Nov 17, 2011

Tiada Pilihan Kerana Terjerat. Biar Mati.

Wajah terkini. Makin lama, muka semakin sebiji, 
99% macam didalam video.

1- Anwar dengan tidak disangka-sangka telah membuat pengakuan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain mengenai kes video seks beliau semasa ke Balai Polis Kepong jam 3.15 semalam 16 Oktober untuk memberi keterangan kerana dituduh membuat laporan palsu.

“Ini yang mereka lakukan,  Insya-Allah,  kami tiada pilihan tetapi akan terus melawan,lawan mereka dalam pilihan raya”

Bulan Mac lepas Anwar membuat laporan palsu di IPD Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara. Dalam laporan itu Anwar menangkis bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut, tanpa melihat isi kandungan video tersebut. Beliau menyatakan perut didalam video seks adalah lebih buncit berbanding beliau, meniru gaya percakapan ahli politik Indonesia yang juga tumbang akibat skandal seks.

DSP Shanmugam telah membuat laporan polis bahawa Anwar telah berbohong iaitu polis yang sama mengambil keterangan palsu beliau. Jika bersalah Anwar akan masuk penjara 6 bulan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. Di sini >
Gambar terkini semalam.
Yang ini 100 % muka macam didalam video.

2- Anwar dikatakan berbohong kerana satu laporan yang dibentangkan di mahkamah Jun lepas oleh Profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang mengesahkan wujud  keirasan  lelaki dalam klip video itu, dengan  foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah. Video itu adalah 99% tulin dan seiras wajah Anwar.

Dengan pengakuan tidak sengaja Anwar yang beliau tiada pilihan lain kerana kebenaran telah timbul hasil laporan, maka jalan yang ada ialah cuma satu sahaja iaitu melawan habis-habisan di mahkamah atau pada pilihanraya. Alang-alang terjerat biar mati adalah prinsip Anwar.

Anwar tahu ia menjadi satu perkara yang mushkil untuk membuktikan ia adalah beliau keranaketulinan video adalah 99%, tetapi laporan tidak mencatit 99% adalah wajah beliau.

Seperti juga yang Anwar akui bahawa beliau akan senantiasa sibuk dengan kes-kes mahkamah sehingga kejatuhan beliau atau kematian beliau atau kedua-duanya sekali berjalan serentak.

0 komentar: