Bujang Senang

Bujang Senang

Apr 24, 2012

Sokongan Orang Cina Kepada BN Tinggi


Bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kian terasa dan pelbagai andaian dan teori mengenai tarikh pilihan raya kini begitu hebat diperkatakan.

Ada yang mengatakan pada bulan Jun ini dan ada juga yang mengatakan pada Ogos akan datang? Spekulasi mengenai tarikh-tarikh tersebut kesemuanya jatuh pada musim cuti persekolahan.

Semuanya nampak berkemungkinan dengan berdasarkan teori-teori masing-masing tetapi untuk tarikh sebenar hanya Allah SWT dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja mengetahuinya.

Sungguhpun begitu dalam menentukan tarikh sebenar pilihan raya sudah pasti Najib seperti mana lima Perdana Menteri sebelum ini mempunyai pertimbangannya sendiri berasaskan kepada beberapa faktor tertentu. Antaranya kestabilan politik, ekonomi dan negara - sebelum keputusan membubarkan Parlimen dilakukan.

Di peringkat ini juga parti yang bertanding seperti UMNO serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti MCA, MIC serta parti-parti di Sabah dan Sarawak termasuk pihak pembangkang sibuk memasang strategi bagi mendapatkan sokongan pengundi. Cuma apa yang masih dibincangkan ialah sejauh mana sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) setakat hari ini.

Pada PRU 12, tanpa diduga kaum Cina di beberapa kawasan pilihan raya yang sebelum ini berpihak terhadap BN telah memberi sokongan mereka kepada pihak pembangkang, khususnya di kawasan pinggir-pinggir bandar serta pedalaman.

Keadaan itu terus berlaku dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan paling ketara selepas PRU 12 seperti PRK Kuala Terengganu, PRK Bukit Gantang, PRK Bukit Selambau dan PRK Penanti.

Baca seterusnya..., klik sini

0 komentar: