Nov 18, 2011

PAS KELANTAN KIAN PARAH, RAMAI AHLI KELUAR PARTI SERTAI UMNO


Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, ramai ahli PAS Kelantan melakukan transformasi dengan berhijrah ke UMNO setelah selama ini dibohongi PAS kononnya berjuang demi Islam.

Seramai 257 ahli dan penyokong PAS di Kelantan menyertai UMNO. Daripada jumlah itu seramai 187 daripada mereka adalah penyokong PAS dari Kampung Bechah Peleting, Pondok Lama dan Banggol Pisang Galadi di sini, yang menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam satu majlis di Kampung Banggol Pisang Gala di sini malam semalam.

Dalam majlis berasingan, 70 orang nelayan tradisional pantai di Kuala Kemayan juga mengisytiharkan keluar PAS dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.


Antara sebab dan alasan mereka ini keluar PAS adalah disebabkan oleh;

Kamaruddin Abdullah, 53, berkata, dia bosan dengan tindakan PAS yang hanya bijak berjanji tetapi tidak mengotakannya.

"Sudah 20 tahun saya berada dalam PAS, tetapi semasa menghadapi kesukaran apabila seorang anak terpaksa masuk hospital kerana menghidap leukemia, PAS hanya berkata 'insya-Allah'.

"Setiap kali saya minta bantuan, jawapan yang sama saya terima. Usia saya pula semakin meningkat dan anak-anak memerlukan pelbagai perkara antaranya persekolahan dan pekerjaan yang PAS tidak dapat sediakan."

Sementara itu, Zahari Hussin, 37, pula berkata, dia tidak melihat sebarang perubahan di kampungnya sejak PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu kerana masih tiada kemudahan malah sesetengah tempat belum mempunyai lampu jalan.

Demikian juga Abdullah Ghani, 53, berkata, dia tidak pernah mendapat perhatian sepanjang menjadi ahli parti tersebut kecuali diminta menghadiri ceramah.

Bagi pihak wakil nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan, Azlan Mamat berkata, mereka akan berusaha menarik lebih ramai nelayan di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin memberi sokongan kepada UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan tidak pernah memberikan bantuan kepada golongan tersebut biarpun rata-rata mereka hidup dalam kemiskinan.

"Wakil rakyat PAS hanya turun padang menemui nelayan ketika pilihan raya dan selepas itu tidak lagi nampak muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami.

"Kerajaan Persekutuan pula sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot serta elaun saraan hidup RM200 setiap bulan dan ia sewajarnya memberi kesedaran kepada semua nelayan untuk tidak lagi memberi kemenangan kepada PAS."

Seorang lagi nelayan, Ramli Awang, 45, berkata, hanya kepimpinan UMNO setempat yang gigih menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat sedangkan wakil rakyat Pas seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak pernah menghargai sokongan rakyat sebelum ini.

Katanya, elaun sara hidup bulanan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan amat bernilai kepada semua nelayan Kelantan terutama pada musim tengkujuh.

Justeru, mereka ini tiada pilihan memandangkan kerajaan PAS di Kelantan hanya lebih berminat kepada golongan yang dekat dengan kepimpinan PAS dan tidak menjaga kebajikan rakyat yang selama ini telah termakan janji-janji kosong PAS. 

0 komentar: