Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Jun 28, 2012

Hot News: Khir Toyo Berjaya Telanjangkan Faekah?


Sangat menarik...! Blog ini masih membicarakan mengenai DIVA kontrovesi PKR yang sangat fofular semenjak seminggu yang lalu. Ayuh, kita baca kisah menarik mengenai Setpol MB Selangor ini, klik SINI

Jun 27, 2012

Haha..Ambik Kau Nak Wheelie Sangat !!


Ini adalah salah satu video yang tidak digalakkan ditiru aksinya kerana risiko bahayanya terlalu tinggi. Silap-silap, melayang nyawa nanti. Beberapa anak muda sedang gembira apabila salah seorang dari rakan mereka melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motorsikal.
Nak dijadikan cerita, mungkin tertekan pedal minyak motor terlalu kuat, motor yang ditunggang ter’wheelie’ tinggi ke atas. Akhirnya, terhumban ke dalam longkang!
Yang boleh dijadikan lawak dan lucu, tukang rakam iaitu rakan-rakan kepada si penunggang tadi hanya menggelakkan sahaja apa yang terjadi kepada rakannya yang seorang itu. Yang menunggang motor itu pula, terbaring di dalam longkang, tetapi jelaslah reaksi di wajahnya.
Cuma, tak tahu. Dia menangis atau ketawa sama? Macam-macam hal pun ada.

TAHNIAH! Memey Suhaiza Dah Hamil


Selepas dinikahkan pada 24 September lalu dan diraikan dalam satu majlis resepsi mewah bernilai RM12 juta, pasangan kontroversi Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal menyambut kehadiran orang baru dalam rumahtangga bahagia mereka.


MH Online hari ini melaporkan bahawa Memey disahkan doktor sudah enam minggu hamil dengan kandungan pertamanya.

Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi;

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.


"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal. [sumber]

Tercabut Bulu Terkejut Dengar Berita Sharifah Aini.


50 peminat Kak Pah turut mendaftar.
Kak Pah berkempen tarik lagi ramai Pendaftar baru.
"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara”
– Satu usaha yang cukup baik dari Sharifah Aini.

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.”

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar,"
Dengar berita Kak Pah ni boleh tercabut bulu.

Sharifah Aini berkata, seramai 50 rakan dan peminat tegar beliau juga turut mengambil langkah yang sama apabila mendaftar sebagai pengundi hari ini di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Saya anggap pendaftaran hari ini sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran saya yang jatuh pada 2 Julai ini dan Insya-Allah saya akan mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya,'' katanya.

Utusan.

Jom Tengok Siapa Kroni Anwar Ibrahim (Semasa Menteri Kewangan) Yang Dapat Projek

Daripada bahagian pertama (http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-senarai-kroni-dan-projek.html).

Oleh kerana keceluparan mulut Anwar Ibrahim mengungkit mengenai kronisme dan IPP, episod kali ini membongkar senarai kedua kroni Anwar yang mendapat keuntungan semasa dia menjadi TPM dan Menteri Kewangan.



Dalam pendedahan kali ini, lebih banyak projek penswastaan di bawah Kementerian Kewangan zaman Anwar akan didedahkan. Ada di antara projek ini telah dipersetejui secara prinsipnya. Pendedahan kali ini akan melibatkan 2 nama kroni terbesar Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Nor Mutalib dan Datuk Ahmad Nazri Abdullah. Untuk senarai pertama, kroni-kroni ini dianugerahkan projek IPP oleh Anwar Ibrahim sendiri.

 
 
 


Selain daripada IPP, kroni Anwar juga terlibat dalam industri media. Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim berjaya mengawal media pada zamannya menjadi TPM kerana kroninya sendiri yang menjadi taikoon media.

 

Selain daripada IPP dan media, kroni Anwar Ibrahim juga mendapat projek lebuh raya dan projek penswastaan kelengkapan perubatan.

Kelengkapan perubatan
 
Lebuh raya

Nah. Sudah terang lagi bersuluh, Anwar Ibrahimlah raja kroni semasa dia berkuasa. Sebab itulah Anwar Ibrahim boleh berceramah mengenai penyelewengan IPP dan lebuh raya kerana dia dan kroninya juga yang buat kerja kotor tersebut!

Maklumat yang BJS dapat ini adalah raw data. Sebab itulah ada nama lain seperti anak Tun Mahathir ada sekali dalam senarai ini. Ini bukti ketelusan BJS membongkar sesuatu perkara.

RAFIZI KANTOI LAGI.MOHONG KUAT



Dalam menjawab isu Akaun Berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion, dua pegawai PKR dilihat saling bercanggah pendapat dalam menangani isu tersebut.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli memilih pendekatan ‘menyerang’ kredibeliti Abdul Murad dan membuat kesimpulan yang tidak logik bahawa akaun RM3 billion itu adalah milik Abdul Murad sendiri.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memilih pendekatan ‘berpihak kepada Abdul Murad’ dengan mendakwa Abdul Murad pro Anwar tetapi diugut oleh pihak lain.

Dalam sidang media yang dihadiri kedua orang kanan Anwar itu hari ini, Rafizi mendakwa Abdul Khalid seorang yang korup apabila menggunakan kedudukan beliau sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mengumpul kekayaan.

“Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.

“Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Abdul Murad terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta. Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Abdul Khalid mengenai kewujudan akaun induk yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri,” katanya seperti dilapor Mstar
Rafizi terus menyerang Abdul Khalid dengan mendakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat tertentu.

“Sebaliknya, daripada penyiasatan saya, mengenai latar belakang Datuk Murad Khalid mendapati, beliau bukan sahaja pernah menerima habuan ketika menjawat jawatan pegawai tinggi Bank Negara melalui pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan melalui pihak ketiga sebanyak RM30,000, bahkan turut menerima manfaat dan kepentingan daripada 15 unit kondominium di Pelangi Indah melalui syarikat Kenworth Snd Bhd.” 

Rafizi turut berkata, penyiasatannya itu turut mendapati insurans kediaman Abdul Murad itu turut dibayar oleh orang ketiga dengan nilai RM3.1 juta.
“Kedua-dua ini adalah melanggar etika dan peraturan Bank Negara,” tegas Rafizi yang dilaporkan Malaysian Insider
Rafizi juga menuntut Abdul Murad untuk menghentikan dakwaan-dakwaan itu dan segera menuntut maaf kepada Anwar sebelum PKR mengambil tindakan drastik dengan membongkar segala salah laku yang pernah dilakukannya.
“Saya minta Abdul Murad membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Ketua Umum PKR. Sudah cukuplah, sudah 13 tahun.

“Jika tidak, kami tidak teragak-agak untuk menolak pertimbangan aib beliau, dan mendedahkan segala salah laku beliau,” tegasnya.
Namun bebeza pula dengan nada Saifuddin yang menegaskan ‘Abdul Murad bukanlah menjadi sasaran PKR’, dan mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia pernah memohon maaf kepada Anwar di Munich pada tahun 2004.

“Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut untuk menandatangani akuan bersumpah,” dakwa Saifuddin seperti dilaporkan Malaysiakini.
Kenyataan Saifuddin di atas dilihat sebagai anti-klimak kepada desakan memohon maaf yang dianjurkan Rafizi.

Barangkali menurut percaturan Saifuddin, jika terus menerus dibiarkan Rafizi menyerang peribadi Abdul Murad bermakna dakwaannya sebelum ini bahawa Abdul Murad diugut dan masih berpihak kepada Anwar akan terpadam dengan sendiri.

ADAKAH GUAN ENG DAN DAP MASIH KUAT DI PULAU PINANG ?


ADAKAH GUAN ENG DAN DAP MASIH KUAT DI PULAU PINANG ?


Dalam beberapa minggu ini, Guan Eng telah di “attack” dengan hebatnya oleh musuh-musuh politiknya terutamanya BN ataupun UMNO dan NGO. Guan Eng telah berhadapan dengan tiga cabaran besar dalam arena politik semasa. Yang pertama isu saman oleh UMNO dan BN terhadap Guan Eng yang telah menuduh UMNO dan BN sebagai dalang kepada berlakunya demostrasi di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, dan UMNO dan BN telah mencabar Guan Eng ke mahkamah untuk tuntutan malu. Keduanya isu moral anaknya yang di tuduh oleh media alternative telah mencabul seorang wanita dan yang ketiga demostrasi di Komtar oleh kumpulan NGO Melayu dan Islam yang tidak puas hati terhadap pemerintahannya dan DAP di Pulau Pinang.


Pak Zad telah perhatikan situasi ini dengan terperinci dan bagi Pak Zad ketiga-tiga perkara ini telah amat mencabar kewibawaan Guan Eng yang merupakan seorang pemimpin muda DAP yang dianggap oleh ramai pengundi-pengundi muda Cina di Pulau Pinang sebagai setaraf dengan karisma Anwar Ibrahim. Walaupun secara nyatanya Guan Eng amat berhati dalam tindakannya kerana beliau seorang graduan akauntant, tetapi bagi Pak Zad pada kali ini jelas sekali Guan Eng bergitu tertekan terutamanya isu mengenai anaknya. Malah ayahnya sendiri Kit Siang juga terpaksa masuk dan ikut serta dalam polimik untuk mempertahankan Guan Eng dan cucunya dengan mengeluarkan kenyataan yang berusur mencabar kepada musuh politiknya supaya berdepan dengan beliau dan anaknya Guan Eng dan DAP dan jangan pula bawa cucu dan anak Guan Eng ke kancah “peperangan” politik.


Malah jika di kaji daya tahan Guan Eng dan Kit Siang dalam ketiga isu ini, Pak Zad boleh agak kelemahan ketara Guan Eng dan Kit Siang ialah pada isu anaknya, walaupun ia menafikan anaknya terlibat isu moral tersebut tapi Guan Eng harus berani untuk mencabar mereka dengan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka untuk membawa isu tersebut atau meminta polis membuat siasatan tentang kes tersebut.


Pak Zad tak berminat nak menganalisa isu moral anak Guan Eng tetapi amat berminat untuk mengkaji daya tahan Guan Eng dan DAP apabila mereka di “attack” bertubi-tubi kali, pada kali ini Pak Zad lihat daya tahan Guan Eng agak kelam kabut dan pertahanan agak longgar. Pertahanan mereka longgar kerana Guan Eng dan ayahnya Kit Siang mereka masih cuba mengunakan strategi “blaming” dengan menyatakan ini adalah strategi UMNO dan BN. Mereka cuba melarikan diri dari persoalan untuk menjawab isu kenapa isu-isu itu terjadi.


Apa yang Guan Eng lakukan ialah menuduh dan menyalahkan musuh politik mereka sebagai orang yang cuba mengotorkan DAP dan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Pak Zad tak Nampak ada jawapan sejak isu-isu ini di bangkitkan. Mungkin isu saman UMNO dan BN mereka akan jawab di mahkamah tapi itu bukan persoalannya tapi yang paling penting ialah kenapa para demostratasi itu berdemostrasi di depan komtar dan di Jambatan Pulau Pinang, sudahkah Guan Eng menjawab isu-isu yang di bawa para demostratasi tersebut.


Sebalik strategi yang dibuat oleh Guan Eng ialah membuat tuduhan yang para demostrasi ini didalangi oleh UMNO dan BN, oleh itu wajarlah UMNO dan BN menyaman Guan Eng di mahkamah untuk membersihkan UMNO dari tuduhan Guan Eng tersebut.


Bergitu juga dengan isu demostrasi yang terbaru yang berlaku juga di depan komtar juga dari NGO-NGO melayu dan Islam yang masih tak puas hati dengan Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pak Zad lihat isu nya masih sama dengan apa yang berlaku dalam demostrasi yang lalu. Pada padangan Pak Zad, Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum berjaya menjawab isu-isu yang di kemukan oleh NGO-NGO tersebut kerana mereka masih membuat tuntutan. Bagi Pak Zad, Guan Eng Dan DAP mengamalkan tindakan yang double standard. Dalam sejarah strategi politik di Malaysia, Guan Eng dan pemuda DAP termasuk Kit Siang dan DAP banyak mengadakan demostrasi untuk menuntut berbagai-bagai kehendak selepas DAP tak puas hati dengan dasar-dasar kerajaan BN dan ramai masih ingat demostrasi-demostrasi DAP yang banyak berlaku di Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka dan juga di Pulau Pinang ( secara bersendirian atau bersama-sama dengan Parti-Parti lain atau dengan NGO yang mempunyai perjuangan yang sama dengan mereka), jadi Guan Eng dan DAP menuntut melalui tunjuk perasaan dan meminta kerajaan BN menjawap dan menerima tuntutan mereka,sekiranya kerajaan tidak ikut tuntutan mereka, mereka akan terus menhentam dan terus berdemostrasi.

Oleh itu pada kali ini, Guan Eng dan DAP juga dah terlupa yang apa yang berlaku dan yang di hadapi oleh mereka pada masa kini, mereka telah mengambil strategi mudah iaitu tidak menjawab dan tidak menerima tuntutan mereka tetapi sebaliknya mereka mengunakan strategi blaming dan strategi mengalih pandangan agar isu dibeban kepada musuh mereka. Jelas Guan Eng dan DAP, sudah tak serupa bikin lagi macam dulu.


Sebaik bukti kepada persoalan di atas, Pak Zad tertarik dengan rencana Joceline Tan yang bertajuk “ New look, old style “ di dalam ruangan Insight Sunday Star (30 oktober 2011) yang mengulas tentang bagaimana Guan Eng sekarang berhadapan dengan masalah imejnya yang bertentangan dengan apa yang di ucapkan dengan apa yang dilaksanakan oleh Guan Eng. Kata Joceline Tan “Lim Guan Eng is sporting a new look but he is about to face some serious challenges as group and individuals who had helped usher him to power begin to question his development policies”.


Kata penulis ini lagi, Guan Eng mempunyai sikap yang agak negative dengan NGO Melayu ini “ For instance, when informed during an interview that Malay NGOs had complained that he refused to meet them, he said he did not want to meet racists” and “when told that groups articulating Malay issues are not Malay racist just as politicians championing Chinese issues are not Chinese racists,he shot back: “ no,they are racists. If you don’t agree with me, you are also racist” Inilah yang Pak Zad sebut di awal tadi, Guan Eng sudah tunjukan perasaan “gelabahnya” dalam berhadapan dengan ‘attack” yang dibuat oleh NGO Melayu. Malah strategi yang beliau gunakan untuk tidak tunduk kepada NGO Melayu juga Joceline Tan anggapkan “ ...but Lim has been unable to portray himself as a leader of Malaysians . Lim’s ties with the Malays seem irreparable and his inability to connect with the Malay ground is a growing concern even among the non-Malays” dan ini juga pada Pak Zad membuktikan Guan Eng sudah agak rapuh benting pertahanannya.


Oleh itu dalam keadaan Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang di attack, mereka masih boleh bertahan kerana semua isu yang berlaku seperti biasa akan hanya bertahan sekejap saja, kemudiannya akan hilang perlahan-lahan dan Guan Eng dan DAP akan terus bertahan untuk menunggu apakah isu seterusnya ataupun “servis” akan bertukar tangan kepada Guan Eng dan DAP yang pula akan “attack “ UMNO dan BN dengan mereka mencipta isu-isu untuk “attack” UMNO dan BN Pulau Pinang. Jadi strategi “attack” antara Guan Eng dan DAP dengan UMNO dan BN di Pulau Pinang akan terus hangat.


Bagi Pak Zad, Guan Eng tidak lah kebal sangat dan tidak juga kuat sangat, UMNO dan BN Pulau Pinang boleh mengalahkan Guan Eng dan DAP malah PKR dan PAS juga tetapi mereka perlu mempunyai strategi yang lebih berkesan dan perlu satu trasformasi strategi baru yang tidak boleh dibaca oleh DSAI dan bekas ahli BN yang berada dalam Pakatan Rakyat. Pak Zad juga nak peringatkan kepada para strategist UMNO dan BN, supaya tidak lupa yang ada dalam Pakatan Rakyat masih ramai bekas ahli BN yang juga pernah berjuang dalam BN, jadi mereka sentiasa tahu apa yang ada dalam fikiran para strategist BN.


Sebagai renungan Pak Zad nak petik dalam rencana Joceline Tan ,katanya “ Lim is modelling Penang after Singapore and according to the DAP’s Karpal Singh, the state is “ destined to be the second Lion City under the accountant Chief Minister”. Warga Penang renung-renunglah kata-kata tersebut.

Ini masalahnya bila Ketua Wanita PKR nak serang tak tengok kiri kanan


Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat.

Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen.

Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono.

Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja.

Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat.

Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.

Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan.

Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya.

"Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.

Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri.

Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS.

Jawatan Exco Agama disandang oleh Datuk Dr Hasan Ali sebelum beliau dilucutkan dari jawatan itu kerana krisis dengan PAS.

Dr Ahmad Yunus Hairi dari Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Sijangkang dilantik ke jawatan Exco ganti Dr Hassan.Namun beliau pegang portfolio Belia.

Portfolio Agama kini dipegang oleh Khalid.

Khalid 'buat tak faham saja' sekalipun ada pihak termasuk ahli PAS yang mempersoalkan perkara berkenaan.

Kalau Zuraida ada rasa malu mengenang hal itu mungkin beliau tidak akan bertanya kepada Perdana Menteri soal beliau pegang sementara jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini kerana isu Khalid dengan PAS di Selangor terbentang di depan biji matanya.

Tak cukup setakat itu,apa kata Ketua Wanita PKR itu melangkah pula ke Pulau Pinang dan mempersoalkan kuasa Lim Guan Eng kenapa tidak melantik Datuk Salleh Man ,satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri PAS sebagai Exco.

Malah jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dibagi kepada orang PKR, Abdul Malek Kasim yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Hakikatnya siapa yang lebih arif tentang bab agama antara orang PAS dengan PKR.

Setelah heboh isu itu barulah jawatan itu hendak dibagi kepada Salleh.

Namun Salleh tetap tidak merasa jawatan Exco.

Orang-orang PAS dikatakan cukup bengang hal ini tetapi biasalah mereka hanya berani merungut 'dalam kelambu' mengenangkan nasib Persurhjaya PAS Negeri mereka itu yang dipinggir oleh kerajaan Guan Eng.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal Zuraida di Dewan Rakyat ,Perdana Menteri mengumumkan bahawa bulan November diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bermula tahun ini sebagai langkah mengukuhkan institusi keluarga.

Katanya syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja-pekerja mereka, rebat atau potongan 100 peratus akan diberikan untuk semua perbelanjaan keraian.

Beliau berkata langkah itu dibuat untuk memberi keutamaan kepada perspektif keluarga dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilancarkan pada 17 Jun lepas menerusi pelaksanaan Dasar Keluarga Negara.

"Kementerian amat menitikberatkan pengukuhan isntitusi keluarga kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara" katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan sedang memastikan kumpulan wanita yang kompeten untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat Awam Tersenarai (PLC) selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Dasar Sekurang-Kurangnya 30 Peratus Wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Katanya bagi ke arah itu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan inisiatif Program Pengarah Wanita bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal golongan tersebut dalam melaksanakan peranan sebagai Ahli Lembaga Pengarah menerusi kaedah latihan yang berstruktur dengan mengambil kira kemahiran teknikal serta sifat terpuji.

Beliau berkata disasarkan seramai 200 orang pengarah wanita akan dilatih menjelang bulan Disember ini.

"Setakat ini, seramai 20 orang pengarah wanita yang berkaliber telah dilatih pada Februari lepas dan siri selanjutnya akan diadakan pada bulan depan," katanya.

Najib berkata selain itu satu daftar Ahli Lembaga Pengarah Wanita juga telah beroperasi pada April lalu sebagai sumber calon wanita korporat yang kompeten dan sesuai untuk dilantik di dalam PLC.

Di samping itu beliau berkata KPWKM dan TalentCorp sedang mengadakan program untuk mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai kepada wanita profesional termasuk membangunkan micro-site, satu pangkalan data khusus bagi wanita profesional yang ingin kembali bekerja.

Beliau berkata micro-site yang bakal dilancarkan pada bulan depan itu akan berperanan untuk memadankan golongan berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai insentif dan kemudahan sokongan.

Katanya bagi syarikat-syarikat terbabit, kerajaan akan memberikan insentif potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan latihan mulai tahun taksiran 2013.

Dalam perkembangan lain Najib berkata seramai 80,597 orang telah menyertai Program 1Azam bagi tempoh Januari 2011 hingga 30 April lalu dan jumlah itu di jangka mencapai 100,000 orang menjelang akhir tahun ini.

"Program ini telah menampakkan keberkesanannya berdasarkan kepada jumlah penyertaaan khususnya daripada senarai e-Kasih dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi kawasan bandar dan luar bandar," katanya.- AD

Ahli Umno dan Penyokong BN Perlu Berdoa Agar Faekah Tidak Dipecat Atau Letak Jawatan



Jika melibatkan individu lain Khalid Ibrahim akan bertindak tegas dengan menggantung atau memecat orang yang melakukan kesalahan tersebut. Tetapi apabila melibatkan Faekah , tiba-tiba Khalid Ibrahim tutup sebelah mata. Dimanakah ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini ?

Selepas 3 bulan PKR memerintah Selangor, seorang pegawai khas MB digantung tugas dan akhirnya beliau meletak jawatan kerana kesalahan yang sama sepertimana yang dilakukan Faekah. Iaitu menyalahguna kepala surat Pejabat MB untuk mengutip derma dan juga sebagai surat sokongan untuk kontrak pembersihan di Petaling Jaya.

Julai 2010 pula Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan supaya anggota pentadbirannya mengelak daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan yang berunsurkan perniagaan.

Ogos 2010, Khalid Ibrahim mengarahkan supaya Ahli Majlis Perbandaran Klang dari parti DAP, Tee Boon Hock, bercuti sementara siasatan dijalankan kerana menyalahguna cop dan kepala surat Ronnie Liu untuk dijadikan surat sokongan. Tee didapati menggunakan surat sokongan tersebut untuk syarikat milik keluarganya dan 20 syarikat lain. Ahkirnya Tee dipecat oleh DAP. Lihat di sini....

November 2010, Ketua Wanita PKR Kapar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang, Hamidah Mat Som, dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik suaminya bagi mendapatkan kontrak dari Majlis Perbandaran Klang. Lihat disini....

Jun 2012 Khalid Ibrahim berkata tidak salah bagi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin menggunakan kepala surat (surat sokongan) Pejabat Menteri Besar untuk  membolehkan sebuah firma guaman anak saudaranya memperolehi kontrak daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Lagi nak bercakap pasal ketelusan, penyelewengan dan rasuah ? 

Apabila kena atas orang yang dia sayang, dia kata tidak salah. Kena atas orang lain yang dia tidak sayang atau tidak rapat dia gantung dan pecat.

Dalam kes Faekah ini terang-terang nampak berlaku kesalahan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan ahli keluarga.

Seorang anak saudara hantar surat kepada makciknya dan makciknya mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anak saudaranya.

Saya yakin Faekah yang minta anak saudaranya buat surat itu dan dituju kepadanya. Kalau mereka tiada niat untuk menyalahguna kuasa surat tersebut tidak akan dilamatkan kepada Faekah. Ianya akan dilamatkan terus kepada MB atau GLC yang berkaitan.

Lainlah sekiranya surat itu dilamatkan kepada Faekah dan kemudian Faekah panjangkan kepada MB dan seterusnya MB yang panjangkan kepada GLC berkenaan. Ini tidak, surat daripada anak saudara terus kepada makcik dan makcik pula terus panjangkan kepada GLC berkaitan dengan meminta peluang diberikan kepada syarikat anak saudaranya. 

Dari satu sudut kita rasakan Faekah patut dipecat, namun jika atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno saya rasakan adalah lebih baik dan lebih bermanfaat kepada BN jika Faekah terus kekal disana. Ini kerana menurut laman web yang mendedahkan salah guna kuasa Faekah, banyak lagi pendedahan yang bakal menyusul berhubung salah guna kuasa serta rasuah yang membabitkan Faekah. Lihat di sini...

Selagi kekalnya Faekah disana selagi itulah rasa tidak puas hati ahli-ahli PKR akan meluap-luap kepada Khalid Ibrahim dan tidak mustahil satu hari nanti mereka sendiri yang akan mengamuk atau mensabotaj Khalid. Bukankah itu menyenangkan tugas BN untuk merampas Selangor ? 

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berdoa agar Faekah terus kekal kerana kita nak tahu banyak lagi cerita yang bakal didedahkan oleh laman sel13.com.

Lima aktivis Royalti cedera Dua NGO Bergaduh (SEDAR vs. ROYALTI)


Seorang peserta perhimpunan, dari Kumpulan NGO Royalti tercedera ketika kekecohan di hadapan Kompleks Darul Naim, Kota Bharu semalam. KLIK

KOTA BHARU - Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.

“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.



Himpunan SEDAR dikatakan dirancang lebih awal dari kumpulan yang menuntut royalti minyak. Perhimpunan SEDAR merupakan Himpunan rakyat bertema 'Demi Tanah Air Kelantan' bertujuan membawa manifestasi terhadap kegagalan kerajaan negeri dirancang sejak 22 Jun 2012 yang lalu.

Malah mereka turut mengadakan sidang media bagi menghebahkan tentang perhimpunan ini.

Kehadiran penyokong Royalti dalam angka yang lebih besar telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peserta Himpunan SEDAR sehingga berlaku provokasi satu sama lain.

Mereka mempersoalkan kenapa kumpulan penyokong kerajaan PAS Kelantan turut mengadakan perhimpunan hari ini kononnya ianya merupakan 'Pra Perhimpunan Royalti'?

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan berlaku insiden tumbuk-menumbuk dalam kejadian di hadapan Kota Darul Naim itu tetapi tidak dapat memastikan pihak mana yang melakukannya dahulu.

GEMPAR ! Kerana Politik Isteri Di Bunuh !!


Gambar Hiasan

Hanya kerana enggan mengundi calon presiden dari Ikhawanul Muslimin, seorang wanita maut selepas dipukul oleh suaminya yang juga seorang tukang paip.

Wanita itu mati dipukul selepas suaminya mendapat tahu dia tidak mengundi Mohammed Mursi, lapor akhbar tempatan, Al-Wafd.

Menurut polis, pertengkaran antara pasangan itu kemudiannya bertukar menjadi tragedi dan wanita itu tetap dipukul biarpun dia merayu suaminya supaya tidak berbuat demikian.

Dia meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.

Betapa kejamnya manusia kerana politik sanggup membunuh.

Banyak pengajaran daripada peristiwa yang berlaku ini dapat dijadikan sebagai pedoman kita semua pada masa mendatang.

Pertama lihat bagaimana kuasa politik menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.

Kedua lihat bagaimana sikap terlalu taksub kepada perjuangan politik mengheret kepada kejadian pukul memukul malah dalam bab ini sampai hilang nyawa.

Ketiga betapa mereka di Mesir begitu terdesak dan obses untuk menyelamatkan negara daripada kancah kekacauan yang sebenarnya diciptakan oleh mereka sendiri.

Jika di rangkumkan kesemua di atas jelas ianya sebenarnya sudah mula menular di Malaysia cumanya pendekatannya sahaja agak berbeza sedikit.

Bujang Senang ada buktinya.

Bayangkan kini sudah terdapat parti politik yang menjanjikan syurga kepada mereka yang menyokong perjuangan mereka.

Sikap terlalu taksub kepada pemimpin bukan perjuangan.

Penyokong bertindak ganas mencetuskan huru hara dan sudah sampai ke tahap mendatangkan kecederaan sesama bangsa dan seagama.

Bukankah ketiga-tiga perkara diatas merupakan satu contoh paling ketara yang boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Mesir ?

Jadi beringatlah puak-puak songsang ini berada disekeliling kita.

Bujang Senang yakin jika dibiarkan merekalah yang bakal menjadi sekumpulan manusia yang mencetuskan huru hara paling dasyat dalam negara dan merekalah juga yang pasti terkial-kial mahu menyelamatkan negara daripada apa yang dicetuskan oleh mereka sendiri.

Pilihan raya presiden Mesir itu menyaksikan kemenangan Mohammed selepas beliau berjaya menewaskan seorang lagi calon yang merupakan Perdana Menteri terakhir era Hosni Mubarak iaitu Ahmed Shafiq. Klik Sini

Jun 26, 2012

VIDEO: Demonstrasi ganas di Kelantan


Berikut adalah himpunan SEDAR yang berlangsung di hadapan pejabat SUK Kelantan petang tadi, difahamkan suasana bertukar ganas apabila para demonstran SEDAR bertembung dengan kumpulan demonstran "Pro Royalti".

Ekoran keganasan yang terjadi, dilaporkan sekurang-kurangnya 5 orang cedera.

Kononnya inilah budaya politik matang yang dijaja Pakatan Rakyat yang kemaruk ingin memerintah negara.

HOT NEWS !!! RAFIZI LEMBU BAKAL JERUT LEHER BERKENAAN FITNAH DAN AIBKAN @ NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!


Rafizi Ramli masih belum belajar dari kesilapan membuat tuduhan dan fitnah yang berterusan terhadap DS Najib.Masih belum serik lagi Lembu PKR ini yang telah memfitnah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767,kononnya dibiayai dengan dana rakyat.Satu lagi fitnah terdesak mula dibangkitkan Rafizi Ramli kononnya DS Najib campurtangan dalam urusan penganugerahan tender mengenai Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Melalui laman blognya,Rafizi a.k.a. Lembu PKR menuduh dan memfitnah DS Najib sendiri campur tangan dalam memastikan memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH (GEORGE KENT).Business Times turut memaparkan artikel penganugerahan projek tersebut kepada GEORGE KENT.

Lembu PKR ini turut mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek ini berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

(Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang benar,jika diikutkan kepada surat tersebut, sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek tersebut dengan nilai tender sebanyak RM 1,119,970,599 (Ringgit Malaysia Satu Bilion .... )Namun dimanakah dakwaan Rafizi Ramli bahawa DS Najib terlibat dan campurtangan menganugerahkan projek ini kepada syarikat lain, GEORGE KENT?

Surat di atas hanyalah cadangan dan kelulusan Lembaga Pengarah menganugerahkan projek tersebut kepada Konsortium PDA ... belum dimuktamadkan lagi Konsortium PDA sebagai kontraktor bagi kerja Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Mana surat perlantikan yang disahkan? Jangan jadi bodoh Rafizi Ramli.

MENGAPA GEORGE KENT TERPILIH?

Permainan persepsi politik (political perception) cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli dalam isu penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Rasanya Lembu PKR ini bukannya bodoh melulu,beliau tahu Prasarana berhak melantik mana-mana syarikat yang dirasakan berhak.

Lembu PKR ini sekali lagi menuduh DS Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Dalam artikel dari I Property ini (di atas), nyata lapan (8) konsortium dijemput untuk membida Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton

Sekali lagi GWM ulang, surat perlantikan disahkan kontraktor masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.

FAKTA-FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN RAFIZI RAMLI

Jika mengikut artikel ini,GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line : Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."

Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun mempunyai kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?

Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas ... yang nyata lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?

Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.

KEBODOHAN DAN KEBOBROKAN LEMBU PKR,RAFIZI RAMLI

GWM melihat kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dengan menganugerahkan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek.

Apa yang Rafizi Ramli merepek dengan menggambarkan campurtangan DS Najib dalam penganugerahan projek dari Prasarana?

Mana bukti campurtangan DS Najib dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Atau sebenarnya ... pihak Konsortium PDA sendiri telah 'kaotim' dengan Lembu PKR bernama Rafizi Ramli.Seperti yang telah GWM perkatakan ... Rafizi Ramli hanya menjerut lehernya sendiri.Lu paham ke maksud telus ni Rafizi Ramli. - Gelombang Wangsa Maju @ GWM