Aug 28, 2012

(Gambar) Pelakon Beego raikan Aidilfitri di kelab malam


Rasanya baru sahaja awal bulan ini Beego meluahkan perasaan yang karier seni beliau seperti dibunuh oleh kontroversi yang sering melanda diri beliau selama ini.

Belum pun tamat isu khalwat beliau yang kini masih menjalani perbicaraan di mahkamah, Beego nampaknya diuji lagi dengan dakwaan liar yang mula tersebar ini.

Dua keping gambar yang mula tersebar menunjukkan seorang lelaki yang di’dakwa sebagai Beego bersama rakan rakan beliau berseronok di sebuah kelab hiburan.

Menariknya, menurut sumber yang mendakwa sebagai rakan kepada rakan Beego ini, gambar ini dirakamkan sekitar minggu lalu ketika ramai masih dalam mood Aidilfitri.

[Ads: Quit losing all those monthly paper bills - get your Astro bills sent via your e-mail instead! #AstroEBilling

Hmm. Sekurang kurangnya ini bukan gambar bogel ala Putera Harry kan? Harapnya ini muka pelanduk dua serupa entah timbul dari mana. Lagi gambar ‘Beego’ selepas ini.

0 komentar: