Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 20, 2011

Umno masih belum berubah sejak 2008 - Tun Mahathir

Dibawah adalah petikan wawancara Tun Mahathir yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Bila ditanya tentang perubahan Umno sejak 2008..

DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.


Bila ditanya kenapa Umno dalam keadaan sekarang...

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Bila ditanya dimana yang Umno dilihat tidak berubah..

DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

Dah tiba masanya Pemimpin Pemimpin Umno yang duk berangan kat atasKAYANGAN tu turun ke bumi dan pijak tanah, sedarkan diri anda apa pandangan orang Melayu tentang Umno waktu ini.Jangan duk beretorik sana sini dan perasan macam anda dah diterima kembali oleh orang Melayu...belum lagi beb!Anda masih lagi lagi dilihat dan tidak lebih dari "JEMAAH PENGAMAL RASUAH" yang menjadi perosak Umno hari ini.Aku kena berterus terang bab ini walaupun ramai orang Umno yang akan marah,walaupun sakit kerongkong MEREKA nak menelan..tapi sekurang kurangnya aku berkata yang BENAR bukan nak jadi PEMBODEK PEMBODEK TEGAR.Kalau cakap aku ini TAK LAKU..apakata baca apa yang Tun Mahathir kata seterusnya DISINI

0 komentar: