Nov 22, 2011

NEGERI PAKATAN MUFLIS KALAU TIDAK DIBUBARKAN SERENTAK UNTUK PILIHANRAYA!!!

Bukan lagi menjadi rahsia apabila Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim menolak untuk mengadakan pilihanraya serentak dengan PRU13. Dengan alasan yang berlapik, Khalid mengatakan pilihanraya di Selangor hanya akan diadakan selepas Jun 2012. Manakala Lim Guan Eng pula dengan nada 'merendah dirinya' berkata, dia akan berbincang dengan para pemimpin Pakatan Rakyat terlebih dahulu tentang tarikh pilihanraya meskipun sebagai Ketua Menteri, dia mempunyai kuasa untuk berbuat begitu.


Helah ini sebenarnya sangat mudah dibaca. Walaupun berselindung dengan menyatakan bahawa belanjawan 2012 baru sahaja dibentangkan oleh kerajaan negeri, sebenarnya ia bukanlah satu alasan yang terbaik. Kalau itulah alasannya, maknanya sampai bila pun, pilihanraya umum tidak boleh diadakan.

Sebabnya ialah, Pakatan sememangnya tidak mahu mengadakan pilihanraya serentak dengan PRU. Pembubaran Parlimen bererti Kerajaan Pusat akan menggunakan peruntukan yang besar untuk berpilihanraya, sedangkan Pakatan lebih menumpukan kepada negeri-negeri yang mereka kuasai terutama sekali Pulau Pinang dan Selangor yang merupakan dua buah negeri terkaya di Malaysia.

Apabila tiba masanya untuk mereka pula membubarkan DUN, segala wang akan dikeluarkan dan Pakatan akan berhabis-habisan untuk mempertahankan sekurang-kurangnya dua buah negeri tersebut. Selesai pilihanraya, Pulau Pinang dan Selangor akan bertukar menjadi dua buah negeri yang sudah muflis!

Mahu tidak mahu, UMNO dan Barisan Nasional perlu mengelak daripada melakukan pilihanraya awal, bahkan perlu mengasak Pakatan sehingga ke tarikh akhir mandat penggal ini. Pada masa yang sama, masa yang lebih panjang akan memastikan keyakinan Pakatan boleh dirobohkan dan dihancurkan. Apatah lagi dari semasa ke semasa, Pakatan mulai menampakkan kegopohan dan kesilapan yang besar, terutama sekali dalam usaha mereka menyembunyikan kebejatan, kepincangan dan penyelewengan pentadbiran negeri seperti yang dapat dilihat di Pulau Pinang dan Selangor.

Pakatan akan menggunakan semua cara untuk memenangi Pilihanraya kali ini. Perekat mereka, Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujung kerjayanya selaku ahli politik. Biarpun sumpah para pengikutnya, sejuta lagi Anwar akan dilahirkan bagi menggantikan Anwar Ibrahim yang kuat pembohong itu, semangat mereka akan semakin menurun apabila banyak dasar Najib Abdul Razak lebih menarik perhatian dan lebih berwibawa berbanding Buku Jingga yang lebih banyak khayal daripada realiti!

0 komentar: