Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 22, 2011

Beza Antara Najib Razak Dengan Anwar Ibrahim!

Jika kita rujuk video dan sidang akhbar Anwar Ibrahim, beliau amat petah untuk berbicara. Begitu juga hasil tulisan di dalam blog dan juga forum yang panjang berjela sama seperti kenyataan beliau di dalam mahkamah yang setebal 52 mukasurat.

Pokoknya, Anwar Ibrahim tidak ada masaalah untuk menulis dengan panjang dan sebagainya.

Tetapi lain pula jadinya apabila anda baca twitter Anwar Ibrahim semalam. Kita masih lagi meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Sukan SEA, Indonesia.

Di bawah adalah twitters DS Najib Razak dan Anwar ibrahim tentang kemenangan pasukan bolasepak negara.

Twitters Najib Razak :

" Syabas dan Tahniah Pasukan Malaysia ! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat' "


Twitter Anwar Ibrahim pula,


" sempat ikuti bhg akhir perlawanan di Felda Palong. Tahniah!"


Anwar Ibrahim,' tahniah' saja ke? Macam ni nak jadi Perdana Menteri?

0 komentar: