Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 22, 2011

entry aku pagi nie (link), aku buat sekadar nak perli orang ja.. tapi tak sangka pulak ada yang join segmen main-main aku tu.. maaf ya akak-akak atau adik-adik yang dah join.. bila dah jadi kes macam ni, aku nak berleter panjang sikit apa pendapat aku tentang segmen blogger ni.. sila baca!! kalau tak baca aku terajang hampa semua! aku ganas! aku kawan baik spark kl menjerit dan shark kl gangster..

biasanya, segmen akan dibuat oleh blogger yang ada nama ataupun popular dikalangan komuniti tertentu.. sebab apa? sebab diorang boleh dapat attention orang ramai dengan mudah dan boleh 'menggunakan' blogger baru yang desperate untuk mendapatkan trafik.. bagi aku, kalau anda dah ada nama, gunakan di jalan yang betul kerana kata-kata anda boleh mempengaruhi orang lain..

bila sebut pasal segmen, orang akan cakap atas tujuan nak bantu blogger lain.. kah kah kah.. siapa diantara blogger femes kat malaysia ni penah join segmen?? cuba habaq mai kat aku kalau anda rasa anda betul.. abang narakka join segmen?? obefiend join segmen? hamka keretamayat join segmen? rajapetra ngan tukartiub join segmen?? kah kah kah

kalau anda rasa dengan budaya segmen-segmen ni boleh membuatkan anda lebih maju, keep on going! tapi bagi aku, selagi blog anda dipenuhi entry menyertai segmen atau 'saya kena tag' atau 'dapat batch percuma', blog anda takkan maju sampai bila-bila..

cuba fikir secara logik!! kalau anda join segmen orang, sekali dia list balik link anda, link anda adalah satu diantara beratus-ratus link yang dipaparkan.. adakah anda rasa pembaca akan klik satu persatu link yang ada kat situ?? mustahil!!

tambahan pulak, pemilik segmen itu pasti akan menyuruh anda meletakkan title yang ditetapkan ataupun menulis artikel yang ditetapkan.. dengan cara ini, pemilik segmen yang akan mendapat keuntungan.. bagaimana dengan anda? berapa peratusan keuntungan yang anda dapat?? 10%? 20%? kah kah kah.. kalau ada pun, pasti trafik tu akan berpusing dalam range komuniti tu ja.. otak anda tak berkembang.. pusing sana pusing sini, dok dalam komuniti 'geng segmen' tu jugak..

sila berfikir balik selepas membaca entri picisan aku ni.. adakah anda mahu jadi penulis yang menulis hasil dari kepala hotak dan hati anda ataupun anda mahu jadi 'pak turut' yang menulis segmen untuk orang lain? apa pemilik segmen tu dapat?? dia dapat

"FAME"

bagaimana dengan anda?? mungkin dikalangan komuniti blogger segmen, anda dipandang sebagai seorang yang aktif dan rajin menyertai segmen.. tapi bagaimana dengan persepsi dan pendapat mereka yang diluar kelompok ini? kalau aku sendiri, aku tak anggap group segmen ni sebagai 'super cool' tetapi aku anggap sebagai

"LAME"

aku prefer A review B dan B pula review A.. lebih adil dan saksama.. tradelink pun ok.. banner exchange pun ok.. segmen?? hang gila ka apa??? haktuih!! kapitalis tau dak menatang apa?? kalau rasa apa yang aku cakap ni betul, sila like.. anda like, aku untung sebab anda dah tolong sebarkan artikel aku.. aku taknak share percent keuntungan dengan anda.. kah kah kah

0 komentar: