Bujang Senang

Bujang Senang

Apr 20, 2012

Rakyat Malaysia Suka Subsidi Minyak, Tak Suka Gaji Tinggi



Subsidi sebenarnya bagus. Ia membantu rakyat dalam perniagaan dan kehidupan harian mereka. Maknanya mereka tidak perlu modal yang besar untuk memacu ke hadapan. Dan kalau ramai rakyat Malaysia makin mampu untuk membuat perniagaan dan benda2 lain, mereka mampu untuk bayar cukai atau menghidupkan kitaran ekonomi yang sihat. Akhirnya duit dari subsidi kerajaan boleh dapat balik.

Walaupun kerajaan terpaksa menanggung 400% kenaikan minyak dan jika 100% subsidi itu digunakan oleh rakyat, itu adalah baik. Aliran tunai atau tanggungan daripada subsidi itu akan kembali juga kepada kerajaan melalui cukai atau kitaran ekonomi domestik yang sihat.

Masalahnya sekarang, subsidi kita ini bukan rakyat Malaysia pakai 100% pun. Yang pakai ni kebanyakannya orang luar yang berniaga di sini. Kalau orang luar yang pakai, keuntungan @ aliran tunai akan keluar. Ini sangat merugikan dan menjadi pembaziran.

Kita boleh lihat sendiri, kontraktor2 besar, pengilang2, pelabur2, hotel2, kebanyakan mereka ini orang luar. Mereka ini mengaut keuntungan yang tinggi melalui penggunaan subsidi minyak kita. Kita boleh lihat di Johor sempadan Singapura, berapa ramai rakyat Singapura dok tibai minyak kita, lepas tu kembali ke Singapura.

Syarikat yang membuat tempat penternakan babi berteknologi tinggi di Selangor hasil kelulusan kerajaan PKR pun merupakan syarikat luar negara. Mana ada kontraktor Bumiputra boleh buat kandang babi. Mereka pun kaut untung yang besar melalui subsidi minyak kita. Bukan setakat minyak, tanah pun depa sebat.


Pembangkang kata kerajaan bertanggungjawab memberikan subsidi kepada rakyat. Saya bagi contoh negara2 yang tidak menjalankan tanggungjawab memberi subsidi kepada rakyat mereka ;

Jumlah Tong Simpanan Minyak
a)    Canada – 178 billion
b)    US – 97 billion
c)    Venezuela – 98 billion
d)    Russia – 79 billion
e)    China – 15.7 billion
f)     Mexico – 13.5 billion
g)    Vietnam – 4.7 billion
h)   Argentina – 2.2 billion
i)     Australia – 1.5 billion
j)      Brazil – 12.6 billion

Ini hanya 10 daripada 98 negara pengeluar minyak yang memang tidak memberikan subsidi kepada rakyat mereka, ada banyak lagi. Jadi, adakah kerajaan2 negara ini dikira tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat hanya kerana tidak memberi subsidi????

Saya tidak bermaksud bahawa rakyat Malaysia tidak perlukan subsidi. Saya cuma ingin tunjukkan yang banyak negara lain mempunyai simpanan minyak yang besar, tetapi tidak memberikan subsidi. Ini berbeza dengan kerajaan Malaysia. Jadi, tidak bersyukur lagikah kita??? Bukan setakat bagi subsidi, mereka tibai minyak luar negara, lepas tu subsidikan minyak luar negara kepada kita. Tak bersyukur lagi???

Kita asyik bercakap pasal rakyat marhaenlah, natijahlah, rakyat makin miskinlah, nak matilah kalau naik 5sen. Kita tidak berfikir tentang tungkus lumus kerajaan yang duk serap kos subsidi. Kita juga tidak berfikir tentang gaji kakitangan Petronas yang bertungkus lumus meletakkan Petronas di tempat ia berada hari ini. 40% pendapatanPetronas hari ini datang daripada minyak luar, hasil usaha mereka sendiri.

Saya dengar baru2 ini mereka dapat lagi hak di Azerbaijan yang jumlah simpanannya adalah lebih banyak dariapda minyak yang berada di dalam negara Malaysia. Dalam masa 5 tahun, pendapatan Petronas daripada luar negara akan naik sebanyak 60% ke 70%.


Harga minyak memang dah lama naik. Kerajaan bukan menaikkan harga minyak, tetapi melepaskan sedikit subsidi untuk minyak yang telah lama naik dan kenaikan yang ditanggung ialah 500% kenaikan.Berapa banyak minyak yang rakyat Malaysia dan rakyat asing pakai sehari di negara ini? Dalam anggaran 200,000/tong setahun. 1 tong sekarang harganya dalam anggaran USD 80/tong, bermakna Malaysia pakai sehari USD 160juta/sehari. Dan mungkin juga lebih.

Kalaulah Malaysia hanya mampu keluarkan dalam 200,000/setahun, maknanya kita kena import minyak luar. Harga minyak luar mana boleh pakai harga Malaysia, mestilah pakai harga yang di set di Mercantile Exchange, New York dan OPEC. Oleh itu harga yang extra itu ke mana??? Kerajaanlah tanggung. Nak harapkan Anwar??? HAKKKK PTUIH!!

Anwar hanya pandai tabur janji, hari ini pakatan memerintah, esok harga minyak turun RM1.50...Dia ingat turun harga minyak akan menguntungkan rakyat....pada satu sisi memanglah bagus, tapi rakyat kena ingat....tanggungan lain depisit akan meningkat...ini pandangan saya lah.....korang nang ikut baik, tak ikut pun baik....

Kita buat comparison dengan negara Mexico (negara pengeluar kecil, gaji rakyat rendah).
Mexico mempunyai 13.350 billion tong. Mereka tidak beri subsidi pun kepada rakyat mereka. Kita ambil lagi satu contoh negara yang mempunyai taraf ekonomi / pendapatan yang lebih rendah daripada negara kita, Indonesia. Indonesia mempunyai 3.8 billion tong, mereka tak beri pun subsidi kepada rakyat mereka.
Kita compare dengan Thailand pulak. Mereka mempunyai 441 juta tong simpanan, mereka tak bagi subsidi pun. Begitu juga dengan Angola yang  mempunyai 13.5 billion tong, pun mereka tak bagi subsidi pada rakyat Angola.
Siapa boleh bagitau saya daripada 98 negara pengeluar minyak dunia, berapa negara yang betul2 bagi subsidi kepada rakyat mereka?

Negara yang rakyatnya mempunyai gaji tinggi adalah negara yang tidak memberikan subsidi kepada rakyatnya.
Apabila kerajaan mereka tidak mempunyai sebarang tanggungan untuk subsidi, duit yang berbillion lebihan itu kerajaan mereka mampu membuka atau mewujudkan projek2 yang bernilai sangat tinggi.

Saya pernah bekerja di Singapura dan gaji yang saya terima agak tinggi (3 kali ganda) walaupun di bawah bendera syarikat Malaysia. Saya dapat perhatikan projek yang sama fungsi dan taraf di Malaysia dijalankan di Singapura  adalah tiga kali ganda harganya. Contoh reklamasi tanah di Singapura, harga mereka berikan adalah SD 60/m3 termasuk PVD / treatment, tetapi di Malaysia adalah 25/m3. Dan kesan daripada ini, syarikat2 yang membuat projek di Singapura mampu memberi gaji yang lebih tinggi kepada pekerja mereka. Kamu boleh bandingkan sendiri, projek2 lain yang mempunyai persamaan fungsi di Malaysia dan perbezaan harga.

Syarikat2 pembekal / pengimport komoditi seperti gula, minyak dan lain2 mampu meletakkan harga yang lebih tinggi kerana pembeli2 mereka mempunyai kemampuan dengan gaji yang tinggi. Dan kesan daripada di atas, pekerja2 yang bekerja dengan syarikat2 pembekal / pengimport komoditi mampu menikmati gaji yang lebih tinggi.

Tetapi walau macamana tinggi pun gaji kamu di sana, cara hidup tidak jauh berbeza dengan rakyat Malaysia. Walaupun gaji di sana tinggi, tetapi harga barang juga tinggi. Gaji orang Malaysia rendah tapi harga barangan masih rendah. Contoh kalau rumah flat (2 bilik) di Malaysia berharga RM200,000, di Singapura ianya berharga RM600,000. Tetapi rakyat Singapura pandai, mereka ambil gaji di negara mereka, lepas tu melabur dan berbelanja di Malaysia. Ini bermakna subsidi negara kita telah digunakan sebaik mungkin oleh orang luar.

Kesimpulannya, kalau rakyat Malaysia mahu gaji tinggi seperti rakyat Singapura, US dan lain2, hapuskan subsidi. Tinggilah gaji korang semua.

0 komentar: