Nov 21, 2011

Selamatkah Data Anda Sekarang Ini?!!

Penggunaan telefon pintar BlackBerry mula dipandang serius kerana tahap kekebalan sistem keselamatan yang sangat rumit dan tinggi menjadikan ianya sukar untuk digodam.

Namun itu tetap tidak menjadi penghalang kerana kebanyakan aturcara dan perisian BlackBerry sudah banyak digodam dan didapati di laman web negara jiran Indonesia?!!

Adakah benar keselamatan data ini atau ada teknologi pengklonan telefon pintar sudah didapati di pasaran gelap mahupun di Malaysia?!!

Kad memori mudah alih yang sudah dipadam lupus pun boleh dibaikpulih semula datanya dengan perisian percuma yang terdapat di laman web sekarang ini!?

Bagaimana pula dengan perisian yang berbayar sudah tentulah menjadi semakin mudah untuk mendapat apa juga maklumat yang diingini?!!

Research In Motion bukan berpangkalan data di Malaysia seperti yang terdapat di India dan Arab Saudi menyebabkan sesiapa sahaja boleh menulis untuk meminta maklumat yang diperlukan?!? Adakah Malaysia akan meminta RIM untuk menyediakan kemudahan kepada kerajaan Malaysia untuk mendedahkan maklumat yang membahayakan tahap keselamatan negara?

Mungkinkah Malaysia masih begitu awal untuk berbuat demikian? Akta perisik teknologi pun belum mantap dan sistem keselamatan masih bolos sehinggakan askar risik China mudah masuk dan keluar dari negara dengan menggunakan passport awam!!?? Belum lagi askar Korea Utara yang ditanam terus di dalam restoran mahupun di dalam industri teknologi tinggi!?!

Setiap perisian BlackBerry Protect mampu mengaktifkan BlackBerry yang hilang dari jauh dari atas talian!!?? Bayangkan sekiranya teknologi ini disalahgunakan oleh tangan yang berada di sebalik tombol kawalan?!?
Hadkan BBM Elak Dedah Rahsia

Posted Berita Harian 18 Nov 2011

Pegawai kerajaan perlu ambil langkah jamin keselamatan data, maklumat negara

KUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan yang menggunakan telefon pintar BlackBerry dinasihatkan mengehadkan penggunaan kemudahan BlackBerry Messenger (BBM) kepada komunikasi yang tidak sensitif atau bukan rahsia kerajaan.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Jospeh Salang Gandum, berkata ia perlu diamalkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan data dan maklumat negara.

"Maklumat yang disalurkan melalui sistem BlackBerry adalah melalui kaedah penyulitan dengan tahap keselamatan pemindahan dan penyimpanan maklumat pengguna adalah tinggi dan tidak memungkinkan ia diakses dengan mudah oleh mana-mana pihak.

"Bagaimanapun, setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan dan tidak dapat menjamin kerahsiaan sepenuhnya," katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) di Dewan Rakyat semalam yang bertanya mengenai tahap keselamatan data dan maklumat terutama pengguna BlackBerry dan agensi yang mengawasinya.

Joseph Salang berkata, syarikat pengendali perkhidmatan BlackBerry, Research In Motion (RIM) tidak akan mendedahkan data dan maklumat yang dihantar melalui BBM sewenang-wenangnya, namun RIM bersedia memberikannya jika diminta oleh kerajaan seperti di India dan Arab Saudi baru-baru ini bagi tujuan keselamatan negara.

Menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang bertanya mengapa cakera parabola masih tidak dibenarkan penggunaannya, Joseph Salang berkata, penggunaan untuk orang awam bagi tujuan penerimaan siaran televisyen luar negara boleh memberi kesan negatif kepada rakyat dan kerajaan sukar memastikan kandungan siaran itu memenuhi Akta Penapisan Filem 2002, Kod Kandungan serta Arahan dan Garis Panduan berkaitan.

"Cakera parabola hanya digunakan secara meluas untuk perkhidmatan data jalur lebar di kawasan pedalaman dan tidak dihubungi perkhidmatan talian tetap, pendidikan jarak jauh dan penggunaan korporat bagi acara tertentu," katanya

2 komentar: