Nov 24, 2011

REALITI PENYAKIT MASA KINI (1)


Syeikh Muhammad Nazim Al-Qubrusi Al-Haqqani


Artikel ini saya terjemahkan daripada tulisan Syeikh Muhammad Nazim Al-Qubrusi Al-Haqqani yang merupakan seorang sufi besar daripada Cyprus dan memiliki kelulusan dalam Kejuruteraan Mekanikal dan juga bidang Kimia daripada Universiti Istanbul. Semoga Allah merahmati beliau...


PERAWATAN ALAMIYYAH

Oleh : Syeikh Muhammad Nazim Al-Qubrusi Al-Haqqani.

Ini merupakan suatu pengenalan ringkas kepada sebuah risalah perubatan dan perawatan cara baru. Manusia pada zaman kita ini sangat memerlukan perkara ini, kerana penyakit semakin bertambah dan ia menjadi lebih dan semakin mustahil bagi para doktor atau para saintis untuk mencari nama-nama, perawatan atau ubat-ubatan untuk merawat penyakit-penyakit ini.

Penyakit yang mudah mempunyai ubat yang mudah. Tetapi, apabila berlakunya pembangunan kemanusiaan dan peningkatan ketidakpatuhan (maksiat), maka penyakit-penyakit juga mula menjadi tidak patuh terhadap ubat-ubatan dan tidak dapat dirawat lagi. Dengan izin Allah Yang Maha Perkasa, sesuatu penyakit yang sangat kritikal dapat juga diatasi dengan ubatan yang mudah. Tetapi, semakin manusia tidak setia dan tidak patuh terhadap Undang-undang Allah, maka semakin banyak penyakit yang mustahil dirawat, sekalipun penyakit yang paling mudah.

Pada masa kini, anda perlu menggunakan terlalu banyak ubat-ubatan (dadah sintetik) untuk merawat. Janganlah percaya bahawa ubat-ubatan itu dan pembedahan memberi sebarang manfaat! Jika manusia menjadi hamba yang taat, Allah Yang Maha Perkasa berkuasa untuk memberikan kesihatan dan menghilangkan penyakit itu. Selagi mana manusia memikirkan bahawa ubat-ubatan itulah yang menghilangkan penyakit, maka selagi itulah penyakit itu tidak akan hilang.

Tekanan yang kuat daripada ubat-ubatan buatan (dadah sintetik) akan membuatkan mereka (pesakit) merasa mengantuk bahkan boleh menghilangkan kesedaran. Kemudian, apabila ubat-ubatan yang kuat dan racun itu disingkirkan, maka bakteria dan mikrob akan terjaga dan mula beroperasi serta memakan organ-organ kerana Allah Yang Maha Perkasa memberi arahan : "Musnahkan!"

Punca bagi semua ini ialah maksiat. Manusia-manusia jenis ini tidak pernah memikirkan bahawa kesihatan itu datang daripada Allah, mereka memikirkan bahawa kesihatan adalah hasil daripada tablet-tablet, pil-pil dan pembedahan. Itu merupakan satu dosa yang besar. Saya pernah melawat seorang doktor di Karachi, Pakistan. Ia mempunyai sebuah klinik yang serba ringkas. Di atas pintunya tertulis sepotong Ayat Suci daripada Al-quran Al-Karim,


" Apabila aku ditimpa penyakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan aku "

(Asy-Syu'ara : 80)


Ia merupakan satu amaran penting dan satu perhatian bagi mereka yang pergi menjumpai doktor. Tidaklah benar dengan berkata : "Doktor ini tidak tahu apa-apa" . Kesembuhan itu tidak datang daripada doktor atau ubat-ubatan, tetapi daripada Allah. Apabila manusia meninggalkan kepercayaan ini dan meninggalkan 'langit' (agama), maka ribuan dan ribuan penyakit akan menimpa mereka, meskipun jumlah organ-organ hanyalah 360.

Sebahagian orang datang kepada saya setelah menjumpai ramai doktor. Mereka berkata, "Tiada seorang pun yang tahu bagaimana untuk merawat penyakit ini!". Apa yang saya faham ialah setiap hari akan muncul penyakit-penyakit baru yang profesor-profesor sendiri pun tidak tahu apa-apa tentangnya. Khususnya penyakit-penyakit yang sangat ganjil yang melibatkan mata, telinga, lidah otak, leher, jantung, hati, paru-paru, perut, buah pinggang, tulang, darah, hidung...

Pada masa kini, penyakit yang kompleks sebegitu muncul daripada tubuh kita. Manusia ditimpa kesakitan, rasa sakit, jumpa doktor, pergi ke makmal, buat imbasan sinar-x, rasa sakit lagi, pergi lagi dan setelah melakukan pemeriksaan yang lengkap, doktor memberitahu mereka;


Doktor : Tiada apa-apa yang bermasalah.

Pesakit : Tetapi saya sakit.

Doktor : Semuanya dalam keadaan yang baik.

Pesakit : Saya rasa sakit.


Ini merupakan sejenis lagi bala, rasa sakit. Tiada ubat, tetapi mereka akan dapatkan dadah (ubat sintetik) untuk melupakan, untuk membuatkan sebahagian daripada otak tidak berfungsi. Doktor akan merasa berkewajipan untuk memberikan dadah (penahan sakit seperti paracetamol dan panadol) dan begitulah seterusnya, sekalipun pesakit itu tidak sakit sebenarnya, doktor itu akan terus meracuni pesakit itu (ubatan kimia mempunyai banyak kesan sampingan, seolah-olah racun). Jutaan manusia menghadapi penyakit jenis ini.

Perkara terakhir yang doktor itu akan sebut ialah, "Kami perlu bedah kepala kamu". Kemudian mereka menyentuh otak. Ini merupakan pembedahan yang paling sukar, tiada siapa pun yang patut menerimanya. Begitulah juga dengan pembedahan jantung, sama sahaja, ianya berbahaya dan tiada harapan.

Penggunaan pisau bedah sentiasa membahayakan, tetapi para doktor hari ini tergesa-gesa dan terus membedah. Ianya sangat sukar dan sangat berbahaya. Tanpa menggunakan pisau, ada rawatan bagi setiap penyakit, iaitu "perawatan alamiyyah" (natural medicine). Ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang, tetapi ia tidak mempunyai kesan sampingan.


Kesimpulan :

1. Punca penyakit yang ganjil dan tidak dapat dirawat ialah maksiat.

2. Allah berkuasa memberikan kesembuhan pada hamba-Nya yang taat dan patuh pada agama.

3. Antara bala yang menimpa umat kini ialah rasa sakit yang tidak dijumpai punca zahirnya serta tiada ubatnya.

4. Perawatan yang tidak alamiyyah memberikan pelbagai kesan negatif.


Bersambung...

0 komentar: