Bujang Senang

Bujang Senang

Apr 9, 2012

KAMSIS DESA SERAPI, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK



Asrama Politeknik Kuching Sarawak yang terletak di Kaki Gunung Serapi, mempunyai 6 blok asrama pelajar lelaki dan 2 blok asrama pelajar perempuan. Pelajar semester satu ditawarkan ke asrama, manakala pelajar semester 2 ke atas, mereka perlu memohon setiap semester.

Politeknik Kuching Sarawak mempunyai 6 buah blok asrama yang menempatkan pelajar lelaki. Setiap blok mempunyai:
a. 26 bilik setiap paras,
b. 2 Orang bagi setiap bilik,
c. terdapat 4 paras bagi setiap blok,
d. Setiap blok mampu menampung seramai 208 pelajar,
e. Ini bermakna PKS sebenarnya mampu menampung seramai 1248 orang pelajar
f. Oleh kerana satu blok sedang dalam penyelengaraan, maka PKS sekarang ini hanya mampu menampung seramai 1040 pelajar lelaki.
Perkhidmatan yang disediakan: elektrik percuma, air percuma dengan bayaran RM60 untuk satu semester.

Pihak pegurusan Kamsis Desa Serapi turut menyediakan pelbagai kemudahan riadah untuk penghuninya antaranya ialah:
a. Cafeteria
b. Masjid Al-Muhadisin
c. Koprasi G-Mart
d. Kemudahan sukan : Badminton, Bola Sepak, Tenis, Sepak Takraw, Memanah dsb.



Kamsis Desa Serapi, PKS

Masjid Al-Muhadisin mampu menampung <1000 jemaah dalam satu-satu masa



Cafeteria menempatkan 6 buah gerai makanan dan 2 buah gerai minuman

0 komentar: