Bujang Senang

Bujang Senang

Aug 27, 2012

PUTERA HARRY SAMA TABIATNYA SEPERTI PEMIMPIN PKR




Dunia digemparkan oleh tahap kebodohan keluarga diraja Britain apabila cucu kepada Ratu Elizabeth telah berbogel bersama seorang wanita di sebuah kediaman di Amerika Syarikat.

Muat naik gambar Putera Harry, pewaris takhta England itu di internet telah memalukan Ratu Elizabeth dan seluruh kerabat Di Raja Britain.

Di Malaysia apa kurangnya kerana sudah berlambak gambar pemimpin yang telanjang dan berbogel bersama wanita yang dipercayai pelacur China. Namun, pemimpin yang disyaki itu sehingga kini masih belum didakwa dan tidak pernah malu. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa seolah-olah tidak pernah berlaku ke atas dirinya.

Biarpun dengan jelas wajahnya menyerupai pemimpin utama Pakatan Pembangkang itu, namun isterinya yang selama ini kenal segala bentuk tubuh badan suaminya itu telah menafikan gambar itu. Begitu juga anaknya yang selama ini bersifat alim seperti emaknya yang memakai tudung tetapi berbohong.

Sehingga kini, bukti jam tangan Omega yang didakwa Wan Azizah dan Nurul Izzah ada pada mereka tidak juga muncul dikhalayak ramai. 

0 komentar: