Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 17, 2011

"Breaking News" Anwar mula ditolak dalam PKR



Beberapa pihak dalam parti PKR mula merasakan bahawa Anwar sudah tidak perlu dalam menunjangi kekuatan parti itu termasuk PKR. Anwar sudah mula hilang "magic" nya apabila kredibilitinya hilang akibat dari pendedahan demi pendedahan perangai kotornya dibuat. Pendedahan berkenaan dengan video seks Anwar sampai sekarang tiada penamatnya apabila tiada pembuktian jelas dibuat untuk menafikan yang Anwar terlibat. Presiden PAS Haji Hadi Awang hanya mampu untuk menidakkan kewibawaan CCTV dalam pembuktian pertuduhan zina melalui hudud. Sedangkan wajah dan kelibat Anwar begitu jelas ada dalam video tersebut. Namun, itu tidak cukup untuk membuktikan bahawa Anwar tidak terlibat dalam video berkenaan. Menurut maklumat dalaman, pendedahan-pendedahan lain berkenaan dengan perangai buruk Anwar akan dibuat lagi.


Ini menggusarkan pelbagai pihak terutamanya generasi muda dalam PKR. Ini dibuktikan melalui pendedahan blogger the Unspinner di sini dan gelagatanwar. Ini terjadi apabila, Kongres PKR yang akan berlangsung tak lama lagi pada mulanya masih ingin meletakkan Anwar sebagai ikon parti tersebut nampaknya mendapat tentangan yang begitu jelas. Artikel di bawah ditulis di Malaysia today oleh orang PKR.



sudah ada suara-suara berani dari dalam Pakatan memperakui bahawa Anwar sudah tidak relevan untuk memperjuangkan parti PKR dan juga untuk rakyat. Sebenarnya penulis artikel ini harus tahu bahawa, dari awal lagi Anwar memang tidak memperjuangkan rakyat, tetapi dia memperjuangkan dirinya untuk meletakkan dirinya sebagai PM negara. Namun, ramai yang dalam PKR, mahupun PAS dan DAP, terperangkap sama terheret dengan Anwar yang penuh dengan penipuan dan ketamakan beliau di samping kekotoran beliau seperti yang ditunjukkan dalam video seks tersebut.

Apa yang menarik dalam artikel tersebut ialah:


Adakah Anwar sudah bersedia dengan penolakan ini? Atau wang akan mengambil peranan menguatkan kembali akarnya dalam PKR walaupun diri terpalit noda hitam? Sama-sama kita nantikan...

2 komentar: