Nov 21, 2011

Gerakan Kristinisasi Di Ba'kelalan?


Masyarakat Islam hidup dalam aman damai dengan pelbagai kaum yang berlainan agama di Sarawak. Walaupun penduduk Islamnya minoriti, namun disebabkan kesederhanaan agamanya membuatkan penduduk pelbagai kaum dan agama lain boleh menerima kehadiran Islam tanpa sebarang rasa was-was.

Kenyataan Baru Bian: Pada sesi perbahasan minggu lalu, Baru Bian mendakwa ada cubaan berdakwah secara halus di kalangan tenaga pengasuh Tabika KEMAS di Ba'Kelalan yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa sehingga ada yang mendakwa anak mereka diajar berdoa secara Islam.

Terbaru, tindakan Baru Bian dalam sidang DUN Sarawak mendakwa cubaan kerajaan melalui Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS mengislamkan pelajar-pelajar bukan Islam di kawasan konstituensinya di Ba’Kelalan ternyata tidak benar dan bersifat mempunyai agenda lain.

Ini disangkal Datuk Fatimah Abdullah yang menafikan sekeras-kerasnya cubaan untuk berdakwah secara halus oleh tenaga pengasuh Islam di Tabika KEMAS yang majoritinya kanak-kanak beragama Kristian.

Dalam siasatannya selepas dakwaan Baru Bian itu, mendapati ada 11 Tabika Kemas di Ba'kelalan dan hanya 3 orang pengasuh beragama Islam dan 2 Tabika tersebut mempunyai ramai kanak-kanak beragama Islam. manakala, 8 tabika lain pengasuh-pengasuh terdiri daripada mereka bukan Islam.

Dakwaan Baru Bian: Baru Bian juga menyuarakan kebimbangan mengenai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung yang bertugas di Tabika KEMAS yang boleh menimbulkan konflik keagamaan dan budaya sekaligus mencadangkan kerajaan meningkatkan pengambilan rakyat tempatan sebagai tenaga pengasuh KEMAS.

Di samping itu, dakwaan Baru Bian bahawa terdapat guru-guru Tabika dari Semenanjung ternyata suatu lagi pembohongan. Malah, menurut Datuk Fatimah Abdullah, kesemua tenaga pengajar Tabika itu terdiri daripada penduduk tempatan Sarawak. Justeru, Baru Bian diingatkan supaya memahami dan menyelidiki terlebih dahulu sebarang isu sebelum dibawa ke DUN untuk dibincang dan dibahaskan. Jangan hanya mahu mendapatkan publisiti, wakli rakyat sengaja mencari isu-isu yang sensitif hingga boleh menimbulkan perpecahan perpaduan dalam masyarakat.

Berbeza keadaannya di Sekolah Menengah Kebangsaan St apabila setiap pelajarnya yang menghadiri perhimpunan sekolah diminta untuk membaca ayat-ayat dalam kandungan Bible. Sama ada pelajar itu Kristian atau Islam, setiap pelajarnya dikehendaki membaca potongan ayat-ayat itu. Bagaimanapun, ini tidak menjadi isu bahkan ada pelajar-pelajar Islam yang hafal potongan ayat-ayat dalam Bible.

Pun begitu, dalam hal ini ahli politik tidak seharusnya mengambil kesempatan dalam memanipulasikan agama sebagai sebagai agenda dan kepentingan politik mereka. 

0 komentar: