Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 23, 2011

GEMPAK!!!!!!!!!!! : NIK AZIZ REDHA RAKYATNYA BERPENYAKIT DEMI PEMBANGUNAN...

E-coli memberi kesan kepada kesihatan pengguna yang menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah serta dehidrasi yang boleh membawa maut.

Sepanjang tahun lalu, 11 kes pencemaran E-coli direkodkan di Tanah Merah, lapan kes di Jeli dan masing-masing tujuh di Pasir Puteh dan Kuala Krai. Laporan itu mendapati bagi kes bandingan E-coli dalam air mentah pada 2010, Pasir Puteh mencatat peratusan tertinggi iaitu 17.13 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Berhubung kegagalan kerajaan negeri menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, Nik Aziz berkata, ia tidak dapat dilakukan kerana negeri ini memerlukan pembangunan. 

“Tidak ada sungai di Malaysia (yang bersih), semuanya keruh serta kotor dan di Kelantan kejadian ini berlaku disebabkan pembangunan di Hulu Kelantan terutama di Lojing, banyak kegiatan berlaku di situ. 

“Walaupun kita membuat kawalan, namun ada saja pengusaha kebun sayur yang melanggar peraturan,” katanya.

Beliau berkata yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu itu adalah menasihati mereka selain memanggil serta menegur syarikat yang terbabit dalam kerja pembangunan di kawasan berkenaan. - Berita Harian


Menarik...Nik Aziz lebih pentingkan pembangunan daripada kesihatan rakyatnya di negeri Kelantan. Alasan tidak dapat menyekat pencemaran yang diberikan oleh Nik Aziz hanya kerana mahukan pembangunan di negeri tersebut menunjukkan kerajaan negeri tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

Mana ada sungai di Malaysia yang bersih...tapi sekurang-kurangnya kerajaan negeri yang lain memastikan air yang disalurkan kepada rakyatnya dirawat dan selamat untuk digunakan.Tidak seperti di Air di Kelantan...air yang disalurkan kepada rakyat keruh dan tidak selamat untuk digunakan.

EP agak pelik apabila Nik Aziz kata kerajaan negeri hanya mampu menasihati dan menegur syarikat-syarikat yang menyebabkan pencemaran di Kelantan...Apasal kerajaan negeri tak saman syarikat-syarikat yang menyebabkan pencemaran itu atau mungkin kerajaan negeri ada syer dalam syarikat-syarikat tersebut???

Jika setiap pembangunan dirancang dengan betul, EP pasti masalah ini dapat diatasi tetapi malangnya Kerajaan PAS yang mentadbir di Kelantan tidak mementingkan aspek ini...Berpuluh tahun rakyat dibiarkan menanggung masalah air yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri sejak dari dulu lagi. Nik Aziz dilihat lebih mementingkan untuk melaksanakan hudud daripada menjaga kebajikan rakyatnya....

EP harap rakyat Kelantan dapat menilai mana yang buruk dan baik untuk masa depan mereka.....

0 komentar: