Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Apr 28, 2011

Gempar: YB Datuk Fadillah Yusuf Kena Serang Bloggers

Semalam bujang senang terbaca satu artikel tentang YB Datuk Fadillah dalam sebuah blog.. Kandungannya begitu lantang sekali. Ia bukan sekadar nak mengkritik sahaja tetapi seolah-olah hendak menjatuhkan terus kredibiliti tonggak kepimpinan pemuda PBB itu. Tidak perlulah rajahmas menyebut nama blog tersebut…

Cerita berpunca daripada perletakan jawatan ketua pemuda Kidurong beserta 13 ahli lain yang dikatakan tidak berpuas hati dengan beliau serta mendakwa gagal menjaga kebajikan pemuda peringkat cawangan terutamanya dalam hal ekonomi.

Daripada penulisan di blog tersebut, ia membawa kepada sinopsis berbagai kejadian lepas yang dikaitkan dengan peribadi YB Datuk Fadillah Yusuf. Ia bermula daripada Persatuan Silat Helang, kemudian projek-projek pusat kononnya melibatkan syarikat abang beliau (Hj Bustari) dan kini isu hilang percaya terhadap kepimpinan beliau.

Bujang Senang tidak mahu mencampuri apa-apa urusan berkaitan projek, ekonomi atau seumpamanya. Kita mempunyai Biro ekonomi pemuda dalam PBB. Apabila timbul perselisihan melibatkan urusan seperti ini, bukankah ia seharusnya juga ditangani oleh Biro Ekonomi Pemuda PBB?

Jika hendak menuding jari kepada Ketua Pemuda PBB semata-mata, peranan Biro Ekonomi Pemuda PBB sepatutnya dipersoalkan. Dalam keadaan begini, mengapa mereka berdiam diri tanpa memberi sebarang penjelasan bagi pihak kepimpinan parti? Apakah sebenarnya tanggungjawab dalam biro itu?

Setakat yang bujang senang faham, ada ahli-ahli lantikan yang bijak menguruskan hal ehwal berkaitan ekonomi dalam Pemuda sesuai peranannya ketika ini. Jika YB Datuk Fadillah sahaja yang dipersalahkan, ia tentunya terlalu berat bagi beliau. Apakah aktiviti Biro ekonomi dalam parti tidak melibatkan kepentingan semua pihak termasuk pemuda?

Surat perletakan jawatan Ketua Pemuda Kidurong tempohari meletakkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap YB Fadillah sebagai punca kepada keputusan tersebut. Lebih memeritkan, terdapat dakwaan kononnya wujud barisan pemuda cawangan lain akan mengambil tindakan serupa. Kelembapan “ TRANFORMASI RAKYAT UNTUK MENCAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI” dijadikan alasan oleh penulis tersebut, bujang senang pasti YB Datuk Fadillah tidak bermaksud untuk melaksanakannya secara individu, tetapi sebagai ‘team effort’ dalam parti. Salah faham inilah sebenarnya yang sering menjadi punca keretakan dalam kepimpinan parti.

Biarlah penulis blog tersebut berfikir dengan rasional. Seandainya beliau adalah kalangan orang PBB yang tidak berpuas hati, selesaikanlah masalah dengan cara yang baik bukan meranapkan kredibiliti pemimpin dan juga parti. Jika beliau adalah kalangan Pembangkang, lihatlah keadaan parti sendiri dahulu. Pakatan Rakyat tidak akan membawa apa-apa perubahan ekonomi walau sedikitpun kepada rakyat Sarawak.e

Buat YB Datuk Fadillah, beliau memang mempunyai kelemahan kerana sering bersangka baik walaupun terhadap mereka yang berlaku tidak adil kepadanya. Prinsip mempertahankan diri kenalah ada, sikap berdiam diri apabila diserang akhirnya hanya akan mengundang nasib seperti KJ di dalam UMNO.

Pandangan bujang senang, apa sahaja bantahan dan suara memprotes perlulah ditangani dengan tegas. Bagi kumpulan-kumpulan yang bertanggungjawab, marilah bersama Ketua Pemuda menghadapi segala rintangan, bukan sekadar melepaskan tangan membiarkan beliau menjadi sasaran rasa tidak puas hati ahli-ahli pemuda peringkat akar umbi…

Dalam mana-mana parti komponen BN pun, tidak ada ‘super human’ yang memainkan peranan sendirian dalam semua urusan (kecuali Anwar Ibrahim).. Sesungguhnya, tidak ada manusia dilahirkan sempurna yang boleh memuaskan hati semua orang tanpa ada apa-apa tentangan dan masalah….

Gempar: Obat Kuat Untuk Lelaki

Sejak 20 jam lepas, Anwar menyepi dari Twitter. Masih lagi tidak membalas dan memberi reaksi bila keluar video sex Part 2. Nampaknya Anwar sedang memeras idea bagaimana untuk menjawab dan mengalihkan isu. Apa yang pasti, video sex Part 2 memang membuatkan Anwar Ibrahim diam seketika. Terkedu terus bila terkantoi.



Rupa-Rupanya Beli Cinadoll untuk sakit kepala

Perut Buncit: Realiti Atau Fantasi


“Muka dia macam saya…perut lebih buncit,”.Itulah ayat yang Datuk Seri Anwar Ibrahim guna dalam sidang akhbar pada 21 Mac lalu untuk menangkis dakwaan lelaki dalam video seks adalah beliau.

Namun cuba lihat betul-betul pada rentetan gambar yang disedut dari bahagian kedua video seks yang tersebar di Youtube petang Rabu. Dari gambar-gambar itu jelas semasa beliau bogel dan sedang nak pakai baju nampak perutnya buncit sikit.

Sebaliknya bila beliau sudah pakai seluar yang mengikat perutnya…buncit itu tidak begitu kelihatan kerana cengkaman seluar dan baju melindunginya. Selalunya…di luaran itulah yang orang nampak Anwar dari segi fisikal.

Hakikatnya siapa yang pernah nampak Ketua Umum ini berbogel kecuali dari video seks bahagian kedua.

Klip bahagian pertama dulu beliau bertuala dan tidak kelihatan perutnya.
Kalau nak kira begitulah keadaan fisikal badan mereka yang sudah berusia.Ada yang buncit menonjol dan ada yang buncit sedikit yang boleh tersorok dengan cengkaman seluar dan baju yang kembang. Sebab itu Anwar dengan konfiden berani buat lawak dalam sidang akhbar 21 Mac sambil berdiri tunjuk perutnya.

Kalau soal perut buncit Anwar nak jadikan sandaran…silalah renung lama-lama pada rentetan gambar ini.
Itu bagi yang tidak berpeluang lihat video bahagian dua yang jam 7 petang Rabu sudah kena blok di Youtube setelah beberapa jam online sebelum itu.

Parti PBB Di Sarawak Diserang Dari Dalam?


Krisis dalaman melibatkan PBB nampaknya tidak berakhir. Perbuatan memfitnah serta menyebarkan sms berbaur fitnah ini nampaknya seperti dilakukan oleh 'orang-orang tertentu' daripada puak yang gagal mendapat manfaat pencalonan Pilihanraya DUN negeri, kini dilihat beralih menyerang Ahli Parlimen pula.

Mereka menyebarkan sms itu dengan niat untuk menjatuhkan ahli Parlimen tertentu supaya tidak dicalonkan semula pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Buat ahli-ahli Parlimen PBB yang hendak bertanding nanti, berhati-hatilah....

Semalam dilaporkan dalam BorneoPost, Gerakan Anti-Rohani telah wujud untuk menjatuhkan ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Karim. Sehubungan itu, PBB Ranting Kampung Hulu/Lingga telah membuat satu laporan polis berhubung penyebaran sms yang berniat jahat untuk memburukkan kredibiliti ketua mereka. Berita ini dilaporkan semalam.. rujuk bawah.


PBB Batang Lupar buat laporan polis terhadap SMS berbaur fitnah:

SRI AMAN: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batang Lupar tampil membuat laporan polis terhadap penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah tentang Gerakan Anti-Rohani (GAR) yang diterima menerusi telefon bimbit pada 21 April lalu.

Ketua Ranting PBB Kampung Hulu/Lingga Zaidi Abang Akim bersama enam lagi rakannya yang hadir membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman ialah Robert Barat, Abang Waslie Abang Madeni, Shamsuddin Saliman, Abang Kamsi Abang Morsidi, Daud Ahmad dan Jenny Ekin pada jam 10.30 pagi semalam.

Zaidi berkata, PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai Datuk Rohani Karim menerusi SMS itu.

Segala dakwaan terbabit adalah tidak benar sama sekali dan Rohani merupakan seorang Ahli Parlimen Batang Lupar yang cemerlang dalam melaksanakan tugas di kawasannya selama ini, tegas beliau.

“Disebabkan oleh SMS fitnah itu maka kesemua kami tampil untuk membuat laporan polis bagi membuktikan bahawa ahli PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya SMS yang berbunyi seperti itu,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Beliau juga menasihati rakyat di kawasan Parlimen Batang Lupar supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang dilemparkan oleh pihak yang kurang bertanggungjawab itu.

“Nada SMS seperti mencemarkan imej Rohani maka saya meminta rakyat di Parlimen Batang Lupar supaya tidak mempedulikan SMS itu,” katanya.

Pandangan peribadi rajahmas, penyebaran sms ini dilakukan oleh kumpulan yang sama menyebarkan demonstrasi anti-Taib di Padang Merdeka sebelum ini.

Jika benar, rajahmas harap mereka menghentikan segera tindakan tidak bertanggungjawab ini... Berapa banyak lagi kepincangan yang hendak dibuat? Dari sejak perletakan jawatan ketua pemuda PBB Kidurong beserta 13 yang lain sehinggalah kepada SMS burukkan pemimpin sedia ada, ia hanya akan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk meraih sokongan.

Hentikanlah juga perbuatan melaga-lagakan PBB dengan UMNO. Hentikanlah memburuk-burukkan Ahli Parlimen PBB Petra Jaya dan Batang Lupar....

Apakah selepas ini, MP Santubong, MP Tanjung Manis dan MP Batang Sadong akan menjadi sasaran seterusnya?

PANAS BERAPI !!! AKHIRNYA NIZAR MENUTUP MULUT DAN TERKEDU BERKENAAN ISU RASUAH !!!


Cubaan bekas Menteri Besar Perak,Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menghentam kerajaan dengan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal bertindak ke atas kes rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam satu wacana tidak kesampaian.Sebaliknya,Nizar terdiam dan terkedu apabila dakwaannya berjaya dibidas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang menegaskan suruhanjaya itu tidak pernah mengamalkan siasatan atau pendakwaan terpilih.

Apr 27, 2011

DNA ESKAY SUDAH, ANWAR BILA LAGI???

Ini satu tuntutan dari rakyat. Bukan sengaja nak direka cipta untuk menekan atau mencampuri urusan Mahkamah.

Tapi rakyat mahukan KEBENARAN. Berani kerana Benar, Takut Kerana Salah. Itu pegangan yang sepatutnya menjadi cogankata dalam hidup.

Mungkin, atas prinsip itulah yang membuatkan Datuk Shazryl Eskay membuat keputusan menyerahkan DNA dia kepada pihak Polis.

Beliau membuat tindakan tersebut bagi membantu pihak Polis dalam siasatan kes video seks seorang 'Pemimpin Kanan Pakatan Pembangkang' yang didedahkan baru - baru ini.

Penyerahan tersebut dibuat oleh Eskay secara sukarela kerana diminta oleh pihak Polis. Kalau polis tak mintak pun, rasanya Eskay akan bagi jugak atas dasar KEBENARAN.

Bukan macam si Ketua Penipu tu. Setakat cogankata je 'Lawan Tetap Lawan' menda jadahnya. Bila orang mintak DNA pun, dia banyak beralasan.

Bagi DNA tu pun bukan untuk orang lain, untuk diri dia sendiri jugak. Bagi membuktikan diri dia benar - benar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah dalam kes liwat.

Dengan DNA itu jugak dia dapat menjaga maruah, bukan sahaja diri dia sendiri, malah untuk menjaga maruah isteri, anak - anak dan kaum keluarga dia jugak.

Itu pun KALAU dia nak jaga maruah - maruah pihak - pihak tersebut. Tapi dah dasarnya Ketua Penipu dan Penakut, maruah siapa pun dia apa peduli.

Sebab tu la dia sanggup melacurkan maruah Agama, bangsa dan Negara dia tanpa segan silu. Orang macam ni yang nak dijadikan sebagai Perdana Menteri Malaysia? Kirim salam je la. Suruh dia bermimpi je, jangan bangun - bangun dah. Buat semak je!!!

Panas - Rakaman Aksi Seks Anwar Ibrahim




Gempar: Video China Doll Part 2


Besarnya seluar dalam???

Memang suka pakai seluar dalam longgar-longgar kot.... Supaya "power" dan sperma aktif?

Mungkinkah seluar dalam tersebut bakal membuktikan bahawa lelaki dalam video klip lucah tersebut sememangnya bukan Anwar?

Apapun Wan Azizah, anak-anaknya dan orang gaji Anwar pastinya lebih mengetahui jenis seluar dalam yang dipakai oleh Anwar... Samada jenis brief, boxer, G-string dan lain-lain...

Nampaknya seperti agak lucah dan merapu, tetapi jika difikir dalam-dalam seperti ada benarnya....

Mungkin Pn Sri Wan Azizah boleh bawa seluar-seluar dalam Anwar ke sidang-sidang media untuk membuktikan bahawa suaminya bukanlah lelaki yang dilihat dalam klip video lucah tersebut...

Yang jelas, kebenaraan perlu diketahui umum...Yelah kalau Anwar benar-benar tak pernah pakai seluar dalam jenis tu....Tak kanlah dia kot???

(Lihat Sini)

EMAIL BERAPI YANG WAJIB DIBACA OLEH SEMUA MELAYU DI NEGARA INI!

Ini ada satu email yang patut dibaca oleh semua Melayu dinegara ini! Sedarlah wahai Bangsa Melayu! Sedarlah....

PERJALANAN sejarah riwayat bangsa Melayu bukan sekadar bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bukan. Riwayat dan survival bangsa ini sebenarnya cukup lama, malah jauh lebih lama daripada sejarah bangsa Eropah, memakan masa ribuan tahun kegemilangannya, begitu gemilang bangsa kita suatu zaman dulu.

Gugusan tanah ini pernah menyaksikan Melayu pernah gemilang di bawah panji Sriwijaya, satu nama empayar Melayu yang tersohor ke seluruh benua Timur. Para pelayarnya suatu ketika dahulu diberi penghormatan oleh bangsa-bangsa dunia, bukan kerana Melayu itu bangsa pilihan Tuhan, tetapi kerana bangsa Melayu itu satu bangsa yang menjadi induk kepada bangsa-bangsa dan suku-suku di Nusantara.

British yang menduduki Betawi (Indonesia) sanggup melepaskan dan menawarkan Betawi yang sungguh luas kawasannya kepada Belanda hanya semata-mata mahu memiliki Semenanjung Tanah Melayu yang sekangkang kera cuma. Jepun juga pernah datang ke sini untuk memiliki Tanah Melayu. Tanah yang berada di hujung laluan paling sempit (Selat Melaka) ini, adalah tanah yang menjanjikan kenikmatan dunia.

Sayanglah jika tanah yang pernah menyaksikan pertumpahan darah nenek moyang Melayu untuk mempertahankannya suatu ketika dahulu akhirnya boleh sahaja bertukar tangan kepada puak lain yang sentiasa mahu merampas daripada para pewarisnya.



Manuskrip-manuskrip lama yang direkodkan pelayar-pelayar Eropah, China dan Asia Selatan banyak mengandungi baris-baris ayat yang memuji kekayaan Suvarnabhumi ini iaitu Tanah Melayu kita ini. Juga mengukir sebaik-baik prosa untuk memperjelaskan ketinggian bangsa Melayu kita ini.

Manuskrip sejarah berusia ribuan tahun sebelum kedatangan Islam banyak menceritakan kehebatan bangsa ini. Manakala teks-teks sejarah selepas kedatangan Islam seperti Sejarah Melayu sebagai salah satu contohnya juga menceritakan kehebatan bangsa. Melayu adalah bangsa induk di Nusantara, nenek moyangnya hebat-hebat belaka.

Bukan mudah untuk Portugis menakluk Melaka. Kekentalan orang Melayu mempertahankan tanah mereka menyebabkan Portugis biadap terpaksa berperang siang malam selama 10 hari 10 malam di Selat Melaka dalam percubaan pertama menakluk Melaka. Diego Lopez de Squiera akhirnya mati dibunuh oleh para pejuang Melayu Melaka. Alfonse de Alburqurque pula sempat lari ke Eropah. Selepas armada Portugis diranapkan, sebanyak 20 kapal perang Portugis juga semua habis dirampas laskar-laskar laut Melaka. Melayu itu hebat semangat juangnya.

Melayu itu hebat bangsanya, besar semangat juangnya. Keris tombak, bukan senjata utamanya melainkan senjata terakhir apabila senjata perang sudah tiada lagi berguna. Empayar Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan benua China sejak ratusan tahun. China pada ketika itu sudah lama menggunakan belerang dan meriam sebagai senjata. Sudah tentu jugalah teknologi perang China juga dibawa masuk ke Melaka, senjata api bukan suatu yang asing di bumi Melayu. Perang Melaka-Portugis bukan antara keris tombak Melaka menggempur senapang dan meriam Portugis, tetapi ia pertempuran antara senjata api Portugis dengan senjata api Melaka. Kenal perjalanan sejarah bangsa, barulah kita akan kenal kegemilangan bangsa kita. Melayu itu hebat bangsanya.

Alfonse de Alburqurque selepas kalah terpaksa kembali ke Portugis. Dia terpaksa bermuka tembok menghadap Permaisuri Isabela di Sepanyol untuk meminta bantuan dana bagi menumbangkan Melaka. Strategi dirancang sebaik acara. Maka, acara pun bermula bagi menghancurkan Melaka. Pada Ogos 1511, Melaka tumpas.

Darah Melayu bukan jenis darah yang mudah mengalah, angkatan Melayu dari Johor diketuai Hang Nadim menawan semula Melaka pada tahun 1525. Namun merdeka setahun cuma, pada 1526 tanah milik Melayu jatuh semula untuk tempoh 400 tahun lamanya.

Ketika pencerobohan Portugis ke atas Melaka, bangsa kita hanya merdeka selama setahun sebelum diceroboh semula. Kemudian datang pula Belanda, tanah ini dilacurkan dengan cara dipindah milik sesuka hati. Berpindah pula sekali lagi ke tangan British, lagi sekali dilacurkan seperti betina sundal yang sudah hilang maruahnya.

British mengubah banyak perkara kepada bumi bertuah ini selama beratus tahun. Bangsa asing dibawa masuk melalui sistem Kancu dan Kangani. Melayu semakin asing, makin miskin, makin melarat di bumi sendiri. Orang-orang asing yang dibawa masuk melalui sistem Kancu sangat disayangi oleh British, yang akhirnya merana tanpa diberi pendidikan sekolah ialah bangsa Melayu, tidak diberi sekolah selama 100 tahun. Melayu dibiarkan melarat di bumi sendiri, mungkin kerana Melayu adalah bangsa induk yang menggerakkan suku-sukunya yang lain memerangi bangsa Eropah sebelum datangnya British. Jika benar menghayati perjalanan sejarah perit ini, air mata pasti mengalir tiada henti.

Saat Jepun pula, Melayu diajar cara untuk bangkit meskipun sesekali ditindas oleh Jepun. Namun semangat Melayu sedikit pulih meskipun masih menahan perit. Ditambah pula dengan sikap Jepun yang tidak gemar melayan orang Cina, orang Melayu menjadi sedikit selesa. Semangat nasionalisme Melayu mula menyala tetapi belum cukup hangat untuk membakar semua jiwa yang sudah lama meruntun duka.

Ketika Jepun berlegar di Tanah Melayu, orang Cina yang sudah kaya raya menyelinap lari ke Tanah Besar China dan juga ke negeri-negeri lain yang berjiran di Nusantara kerana tidak tahan didera oleh bangsa Jepun. Itulah jenis ‘kesetiaan’ yang ditunjukkan sejarah perjalanan bangsa Cina di bumi Melayu ini. Meninggalkan Tanah Melayu apabila tidak lagi selamat untuk mereka. Jika Jepun mahu membunuh semua orang di Tanah Melayu, maka orang Cina akan selamat kerana sudah meninggalkan Tanah Melayu. Begitulah ‘setianya’ bangsa pendatang itu.

Sekembalinya British, Malayan Union dibawa bersama. Cina-cina kembali juga. Kembali menuntut hak sama rata, kembali menuntut kerakyatan di Tanah Melayu selepas bertempiaran lari meninggalkan Melayu bersendirian semasa kedatangan Jepun. Kembali menuntut hak kerakyatan selepas tanah asal (negara China) sudah tidak mahu menerima mereka. Menuntut kerakyatan selepas tiada lagi tanah untuk bertapak. Cina-cina itu adalah Cina-cina yang sudah tidak diterima oleh mana-mana negara. Malah, British juga tidak mahu mengambil Cina-cina itu untuk tinggal di negara mereka, maka dicampak Cina-cina itu di bumi Malaya.

Bagi memujuk British memberi kebenaran kepada mereka untuk tinggal di Malaya, maka disokonglah mereka dengan gagasan Malayan Union bagi menghapuskan institusi raja-raja Melayu, paling penting bagi mereka ialah tempat untuk bertapak. Tiadalah Cina-cina itu peduli akan sakit luluh hati orang Melayu apabila takhta raja mereka dicerca saat gagasan Malayan Union bergema. Bagi mereka Malayan Malaya itu jugalah asas Malaysian Malaysia.

Onn Jaafar menangis mahu Melayu bersatu bagi mempertahankan maruah Melayu dan raja-rajanya. Disuruh rakan-rakannya bergerak ke seluruh Malaya untuk menyatukan Melayu di bawah satu kesatuan yang kukuh. Apabila Melayu sudah bersatu ketika itu, British mula terdiam, Cina-cina juga terdiam.

Cina-cina itu sama nasibnya dengan Yahudi di Eropah yang tiada negara. Tetapi, Yahudi dikurnia tanah Palestin bagi menghancurkan Islam di sana. Cina-cina itu pula dikurnia Tanah Melayu bagi menggoyang Islam di sini. Cina-cina itu sangat berguna bagi Zionis yang pernah mengalami nasih yang serupa seperti mereka. Cina-cina itu harus diperguna sang Zionis, terutama dari garis Keturunan Li.

Kalau di Thailand (Siam) seperti dicatat dalam sejarah negara itu suatu ketika dahulu, Cina-cina (yang lari dari Malaya masuk ke Siam semasa zaman Jepun) itu dianggap sebagai Yahudi Timur kerana tidak pernah setia kepada setiap tanah yang dipijaknya. Betapa orang Thai seolah-olah tahu akan bahaya kewujudan mereka itu di sana. Maka, cepat-cepat orang Siam mengusir mereka.

Namun selepas Malayan Union dibatalkan dan sesudah menikmati kemerdekaan, Cina-cina itu tetap dikurniakan kerakyatan disebabkan kehebatan bangsa Melayu itu sendiri iaitu hati budi yang tinggi dengan kesediaan berkorban dan mengorbankan banyak keistimewaan di tanah sendiri semata-mata mahu sama-sama mencari rezeki di Tanah Melayu ini. Melayu perlahan-lahan dibalas dengan tuba hanya kerana untuk menguasai ‘tanah-tanah subur di sepanjang sungai’.

Dalam rencah politik semasa hari ini, tuba-tuba itu semakin meracuni pemikiran sebilangan besar orang Melayu. DAP yang menganggotai Liga Socialist International (SI) disokong padu oleh petualang-petualang Melayu, boleh dilabel sebagai ‘mason’ Melayu.

SI adalah pertubuhan sosialis antarabangsa yang mendukung komunisme, zionisme dan sekularisme dengan nada yang serius. Kempen komunisme, zionisme dan sekularisme yang dibawa oleh SI dan ahli-ahli anggotanya (termasuk DAP) bukan suatu kerja main-main. DAP ialah parti Cina, tapi kenapa ada sangkut paut dengan Zionis? Jawapannya, tidak perlu dilahirkan sebagai Yahudi untuk menjadi Zionis. SI adalah pertubuhan antarabangsa yang menerima dana daripada Zionis bagi menguasai politik dunia secara ideologi.

Malangnya, ada juga Melayu yang memberi sokongan kepada mason DAP. Masih ada Melayu yang memberi sokongan kepada anggota SI yang mahu sungguh-sungguh meranapkan Islam. Mason-mason Melayu itu sanggup khianat kepada perjuangan bangsa selama ini yang bermatian mempertahankan tanah emas ini. Adakah mereka seikhlasnya sanggup menggadai maruah, atau dipergunakan mason DAP untuk diperbodohkan? Menggadai maruah hanya untuk kuasa politik sempit. Sesuai dikatakan mason kerana menyokong DAP yang sudah terang berpaksikan sekularisme dan zionisme.

Mana mungkin Mason Melayu (PAS & PKR) mahu perintah negara kalau hanya diberi mandat oleh DAP untuk bertanding bagi beberapa buah kerusi sahaja. Andai menang semua kerusi sekalipun, adakah kuasa itu cukup untuk menandingi kuasa kerusi dan suara DAP yang lebih banyak? Juga adakah mampu mempengaruhi DAP untuk melaksanakan Hudud dengan jumlah suara dan kerusi yang sedikit? Andai seorang Mason Melayu Supreme (DSAI) diangkat DAP untuk menjadi Ketua Kerajaan, tidak cenderungkah dia untuk menerima semua kehendak DAP?

Mason-mason Melayu diperkuda bagi memecah belahkan Melayu, semata-mata untuk melemahkan dan memecahkan undi Melayu. Mason Melayu Supreme galak memperjuangkan idea pluralisme modul John Hick yang bercanggah dengan Islam ketika berucap di London, disokong pula oleh sebilangan Melayu yang mengaku memperjuangkan Hudud Islami atau Hudud Qurani. Mason Melayu Supreme pula terang-terangan menyokong Salman Rushdie, pengarang Satanic Verses yang mencerca al-Quran atas dasar pluralisme, juga disokong oleh sebilangan Melayu yang masih tidak nampak-nampak. Atas dasar itu, isu kalimah Allah dibuat main-main oleh Mason-mason Melayu ini seolah-olah tiada beza antara kebesaran nama Allah dengan perkataan-perkataan lain.

Orang-orang Melayu yang buta pula tidak henti membenarkan setiap ucapan Mason Melayu Supreme seperti tikus-tikus berusaha membaiki labu. Melayu sudah berpecah, tiada kesepakatan dalam memandu hala tuju bangsa. Cina-cina itu boleh bersatu atas dasar untung nasib bangsa mereka, tetapi mengapa pula dengan Melayu yang diperalatkan untuk dipecahbelahkan bangsanya dengan perbuatan anak bangsanya sendiri? Di mana perginya akal sihat sebilangan Melayu itu yang berterusan menyokong perancangan kejatuhan ini?

Lupakan politik kepartian. Sekarang adalah masa untuk Melayu teguhkan bangsa. Kehebatan bangsa Melayu pada beribu tahun dahulu sudah diperbudakkan di tanah sendiri oleh bangsa yang suatu masa dahulu tidak diterima oleh mana-mana negara.

Bangkitlah wahai bangsaku. Duduklah semeja bersama, berbicaralah mengenai masa depan anak bangsa, bukan berbicara mengenai politik semata-mata. Jangan sampai kita hanya mampu menangis apabila Order Baru DAP menjajah kita semula. Usah bersetia lagi kepada DAP atau manusia-manusia yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya khianat kepada perjuangan bangsa.

Cina sudah lama bersatu hati untuk kepentingan bangsa mereka. Kita pula dituduh rasis apabila mahu berbicara mengenai perpaduan Melayu. Melayu diletakkan dalam keadaan seperti orang yang bersalah besar setiap kali berbicara mengenai perpaduan dan masa depan orang Melayu. Usah ambil peduli semua tuduhan itu wahai anak bangsaku, hanya kita yang berhak membicarakan mengenai hal bangsa kita sendiri, bukan mereka. Sakit perit kita tidak pernah mereka ambil peduli.

Bangkitlah. Bersatulah wahai anak bangsa. Kita beroleh kemerdekaan dan mengembalikan maruah kerana kita bersatu. Kita juga akan hancur apabila kita berpecah kerana mereka memang mahu kita berpecah atas pertolongan sebilangan daripada kita.

Apabila kita bersatu, tiada satu makhluk kafir pun yang dapat menafikan apa sahaja yang menjadi hak kita. Yakinlah dan bersatulah Melayu dan semua orang Islam.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

PAS dan UMNO serta semua umat Melayu, bersatulah demi agama dan bangsa. PAS boleh menjaga agama kalau mahu berkehendak begitu, UMNO boleh menjaga bangsa, berundinglah dan bersatulah. Lupakan sengketa sesama kita kerana sehanyir-hanyir daging pun masih boleh dibasuh, dimamah dan ditelan juga.

Jangan sampai anak cucu kita berumah, berkencing dan bernajis di atas kubur kita kerana sudah tiada lagi ruang untuk mereka hidup di atas bumi warisan nenek moyang mereka akibat kegagalan kita untuk bersatu sebaik-baiknya.

Wahai anak bangsa, bersatulah.

DARI DEWAN NEGARA : SENARAI PENCAPAIAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Berikut ialah usul berkenaan pencapaian yang telah dicapai oleh Perdana Menteri kita yang akan dicadangkan di Dewan Negara. Semalam Panglima kebetulan berada di sana atas urusan tertentu dan terbaca usul yang dibentangkan yang dicetak untuk pegawai kerajaan yang bertugas di Dewan Negara. Ia sangat sesuai dihayati oleh semua rakyat Malaysia betapa kuat dan gigihnya Perdana Menteri mencari jalan memajukan negara kita agar dapat dinikmati oleh semua rakyat tidak kira bangsa dan agama mereka.

Usul ini belum lagi dibentangkan dan usul ini boleh dibaca di laman rasmi Parlimen di sini http://www.parlimen.gov.my/ . Anda bertuah dapat membacanya dengan kemudahan internet yang ada lebih awal. Berikut isi usul tersebut :

Senator Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri kerana keberkesanan dan kejayaannya memimpin dan menakhodakan negara melalui transformasi berlandaskan empat tunggak utama iaitu :

Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,
Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA,
Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi negara,
Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke 11 berjaya membawa perubahan dan wajah baru dalam semua bidang kehidupan.

Kejayaan pimpinan YAB. Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada kadar 7.2 peratus pada tahun 2010 berbanding penguncupan
1.7 peratus pada tahun 2009.

Manakala indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata. Pelaburan asing dalam sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus.

Adalah diramalkan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6 peratus. Perdagangan luar juga
meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009.

Pimpinan beliau juga berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke 10 dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin diyakini.

Di bidang pelancongan, Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 diramal terus melonjak naik.

Dari segi keselamatan Malaysia berada di tempat kedua terbaik di Asia dan 22 di dunia. Penurunan indeks jenayah sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 merupakan satu pencapaian memberangsangkan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya 100 sahaja. Kadar pengangguran juga berada dalam tahap paling minima iaitu dalam lingkungan 3.5 peratus yang disifatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sifar pengangguran (mana-mana negara yang kadar penganggurannya 4 peratus dan ke bawah adalah sifar pengangguran). Pendapatan isi per kapita berjaya diperoleh dari RM22,345 pada tahun 2007 kepada RM26,355 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada RM27,950 pada tahun 2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 2020.

YAB. Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku untuk generasi muda berumur 35 tahun ke bawah dan membina beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat. Kejayaan pimpinan beliau boleh dilihat daripada hasil lawatan-lawatan keluar negara jiran, Timur Jauh, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah, Turki, Australia, Rusia dan lain-lain di mana banyak pelaburan berjaya di bawa balik
di samping mengeratkan hubungan dua hala.

Kejayaan pimpinan beliau juga boleh dilihat hasil dari keputusan pilihan raya kecil di 16 tempat (Parlimen dan DUN) di seluruh negara. Sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri semakin ketara, kuat dan meyakinkan.

Sebenarnya kejayaan kepimpinan sangat luas dan banyak termasuk dalam bidang-bidang yang lain seperti agama, pelajaran, perpaduan, sosial, budaya, pembangunan, sains, teknologi, angkasa di samping politik, ekonomi dan pentadbiran. Sewajarnya kita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB.Perdana Menteri yang berjaya melakukan perubahan, pembaharuan dan kejayaan seperti yang kita nikmati sekarang di bawah ilham besar beliau iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

YAB. Perdana Menteri, kami bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecap selama ini. Kami yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk memenuhi hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selamat memimpin dan menakhodakan negara.”

Panglima : siapa pandai buat poster boleh 'design' untuk disebarkan kepada Melayu Cina India agar mereka bersyukur dengan kejayaan yang dicapai negara kita oleh Kerajaan Barisan Nasional.. Juga kepada RTM jika mereka dapat ulang semua kejayaan ini dalam bentuk video bagi memudahkan ia diketahui oleh rakyat. Mari kita bersyukur demi menambahkan lagi kejayaan yang bakal kita kumpul.

Alhamdulillah !

Budget Deficit Lower At 5.4% In 2011

The government is expected to register a lower deficit of 5.4 per cent of GDP in 2011 driven by prospects of stronger revenue performance although there is an increase of 2.8 per cent in overall expenditure to RM212 billion.

In 2010, the budget deficit was expected to be at 5.6 per cent compared with 7.0 per cent last year, the Finance Ministry said in the 2010/2011 Economic Report.

“Towards ensuring fiscal sustainability and macroeconomic stability, the government remains committed to medium-term fiscal consolidation, despite higher demand on its finance,” it said.

The ministry said that fiscal resources will be targeted towards revitalising private investment, intensifying human capital development, ensuring the well-being of the people as well as strengthening public sector delivery.

Towards this, a substantial provision will be made to realise initiatives under the six National Key Result Areas (NKRAs) with a sum of RM9.5 billion, RM6 billion for 12 projects under National Key Economic Areas (NKEAs) as well as RM22 billion for completion of projects under the 10th Malaysia Plan (10MP).

In addition, an initial sum of RM1.0 billion will be allocated for the Facilitation Fund to implement projects of strategic value and high multiplier impact under the public-private initiative.

Under the 2011 budget, the operating expenditure is projected to increase by 7.0 per cent to RM162.8 billion in line with new commitments under the 10MP and transformation initiatives of the government.

A total of RM1.2 billion and RM525 million would be provided for ‘shovelready’ projects under the NKRAs and NKEAs, respectively.

Meanwhile, a total of RM45.6 billion would be allocated for emoluments, RM18.5 billion for debt service charges, RM12.3 billion for pensions and gratuities as well as RM18.7 billion for grants and transfers to state governments and statutory bodies, of which all of these allocation accounting for 58.4 per cent of total operating expenditure.

The ministry said supplies and services as well as asset acquisition would also be provided a higher sum of RM28.2 billion and RM1.4 billion, respectively to ensure proper maintenance of public assets and improve the quality of public services.

In contrast, it said that total payments for subsidies comprising various subsidies amounted to RM14.7 billion, incentives (RM401 million) and social assistance programmes (RM8.6 billion), are expected to remain stable at RM23.7 billion or 14.6 per cent of operating expenditure.

As for development expenditure, the ministry said the government would spend a total of RM49.2 billion, a decline of 9.0 per cent over 2010 with the lapse of the second stimulus package.

Nevertheless, priority will be accorded for the immediate roll-out of NKRA amounting to RM8.3 billion and NKEA initiatives at RM5.5 billion.

The ministry said the allocation of RM6.4 billion on basic infrastructure and RM1.4 billion on urban public transport, will account for 94.0 per cent of total NKRA allocation in 2011.

On NKEAs, major growth areas identified include Greater KL (Klang Valley) (RM2.2 billion), electrical and electronics (RM857 million), agriculture (RM821 million), palm oil (RM447 million) tourism (RM425 million) and education (RM234 million).

Under the economic services sector, the government would allocate the largest sum of RM28.3 billion in line with efforts to achieve developed nation status with main focus on infrastructure development and improving public transport.

According to the ministry, major projects carried through into 10MP include the Ipoh-Padang Besar and Seremban-Gemas double-tracking projects, capacity expansion for KTMB Komuter services as well as road works between Sapulut and Kalabakan in Sabah.

Energy, utilities and communications would also be provided a sum of RM6.6 billion while trade and the industry sub-sector were allocated RM9.6 billion and RM506 million for the five corridors development.

Meanwhile, a sum of RM15.5 billion or 31.6 per cent of total development expenditure has been allocated under the social services sector, including education and training, health, welfare services and housing.

Overall, the ministry added that the Federal government revenue is projected to increase by 2.3 per cent to RM165.8 billion, supported by higher tax revenue of RM115.5 billion arising from stronger expansion in domestic economic activity and a sustained growth of the external sector.

Guan Eng Remarks Not Based On Reality

IPOH, April 26 – DAP secretary-general Lim Guan Eng’s remarks that Malaysia practised Nazi doctrines is not based on reality and is laced with political motives, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the policies of the Barisan Nasional (BN) administration in the country were founded on the principles of democracy, were pro-business and flexible to suit the times.

“The government does not resort to an iron fist policy or dictatorship, we practise democracy and that is why our policies are based on national principles that consider the needs of all Malaysians irrespective of race or background,” he told reporters after closing the 2011 Malaysian Unit Trsut Week at the Inderal Mulia Stadium here today.

He said this in commenting on the rebuke by the Minda Intelek Melayu (M.i.M) blog against Lim who is alleged to have remarked that country was adopting Hitler’s supremacist policies.

The blog claimed that the Penang Chief Minister uttered the remarks when making an Easter address on Sunday.

Muhyiddin said a classic example of the farsightedness of the government was the development of Penang which now was a major metropolis and was made possible because of federal-state cooperation when the BN was in control of both governments.

“Not only Penang, there was all round development. I don’t think what he (Lim) said is fair,” he said, adding that the proper yardstick to judge the BN was per capita income which had risen to a level where the vast majority of Malaysians were having a good life.

“Malaysia’s achievements have been acknowledged by the international community, by the World Bank. So I don’t understand what Guan Eng is talking about,” said Muhyiddin

Cabaran: Beringat Sebelum Terlambat


OK back to reality. Memang BN menang di Sarawak dan dapat membentuk 2/3 majoriti. Namun, disebalik kejayaan itu jelas, trend pengundi dari kaum Cina masih tidak berganjak sejak dari 2008. Boleh dikatakan majoriti kaum Cina terutamanya di bandar-bandar menyokong DAP.

Kaum Cina telah pon bersatu. Mereka memilih jalan demokrasi untuk cuba menguasai arena politik tanah air. Bolehkah mereka di persalahkan? Semestinya tidak. Mereka tidak memilih jalan yang salah di sisi undang-undang, bahkan, prosedur mereka adalah betul. Pada masa yang sama pula, MCA dilihat lemah untuk menarik undi kaum Cina, ini adalah fakta sebenar.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, ini lah masanya untuk orang Melayu menunjukkan kekuatan sebenar sebagai pemegang kuasa politik unggul di Malaysia. Melayu sudah banyak berpecah, terutamanya sejak 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat. Pada ketika itu (1999) BN dikatakan menang dengan undi kaum bukan Melayu. Pada 2004 pula, mood rakyat kembali kepada BN apabila politik di Malaysia melihat peralihan kuasa PM, Tun M kepada Pak Lah. Namun 2008 menjadi sebaliknya bagi Pak Lah, BN tewas di 5 negeri.

Persamaan pada kedua-dua situasai pada tahun 1999 dan 2008 ialah, adanya faktor Anwar Ibrahim. Oleh kerana itu lah orang Melayu berpecah-belah, ditambah lagi dengan tertubuhnya parti PKR, dan PAS pula pandai mengambil kesempatan menyebabkan orang Melayu pecah undi. Kaum Cina dapat melihat perpecahan orang Melayu sebagai satu landasan untuk mereka menunjukkan kuasa mereka dengan memenangkan ramai calon DAP, termasuk menyokong rakan sepasukan DAP, termasuk PKR dan PAS. Pada ketika ini PAS amat berbangga dengan mengatakan bahawa dakwah mereka telah sampai pada DAP. Sedangkan DAP ada objektif mereka sendiri. Agak jelek pula jika DAP tidak mengaku mereka memperjuangkan kepentingan kaum Cina sahaja. Yang lebih teruk, mereka mempertahankan dinasti Lim Kit Siang dan Karpal sekeluarga! Lihatlah di Pulau Pinang, orang dari Melaka yang juga anak sang Presiden parti menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang!! Cuba lihat tweeter Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching pada 11 April. Dia mahukan lebih ramai kaum Cina balik mengundi di Meradong kerana pengundi Iban telah meningkat. Tidak rasiskah ini??




Kini makin terserlah objektif DAP dalam cuba untuk merubah lanskap politik negara seperti mana yang telah berlaku di negeri Perak. DAP menguasai barisan Exco dan orang Melayu hanya menjadi MB boneka kepada DAP. Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil untuk berlaku di negeri-negeri lain mahupun peringkat negara. Cuma sedikit pesanan buat mereka, apa yang mereka inginkan, tidak semua bisa ditunaikan oleh kerajaan. Keinginan mereka untuk melihat kaum Cina menguasai politik negara belum tentu dapat memberi keamanan negara apa tah lagi dengan orang Melayu sebagai majoriti. Itu sebab apabila orang Melayu berpecah-belah, ia merupakan satu peluang terbaik bagi mereka untuk menonjolkan kekuatan kaum mereka. Orang Melayu pula harus sedar, di Perak contohnya, Sultan dan perlembagaan negeri lah menjadi penyelamat dari negeri dipimpin oleh bukan Melayu, namun, sudah terbukti, adanya Menteri Besar Melayu pun, belum tentu dapat menyelamatkan melayu dan umat Islam jika barisan Exco dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan Islam. Sampai bila orang Melayu sanggup nak bergantung kepada Sultan dan perlembagaan negeri? Namun di peringkat kabinet, tiada peruntukan pon yang menetapkan orang Melayu atau Islam yang harus menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepada orang Melayu, bangkitlah!! Kini terbukti yang PAS dan PKR tidak mampu untuk membawa agenda Melayu dan Islam. Mereka-mereka ini amat lemah, lebih-lebih lagi apabila mereka sanggup menggadai prinsip perjuangan mereka demi menjaga dan melindungi ketua mereka Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah peribadi dan kepimpinan. Jangan disalahkan kaum Cina atas kesepakatan mereka. Itu hak mereka. Dan janganlah masing-masing menyalahkan orang lain tidak cukup Islam dari yang lain, orang ini berdosa, dan sebagainya. Kerana, jika orang Melayu hilang kuasa, agama Islam pon tidak mungkin dapat dipertahankan lagi di bumi Malaysia ini. Yang penting, orang Melayu dan umat Islam seluruhnya harus bersatu mempererat hubungan antara mereka, dan bersatu membentuk satu kuasa politik yang paling kuat. Insya Allah, apabila kaum-kaum lain melihat akan kekuatan orang Melayu yang padu, nescaya kesepaduan antara kaum akan menjadi lebih mudah kerana masing-masing akan faham hak masing-masing dan menghormati seadanya.

Jawapan: Panas...Panas...Panas

SELEPAS mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Anwar Ibrahim mahupun Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.


Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Bila batang sudah tumbang, kura-kura pun boleh memanjatnya”.

Demikian agaknya apa yang sedang berlaku dalam ‘Pakatan Haram Rakyat’ kini. Selain kekecewaan kerana tak dapat walau pun satu kerusi pada PRN Sarawak baru-baru ini, Pas mula merasakan bahawa betapa tidak relevennya parti jenama Islam itu berada dalam pakatan.

‘Musibah’ yang bertimpa-timpa ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim kini sangat membebankan Pas selaku sekutu dalam pakatan. Dan sokongan pemimpin Pas membela apa jua isu yang menimpa Ketua Pembangkang itu sejak bersekongkol, mencetuskan ‘pergolakan dalaman’ yang membakar bagaikan ‘api dalam sekam’.

Selain itu, sebagai seorang Setiausaha Agung yang sudah tentu sangat rapat dengan Presiden – Abdul Hadi Awang, Mustaffa tentulah tahu dan menyedari bagaimana puak erdogan pro-Anwar menjadi duri dalam daging pada Pas menjelang Muktamar pada Mei nanti yang menyaksikan kepimpinan anak Terengganu mahu disepak keluar.

Hakikatnya, serangan Azmin tergadap Mustaffa kerana perkara kecil seperti itu, adalah isyarat daripada PKR kepada ‘kumpulan erdogan’ dalam Pas supaya memastikan Abdul Hadi dan kumpulannya mesti disingkirkan daripada kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu itu melalui muktamaar Mei nanti.

Panas....Panas.....Panas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini ibarat seperti cacing yang kepanasan berikutan dengan pelbagai masalah yang dihadapi terutama membabitkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibarahim.
Bekas Setiuasaha Sulit Anwar, Annuar Shaari berkata tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali itu membuktikan bahawa parti itu berada dalam keadaan tertekan berikutan kenyataan yang dikeluarkan.

“Seperti kita ketahui, Azmin adalah penyokong setia dan orang kesayangan Anwar, sudah pasti dia bermati-matian mempertahankan bosnya, sesiapa sahaja yang menyerang bosnya, dia akan mempertahankan walau dalam keadaan apa sekalipun.

“Tindakannya terhadap Mustafa bukan kerana apa, dia khuatir PKR akan kehilangan rakan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang, jika perkara itu berlaku, cita-cita bosnya (Anwar Ibrahim) untuk menawan Putrajaya akan terkubur begitu sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang meminta penjelasan daripada Mustapa berhubung kenyataannya yang menyatakan Pas akan menyemak semula hubungan dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikatakan membabitkan Anwar.
Annuar berkata, kenyataan yang dibuat oleh Mustapa itu adalah sesuatu yang wajar kerana sejak mereka bersama-sama PKR dan Dap dalam pakatan pembangkang, Pas kehilangan sokongan kerana terpaksa mengikut rentak kedua-dua parti itu walaupun lari dari perjuangan sebenar Pas.
“Kita lihat apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, sokongan rakyat terhadap Pas sudah hilang, buktinya dapat dilihat pada pilihan raya kecil yang diadakan, jumlah undi Pas semakin merosot termasuk di kawasan kubu kuat mereka seperti di Galas, Kelantan.” katanya.
Menurutnya, Azmin menyedari keadaan yang berlaku itu, jika benar Pas memutus hubungan, PKR akan terus dilanda masalah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu kerana sokongan yang diterima selama ini adalah dari penyokong Pas.

Annuar berkata, PKR tidak boleh bergantung harap kepada Dap untuk menghadapi pilihan raya 2008 kerana kebanyakan kawasan yang ditandingi mereka mempunyai jumlah pengundi Melayu yang tinggi. - MediaUMNO

Politik Terakhir Anwar?


(Bernama) - The police will not hesitate to reveal the real identity of the “main actor” in a sex video, which showed a man looking like Opposition Leader Anwar Ibrahim having sexual intercourse with a woman believed to be a sex worker.

(Selanjutnya Lihat Sini)

Apr 26, 2011

16 Mei Anwar Akan Ke Penjara?


KUALA LUMPUR, 26 April — Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 16 Mei ini sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Kedua-dua pendakwa dan pembela mengakhiri hujah penggulungan hari ini.

Semalam, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin Ketua Pembangkang itu.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dalam hujahnya juga semalam, peguam bela utama Karpal Singh berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Perbicaraan kes liwat kedua melibatkan Anwar ini bermula tiga tahun lalu.

Peguam Negara Lebih Berkuasa Dari Perdana Menteri?

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara . Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.


Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Semalam Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau DIPAKSA melakukan hubungan seks itu.

Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara SUKARELA.

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.

Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful “menukar” ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada “bukti” untuk menyokong tuduhan itu.

Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara…jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.

Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinchi hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan “kurang bukti” beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjara 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.

Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang “rahsia dan agak istimewa” tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.

Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.

Contohnya peranan Abdul Talib dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara.

Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S.Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar :

“That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried. That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women.”

Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahukan Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.

Hanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang disandangnya.

Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat. Tindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah. Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.

Pendedahan Tun Mahathir

Hangat: Konspirasi "Bunuh" Anwar Menjadi Kenyataan

Ikuti cerita Zahid Mat Arip ...



Anwar OMEGA semakin tertekan..! Mula mula isu video seks aksi hebat beliau membalun China Doll yang lebih muda dari Nurul Izzah…, kini datang semula kes liwat Saiful dimana DNA Lelaki Y sama dengan DNA Anwar OMEGA!

Dua hari lepas pula reaksi beberapa pimpinan kanan PAS seperti memberikan isyarat bahawa mereka yakin bahawa Anwar OMEGA adalah lelaki dalam video seks yang heboh diperkatakan dimana kita berpeluang menyaksikan lakonan Wan Azizah cuba membela suaminya yang dianugerahkan tuhan zakar yang panjang dan besar….[menurut sahabat sahabat Bloggers yang sudah menonton keseluruhan video seks 22 minit itu]

TERKINI! Anwar OMEGA terlalu tertekan dan semakin terdesak. Beliau perlu bertindak segera untuk kembalikan simpati rakyat terhadapnya…

Beberapa malam yang lalu, diceritakan bahawa Anwar OMEGA sewaktu berada diluar negara telah mengadakan mesyuarat sulit dengan beberapa sahabat “pemikir” berbangsa Yahudi!

Dalam mesyuarat tersebut, mereka merancang untuk “mencipta” suatu insiden percubaan membunuh Anwar OMEGA…

Akan berlakulah nanti insiden tembak menembak kereta yang sedang dinaiki oleh Anwar OMEGA, selepas itu Anwar akan segera melarikan diri keluar negara dengan alasan nyawanya terancam kerana ada cubaan untuk membunuhnya [beliau pernah lakukan sekali dahulu bersembunyi di Kedutaan Besar Turki Kuala Lumpur sewaktu Saiful Bukhari membuat aduan diliwat].

Seterusnya Anwar OMEGA akan beroperasi diluar negara, manakala barua baruanya pula akan menjelajah ke merata tempat seluruh negara menuduh konspirasi cubaan membunuhnya didalangi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak….

Kesemua plot dan perancangan ini bertujuan untuk mengelakkan Anwar OMEGA daripada mendepani hukuman kes liwatnya dan sekaligus untuk memulihkan semula imej Anwar dimata rakyat. Seandainya adu-dumba ini berjaya, Anwar OMEGA akan meraih semula sokongan rakyat yang pasti dalam keadaan “terkeliru…”

Kekeliruan Menjadi Nyata...

Inflasi dan Risiko Politik

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.

9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus.

10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca,

"Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus."

11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan.

12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran.

13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja.

Risiko Politik

15. Setiap kali kenaikan OPR dan BLR yang ketara dari tahun sebelumnya, Barisan Nasional akan berhadapan dengan keputusan pilihan raya yang tidak memberangsangkan. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun kenaikan BLR turut memberi kesan negatif kepada BN.

16. Keputusan pilihan raya 2008 dan 1999 berbanding 2004 dan 1995 kepada BN boleh dihubungkan dengan naik turun BLR. Pada 2008, BLR ialah sebanyak 6.75 berbanding pada 2004, 6%. BLR 6% kekal sehingga 2006 sebelum dinaikkan pada 2007 dan 2008. Akibatnya kita tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut kepada BN.

16. Pada 1999, BLR ialah pada 8% dan kita juga tahu nasib BN ketika itu. Memang benar ada faktor lain yang lebih besar. Namun himpitan terhadap majoriti rakyat yang mempunyai pinjaman ini menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan membakar kemarahan rakyat terhadap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 1995 BN mencapai kemenangan cemerlang, BLR ketika itu ialah 6.6 (berbanding 1994 sebanyak 8.25% dan 1993 sebanyak 9.5%).

17. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan taktik OPR dan BLR ini untuk mengawal inflasi. Inflasi tak terkawal, rakyat makin susah. Bukankah tujuan mengawal inflasi untuk membantu rakyat. Tapi jika ia lebih menyusahkan rakyat apa perlu dikawal dengan kaedah ini?

18. Dalam usaha mengatasi kadar inflasi yang tinggi jangan pula kita menjadi seperti tikus membaiki labu.

Inflasi dan Risiko Politik

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.

9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus.

10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca,

"Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus."

11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan.

12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran.

13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja.

Risiko Politik

15. Setiap kali kenaikan OPR dan BLR yang ketara dari tahun sebelumnya, Barisan Nasional akan berhadapan dengan keputusan pilihan raya yang tidak memberangsangkan. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun kenaikan BLR turut memberi kesan negatif kepada BN.

16. Keputusan pilihan raya 2008 dan 1999 berbanding 2004 dan 1995 kepada BN boleh dihubungkan dengan naik turun BLR. Pada 2008, BLR ialah sebanyak 6.75 berbanding pada 2004, 6%. BLR 6% kekal sehingga 2006 sebelum dinaikkan pada 2007 dan 2008. Akibatnya kita tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut kepada BN.

16. Pada 1999, BLR ialah pada 8% dan kita juga tahu nasib BN ketika itu. Memang benar ada faktor lain yang lebih besar. Namun himpitan terhadap majoriti rakyat yang mempunyai pinjaman ini menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan membakar kemarahan rakyat terhadap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 1995 BN mencapai kemenangan cemerlang, BLR ketika itu ialah 6.6 (berbanding 1994 sebanyak 8.25% dan 1993 sebanyak 9.5%).

17. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan taktik OPR dan BLR ini untuk mengawal inflasi. Inflasi tak terkawal, rakyat makin susah. Bukankah tujuan mengawal inflasi untuk membantu rakyat. Tapi jika ia lebih menyusahkan rakyat apa perlu dikawal dengan kaedah ini?

18. Dalam usaha mengatasi kadar inflasi yang tinggi jangan pula kita menjadi seperti tikus membaiki labu.

Bahagian 2 - Musuh Dalam Selimut

Memulihkan Musuh Dalam Selimut

1. Seperti yang dijangka majoriti kaum Cina tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Ini bukanlah corak baru atau mengejutkan. Corak pengundian ini telah bermula sejak pilihan raya umum 2008 dan dicerminkan dengan jelas dalam hampir kesemua pilihan raya kecil kecuali di Bagan Pinang.

2. Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP)bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keitimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

3. Bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi.

4. Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1 Melayu 1 Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini?

5. Saya selalu bertanya mengapa bila orang Melayu bercakap soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi kaum Cina tidak dianggap perkauman?

6. Malahan, apakah kempen-kempen politik DAP yang mempertikaikan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional kerana dipimpin oleh orang Melayu bukan merupakan satu kempen perkauman? Malangnya tiada pula ada akhbar-akhbar milik kaum Cina menganggap kenyataan DAP tersebut sebagai kenyataan berbaur perkauman.

7. Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?

8. Apakah bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia? Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia.

9. Perkauman atau tidak slogan 1 Melayu 1 Bumiputera yang dicadangkan oleh Datuk Zaini Hassan (Utusan Malaysia) adalah bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

10. Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia.

11. Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain.

12. Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kumpulan-kumpulan NGO yang sering menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mendesak penghakisan hak-hak bumiputera bukan merupakan satu tindakan perkauman?

13. Mengapa orang Melayu sering dianggap perkauman bila bercakap soal penyatuan Melayu sedangkan kaum lain boleh sahaja bercakap soal penyatuan mereka tanpa bantahan orang Melayu?

Bahagian 1 - Musuh Dalam Selimut

Beberapa pemimpin dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah dilihat cuba melaga-lagakan kaum Cina dengan Umno dan mewujudkan perpecahan antara kaum, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Tanpa menamakan pemimpin itu, beliau berkata, mereka cuba mempengaruhi kaum Cina supaya membenci UMNO dengan mengutarakan kritikan pedas terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang menerajui UMNO Negeri.Mereka nampak seperti hendak menghancurkan UMNO, mereka sangka yang Ketua Menteri bertindak sendiri dalam setiap keputusan yang diambil. Kritikan mereka sudah sampai ke tahap melukakan UMNO, ini berbahaya," katanya selepas melepaskan peserta Larian yang bertemakan "1Putatan 1Malaysia" di sini, hari ini.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, berkata perbuatan mengkritik pemimpin sendiri amat luar biasa, dan tidak seharusnya sebuah parti komponen BN berbuat demikian.
(Lihat Sini)

Keldai Politik DAP = SNAP?

Sumber: Borneopost

Ramai yang tidak percaya SNAP pertimbangkang untuk bekerjasama dengan DAP dalam piliharaya umum akan datang. Di Sarawak, DAP sudah melihat keadaan apabila bergandingan dengan PKR dan PAS. Ternyata kedua-dua parti ‘komponen’nya telah GAGAL di negeri ini.

Percaturan satu lawan satu menentang BN di kawasan luar bandar rupanya mendatangkan padah kepada Pakatan Rakyat sendiri khususnya PKR. PRN lalu mencatatkan PKR hanya menang 3 daripada 49 kerusi sementara PAS tewas di semua 5 kawasan yang dipertandingkan.

Kali ini strategi lain akan digunakan. DAP yakin jika sokongan majoriti kaum Cina terhadapnya itu berkekalan, ia melahirkan satu impian untuk menguasai Sarawak dengan syarat sokongan masyarakat Dayak terhadap Barisan Nasional dapat dipecah-pecahkan kepada pihak lain.

Dalam kenyataan Setiausaha DAP Sarawak baru-baru ini, Chong Chieng Jen mengatakan DAP kini mengintai peluang untuk menguasai tiga kawasan parlimen Bidayuh iaitu Mambong, Serian dan Mas Gading. Jika berjaya, tumpuan DAP akan beralih kepada kawasan majoriti Bumiputra lain seperti Petra Jaya dan Sri Aman.

Cuma masalahnya majoriti masyarakat Dayak tidak menyenangi DAP sebagai parti alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional. Melamar SNAP untuk bergabung dengan mereka adalah satu cara untuk meraih undi mereka, ia adalah lumrah DAP memanipulasi parti lain untuk meraih sokongan mengikut komuniti parti yang bertanding.

Kita akan nampak SNAP mewakili masyarakat Dayak, tetapi yang sebenarnya menentukan struktur dalam pergerakan parti itu kelak adalah DAP. Contoh paling jelas, PKR di kawasan Padungan… Itulah yang berlaku terhadap Dominic Ng di Padungan.

Bolehkah DAP akan melantik Edwin Dundang daripada SNAP sebagai Ketua Menteri jika BN tumbang di Sarawak? Di mana Baru Bian sekarang? Apakah dia diiktiraf sebagai ketua pembangkang Sarawak oleh DAP?

SNAP akan jadi kuli jika setuju bergabung dengan DAP, kata Abdul Karim

KUCHING: SNAP akan menjadi kuli jika parti yang dahulunya pernah menjadi ahli komponen BN Sarawak itu, setuju bergabung dengan DAP seperti yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan usaha DAP menangkis pandangan ramai yang mengatakan ia bukan parti Cina apabila bergabung dengan SNAP yang kebanyakan ahlinya adalah Bumiputera.

“Ia hanya perkahwinan untuk kepentingan DAP,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai ilham Kit Siang, penasihat DAP, untuk bergabung dengan SNAP, baru-baru ini.

Menurut Abdul Karim, penggabungan dua parti itu akan memudahkan DAP menyerap masuk ke kawasan luar bandar Sarawak untuk memenangi kerusi pilihan raya pada masa depan.

Ia merupakan satu usaha yang tak mungkin akan dapat DAP lakukan sekarang.

“Saya percaya pemimpin SNAP tidak akan mahu diperkudakan oleh DAP sebegitu rupa,” katanya.
Malah, Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya mencabar DAP agar melantik Ketua PKR Sarawak Baru Bian sebagai ketua pembangkang.

“Sebelum ini mereka telah sanggup menerima beliau (Baru) untuk menjadi ketua menteri sekiranya pakatan menang dalam pilihan raya negeri baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, ada pihak memberi pandangan gabungan SNAP dan DAP akan membentuk satu parti pembangkang kuat di Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi bagi Presiden SNAP Edwin Dundang Bugak ilham Kit Siang perlu dikaji secara mendalam.

Menurut Edwin yang mengetuai parti gagal meraih kemenangan sebarang kerusi pada pilihan raya negeri baru-baru ini, keputusan mustahak seumpama itu tidak boleh dilakukan dengan berkata, “ya, SNAP setuju”.

“Ada yang mengatakan gabungan (SNAP dan DAP) akan menjadi sebuah parti baik dan ada yang berpendapat sangat baik.

“Walau apa pun pendapat mereka, keputusan berhubung perkara penting sebegini perlu dikaji secara mendalam,” katanya.

Kit Siang baru-baru ini mencadangkan gabungan antara dua entiti tersebut bagi membangkitkan kekuatan politik Dayak berikutan pilihan raya negeri Sabtu lepas.

Sebelum pilihan raya negeri, SNAP menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, bagaimanapun mengambil tindakan bercanggah dengannya apabila meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi PKR.

Mengenai perbincangan rasmi dengan Kit Siang berhubung perkara tersebut, Edwin memberitahu, kedua-dua pihak belum pernah berjumpa untuk berbincang.

“Saya dapat tahu cadangan bergabung ini cuma menerusi media massa, tidak pernah berhubung terus dengan Kit Siang mengenai hal ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik menerusi sebuah portal berita berkata, beliau yakin SNAP dan DAP tidak akan bergabung.

Katanya, ia berikutan dua entiti tersebut mempunyai ideologi politik berbeza.

“Saya tidak nampak bagaimana SNAP boleh menerima DAP. Saya tidak nampak. Ideologi mereka berbeza,” katanya.

Kak Wan Kena Maki - Omega Porno

Tindakan membela Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicerca dan dikeji menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tweeter daripada kenalan serta orang ramai.

Presiden PKR itu mengakui menerima pelbagai bentuk cacian selepas dia bertindak mempertahankan suaminya dalam isu kontroversi rakaman video seks.

Malah, katanya, ada di antara mereka turut melemparkan perkataan tidak sepatutnya, kononnya beliau mahu menegakkan benang basah.

"Saya dapat SMS, kata saya muka tak malu. Mereka kata saya tak cakap benar, nak tutup aib Anwar. Saya memang tahu itu bukan Anwar. Saya bercakap perkara yang benar," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka yang menghantar kata-kata kesat itu sengaja mahu melemahkan semangatnya agar mempercayai lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar.

“Kenapa mereka perlu psikologi saya dengan mengatakan bermacam-macam agar saya percaya lelaki dalam video itu Anwar. Saya tidak mudah melatah,” katanya semasa berceramah di Taman Setia Bukti, Paroi, di sini malam kelmarin.

Wan Azizah berkata, pada mulanya dia hampir percaya apabila kali pertama melihat lelaki dalam video seks tersebut mirip suaminya tetapi mengubah pendirian kerana terdapat banyak perbezaan.

“Bila saya tengok video itu, saya terkejut lelaki dalam video itu wajahnya mirip Anwar. Tapi bila melihat perutnya, saya lagi terkejut dan yakin itu bukan Anwar,” katanya.

Beliau percaya, isu liwat, video seks, dan pelbagai fitnah dilemparkan kepada Anwar hanya bertujuan untuk menjatuhkan dan menenggelamkan suaminya itu dari dunia politik.
Bujang Senang:eloklah kak wan semua orang dah tau pasal apa yang dok bela sangat,kalau nak jadi isteri mithali pun bukan ini caranya.

Jom Ubah - Persempadanan Semula


percayakah kamu kalau aku cakap kita boleh gagalkan perancangan dap (cina raya) dengan syarat kita berani.

di mana kita perlu mengorak langkah?
jawapan aku kita mulakan di sarawak.

memerhati movement dap yang berterusan mengorak langkah di sarawak dan yang terbaru sabah membuktikan iltizam politik mereka yang nampak bersungguh-sungguh.

kenapa dap melonjak?
kenapa dap begitu bersungguh-sungguh untuk menguasai politik negara?

tiada lain kerana pengundi cina sudah memberikan ikrar taat setia untuk terus bersama dap sehingga mereka menang pada pru ke 13 nanti.

ada orang kata 'pengundi cina' akan kembali bersama BN.

ini pandangan orang, aku tak boleh nafikan haknya untuk bercakap apa pun. bukankah ruang internet ini adalah platform demokrasi digital.

apapun sikap kita, pesanan aku berhentilah daripada menjadi pengemis politik.


cina takkan kembali kepada mca.
cina takkan kembali kepada gerakan.
cina takkan kembali kepada snap.
cina takkan kembali kepada supp.
dan yang pasti cina takkan kembali kepada BN.

sejarah tidak pernah berbohong wahai sahabat.

tak perlu kita merenung jauh di zaman politik yang warna televiseyennya hitam putih.

perhatikan kepada keputusan pilihanraya kecil pertama selepas pru 2008, iaitu di parlimen kuala terengganu.

dun bandar menyaksikan penolakan hampir 80% pengundi cina terhadap calon barisan nasional iaitu wan farid.

wave atau gelombang penolakan pengundi cina terhadap BN berterusan di permatang pauh, bukit gantang, hulu selangor, tenang, sibu dan yang terbaru katstrophi di sarawak.

bagaimana layaknya untuk kita mampu berfikir, ada calon dap boleh memperolehi majoriti 6-7 ribu kertas undi di sarawak merupakan signal untuk BN melakukan research yang ad-hoc, dengan kadar segera.

meletakkan rayuan dan kebarangkalian angan-angan mat jenin bahawasanya cina akan kembali menyokong BN merupakan tindakan berbahaya.

merbahaya kerana ia bisa menimbulkan kekesalan luar jangka hebatnya.

cina akan sokong BN, umpama angan-angan kita memohon agar regim israel mengakui kesilapannya membunuh puluhan ribu umat palestin.

jadi apa solusinya untuk kita memulakan langkah menyekat kemaraan dap?

tiada lain, kita harus menggunapakai ide persempadanan semula dun di negeri yang BN menang majoriti 2 / 3.

kita mulakan langkah ini di sarawak.

di sarawak BN telah menang 2 / 3 atau lebih mudah menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

jika dap mahu memulakan langkah dan cita-cita politik besar mereka di sarawak, maka dengan sarawaklah kita harus mematikan langkah mereka.

perhatikan kedudukan seat dun di sana.

pbb 35
prs 8
spdp 6
supp 6
pkr 3
dap 13
bebas 1

negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berperlembagaan. ketua nya adalah YDPA. rang undang-undang negara digubal oleh ahli dewan rakyat yang digelar ahli parlimen. rang ini dipanggil akta.

manakala dalam sistem pentadbiran sebuah negeri, undang-undang dipanggil enakmen. ia digubal oleh ahli dewan undangan negeri yang dipilih oleh rakyat.

rakyat memberikan mandat kepada adun untuk melaksanakan dasar pemerintahan. dasar pemerintahan pula berlandaskan kepada gabungan parti yang dipilih.

di sarawak BN telah mendapat mandat rakyat. majoriti sokongan rakyat adalah luarbiasa.

jadi sebagai negara / negeri yang mengamalkan demokrasi maka kuasa majoriti 2 / 3 boleh digunakan untuk meminda mana-mana akta / enakmen yang tidak menguntungkan perjuangan parti.

dap dilihat sebagai pembangkang dalam dun sarawak. jadi bagi melindungi kepentingan kerajaan negeri BN di sarawak ............

maka gerakan anti pkr mendesak agar persempadanan semula dilakukan di negeri sarawak.

pembangkang tidak boleh mengatakan bahawasanya ini tindakan tidak demokratik.

BN sarawak telah mendapat mandat rakyat. BN sarawak telah mendapat 2 / 3 majoriti. maka dengan mandat ini arakiannya adalah perlu untuk kerajaan BN di sarawak membuat semakan dan seterusnya melakukan persempadanan semula kerusi dun negeri.

pehin seri taib mahmud boleh mencontohi ide ini yang bujang senang ambil contohnya daripada tun dr mahathir.

pasca pilihanraya umum 1999, umno telah kalah teruk di kawasan parlimen melayu.

tahun 2001 tun dr mahathir berlandaskan peruntukan dan kuasa yang diberikan (mandat 2 / 3) telah melakukan persempadanan semula kerusi parlimen.

banyak kerusi parlimen yang majoritinya pengundi melayu telah dipecahkan. antara contoh terbaik parlimen shah alam yang dipecah menjadi 2 iaitu parlimen shah alam dan parlimen kota raja.

kuasa yang ada pada ketua menteri sarawak adalah kuasa yang halal dari segi perlaksanaan demokrasi.

pehin seri telah melihat sendiri bagaimana tatacara komunis dap merencanakan / menghuru harakan sarawak sepanjang kempen pilihanraya negeri berlangsung.

kita tak perlu mengemis undi cina. sudah kami bentangkan keputusan pru 2008, keputusan 16 prk selepas 2008 yang menunjukkan indikasi peralihan undi cina terhadap dap semakin melonjak naik.

ayuh lakukan persempadanan semula.

mereka mahukan 'CHANGE' dan dengan slogan 'CHANGE' jugalah yang kita bagi!

kita gabungkan kerusi-kerusi DUN di bandar yang dimenangi dap daripada 3 menjadi 1. (sebagai contoh)

manakala kerusi dun baru untuk pengundi setia melayu / melanau / bumiputra perlu ditambah.

persempadanan semula ini tidak boleh dicabar di mahkamah.

Moga-moga dapat membantu Negeri Sarawak Tercinta

Anwar Ibrahim Memang Hosni Mubarak Timur?!!!

(Kekayaan Tiada Tandingan)







Menarik isu dari teman blogger Alehkayong pagi ini. PKR yang akan mengumumkan nama calon rasmi Pakatan Haram akan terkejut besar lagi?!!. 

Anwar Ibrahim mungkin bakal mengumumkan kekayaan beliau!!???Adakah Anwar Ibrahim menggesa pihak berwajib untuk menyiasat kekayaan beliau apabila beliau menyatakan masih ada Hosni Mubarak yang wujud di kalangan rakyat Malaysia?!!

Adakah Anwar Ibrahim bermaksud Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang pernah melarikan ribuan dan jutaan ringgit dari Melaka??!! Atau Anwar Ibrahim maksudkan Nik Aziz yang telah lama membalak di Kelantan?

Siapakah Hosni Mubarak Malaysia yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim?

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.

Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.

"Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh."

Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar 'empat budak hitam' mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar? katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar?

Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah? katanya.

Sumber: Utusan Malaysia




Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan dan memfitnah sumber kekayaan Ketua Menteri Sarawak Phin Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya , mereka ramai yang tidak tahu ATAU sengaja meyelindungi bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng , ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia ada kiatan dengan Anwar.


Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar .


Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rihman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Chxng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.  Dan dipercayai TSLSC adalah salah seorang proxy Anwar.


Belum dari sumber-sumber lain lagi....


Rupa-rupanya kekayaan Anwar yang diselindunginya ini menyamai kekayaan Hosni Mubarak!!!?


AICA_002

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.
Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.


“Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.
“Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar ‘empat budak hitam’ mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.


Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.
“Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah,” katanya – utusan


saksikan juga kekayaan terperinci anwar semasa dan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan dulu dan bagaimana beliau meng"kaya"kan kaum kerabatnya disini.


Inilah calon Wakil PM !!! Rakyat Sarawak ??? Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat



Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalahpeneraju korporat yang penting.

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar. 
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.

Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman

sumber mykmu.net

Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.


Puak pembangkang begitu seronok bercerita tentang kekayaan ahli keluarga Tun Dr.Mahathir Mohamad dan DS Najib Razak, tanpa menyedari bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.