Aug 30, 2012

Tiada masalah Nasha bergaul dengan Umno - Majlis Syura


Ahli Majlis Syura PAS Datuk Mahfodz Mohamed berpendapat tiada salahnya bagi bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjalinkan hubungan baik dengan Umno.

Beliau berkata keputusan untuk mengugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura atau parti harus diteliti sepenuhnya supaya tidak menjejaskan peluang PAS pada pilihan raya nanti.

Mahfodz berkata sekiranya alasan untuk menyingkirkan Nasharudin hanya kerana beliau muncul dalam sebuah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Majlis Syura perlu membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan perkara remeh.

Nasharudin telah menemani Najib dalam sebuah perjumpaan dengan kumpulan ulama Saudi Organisasi Kerjasama Islam di Mekah baru-baru ini.

Mahfodz kemudian berkata, perbincangan Majlis Syura PAS yang bakal berlangsung pada 9 September ini akan turut membincangan mengenai isu Nasharudin.

Beliau sekali lagi menjelaskan tiada masalah bagi mana-mana ahli parti untuk bergaul dengan anggota parti lain termasuk Umno.

Namun Mahfodz menegaskan isu utama membabitkan Nasharudin ialah kurangnya penyertaan beliau dalam aktiviti PAS sejak 2009.

"Masalah berkait Nasharudin adalah kita telah memberikan beliau (Nasharudin) masa setahun lebih untuk memberikan kerjasama, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri."

2 komentar: