullah SAW (TMQ an-Nur [24]: 63) ; celaan terhadap orang yang membuat keputusan dengan berhukum kepada taghut (TMQ an-Nisa’ [4]: 60) ; dan sebahagian besar dalil-dalil yang lain. 

Maka adalah tidak menghairankan jika hakikat kewajipan berhukum dengan hukum Allah SWT ini termasuk dalam kategori “ma’lum min al-din bi al-dharurah” (perkara yang telah sedia maklum sebagai sebahagian daripada deen kerana keutamaannya).

Sebagai perkara yang termasuk dalam wilayah syariah, maka perbuatan meninggalkan kewajipan ini akan dikategorikan sebagai perbuatan yang berdosa. Sungguhpun demikian, perlanggaran tersebut tidaklah membawa kepada tergelincirnya keimanan atau status keIslaman seseorang. 

Perlanggaran sebegini samalah halnya seperti memakan riba’, membunuh, mencuri, atau berzina. Sememangnya perbuatan-perbuatan tersebut termasuk dalam kategori dosa besar. Namun, perlanggaran tersebut tidaklah mengeluarkan seseorang itu daripada agamanya. Pelakunya juga tidak sewajarnya digelar sebagai seorang murtad kerana perbuatan tersebut.

Firman Allah SWT:

يَعْمَلُونَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآَخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A’raf [7]: 147)

Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan syariahNya?

Benarkah, sekarang ini kepimpinan Malaysia berada pada landasan yang betul dan benar? 

Fikirkanlah dan segeralah bertindak.

0 komentar: