Nov 17, 2011

PANAS ! Ada pihak sekolah cuba sabotaj bantuan RM 100 kerajaan BN !


Sebentar tadi semasa Buletin Utama TV3 , GPB sempat melihat komen TPM TS Muhyiddin tentang pertanyaan soalan oleh seorang  ibubapa di sebuah sekolah di KL di mana  pihak sekolah anaknya   telah potong sesuka hati  duit daripada wang RM 100  bantuan persekolahan  kerajaan BN kepada pelajar .

Pihak sekolah terbabit beri alasan RM 50 yang dipotong ini  akan dimasukkan ke tabung PIBG .

Apa kejadahnya  cikgu sekolah terbabit buat kerja menyeleweng ini ??  Duit itu bukan untuk PIBG tetapi untuk pelajar bagi membeli baju sekolah dan lain-lain untuk sesi tahun depan .  Sepatutnya tidak berlaku kejadian seperti ini dan nasib baik la perkara ini sudah sampai ke pengetahuan TPM .

Ini mesti kerja cikgu  sekolah  yang menjadi   talibarut pembangkang dan mahu sabotaj hasrat murni kerajaan BN membantu ibubapa pelajar membuat persedian persekolahan tahun depan .  Tak kan cikgu2 totok pembangkang ini sudah gelap mata bila tengok duit yang banyak . 

Harus diingatkan itu bukan duit anda ,tapi duit pelajar -pelajar anda .  Selaku pemegang amanah daripada kerajaan untuk disampaikan kepada yang berhak ,  jangan cuba menyalahgunakan kuasa dengan melakukan kerja bodoh ini ! 



Luahan /komen Ibubapa kepada  Blog BUJANG SENANG tentang bantuan RM 100 oleh kerajaan BN ini ..


Sekolah anak saya akan membuat pembayaran RM100 pada hari jumaat 18/11/2011,pada hari tersebut saya berada dikampung kerana ada hal penting.saya telah berjumpa dengan kakitangan sekolah tersebut tentang saya balik kg,saya telah diberi tahu oleh kakitangan sek tersebut boleh datang sebelum 25/11/2011.


walau wang itu tak seberapa saya sebagai rakyat malaysia sungguh bangga dengan pemberian dari kjaan.apa pulak nak dikatakan fitnah.terima kasih PM/TPM dan  kjaan malaysia

sampai beratur , bukti  ibubapa pelajar  hargai pemberian 
kerajaan Pusat . 

Jangan potong duit RM 100 bantuan persekolahan 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.

"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.

"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA

0 komentar: