Aug 30, 2012

Sentimen kenegerian melampau di negara merdeka

Esok hari merdeka yang ke-55. Aku dah download lagu tema kemerdekaan Janji Ditepati dan mainkan berkali2 di office aku. Desktop wallpaper aku pun aku dah tukar dengan logo Janji Ditepati untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri aku. Dan sempena dengan Hari Kemerdekaan juga, aku tulis sedikit isu2 berkaitan kenegaraan.


Beberapa hari lepas ada request dari seorang reader nak minta kami siasat siapa admin fan page di Facebook "bunuh warga sarawak kat semenanjung" di entry lama gila dan yang takde kaitan pun dengan isu ni.


Malah ada juga yang mencari siapa admin fan page "semenanjung anti sarawak" seperti komentar di sini.


Pertama sekali, kepada komentar bangsabidayuhrakyatsarawak, kami minta maaf sebab tak dapat nak siasat siapa admin fanpage tu. Kami bukanlah hackers seperti Anonymous, RileksCrew, DragonForce, Ahli Syurga Crew atau kumpulan2 hackers yang lain walaupun pernah suatu ketika dalam kehidupan aku dulu pernah melalui saat2 menjadi hackerz, atau mungkin sekadar script kiddies masa tu. Penyiasatan yang kami buat2 sebelum ini pun lebih menggunakan teknik pencarian keyword di Google instead of hacking. Kalau bab nak hack2 akaun Facebook atau fanpage mungkin boleh try tanyakan dekat blog http://www.kenahack.com/ mereka tere bab2 hacking ni.


Apa2 pun aku try cari fanpage "bunuh warga sarawak kat semenanjung" tak jumpa, mungkin dah kena report dan dah kena delete. Tapi fanpage "semenanjung anti sarawak" aku sempat jumpa dan tengok kathttp://www.facebook.com/pages/Semenanjung-ANTI-Sarawak/301261549958917 dalam 2 hari lepas sebelum kena delete. Isu ini juga telah spark kemarahan warga2 Sarawak kepada admin fanpage2 tersebut dan juga dilaporkan dalam suratkhabar NST seperti di bawah.


Apa yang aku boleh simpulkan adalah kemungkinan admin kedua2 fanpage itu adalah orang yang sama, dan kemungkinan lepas2 ni dia akan buat lagi fanpage yang lain. Tapi ini bukan kali pertama orang menimbulkan sentimen kenegerian melampau. Ada negeri lain yang lebih popular di anti oleh orang dari negeri lain iaitu Kelantan, malah fanpage "anti kelantan" pun wujud. Negeri2 lain seperti Johor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, tu pun antara negeri2 yang popular yang di anti negeri lain. Malah sentimen kenegerian yang melampau kadang2 membawa kepada benda yang lebih serius sampai ada yang memperjuangkan negeri mereka keluar dari negara Malaysia seperti gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SKMM) di fanpage2,blog2 dan petition atas perkara 18/20 dalam perjanjian Malaysia, Sabah dan Sarawak sewaktu pembentukan Malaysia dahulu.


Kenapa perlu bersikap kenegerian yang keterlaluan? Antara faktor2 yang membangkitkan sentimen kenegerian:
  1. Pernah ada sejarah buruk dengan orang yang berasal dari negeri lain, contohnya seorang lelaki berasal dari Melaka pernah couple dengan seorang awek Pasir Mas, Kelantan, lepas tu mek Kelate tu kikis duit dan tinggalkan dia, terus dia membenci seluruh orang Kelantan dan menganggap mereka semua sama lantas menyebarkan sentimen kebenciannya dengan orang Kelantan kepada orang lain. So mungkin admin fanpage "semenanjung anti-sarawak" juga pernah ada pengalaman buruk dengan orang Sarawak secara peribadi.
  2. Iklim politik yang sangat tidak sihat di antara negeri2 BN dan PR, dasar2 antara negeri2 Borneo dan Semenanjung menjadi penyumbang terbesar sentimen kenegerian dan permusuhan antara negeri menjadi semakin kuat.
  3. Masih bercakap menggunakan bahasa loghat negeri sendiri walau sedang bercakap dengan orang yang bukan dari negerinya. Tak suka bercampur dengan orang dari negeri lain, tidak boleh ubah sikap suka berpuak2.
  4. Bola sepak. 
    Negara kita dah 55 tahun merdeka, tapi kenapa masih berlaku permusuhan antara negeri? Adakah keluar dari Malaysia tu jalan yang terbaik buat negeri Sabah dan Sarawak berbanding alternatif lain seperti menukar kerajaan sebagai penyelesaian kepada masalah2 yang dihadapi? Adakah berbaloi bergaduh, bertumbuk, membuat kekacauan, merosakkan harta awam hanya kerana perlawanan bola sepak? Adakah hanya kerana negeri2 ditadbir oleh pembangkang maka tidak layak mendapat bantuan kewangan oleh kerajaan pusat? Adakah bersatu di atas nama negeri lebih bermakna daripada bersatu di bawah nama negara? Apa ada benarnya kata2 pepatah "Semangat Kenegerian Menjahanam Bangsa"?

    Masih wujudkah 1Malaysia kalau ada masih ada lagi yang saling benci membenci atas nama negeri, bangsa dan parti politik? Masih benarkah Janji Ditepati kalau masih banyak janji yang belum ditunai. Masih relevankahSebangsa jika sentimen bangsa masih kuat, Senegara jika sentimen negeri masih tinggi dan Sejiwa jika sentimen politik masih lagi menebal? Wajarkah kemerdekaan negara dipolitikkan? Wajarkah kita menyambut kemerdekaan secara berasingan di kalangan parti politik? Entah, anda jawab sendiri persoalan2 itu...

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-55









    0 komentar: