Aug 28, 2012

ANWAR GUBAL UNDANG-UNDANG LOMPAT PARTI DIPERSETUJUI - makin ramailah lompat si katak lompat nanti


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dituduh menaja usaha menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan, beliau tidak ada masalah jika undang-undang antilompat parti digubal.

Sehubungan itu kata Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sudah memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepadanya semalam.

"Saya tiada masalah (dengannya). Ketua Menteri (Guan Eng) sudah lapor kepada saya semalam,” kata beliau kepada media selepas Program Misi Keadilan dan Kemanusiaan Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia Peringkat PBT Selangor di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, langkah memperkenalkan enakmen itu di Pulau Pinang dengan sendirinya menjelaskan pendirian mereka terhadap isu lompat parti.

Menurutnya lagi, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru dari rakyat. Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada malam Khamis ini menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, Anwar berkata, beliau mungkin tidak akan turut serta.

“Saya baru dimaklumkan bahawa pada hari itu, hanya program di Stadium Melawati Shah Alam yang perlu dihadiri.

“Sebarang maklumat mengenai Bersih 3.0, sila rujuk kepada jawatankuasa tersebut,” katanya.

Sebelum ini, penganjur Himpunan Janji Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi dengan cara yang berlainan.

Beliau berkata, pihaknya bersetuju mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.

Malah, penganjur turut menggunakan tema “Janji Demokrasi” bagi sambutan Ambang Merdeka nanti.

Sementara itu, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini dianjurkan bagi membawa mesej bahawa orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil. Beliau juga mahu lapan tuntutan itu ditunaikan.

0 komentar: