Aug 29, 2012

Tanda PRU 13 Makin Dekat



Semalam, kebetulan menggunakan pengangkutan awam, LRT dari KL ke Kelana Jaya untuk bertemu sahabat-sahabat BJS di sana dan terserempak dengan sekumpulan tiga empat orang sedang mengedarkan risalah propaganda memburukkan Kerajaan Pusat termasuk menggunakan karikatur isteri PM yang dilambangkan sebagai mebazir duit rakyat.

Dari gelagat, BJS perhatikan mereka adalah ahli parti cabang tempatan yang mula menjalankan 'kerja-kerja parti' kerana dari sumber yang MI dapat, Kelana Jaya bakal kembali ke pangkuan BN. Kerusi Parlimen dan Dun.


Terdapat risalah berupa pelekat cermin kereta berkenaan kempen baru mereka, Kempen Turunkan Harga Kereta dan pelekat logo 'israel' merdeka yang dibanggakan oleh Pakatan Haram.




Pakatan Haram cuba hangatkan kembali isu yang umumnya rakyat Malaysia sudah tahu bahawa itu adalah fitnah yang sudah terjawab. Malah cubaan Pakatan Haram ini jelas menunjukkan mereka agak tertekan untuk alihkan isu ketidakupayaan Kerajaan Selangor sekarang dalam menunaikan janji PRU12.

Isu air percuma, isu harta milik rakyat yang dijual, isu lanun pasir, isu sampah yang tak mampu diurus, isu moral pemimpin mereka yang kronik dan pelbagai isu termasuk isu kritikal iaitu isu air bersih untuk rakyat. Kenapa mereka tidak keluarkan risalah menerangkan kepada rakyat tentang isu tersebut ?

0 komentar: