Bujang Senang

Bujang Senang

Apr 24, 2012

Supermodel Brazil, Alessandra Ambrosio beraksi bogel untuk iklan terbaru walaupun sarat mengandung


Kebanyakan ibu-ibu yang mengandung pada trimester ketiga akan berasa tidak selesa serta malu dengan tubuh masing-masing yang mengalami perubahan yang mendadak.

Tetapi, bagi Alessandra Ambrosio, supermodel dari Brazil yang kini mengandung lapan bulan mendakwa beliau berasa amat yakin dari biasa.

Bagi mengukuhkan lagi keyakinan beliau, model berusia 31 tahun ini telah beraksi bogel di dalam iklan barangan kemas keluaran Brazil dari syarikat Vivara.

Ibu beranak satu ini yang sedang mengandungkan seorang lagi anak lelaki bersama tunangnya, Jamie Muzar, beraksi tanpa seurat benang ditubuhnya melainkan barangan kemas Vivara dihadapan jurukamera Mert Alas dan Marcus Piggott.

Mengulas mengenai iklan tersebut, beliau berkata: 'Sesi bergambar bogel adalah bagus, kerana mengandung memberi saya keyakinan yang tinggi. Saya bangga dengan tubuh saya yang bakal menghasilkan zuriat baru...
Rasanya, pelanggan mungkin tidak perasan sangat barang kemas yang dipakai oleh Ambrosio ini...
Foto Ambrosio berbikini dimuat naik oleh beliau sendiri di laman Facebooknya
'Saya tidak malu untuk beraksi bogel dihadapan dua jurugambar kegemaran saya. Saya sangat gembira apabila saat-saat penting dalam hidup saya dirakamkan oleh mereka.'

Amborosio beraksi untuk sesi fotografi kali ini di sebuah hotel lima bintang, Copacabana Palace Hotel di Rio De Janeiro.

0 komentar: