Jan 28, 2013

DAKWAAN PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU TERJAWAP!!


Di dalam entri terbaru beliau, Lim Guan Eng DAP telah mengkritik 'kabinet' dan TS Abdul Gani yang kononnya 'menunggu sahaja apabila 'terdapat ancaman berlakunya pesta membakar Injil di Butterworth tidak lama lagi'.

Di antaranya : .
Why should the cabinet and Tan Sri Abdul Gani wait when there are also threats by some parties to have a Bible burning festival by distributing pamphlets to carry out such threats in Butterworth on this Sunday morning? more
Apakah benar kabinet dan AG sekadar menunggu sahaja seperti yang didakwa oleh anak Lim Kit Siang itu atau beliau yang tidak tahu proses dan prosedur sesuatu perkara yang melibatkan ketenteraman dan undang-undang?

Di bawah adalah penjelasan buat Lim Guan Eng DAP :
Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. —

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,” katanya.

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. - More
MiM pasti kita semua rasional dan mahu menjaga keamanan dan kesajteraan sesama agama di negara ini.

Ironinya, Lim Guan Eng DAP masih diam membisu mengelak daripada menjawab isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh beliau sendiri!

Awat lambat sangat?

0 komentar: