Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 25, 2011

UMB AMAT DIPERLUKAN AHLI POLITIK MASA KINI


Dunia siber atau alam maya disifatkan sebagai ruang terbuka untuk sesiapa sahaja mengeluarkan kenyataan dan artikel yang berbentuk pandangan mahupun kritikan dengan menggunakan kemudahan media sosial seperti blog, facebook dan twitter.

Politik Malaysia sekarang ini banyak bersandarkan kepada kecanggihan media sosial namun sesekali tidak menidakkan kepentingan media tradisional yang mempunyai pengikut tersendiri terutama di kawasan luar bandar.

Kesediaan ahli politik menggunakan media sosial sebagai wadah perjuangan demi memahami permasalahan rakyat di kawasan. Inisiatif Perdana Menteri dalam penggunaan media sosial blog, facebook dan twitter bagi menjalankan kerja-kerja seharian dan sekaligus menjadikan media sosial sebagai tujuan merapatkan Perdana Menteri kepada rakyat menerusi alam maya.

Dalam dunia serba kecanggihan ini dan menjelang PRU-13, Perdana Menteri telah menyarankan kepada kesemua Ahli Parlimen BN mempunyai sekurang-kurangnya satu medium media sosial bagi memudahkan hubungan dan pertalian bersama rakyat. Medium perlu memandangkan generasi muda hari ini gemar berkomunikasi hanya menggunakan media sosial berbanding kesediaan mereka bertemu secara bersemuka.

Selepas perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC pada 20 November lepas, ramai ahli bloggesr Sarawak khususnya ahli-ahli parti telah mengeluarkan artikel berhubung keperluan hubungan Ahli Parlimen bersama bloggers Sarawak.


Secara asasnya, kita tidak boleh menidakkan bahawa kesemua Ahli Parlimen mahupun ADUN tidak mempunyai medium media sosial. Harus diingat kejayaan BN Sarawak mengekalkan penguasaan memerintah pada PRN Sarawak Ke-10 April lepas bukanlah disebabkan faktor penguasaan alam maya secara 100 peratus mahupun kebijaksanaan bloggers prokerajaan sebaliknya ia adalah atas usaha semua pihak termasuklah kepimpinan, parti dan pihak-pihak yang tidak bertuan, tetapi mempunyai visi dan misi bagi membantu BN Sarawak mengekalkan kuasanya.

Apakah selepas PRN Sarawak Ke-10, bloggers prokerajaan di Sarawak masih lagi berjuang atas nama agama, bangsa dan tanahair, atau terus tidur bersama mimpi-mimpi indahnya sambil menikmati kemenangan 2/3 BN? Ramai berpendapat kebanyakan bloggers prokerajaan ini  telah tidur lena atau mungkin sudah terkubur!

Berbeza dengan bloggers propembangkang yang tetap ligat memperkatakan tentang masalah di kawasan khususnya di kawasan yang menjadi topik hangat. Masalah tanah, pembangunan dan kesediaan wakil rakyat di kawasan menjadi sebahagian daripada sajian mereka setiap hari. Bagaimanapun, sajian mereka ini sedikit pun tidak terjawab oleh bloggers prokerajaan yang diamanahkan mempertahankan kerajaan seperti yang didakwa mereka. Akibatnya, bloggers prokerajaan sering kali diperkotakkatikan bloggers propembangkang.

Penggunaan Facebook sebagai kaedah bersembang secara terus dalam pelbagai hala menjadi pilihan sesetengah wakil rakyat. Beberapa contoh ADUN BN Sarawak yang cenderung menggunakan medium ini seperti ADUN Demak Laut, ADUN Nangka, ADUN Dalat dan beberapa lagi ADUN lain lagi membuktikan mereka ini mampu berdiri sendiri. Demikian juga dengan Ahli Parlimen seperti Ahli Parlimen Petra Jaya, Ahli Parlimen Sibuti dan beberapa lagi Ahli Parlimen sentiasa mengiringi keperluan kecanggihan media sosial. Di pihak pembangkang, mereka ini telah lama menggunakan kaedah media sosial ini termasuklah semasa berkempen PRN Sarawak Ke-10. Perkara atau faktor utama pemimpin Pakatan Pembangkang menang dan berjaya menambahkan bilangan kerusi dalam PRN Sarawak ialah dengan mengaplikasikan secara maksimum penggunaan media sosial.

Melihat kepada perkembangan ini, wakil rakyat BN Sarawak tidaklah buta IT seperti yang diperkatakan sesetengah pihak bahkan keperluan media sosial kini lebih terarah kepada keperluan sampingan selepas melawat kawasan bagi membuktikan bahawa wakil rakyat membuat kerja. Justeru, keperluan media sosial pada hari ini diibaratkan sebagai wadah untuk mendapatkan atau mengadakan sesuatu isu serta permasalahan di dalam sesuatu kawasan yang luas dan memberi kelebihan kepada rakyat yang lebih gemar menekan butang kekunci berkaitan masalah.

Selain blog dan facebook, twitter juga mempunyai kewibawaannya sendiri dalam menyalurkan maklumat secara terus. Ini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat kepada ramai rakan, tetapi juga dapat memberitahu situasi semasa yang sedang berlaku. Lihat saja bagaimana twitter ini pun boleh dijadikan bukti bagi membuktikan sesuatu peristiwa sebagaimana temberang Anwar Ibrahim dapat dibuktikan dalam kes video seksnya.

Hakikatnya, pemimpin perlu mempunyai medium media sosial sebagai suatu keperluan dan bukannya lagi suatu kepastian.

0 komentar: