Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Nov 27, 2012

Wanita Sweeden Di Tahan Berasmara Dengan Tengkorak!

Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks – dengan rangka manusia!

Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.

Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya.

Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.

Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.

Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;

”Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”

Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi.

Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.

”Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.

“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.

”Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”

Bertudung, Namum..............................................










Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.


Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

Pakaian Kristen Stewart Yang Seksi Semasa Menghadiri Tayangan Perdana The Twilight Saga Breaking Dawn

Kristen Stewart adalah seorang pelakon yang terkenal dengan peranan beliau dalam filem "Twilight", kita telah jarang dilihat dalam cara yang seksi, tetapi masa ini telah ditangkap dalam gambar-gambar yang menggunakan pakaian hitam yang menandakan angka beliau agak baik, jadiorang-orang yang berfikir ia tidak di semua menarik maka boleh menukar cara anda berfikir tentang gadis ini









Biodata Nur Leuniey Natasha Bakal Isteri Apek(Khairul Fahmi)




Nama :Nur Leuniey Natasha
Umur:21 tahun
Asal:Kota Bharu Kelantan
Kerjaya : Pemilik Butik Perkahwinan
Bakal isteri kepada penjaga gol Malaysia dan kelantan Apek Khairul Fahmi Che Mat
Akan berkahwin pada 28 Disember 2012

leuniey isteri apek

Jangan Mudah Tergoda Dengan Pandangan Pertama


Jangan mudah tertipu dengan pandangan pertama...

Melihat gambar nie pasti sesiapa pun akan tergoda...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 Tapi bila di jengah...

Hampeh....

HOT LGBT Anak Siapa Ni ???



LGBT satu gejala yang semakin membimbangkan kini sedang pesat berkembang di negara kita.Dalam usaha berterusan bagi membasmi dan mengawal perlakuan songsang ini kita di kejutkan pula dengan sokongan tak berbelah bahagi daripada juak-juak Pakatan Haprak yang menyaksikan barisan PENCACAI PAS hanya mampu bersorak dalam kelambu sahaja.

Jika mengikut PAS pula barangkali mereka sedang mencongak kedudukan kerusi dan jawatan terlebih dahulu untuk diagih-agihkan tatkala kaki-kaki kotor mereka melangkah masuk ke Putrajaya namun persoalannya bila ? Apakah PAS akan masuk ke Putrajaya selepas PRU13 nanti ?

MMI penuh yakin PAS pasti kecundang di pintu rumah sebelum sempat menyarung selipar sendiri.Maka kerana itu bilakah agaknya PAS bersama Pakatan Haprak yang turut dianggotai oleh PKR dan DAPigs mampu sama-sama bertindak membasmi gejala LGBT ini ?

Sekali lagi MMI yakin ianya hampir pasti tidak akan berlaku kerana Anwar juga dari spesis yang sama.

Oleh kerana itu maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan seluruh rakyat untuk sama-sama memastikan gejala yang mampu merosakkan umat manusia ini dibanteras bersama.

Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata turut membimbangkan ialah semua kaum terlibat dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional.

"Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesan merebak di bandar-bandar kecil seperti Kuala Terengganu sendiri.

"Ini kerana anak-anak dan masyarakat cukup mudah untuk melihat dan berkomunikasi dengan golongan ini melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain," katanya kepada pemberita selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.Baca Seterusnya 

Tidak dinafikan gejala LGBT ini sudah pun menular di kawasan-kawasan selain bandar besar.Yang membimbangkan kita adalah ramai di kalangan mereka-mereka ini terdiri daripada anak-anak muda yang masih mentah dan hanyut dengan arus kemodenan negara.

Oleh kerana itu amat perlu usaha semua pihak di gembleng bersama bagi memastikan Malaysia bebas dari amalan LGBT dan tugas ini amat berat kerana kita perlu berdepan dengan satu pasukan yang menyokongnya.

Bertambah berat lagi apabila pasukan ini di dokong pula oleh mereka yang menjadikan agama untuk menghalalkan cara.

Debat Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung


 Tak ada guna jika bertitle islam tapi berpakaian seperti ini. Gambar adalah hiasan sahaja.

Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat satu forum. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 

JOM KITA TERJAH PERBUALAN DUA RAKAN MUSLIMAH KITA NIE:

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Suri : Sekadar renungan kita bersama :)

Baby Diana, Remaja Mengaku Dirinya Tiada Dara Lagi Di Twitter


Agak ‘jujur’ juga seorang remaja ini mengaku daranya telah tiada dan mendakwa telah ‘dihilangkan’ oleh teman lelakinya bernama Haziq.
Remaja perempuan nie dikenali sebagai Baby Diana @NurDianaaAli mengakui dan meroyan di laman Twitter lewat tengah semalam dan mengatakan dirinya telah ditinggalkan kekasih hatinya selepas mendapat daranya.
Followers si Baby Diana nie pun boleh tahan ramainya dan semasa screenshot ini diambil lewat tengah semalam, followers‘nya mencecah 3,588 orang dan mempunyai ramai ragam di mana ada yang mengutuk, memberi nasihat dan lebih ramai yang mengambil kesempatan menyebabkan trending #AkuTiadaDara memenuhi timeline Twitter semalam.
Sama ada akaun Twitter ini benar-benar milik Baby Diana @NurDianaaAli atau akaun ini adalah parody? Atau akaun ini telah digodam oleh seseorang?

Nov 26, 2012

JANGAN TERKEJUT!!! Puak LGBT sedang masuk ke kampung anda!!!


Amalan songsang yang dilaknat Allah ini semakin menular di kalangan masyarakat di bandar kecil?
Apakah benar perkara ini?
Apakah kerana wujudnya insan bernama Anwar Ibrahim dan Ambiga dalam negara kita?
Amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini kian membimbangkan apabila kini iadikesan sudah menular ke bandar kecil.

Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata, turut membimbangkan ialah semua kaum terbabit dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional.

"Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesanmerebak di bandar kecil seperti Kuala Terengganu sendiri.

"Ini kerana anak-anak dan masyarakat cukup mudah untuk melihat dan berkomunikasi dengan golongan ini melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain," katanya kepada pemberita selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Seminar yang dihadiri kira-kira 2,000 orang membabitkan 292 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali.

Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy, berkata pada tahun ini lebih 1,000 pengamal LGBT telah datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, berdasarkan kes yang datang kepadanya, mereka yang terbabit dengan LGBT termasuksuami atau isteri orang.
Sementara itu, Raja Arif berkata seminar yang dianjurkan Pejabat Daerah itu adalah satu langkah awal yang sangat baik bagi mencegah perkara yang sangat keji itu merebak.

Katanya, sehingga ini program seumpama itu sudah dibuat sebanyak 15 siri di seluruh negara bermula di Putrajaya yang membabitkan seluruh komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
SUMBER 

Siapa pemimpin yang mempertahankan budaya songsang ini?
Wujudnya pemimpin kotor sebeginilah menjadi penyebab kepada masalah moral ini.

Seksanya Ibu Zaman Dahulu Lahirkan Bayi



Tahukah anda meja bersalin yang diguna pakai sekarang asalnya sebuah kerusi yang boleh disandarkan. 

Ianya digunakan sekitar 1800 oleh golongan berada. Sungguhpun begitu kerusi ini masih nampak tidak selesa untuk digunakan kaum ibu.

 Sesungguhnya kita bersyukur hidup dalam zaman moden.  


Gambar Marsha yang SEKSI TERLAMPAU di parti EH20.




Inilah penampilan terbaru artis Marsha Milan Londoh sewaktu hadir ke parti EH! 20 yang Anggun baru-baru ni..

Amacam.., korang rasa fesyen Marsha tu cukup seksi tak? Boleh bikin berdarah hidung jantan-jantan kabaret tak?

Apa nak heran beb.., perkataan SEKSI dengan artis wanita kita memang tak boleh dipisahkan.. Cuma yang membezakan dorang cumalah sama ada seksi tu terlampau atau tak..

So.., dalam kes Marsha nih, gua rasa memang hot terlampau beb.. Sekali tengok bukan kata naik nafsu.., tapi naik NGERI.. Huhuhu. .

Nov 22, 2012

Bocor segala rahsia persiapan MCA akibat ketirisan The Star?


Menarik di blog Gelagat Anwar.
Dalam posting bertajuk ‘Anwar persiap tentera Media’, blogger ‘Gelagat Anwar’ mengingatkan bahawa seorang pengarang kanan yang pro-Singapura bernama Leslie Lopez sudahpun berada di konglomerat media yang dipayungi The Edge.
Gelagat Anwar melihat portal berita baru fz.com (kelolaan The Edge) sebagai menyediakan wadah media buat si ketua umum Pakatan.
Pada pendapat blogger tersebut, barisan orang media yang sedang disusun diThe Edge adalah satu petanda bahawa Anwar Ibrahim dianggap ‘the man’, pada mana para penjawat media yang melompat itu sanggup pertaruhkan harapan.
(Untuk pengetahuan kalian, pengarang Selangor Times pun seorang bekas kakitangan bahagian majalah The Edge.)
Tengok gambar bawah: Politikus evangelis mana dipampang di Selangor Timesminggu ini (eh, eh, ke mana pula hilangnya tudung yang melilit kepala Our Lady of Subang Jaya?)
Oh, macam sesumpah ke? Kalau menyertai upacara Deepavali, maka wajah pun kena bertukar lah.
Selangor Times, edisi 98 (9-11 Nov 2012)
[Nota: Edisi 99 Selangor Times minggu ini akan keluar esok]
Sebenarnya The Star sama standard sahaja dengan Selangor Times; pagi petang siang malam wajib mempromosi personality cult.
Tambah Gelagat Anwar lagi, “MCA pastinya terasa tempias sekiranya lambakan cerita ini dilakukan sebelum PRU akan datang” memandangkan Ho Kay Tat — CEO The Star yang hari ini meletak jawatan - pasti mengetahui “berbakul-bakul rahsia pilihanraya MCA”.
“Soi Lek buat apa dengan semua ini? Diam sahaja?”, tanya Gelagat Anwar.
Betul.
BN wajar menuntut jawapan daripada si lembutnya:

Mak ooiiii MCA!!

.
“Lu olang buat apa lah dengan paper lu itu? The Star nak desak UBAH pindah ibu negeri Selangor ke Subang Jaya, ke?”

(Gelagat Anwar sini)

Tabik abang polis : Bergadai nyawa demi tugas



Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor patah lengan sebelah kiri dan retak tulang pipi akibat terjatuh dari bumbung sebuah rumah semasa menjalankan tugas menahan seorang penjenayah yang disyaki terlibat dalam samun melarikan sebuah kereta Toyota Hilux yang dilaporkan hilang pada 20 November lalu.

Mangsa, Inspektor Saiful Bahari bin Yunus, 28, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mempunyai seorang isteri yang masih dalam pantang dilaporkan masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, SAC Mohd Adnan bin Abdullah dalam sidang media yang dijalankan berkata, ‘mangsa mengetuai sepasukan polis dari D9 sedang menjalankan serbuan di sebuah rumah di Taman Subang Perdana Petaling Jaya yang dipercayai dihuni oleh sembilan lelaki. Semasa pemeriksaan dijalankan di rumah tersebut, salah seorang daripada suspek yang ditahan telah melarikan diri ke tingkat atas menyebabkan mangsa bersama-sama seorang daripada anggota bertugas mengejar sehingga ke atas bumbung.’ ‘Hasil serbuan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan ke semua suspek yang disyaki terlibat dan merampas beberapa kenderaan yang dilaporkan hilang sekitar Selangor serta tiga bilah parang panjang yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam melakukan kegiatan samun’ tambahnya lagi.

Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun dan semakan ke atas air kencing yang dijalankan negatif. Manakala seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau iaitu jenayah samun. Dengan tertangkapnya kesemua suspek tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun melibatkan Toyota Hilux di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.

GAZA OH GAZA - Deritamu Deritaku Jua

Inilah Gambar-Gambar terbaru korban konflik antara Palestin dengan Israel. Serangan udara yang dilakukan oleh Israel telah menghancurkan pejabat dua buah pejabat surat khabar yang di juga digunakan oleh rangkaian TV Barat. Israel semakin kejam dan membabi buta melakukan serangan udara terhadap wilayah-wilayah Palestine.

Seorang pegawai kesihatan di Gaza melaporkan jumlah korban luka yang di alami oleh warga Palestin mencapai 600 orang, sementara itu korban terbunuh mencapai 70 orang dan 20 orang di antaranya adalah anak-anak. Korban di pihak Israel tiga orang terbunuh dan 79 orang lainnya cedera akibat serangan pembelaan yang dilakukan oleh Palestin. Saling serang antara kedua-dua negara tersebut masih terus berlaku selama 5 hari berturut-turut hingga melumpuhkan bandar Gaza.


Gaza pejabat kesihatan melaporkan bahawa jumlah orang yang terluka di sini telah hampir dua kali ganda menjadi 600 pada akhir hari, jumlah mangsa terbunuh Palestin naik menjadi 70, termasuk 20 anak-anak. Tiga warga Israel terbunuh dan sekurang-kurangnya 79 cedera akibat tembakan roket terus ke Israel selatan dan sejauh utara Tel Aviv, bandar-bandar Israel lumpuh oleh serangan roket tanpa henti keluar dari Gaza untuk hari kelima berturut-turut.