Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Oct 31, 2012

AZMIN KATA BN KETINGGALAN, DAP DAN PAS TIDAK SETUJU UMUM CALON AWAL




Isu pengumuman calon awal seperti yang dikemukakan BN menerusi Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mendapat pelbagai reaksi daripada Pakatan Pembangkang mahupun BN sendiri. Bagi pemimpin BN, mereka bersetuju manakala di pihak pembangkang mereka berdolak-dalih hingga wujud ketidaksepakatan dalam Pakatan.

Biarpun pengumuman calon lebih awal itu datangnya daripada BN untuk pemimpin dan ahli BN, tetapi Pakatan Pembangkang sibu dan menyibukkan diri berhubung cadangan BN. Terpulanglah kepada BN untuk umumkan calon kerana ia melibatkan dalaman BN sahaja.

Lebih mengujakan Pakatan Pembangkang dalam hal ini ialah cadangan BN itu dikatakan meniru PKR dan ketinggalan zaman. PKR sebelum ini telahpun mengumumkan calon mereka lebih awal sejak beberapa bulan lalu dan terbaru pengumuman Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang akan bertanding dan mempertahankan Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU-13 akan datang. Persoalan di sini, apakah penduduk dan pengundi Parlimen Bandar Tun Razak akan mempertahankan atau mengundi Khalid Ibrahim dengan melihat apa yang telah dilakukannya ke atas rakyat Selangor.  

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Naib Presiden, PKR N. Surendra, akan bertanding di Parlimen Padang Serai manakala Pengarah Strategi, PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di Parlimen Pandan.


Menurut Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah pendekatan mengetengahkan calon lebih awal seperti yang dicadangkan BN dan dibuat PKR mempunyai kesan buruk kepada parti. Selain mudah diserang, pengumuman calon lebih awal juga boleh mengakibatkan mereka yang tidak terpilih akan sabotaj parti.

Jika Azmin mengatakan BN ketinggalan zaman dalam mengumumkan nama calon lebih awal, bagaimana pula dengan DAP dan PAS yang tegas mengatakan mereka tidak akan mengikut jejak langkah BN itu. Sedangkan, PKR sendiri telah mengumumkan calon mereka lebih awal.

Abby Abadi Hentam Bakal Isteri Hairie Othman?



 Ini petikan twitter Abby Abadi. Jelas sekali bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh seorang lagi ulama muda dalam PAS di bawah ini. Menurut Beutiful Nara, gambar di bawah ini adalah foto Hairie Othman dengan bakal isterinya. Apa komen Abby Abadi terhadap foto di bawah ini?



NAJIB & ANWAR - the real WHO? (in Malay)


 klik

Anwar Dengan Najib
Antara Karektor Dengan Reputasi?

Seronok tengok telatah dua orang pemimpin ini. Sorang Perdana Menteri dan sorang lagi Ketua Pembangkang. Pertembungan yang menarik antara dua personaliti. Sorang ada karektor dan sorang lagi ada reputasi. 

Anwar Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia.
  

Anwar ni… Kalau nak cerita pasal reputasi… Reputasi apa yang dia ada.  Berbelas tahun media arus perdana hentam dia. Main bontotlah, main bini oranglah, main pelacurlah, agenYahudilah dan bermacam-macam lagi tuduhan yang di buat keatas beliau. Hampir setiap hari. Untuk membina persepsi yang beliau ini sangat tidak bermoral. Macamlah yang lain-lain tu bermoral sangat.

Lagi pun, dalam persekitaran sekular, yakni sebuah gagasan kehidupan yang meminggirkan agama dari sistem kehidupan, moral apalagi yang kita nak cerita ni!
Menganut fahaman sekular dan menyerah kepada sistem sekular tanpa sebarang penentangan ni bukan sahaja tidak ada moral bahkan tidak ada Aqidah dah. 

Hancur lebur aqidah. Yang tinggal cuma rasa perasan dan syok sendiri aje yang kita ni ada moral dan ada aqidah. 
Balik pada bab Anwar tadi, yang pelik nya si Anwar ni, makin hari makin ramai  orang yang sokong dia. Semakin hari semakin ramai pulak yang percaya yang hanya Anwar sahaja yang mampu membuat perubahan di Negara ini. 

Sampai naik mengelabah kerajaan BN di buatnya.Macam mana boleh jadi sampai macamtu? Ini yang menarik untuk di analisa!
Bagi teman le… Anwar ni adalah seorang tokoh yang mempunyai karektor yang kuat. Karektor sebagai seorang street fighter dalam politik. Karektor yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO.

Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan.
Kemudian di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO. Di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat. Keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga di lantik menjadi ketua pembangkang. Berjaya menyatukan PAS dan DAP yang selama ini tidak boleh duduk semeja. 

Satu pencapaian luar biasa yang cukup mengkagumkan sebagai seorang tokoh politik.
Walau apa pun kesudahan Anwar nanti dalam gelanggang politik Malaysia, bagi teman, dia wajar di kenang sebagai seorang tokoh politik yang hebat dan luar biasa. 

Dengan cabaran yang begitu hebat yang di laluinya, dia masih mampu mendapat sokongan yang padu dari keluarganya dan masih mampu meyakinkan masyarakat mengenai kemampuannya untuk memimpin Negara ini. Satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang tokoh politik.

Sementara Najib pula di satu sisi yang lain, adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia.

Dia menjadi ahli Parlimen sewaktu baru berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, PerdanaMenteri Malaysia yang kedua.Selepas dari itu, beliau terus melangkah dalam hiraki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Dari menjadi Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Namun demikian ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik belumlah benar-benar teruji lagi. Perjalanan politiknya selama ini agak lancar dan cukup sempurna.Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah di uji. 

Mewarisi sebuah kerajaan yang di anggap lemah merupakan ujiannya yang pertama dalam perjalanannya untuk di tabalkan sebagai seorang tokoh politik yang terbilang. Ini untuk membolehkan beliau duduk sebaris bersama tokoh-tokoh besar politik tanah air yang lain.
  
PRU ke 13 adalah merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh ini. Pertembungan antara tokoh yang mempunyai karektor dan tokoh yang mempunyai reputasi. Mana satu yang akan menjadi pilihan rakyat. 

Karektor atau reputasi ?
Bagi teman, karektor adalah merupakan diri sebenar seseorang. Yang terbina melalui pengamatan, pengalaman dan pendedahan yang di timba di sepanjang perjalanan hidupnya.

Sementara reputasi pulak adalah merupakan satu persepsi sahaja.Tidak  mencerminkan diri sebenar seeorang itu. Ianya terbina hasil dari pandangan umum masyarakat terhadap dirinya. Hanya sekadar satu ilusi sahaja bukan realiti.
Dalam kehidupan, untuk mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan kita perlukan karektor yang kuat bukan reputasi yang kuat. Hanya yang menjadi persoalannya hanyalah, sama ada karektor yang kuat ini mampu menjadi rahmat atau ancaman kepada umat sangatlah bergantung kepada niat dan matlamat yang ingin di capai. 

Kalau baik niat dan matlamatnya maka baiklah jadinya umat tapi kalau jahat niat dan matlamatnya maka hancur binasalah umat.

Teman pilih sistem bukan pemimpin….

Bagaimana Nak Jawab Video ‘Anwar Berzina Dengan Shamsidar’?


INI berita yang penulis terima lewat malam tadi.  Khabarnya tidak berapa lama lagi, video yang di dakwa mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri YB Azmin Ali, Shamsidar Taharin AKAN TERSEBAR (ada yang kata sudah pun disebarkan tapi carian penulis di laman Youtube tidak jumpa).
Penulis difahamkan, ada besar kemungkinan video ini adalah antara beberapa video yang disimpan oleh bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakarupan yang beberapa bulan lepas menyerahkan satu daripada video tersebut untuk digunakan dalam prosiding saman fitnah yang dikemukakan Anwar ke atasnya.
Tapi itu hanya kemungkinan, sumber yang memberikan maklumat ini kepada penulis, tidak pula menyatakan dengan pasti sama ada video tersebut memang dari Nalla atau tidak.
Bagaimana pun, soal dari mana video itu datang, bukan masalah sangat, kebimbangan terbesar penulis sekarang ialah, bagaimana Pakatan Rakyat harus menyediakan diri untuk berhadapan dengan serangan berbentuk peribadi ke atas Anwar kali ini?
Laman ini bimbang, Pakatan Rakyat akan sekali lagi terperangkap dengan permainan politik jahat UMNO seperti mana dalam soal penyebaran video lucah pertama yang mengaitkan Anwar dengan seorang pelacur dari China, jika mengambil mudah maklumat ini serta tidak bersedia dari sekarang.
Dalam kes tersebut, bukan isu video lucah itu sahaja yang menyusahkan Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri, tapi kegagalan menunjukkan jam Omega yang didakwa keluarga Anwar tidak hilang sepertimana dakwaan asal oleh perakam video, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, turut menjadi isu politik yang tidak kurang hebat juga.
Sehingga sekarang pun, gambar-gambar yang diekstrak dari video tersebut masih dimainkan oleh para blogger UMNO secara aktif, terutama bila menyentuh tentang moral Anwar.
Kita tahulah semua itu fitnah tapi seperti mana pembohongan UMNO yang lain, masih ramai yang percaya individu dalam video tersebut adalah Anwar.
Apatah lagi bila ada kenyataan dari Anwar sendiri yang mengakui individu dalam video tersebut memang menyerupai dirinya (looks like me but not me) dan kegagalan mengambil tindakan undang-undang ke atas Eskay dan rakan-rakannya, membuatkan kelompok bodoh yang percaya dengan video tersebut, bertambah menggila.
Semua inilah yang perlu diberi perhatian dari sekarang oleh para strategis Pakatan Rakyat.  Apatah lagi penulis difahamkan, video kali ini khabarnya lebih jelas dari video fitnah yang pertama kerana ia dirakamkan dalam bentuk warna, bahkan ada audio juga!!
Kalau tanya penulis sendiri, tidak pastilah sama ada pada waktu adegan tersebut dirakamkan (khabarnya pada pertengahan 90-an), sudah wujud teknologi video yang sedemikian, kalau ada pun sudah pasti saiznya besar macam burung kakaktua, tak macam teknologi sedia ada hari ini.
Tapi itu hanya pendapat penulis, apa pandangan anda yang lain?
Penulis sangat menghargai pandangan-pandangan dari anda semua dan akan menyiarkannya di ruang komen dibawah tanpa tapisan.  Tapi penulis harap bahasa yang digunakan itu mestilah baik dan positif.

Akaun twitter @AnwarIbrahim kena hack? @MadSabu pula nak jadi hero...


Apa hendak jadilah dengan 2 pemimpin ni..sorang syiah sorang pula tak mengaku kaki liwat.. 

Malam raya kelmarin akaun twitter @MadSabu telah RT akaun twitter Anwar ibrahim yang mengeluarkan status "Saya Gay".. 

Kandungan tweet tersebut adalah seperti berikut : 

@MadSabu: Astargfirullah, bawak mengucap brader malam2 raya ni... #PRhipokrit ke? RT @anwaribrahim: saya gay! 

Melihat akan kandungan tersebut membuktikan bahawa Anwar telah menulis 'saya gay!'..tapi bila aku mencari kandungan tersebut di tweet @anwaribrahim ternyata kandungan tersebut telah hilang.. 

Di sini mungkin Anwar telah tersalah tulis dan kebetulan @MadSabu RT..kemudian Anwar telah padam... 

Mungkin juga akaun twitter Anwar telah di hack ketika ini..setelah dia perasan maka Anwar pn padam..jangan kita lupa bahawa blog pribadi Anwar pernah mendakwa bahawa akaun blog tersebut telah di hack pada Raya Aidilfitri yang lepas..mungkin juga kali ini Raya Aidiladha giliran akaun twitter dia.. 

HE : "itu macam saya tulis tapi bukan saya!!!" kehkehkeh!!! 

Oct 30, 2012

TEMPAT LAIN BILA LAGI?!!

Syabas MPS. ...tempat lain bila lagi?!!

Astagfirullahaladzim.... Nabila oh Nabila

sumber mynewshub

sekarang ni dah tak ada 'gam' lagi ke.... kalau dulu artis yang tak bermoral memang kena gam, sekarang tak lagi ehhh? sebab apa sekarang ni disaat aku taip n3 ni muka artis ni masih lagi terpampang kat tv3 citer JULIA.
Rosak2.... baruuuu je isu panas pasal baju seksi tu keluar tv... dan baru aje mintak maaf pastu dah buat perangai yang menyakitkan mata.... pastu nnt minta maaf lagi.... kannnn. kesian!
kesian kat ayah dia jugak.... 
kesian jugak dekat johan yg jadi teman lelaki dia.... 
Ya allah, semoga dia ni diberi taufik dan hidayah.




hukum sambut holloween  <----- baca="baca" i="i" sini="sini" ye="ye">

update: pas ni kat blog aku terpampang gambar exschoolmate aku yang sakan jugak berholloween dengan rakan2 dia yang aku kira semuanya melayu.... bila melayu tentulah agama dorang Islam jugak.... dia ni pun budget artis la jugak.... tapi tak popular (aku takla kenal sgt....cuma tau dia satu sekolah). Sedih hokeyyy..... sambut dekat bar & restaurant... yang cina pakai biasa je.... yg dorang melayu pulak lebih2 sakan.... dengan tanduk syaitan segala.... nak sgt berkawan dengan syaitan ke apa dorang nih..... iskkk kenapa la mereka ni tak tau nak hormat agama sendiri.... kalau tak malu dengan tuhan malu la kat manusia yang berlainan agama tu... nape ehhh mereka jadi macam tu...iskkk nauzubillah.... ya allah jauhkan aku dr kesesatan...janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami.... ampunilah kami ya allah

Rizab Minyak Bertam Ditemui Berhampiran Pahang


alt
PUTRAJAYA, 30 Oktober - PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Medan minyak berkenaan terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung bertentangan dengan negeri Pahang pada kedalaman air 76 meter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberitahu oleh Petronas bahawa usahasama antara Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui penambahan rizab minyak di medan minyak Bertam tersebut.

Najib yang ditemui media berkata "Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar."

Beliau berkata, dengan penambahan rizab itu, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan sebanyak 64 juta tong dengan pengeluaran minyak dijangka dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 hingga 20,000 tong sehari.

Penemuan itu katanya, telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin. Medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam kuasa Kerajaan Persekutuan.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," katanya.

“Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

“Oleh itu, medan minyak itu adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

“Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

Oct 29, 2012

Takut buat laporan polis, DAP Sarawak bayar Jacklyn Victor nyanyi?



Ketika Nasharuddin menimbulkan isu negara Kristian pada awal bulan Oktober, pemimpin DAP Sarawak menafikan dan membuat ugutan akan buat laporan polis. Baca Malaysia Chronicle sini.

Mereka menuduh ada niat jahat. Baca Malaysia Digest sini.

Hairannya mereka tidak nafikan ianya berlaku. Baca Antara Pos di sini

Nampaknya hingga akhir bula, DAP Sarawak bertindak sama sepert DAP Penang. Mereka teragak-agak nak buat laporan polis. Sampai sekarang masih tiada laporan polis lagi.

Adakah mereka akan akhirnya lakukan macam wayang DAP Penang di mana Jeff Ooi buat laporan polis tetapi bukan berkenaan ikrar negara Keristian.

Nampaknya apa yang berlaku adalah Jackyn Victor pula menyanyikan lagu mengajak mengkristiankan Malaysia dan jadikan ianya negara Kristian. Dengar lagunya di AIDC sini

Dari lirik lagu Harapan Baru oleh Jacklyn Victor, nampaknya maksudnya. Tapi dia memberi alasan ianya untuk penganut Kristian rakyat Sabah dan Sarawak. Baca mStar sini.  

Yang membayarnya untuk nyanyi pula, adakah DAP Sarawak?

Oct 24, 2012

~Wow.. Pantai DiKorea,Sebijik Macam Ikan Sardin~

Kadang-kadang kita telah "dihadiahkan" dengan kesesakan di jalan-jalan ... berlepas diri kerana ia tiba lewat untuk bekerja. Tetapi ia apa-apa jika dibandingkan dengan pantai di Korea.

Mereka mengatakan bahawa semasa musim panas, terutama pada hujung minggu, kawasan itu menjadi sesak lebih daripada 100,000 orang di tempat yang sama ... juga pada masa yang sama.!!











Tak tahulah kalau dah ramai2 macam ni....best ker?

Filem PE3 Arahan Farid Kamil Cetus Kontroversi Dengan Pekida


Masihkah anda ingat kontroversi yang timbul antara Pekida dan Syamsul Yusof mengenai filem KL Gangster? Abang Nara ingatkan kontroversi sebegitu tidak akan muncul lagi, namun filem PE3 arahan Farid Kamil dikatakan mempersenda Pekida kerana menggunakan logo angka 3 warna dan slogan yang hampir sama.
filem pe3 farid kamilDatuk Roslan Dahaman yang merupakan Pengerusi Pekida telah berkata kepada Harian Metro hari ini:-
Banyak lagi nombor yang boleh digunakan, mengapa guna logo angka tiga… Tidak perlu guna angka yang boleh mengundang keraguan orang ramai. Apapun alasan mereka, warna utama yang digunakan sebagai logo filem itu mempunyai 100% persamaan dengan Pekida. Mengapa perlu guna warna pertubuhan ini atau warna yang boleh menjadi kontroversi. Banyak lagi warna yang ada… Tak perlu guna elemen yang membawa kepada pelbagai polemik. Sudahlah guna warna seakan pertubuhan ini.. slogan filem “Bapak segala gangster” juga mengundang pelbagai keraguan. Adakah mereka ingin memberi gambaran buruk kepada pertubuhan Pekida?
filem pe3 farid kamilAbang Nara menyokong Farid Kamil yang berkata soal warna pada logo filem itu sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah warna sekunder yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Susahlah kalau warna merah pun tak boleh digunakan. Tak ke gitu? Apa kata anda?

Isteri Artis Kemaruk Judi ? (gambar)



 Semua maklum yang isteri Lan A to Z iaitu Marcella Cassisi Shariff telah meninggalkan Lan dan menetap di England. Marcella Cassisi Shariff telah membawa bersama 3 orang anak-anak mereka berdua iaitu Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

Untuk rekod, Marcella Cassisi Shariff berdarah kacukan dan bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Tapi kami disini bukan mahu bercerita tentang masalah rumahtangga mereka. Kami cuma mahu memaparkan gambar bekas isteri Lan A to Z iaitu Marcella Cassisi Shariff sedang bermain poker di Betfred Poker Western Club. Walaubagaimanapun gambar tersebut dirakam pada tahun 2007. Adakah Marcella Cassisi Shariff masih bermain poker hingga sekarang tidaklah kami ketahui.






Gambar Pelajar Rasuah Seks Kepada Pensyarah Tersebar

Seorang yang 'bermotivasi tinggi' dan 'gemar bersaing' adalah dua sifat yang digambarkan oleh bekas teman sekuliah Darinne Ko Wen Hui, pelajar yang terlibat dengan rasuah seks bersama prfessornya di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Semalam (27/7), Tey Tsun Hang, 41, didakwa dengan dua tuduhan mendapatkan kepuasan seks daripada bekas pelajar tahun empat, Darinne Ko Wen Hui, selain memperoleh pen Mont Blanc bernilai Sg$740 (RM1,872), dua kemeja bernilai Sg$236.20 (RM597.40), iPod dan bayaran bil bernilai Sg$1,278.60 (RM3,234). 

Straits Times melaporkan seperti mana dipetik daripada dokumen mahkamah, barangan itu dikatakan sebagai insentif bagi menunjukkan kecenderungan penilaiannya terhadap prestasi Darinne. 

Tey ditahan April lalu oleh pegawai Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) selepas mendapat maklumat. Darinne yang dipercayai menjalani latihan amali di sebuah firma guaman di luar negara telah disoal siasat pegawai CPIB, tetapi tidak ditahan. 





Dia dikatakan menemui Tey untuk memperoleh gred yang baik bagi kursus elektif diajar Tey sebelum ditawarkan dengan persetujuan untuk melakukan hubungan seks bersamanya.

Menurut laporang Straits Time lagi, Ko dikenali sebagai pelajar yang aktif di dalam perbincangan dalam kuliah dan sering bertemu dengan pensyarah setiap kali tamat kelas.

Ko juga telah tamat pengajiannya dalam jurusan undang-undang dengan mendapat keputusan kelas dua tinggi dengan kepujian.


MB Kelantan Nak Letak Jawatan???



PADA suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.  

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.  

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka.

Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga. Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan. Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyinya..!!! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat". Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".

Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda.

Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini. Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan.

Semua pemimpin Pas sokong. Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak..?? Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu.??

Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok.?? Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin.

Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka. Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula. Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah.

Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya.

Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran.??

Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain. Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan.

Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan..!!! [SUMBER]