Apr 20, 2012

Kenapa Malaysia Terpaksa Ikut Harga Minyak Pasaran Dunia??



Soalan juga turut berkait dengan soalan kenapa Malaysia perlu gunakan matawang USD untuk berdagang? Kenapa Malaysia perlu menganggotai WTO kalau hendak berdagang peringkat antarabangsa? Jawapan akhirnya ditangan organisasi Bretton Woods, siapa Bretton Woods ini?





Bretton Woods ialah organisasi yang menguasai World Bank, IMF, WTO, NYMEX, ICE, PBB dari segi elemen ekonomi, farmasi untuk perubatan, makanan dan macam2 lagi. Secara amnya mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap semua organisasi penting di dunia ni.


Bretton Woods ditubuhkan secara rasmi semasa Great Depression 1920 -1930 iaitu semasa permulaan kejatuhan imperialisme barat samada British, Eropah, dan lain2. Mereka mula mengorak langkah secara aktif selepas Perang Dunia ke 2 selepas kejatuhan imperial British. Antara organisasi pertama yang mereka setup ialah World Bank dan IMF, kemudian mereka cuba setup satu sistem matawang untuk seragamkan perdagangan antarabangsa iaitu World Currency Unit. Pada awalnya mereka hendak menggunakan value emas sebagai sandaran tetapi telah menukarkan kepada US Dollar kerana kuasa membeli ketika itu banyak bersandar kepada US Dollar.
Bretton Woods ni straight forward, tak seperti cerita konspirasi teori Freemason. Bretton Woods ini adalah real dan sangat berkuasa, semua orang tunduk kepada mereka termasuklah Presiden US sendiri. Negara2 Komunis seperti Soviet, China dan lain2 yang cukup anti dengan kapitalisme pun tunduk dengan mereka jugak, maklumlah negara komunis pun perlukan bank dan perdagangan antarabangsa. Hamas ke, Hizbullah ke ,Taliban ke, Khomeini ke, tunduk dengan mereka jugak. Tiada negara di dunia ni yang tidak pernah pinjam World Bank. Palestin yang belum merdeka tu pun dapat duit dari mereka jugak. Bretton Wood ni memang berkuasa dan untouchable.


Ok, kita straight forward kepada elemen komoditi strategik minyak, macamana sub Bretton Wood seperti NYMEX dan ICE boleh tentukan harga minyak dunia termasuklah kita? Selepas merdeka, Malaysia bukan terus kaya. Petronas baru je bukak kedai, takkan boleh beli terus perkakas canggih untuk teroka minyak, alat2 tu bukan harga sepuluh ringgit. Dari mana modal awal datang? Dari pelaburan asing dan terutamanya pinjaman dari World Bank yang di belakangnya ada Bretton Wood. 


Di bawah Bretton Wood ada institusi pelaburan seperti Goldman Sach, JP Morgan, Morgan Stanley dan lain2. Ok, sebelum kawasan minyak itu digali / diteroka, mereka ini menjadi pelabur untuk kawasan2 tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / digali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS. Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka utk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan2 yang belum diteroka / digali tu. Problem sekarang, spekulasi banyak berlaku di bahagian supply and demand yang mempengaruhi trading minyak.
Masalah harga minyak dunia lebih kepada elemen kewangan bukan teknikal. Sebab banyak sangat spekulasi dalam supply and demand minyak dunia. Sampai Iran pun antara sebagai pengeluar minyak terbesar pun tak larat, kecoh tak mahu bergantung dengan minyak lagi, nak tukar kepada nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. So korang tahulah siapa dibelakang masalah elemen kewangan yang kuat buat spekulasi tu untuk keuntungan.


Ok, adakah Bretton Woods ni anti Islam? Tidak. Sebab hampir 1/3 ahli committee mereka ialah orang Islam. Adakah Amerika tunduk kepada mereka - Ya. Kenapa? Sebab Amerika berhutang dengan mereka hampir USD 12 Trillion. Mereka juga turut memainkan peranan pemecatan wakil dari US dalam World Bank iaitu kawan baik Anwar iaitu Wolfowitz pada 2006 dan Presiden US tak berani cakap apa pun.  


Bretton Woods ni neutral, diorang tak peduli. Fokus mereka lebih kepada keuntungan, kestabilan perdagangan dan kawalan harga komoditi strategik. Dan berlaku juga konflik dunia ahli committee mereka memang cukup terkenal "makan" dari kedua -dua belah pihak, maklumlah neutral. Semasa Perang Dunia ke-2, mereka support untuk bersekutu termasuklah Nazi jugak. Semasa Konflik Perang Dingin pula, mereka didapati telah menyokong blok komunis dan kapitalis. Konflik Arab-Israel 1960an, mereka support Israel dan Arab jugak.

Pada 1997, Bretton Woods mengharamkan semua idea2 polisi Capital Control yang kononnya bercanggah dengan elemen freemarket dibawa oleh puak2 yang sealiran dengan Tun Mahathir. Masa itu, Tun Mahathir nyaris kena getah dengan reformasi yang turut dirancang oleh Bretton Woods ni. Tapi bila 2006, mereka mendapati freemarket dan perdagangan antarabangsa tidak stabil akibat tanpa kawalan dalam elemen spekulasi, lalu mereka mula bawak masuk idea2 polisi Capital Control yang dibawa oleh puak2 sealiran Tun Mahathir dahulu. 




Dan pada 2010, wakil mereka iaitu Seri Mulyani siap bagi penghormatan terhadap Mahathir yang sebelum ni mereka hina. Sekarang ni nama Anwar mereka dah tak sebut dah, reformasi pun dah sejuk, member2 Anwar mcm Wolfowitz pun dah kena pecat. So kesimpulannya Bretton Woods ni lebih kepada idea2 yang beri keuntungan kepada mereka itu je. 


Walaupun Bretton Woods ni tak campur hal ehwal politik negara org, tapi yang buat hal banyak dari partner mereka dalam IMF dan lain2 contoh mcm setan seperti Wolfowitz.
 Walaupun Bretton Woods ni tak campur, tapi kerajaan Malaysia tetap cuba kurangkan pengaruh mereka dalam ekonomi Malaysia, melalui penubuhan GLC utk fokus kepada pembinaan dan operasi infrastruktur penting dalam negara spt Telekomunikasi, Elektrik, highway, jambatan dan lain2. GLC mampu mencari sumber kewangan mereka sendiri spt dari EPF, dari Bursa dan lain2 tanpa bergantung banyak sangat kepada org2 luar seperti Bretton Woods. 

Dan Anwar Ibrahim telah berbohong kepada kita yang mengatakan GLC kononnya mencuri wang KWSP utk buat infra, walhal kalau GLC tak pakai wang KWSP, dari mana lagi GLC nak pinjam? Semestinya dari org luar spt Bretton Woods. Kering je rakyat kena tipu dengan Anwar.


 "So what if I am a liar?"


So kesimpulannya Bretton Woods adalah antara organisasi yang berkuasa di dunia, bukan setakat zionis dan lain2. Bayangkanlah mereka boleh bagi pinjam USD 12 trillion kepada US melalui World Bank. Itu baru US, negara lain? So pada masa yang sama, boleh nampak siapa antara player yang sangat berpengaruh tentukan harga komoditi strategik. Nak kata mereka ni jahat, tak jugak, nak kata baik, tak jugak. Diaorang ni neutral dan lebih fokus kepada keuntungan dan kestabilan perdagangan. 





 

Harga minyak dunia ditentukan oleh 2 organisasi iaitu New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE)  Mereka mengawal harga minyak semenjak 1920an lagi. Memang ada cubaan untuk memecah monopoli mereka iaitu sebanyak 2 kali. Pertama pada 1960, Shah Iran menubuhkan OPEC untuk pecah kawalan 2 organisasi ini, tetapi gagal selepas Shah Iran dijatuhkan. Selepas itu, OPEC menjadi kawalan NYMEX dan ICE. Kali kedua pada 2008, ada pakatan antara Russia, China, Iran, Venezuela dan negara Arab lain untuk pecahkan kawalan NYMEX dan ICE, tetapi gagal pada 2011 setelah revolusi berlaku di Tanah Arab baru2 ini. 


Rujukan untuk harga minyak ada dua iaitu, WTI / Light Crude yang didagangkan di NYMEX dan Brent yang didagangkan di ICE. Kita di Asia ini selalunya merujuk kepada Brent.


Selalunya apa yang kita nampak pasal industri minyak ini ialah syarikat minyak mcm Shell, Mobil, Petronas dan lain2, pelantar minyak, kapal bawak minyak, pengaruh kerajaan dan lain2. Itu hanya sebahagian. Yang kita tak nampak. Yang berpengaruh dalam bahagian kewangan di belakang ialah NYMEX dan ICE. Institusi2 kewangan antarabangsa ini jugak di belakang World Bank, Asia Development Bank dan lain2 iaitu sumber negara2 di dunia meminjam duit untuk pembangunan negara. Ini menyebabkan mereka sangat berpengaruh dalam menentukan harga minyak.


Macamana institusi2 kewangan di belakang NYMEX dan ICE ni boleh jadi pengaruh besar di dalam penentuan harga minyak dunia? Ok, sebelum kawasan minyak itu digali / teroka, mereka menjadi pelabur untuk kawasan2 tersebut. Dan untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka / gali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai FUTURE CONTRACTS. Oleh itu kesemua negara pengguna minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok minyak masa hadapan dalam negara mereka, termasuklah negara pengeluar minyak juga sebab merekalah pelabur untuk kawasan2 yang belum diteroka /g ali tu. Korang ingat Petronas, Aramco Arab Saudi dan lain2 tu terus kaya ke pada peringkat awal?


Untuk penerangan / rujukan lebih lanjut, boleh baca sejarah dan peranan organisasi seperti New York Mercantile Exchange (NYMEX), Intercontinental Exchange (ICE), Dubai Mercantile Exchange (DBE), OPEC. Boleh juga baca mengenai FUTURE CONTRACTS di mana institusi2 kewangan antarabangsa membeli kawasan minyak yang belum diteroka, 10/20 tahun lebih awal dan dagangkan sebagai stok masa hadapan. Dan negara2 pengguna dan pengeluar minyak "beli balik" dari mereka untuk menjamin stok masa hadapan dalam negara mereka.



0 komentar: