Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 21, 2011

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA PUNCA RAKYAT BERALIH SOKONGAN KEPADA BN


Sebagai pillar paling tinggi yang menjadi pemangkin beralhinya sokongan rakyta ke atas BN, Pakatan Pembangkang telah menyerang Kedai Rakyat 1Malaysia secara berterusan. Hakikatnya, Kedai Rakyat 1Malaysia telah membantu rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan harian dengan harga yang rendah dan murah.

Sejak pelancarannya yang disempurnakan Najib bertempat di Stesen LRT Kelana Jaya, ramai rakyat memuji idea dan usaha Najib mewujudkan kedai sebegini. Ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang kini berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan akibat kesan globalisasi seluruh dunia.

Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia dikatakan memberikan kesan negatif ke atas beberapa kedai Tukar milik kaum Cina yang selama ini mendominasi penjualan barangan keperluan runcit dengan harga yang mahal. Bagi melindungi pekedai-pekedai ini yang selama ini telah mengenakan harga yang tinggi kononnya mengikut harga pasaran, Pakatan Pembangkang kini telah mengalih pandangan rakyat untuk menunjukkan barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia adalah mahal.

Menjadi rutin Pakatan Pembangkang akan mencari kesalahan kerajaan walaupun hakikatnya kerajaan sentiasa bekerja untuk rakyat. Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak mencari kesalahan berbanding mencari jalan penyelesaian.


Dalam mengalih pandangan rakyat ekoran kenyataannya minggu lepas mahu memecat penjawat awam di Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah telah mendapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak. Tony Pua, Setiausaha Penerangan DAP menyatakan bahan keperluan seperti krimer, sardin, cecair pencuci dijual dengan harga yang tinggi jika dibandingkan dengan pasar raya besar seperti Carrefour.

Ternyata perbandingan harga yang dilakukan Pakatan Pembangkang dengan pasar raya besar seperti Carrefour adalah tidak bertepatan. Kerajaan tidak menghalang rakyat untuk membeli barangan keperluan di pasar raya besar seperti Carrefour, Giant, Metro Jaya dan sebagainya sebaliknya memberikan kepada rakyat tentang beberapa pilihan barangan dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. Asasnya, Kedai Rakyat 1Malaysia adalah pilihan kepada rakyat daripada kedai-kedai Tukar yang selama ini mengenakan harga yang tinggi.  

2 komentar: