Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Nov 25, 2013

PELIK! - Misteri Di Sebalik Kebetulan Abraham Lincoln dan John F. Kennedy

Kejadian kehidupan dan kematian adalah sudah di takdirkan, tapi apakah yang tersirat apabila kejadian yang belaku itu mempunya persamaan dan hubungkait.. adakah ianya satu kebetulan? Disini tao nak kongsikan sedikit informasi yang mungkin ramai tak tahu tentang pemimpin terkemuka Abraham Lincoln dan John F. Kennedy yang mempunyai jalan hidup yang agak kebetulan.
Berdasarkan sejarah...
Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.
Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.
Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost a child while living in the White House.
Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head.
Now it gets really weird.
Lincoln's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln.
Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.
Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.
John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln, was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.
Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.
Now hang on to your seat.
Lincoln was shot at the theater named "Ford."
Kennedy was shot in a car called "Lincoln" made by "Ford."
Booth and Oswald were assassinated before their trials.
And here's the "kicker":
A week before Lincoln was shot, he was in Monroe, Maryland.
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.
AND...................
Lincoln was shot in a theater and the assassin ran to a warehouse...
Kennedy was shot from a warehouse and the assassin ran to a theater...

PENULIS : Apakah ini semua sekadar satu kebetulan? Takdir itu termaktub didalam kitab Allah swt yang bernama Lauh al-Mahfuz. Dan ringkasan Lauh al-Mahfuz itu semuanya ditulis di dalam Jawami' al-Kalim (kumpulan semua kata-kata) iaitu kitab kecil yang bernama al-Qur'an. Sebab itu sejarah nampak seperti berulang-ulang. Perkara ini sebenarnya adalah untuk meyakinkan umat Islam tentang kebenaran al-Qur'an dan juga untuk menolong umat Islam bagi menghadapi perkara-perkara yang akan berlaku. Namun ia tidaklah mesti berlaku selagi kita yakin bahawa doa bersama usaha boleh mengubah keadaan. Oleh itu doa, usaha dan tawakkal perlu dibuat sepanjang masa bagi mengubah sejarah yang buruk agar tidak berulang.

Perbezaan Antara Anwar Dan Cristiano Ronaldo?

KIH KIH KIH KIH KIH KIH !!!!
Sekali lagi pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menunjukkan tanda solidariti beliau buat Negara Palestin. Dalam satu perlawanan, Cristiano enggan bertukar-tukar jersi seperti lazimnya dengan pemain Israel.

Menurut beberapa laporan media, Cristiano enggan untuk bertukar T-Shirt dengan pemain bola sepak Israel untuk menunjukan bantahan terhadap kekejaman Israel di Palestin.


BUAT TANAH PALESTIN!



Ini bukan kali pertama bagi pemain berusia 28 tahun itu menunjukkan hormat dan kasih sayangnya terhadap Negara Palestin yang telah menderita sejak beberapa dekad. Pada tahun 2011, Ronaldo menjual kasut untuk mendapatkan derma Real Madrid Foundation, organisasi yang akan membina sekolah-sekolah di 66 negara termasuk Palestin.

Pada bulan November 2012, beliau menderma Boots Emas bernilai 1,5 Euro. Sebaliknya, bagi sesetengah pengkritik pula berkata, bahawa Cristiano zalim dan ini menunjukkan kebencian beliau terhadap Israel.

Cristiano Ronaldo!!!

Ikan Pelik Ditemukan Oleh Seorang Pemancing Di New Jersey

Seorang pemuda dari New Jersey dan beberapa orang temannya suatu hari pergi ke sebuah sungai di pinggir hutan untuk mengisi percutian mereka dengan memancing. Suasana tenang di sungai tersebut membuat mereka begitu menikmati percutian dengan memancing, hingga tiba-tiba terasa umpan yang dipasang oleh pemuda tersebut di makan oleh ikan di kedalaman sungai tersebut. Ikan yang tersangkut mata kail terasa memberikan perlawanan sengit sampai pada akhirnya pemuda tersebut berjaya mengangkat buruannya di atas permukaan air.

Ketika ikan hasil pancingan sampai darat mereka dikejutkan dengan ujud ikan yang aneh, bentuknya menyerupai belut tapi mulutnya berada di samping. Ikan berukuran besar ini di perkirakan sebagai binatang pelik yang menghuni sungai tersebut.








Nov 21, 2013

AirAsia Promsi Tiket RM2 Untuk 200 Milion Orang


AirAsia tawarkan tiket murah…cepat beli. Memang murah sangatlah….
"Selling fast! Don't miss out on #AirAsia's 200 Million Guests flown promo with flights as low as RM2…"
Tamat pada 24 November 2013….dan masa penerbangan pada 1 December 2013 hingga 30 April 2014….waaaaaaa…masa inilah sesuai melancong….cuti budak sekolah….

Cepat selagi ada masa….berminat…sila KlikSini

Perempuan Memang Pandai Beremosi

Mereka menyakiti kita (kaum lelaki) selepas tu..mereka juga pengubat hati kita....


(9 Gambar) Kejam Bulu Arnab Diambil

Pendedahan mengenai industri bulu `angora’ di China amat mengejutkan bagi sesiapa yang menyaksikan imej yang menunjukkan bagaimana bulu tersebut dihasilkan.Ternyata demi mendapatkan keuntungan, peniaga sanggup menyiksa binatang dengancara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.




Rupanya peniaga di China menggunakan kaedah yang menakutkan dan keji untuk mendapatkan `angora’ tersebut iaitu arnab.Binatang tersebut yang masih hidup akan diikat sebelum bulunya ditarik, menyebabkan arnab tersebut berdarah dan ia kemudiannya dibiarkan di dalam sangkar untuk proses pemulihan.

Arnab itu akan dipelihara selama dua hingga lima tahun dan apabila bulunya cukup lebat, barulah proses mendapatkan bulu berkenaan akan dilakukan.Selepas arnab berkenaan tidak lagi memberikan keuntungan, maka ia akan dibunuh.Imej tersebut dirakamkan oleh PETA di China, iaitu negara yang membekalkan kira-kira 90 peratus bulu angora di seluruh dunia.



“PETA ingin merayu kepada pembeli terutama menjelang cuti perayaan ini. Tolong baca label pada baju sejuk atau skaf anda, jika ia tertulis  `angora’ maka tolong jangan beli,’’ kata jurucakap PETA.

Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat


Menarik sungguh artikel yang BUJANG SENANG baca di Blog Rakan Kita sebentar tadi. Rasa rugi tidak berkongsi dengan pembaca BUJANG SENANG buah fikiran saudara Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan drama kita masih tidak berkembang.
Berikut BUJANG SENANG kongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya.



Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. 

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)

Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagimeneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?
Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri...

Di Ethiopia,lelaki Gemuk Dan Buncit Menjadi Pujaan Para Gadis Cantik Di Sana

 Membuncitkan perut menjadi salah satu ritual tahunan di suku terasing Ethiopia ini. Daily Mail minggu ini menceritakan, perarakan bernama Ka'el ini diabadikan oleh jurugambar Perancis Eric Lafforgue, yang menghabiskan berbulan-bulan bersama suku di wilayah Lembah Omo ini.

Dalam ritual Ka'el, atau tahun baru Bodi, dipilih beberapa lelaki yang harus menggendutkan perut mereka. Nantinya, akan dipilih satu pemenang. Dia akan dianggap pahlawan suku Bodi dan sudah pasti disegani para gadis.

Selama enam bulan, lelaki-lelaki tunggal pilihan ini harus tinggal di sebuah tempat selama enam bulan. Mereka dilarang bergerak atau melakukan hubungan seks. Selama perarakan ini, mereka hanya boleh makan campuran darah lembu dan susu.

"Sapi dianggap suci oleh suku Bodi jadi mereka tidak membunuhnya. Darah diambil dengan melubangi nadi lembu dengan pisau atau kapak, setelah itu, lukanya ditutup dengan tanah liat," kata Lafforgue.
Mereka harus berpesta minuman menjijikkan itu dengan cepat. Ini kerana, udara panas Ethiopia lekas membuat darah menggumpal seperti agar-agar. "Mereka harus meminumnya secepatnya sebelum menggumpal, beberapa tidak boleh meminum semuanya dan muntah," lanjut Lafforgue lagi.

Hasilnya selama enam bulan, badan mereka gemuk, perut mereka buncit tidak karuan. Dari lokasi itu, mereka harus berjalan kaki ke kampung. Tubuh mereka dibaluri tanah liat dan debu. Kerana tambunnya, beberapa tidak sanggup berjalan, menumpang kereta Lafforgue.

Belum lagi, mereka harus mengitari pohon keramat selama beberapa jam. Peserta perut besar ini mandi keringat, termengah-mengah. Sebahagian peserta hampir pengsan.
korban Lembu

Saat pemenangnya terpilih, perarakan ditutup dengan pengorbanan seekor lembu yang dibunuh dengan dipukul kepalanya dengan batu keramat. Tetua adat lantas memeriksa isi perut lembu dan darahnya, untuk meramal apakah masa depan akan cerah atau tidak.

"Menjadi lelaki gendut adalah impian setiap anak Bodi. Beberapa minggu selepas perarakan, mereka akan kurus lagi, tapi dianggap pahlawan seumur hidup," kata Lafforgue.

Budaya suku primitif Bodi hanya tinggal menunggu masa untuk pupus. Ini kerana, kerajaan Ethiopia akan menjadikan wilayah mereka penempatan untuk 300,000 orang dari seluruh negeri. 

Nov 19, 2013

SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)

SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)-Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.

Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful.

Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.

SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)

Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.

Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya.

Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.

Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.

Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.

Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu.
“Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.
“Adalah lima bulan,” balasnya sayu.

“Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.
Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan.

Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.
Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo.

Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.

“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.

Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.
Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.
Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat.
SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)
Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.

Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.
Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya.

Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. A’uzubillah…sumber-http://melayukini.net

Faizal Ismail : Bertukar Bidang dari DJ ke Konsultan

Bertukar Bidang dari DJ ke Konsultan 

PENYAMPAI radio popular, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI tidak menolak sekiranya ditawarkan bekerja dengan mana-mana stesen radio dengan syarat bukan sebagai penyampai.
Selepas lapan tahun, FBI akhirnya meninggalkan stesen radio Hot FM, Jumaat lalu.
Hari ini hari pertama peminat segmen Am Krew yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat tidak dapat lagi mendengar gabungan tiga suara penyampainya, FaFau, AG dan FBI.
Ketiadaan FBI disifatkan satu kehilangan besar buat stesen radio berkenaan.
“Untuk menjadi penyampai, saya tak nak. Saya tak mahu kembali ke mana-mana stesen radio sebagai penyampai.
“Tetapi seandainya ditawarkan untuk sesuatu yang berbeza daripada apa yang saya buat, itu mungkin akan dipertimbangkan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, FBI berkata bakal mempertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana stesen radio jika ditawarkan sebagai konsultan.
“Saya berminat untuk… ada kawan saya yang buat konsultan untuk radio. Perkara seperti itu saya suka. Dia buat sampai ke radio di Indonesia.
“Kalau ada tawaran seperti itu, mungkinlah,” katanya yang memilih untuk berhenti daripada menjadi penyampai radio demi memberi fokus kepada perniagaan baru yang diceburinya.
Meskipun sudah berhenti daripada Hot FM, FBI akan menjadi penyampai sambilan pada setiap hujung minggu bersama stesen radio yang pernah mengangkat namanya itu.
“Saya memang tak nak terima mana-mana tawaran stesen radio sebagai penyampai pun tapi lepas saya maklumkan kepada pihak pengurusan tentang keputusan saya, kami berbincang. Mereka meminta supaya saya akan terus bersama Hot FM walaupun pada hujung minggu.
“Itu permintaan pihak pengurusan dan saya menghormati keputusan mereka. Saya anggap ini adalah salah satu cara untuk saya membalas jasa mereka selama ini. Bermakna, dari sudut positifnya, saya dapat menghilangkan rasa rindu saya untuk berada di konti. Tapi semua tertakluk kepada jadual saya juga,” katanya.
FBI turut berkongsi jadualnya agak padat sehingga Jun tahun depan apabila dilamar untuk terlibat dalam sebuah program TV siri kedua.
“Saya masih buat pengacaraan TV. Saya akan buat program yang berlainan jadi, ia tidak akan menjadi rutin saya. Saya dah tengok perjalanan saya kali ini ini. Insya-ALLAH sehingga bulan Jun jadual saya padat.
“Untuk lakonan, kemungkinan saya sudah boleh menerima tawaran-tawaran yang bersesuaian,” katanya.
Akan datang, FBI bakal mengacarakan program Anugerah Skrin (ASK) bersama Nad Zainal dan Awal Ashaari.

Gambar Tanah Jerlus Di Ipoh!!

Gambar kejadian tanah jerlus di Jalan Hassan bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent, Taman Lim di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 10.50 pagi tadi.bermula dengan sedikit rekahan kecil dan menjadi lubang sedalam 3 meter.

Berikutan kejadian tanah jerlus terbaru tersebut, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menutup sebahagian Jalan Hassan, Taman Lim bagi kerja baik pulih.

Jabatan Geosains dan Mineral Perak juga telah diarahkan untuk menyiasat punca kejadian tanah jerlus berkenaan.

Shahidan dedahkan sebab Najib tidak guna penerbangan MAS untuk ke luar negara..


Kerana nak pertahankan tindakan isteri Perdana Menteri yang menggunakan Jet Kerajaan dalam lawatannya ke Qatar baru-baru ini, Shahidan berkata lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

Kepentingan apabendanya entahlah, sedangkan kita tahu hanya Menteri boleh mewakili Malaysia dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

Selain itu Shahidan juga mendedahkan sebab Najib tidak menggunakan penerbangan MAS.. Katanya tak ada kelas....

Pesawat MAS Kurang Sesuai Untuk Lawatan PM Ke Luar Negara 

KUALA LUMPUR: Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain.

"Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang).

"Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa 'charter' sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara.

Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.

Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara.

Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

"Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?," katanya.

Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan. -BERNAMA 

Eh??.. Tak adalah pulak Shahidan kata Jet Eksekutif Kerajaan itu boleh digunakan oleh bekas Perdana Menteri untuk pergi makan kenduri macam macai komen di SINI..

GAMBAR : Kenyataan Polis Berhubung Remaja Hilang Di Villa Nabila!!




JOHOR BAHRU: Polis menafikan khabar angin sejak semalam kononnya terdapat sekurang-kurangnya 23 remaja dilaporkan hilang di banglo terbiar, Villa Nabila di sini.





[EKSKLUSIF] REMAJA YANG HILANG TELAH DITEMUI TETAPI BUKAN DI VILLA NABILA !

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika ini Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On.

Nantikan sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.



Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan polis daripada sebuah keluarga yang memaklumkan mengenai kehilangan anak mereka.

Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu.

LELAKI TUA INI MAHU PIKAT GADIS MUDA DENGAN TUNJUK KAYA




Lelaki Serbia tua dan bujang bernama Don Milisav Juan Gonzales Brzi dari St. Petersburg ini memperlihatkan kemewahan miliknya di internet untuk mencari isteri yang berumur 16-20 tahun.









Nov 18, 2013

Pengkhianatan? Benarkah Bapa Najib Tun Razak Seorang Pegawai Jepun?

Walaupun Isu ini sudah dianggap selesai@lapok bagi sesetengah organg, bagi penulis setelah membuat sedikit kajian dan bacaan.....kita pernah disogok dengan kenyataan Perdana Menteri waktu itu bagai di pukul halilintar bilamana najib razak berkeras tidak mahu membawa A.B.U mayat pejuang rakyat iaitu Chin Peng ke malaysia, kerana najib berkata rakyat malaysia tidak akan menerima kekejaman komunis, tetapi benarkah?

mengikut catatan sejarah yang tiada dalam buku, yang di bukukan di muzium negara,
terpampang wajah ayahnya kepada najib razak iaitu perdana menteri malaysia, adakah
abah beliau seorang pegawai atau tentera jepun?  atau ianya hanya sekadar latihan 
belajar bahasa JEPUN saja?

dan terbukti bahawa Chin Peng dan pejuang pejuang di sekeliling mereka seperti rashid 
mydin adalah mereka yang benar berjuang membunuh tentera jepun beserta para 
pegawai lantikan serta upahan tentera JEPUN, 

begitu juga penentangan dengan penjajah british, pejuang komunis juga dalam masa yg
sama telah mengangkat senjata melawan dan beperang dengan kolonial penjajah british 
untuk membebaskan tanah melayu dari penjajah british dan jepun!.





mengikut pandangan Dr @tiewnama yang dikuatkan lagi oleh seorang pakar sejarah tanah
melayu iaitu Profesor @erapasca, apabila di nilai dari sudut RASIONALISASI untuk SUBSIDI,
rakyat malaysia pastinya sudah kenal siapakah PEJUANG, siapakah PENGKHIANAT tanah melayu!

mengikut ulasan Profesor @erapasca pula, TALIBARUT bukan saja ada pada bayi baru lahir,
tetapi TALIBARUT juga ada pada generasi yang lahir di zaman dulu, Dr @tiewnama pula
berpendapat, TALIBARUT adalah TALI yang ada di dalam PERUT, sama ada PERUT JEPUN
atau PERUT BRITISH itu tidaklah menjadi masalah, asalkan kaya mengumpul harta setinggi 
gunung, ianya sudah memadai untuk dunia ini.

di sebabkan tidak mahu SEJARAH yang sebenar sampai ke bibir bibir generasi muda,
maka seluruh kesatuan menteri menteri MACAI british iaitu UMNO, sebulat suara 
tidak mahu A.B.U mayat Chin Peng di bawa pulang semula, ini adalah FAKTA!

mengikut pendapat Dr @tiewnama, SEJARAH negara malaysia perlu di kaji dan di buat semula,
kerana dengan jelas perkara perkara penting sebegini di tutup rapat oleh pemerintah 3th
generation of british iaitu UMNO baru.

gambar yang menunjukkan abah kepada najib razak iaitu tun razak sebagai pegawai 
tentera JEPUN? di zaman penjajahan JEPUN yang mana di ketahui bahawa JEPUN dan 
MACAI upahannya telah membunuh ribuan rakyat di TANAH MELAYU! kah3

minyak naik 20 sen saja untuk RASIONALISASI Pengkhianat bangsa! kah3

Dr @tiewnama - siapakah PENGKHIANAT sebenar TANAH MELAYU? kah3

Penilaian haruslah dibuat berdasarkan pikiran yang telus dan fleksibel....bukan menuding jari pada orang yang belum tentu salah atau benar sesebuah cerita yang dibawa....bukan niat saya untuk mempertikaikan mana2 pihak setelah terbukti KOMUNIS adalah musuh negara...tetapi kalau ditimbulkan persoalan...mengapa mereka berjuang sebagai penentang...kenapa tidak sebagai PEJUANG....so renung2kanlah dan selamat beramal semua........

Nov 17, 2013

Umur 71 Masih Cantik! Sarimah tidak pernah sembunyikan usianya

Pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 71 tahun.
PETALING JAYA: Di zaman keagungan filem P. Ramlee pada tahun 60an, Sarimah adalah salah seorang seniwati filem Melayu yang terkenal. Kini berusia 71 tahun, anak kelahiran Pulau Rusa, Pekan, Pahang ini mula diperkenalkan P. Ramlee melalui filem Ali Baba Bujang Lapok.
Dalam filem tersebut Sarimah memegang watak Marjina seorang hamba yang bekerja dengan S. Shamsuddin (Kassim Baba). Di atas kebijaksanannya Marjina dimerdekakan oleh Aziz Satar (Ali Baba) kerana mengetahui niat P. Ramlee (Ketua Penyamun) mahu membunuh Ali Baba.
Selepas itu Sarimah muncul dalam filem Ibu Mertuaku di mana sebagai Sabariah beliau yang sudah biasa dengan kekayaannya tidak tahan hidup dengan Kassim Selamat (P. Ramlee) yang bekerja sebagai buruh binaan. Sabariah akhirnya kahwin dengan Ahmad Mahmud. Filem ini mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaya ketika itu.
Selepas Ali Baba Bujang Lapok dan Ibu Mertuaku, Sarimah muncul dalam filem Madu Tiga di mana P Ramlee kahwin tiga. Sarimah sebagai isteri nombor tiga yang menjadi pendamai di antara isteri pertama dan kedua P. Ramlee (Jamil).
Selepas P Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, Sarimah muncul dalam filem Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.
Sarimah pernah menjadi penerbit filem dengan menerbitkan filem Dia Ibuku di mana beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam festival Filem Malaysia pada tahun 1981.
Filem-filem lain yang dilakoninya ialah  Si Tanggang (pelakon pembantu), Indera Bangsawan (pelakon utama), Lubalang Daik (pelakon
pembantu),Neracha (pelakon utama), Batu Durhaka (pelakon utama),Darah Muda (pelakon utama)..
Banyak filem
Filem lin ialah  Labu dan Labi (pelakon pembantu), Bidasari (pelakon utama), Tiga Abdul (pelakon utama),Sayang Si Buta (pelakon utama),Dayang Senandong (pelakon utama),Batu Durhaka, Norlela Pilih Menantu,Gerak Kilat (pelakon utama), Sri Andalas.
Darma Kesuma (pelakon utama),Kanchan Tirana (pelakon utama),Raja Bersiong (pelakon utama), Bukan Salah Ibu Mengandung (pelakon
utama),Dr Rushdi (pelakon utama),Gelora (pelakon utama).Menanti Hari Esok (pelakon pembantu),Detik 12 Malam (pelakon utama),Tiada Esok Bagimu (pelakon utama),Potret Maria (pelakon utama),Jejak Bertapak (pelakon utama),
Dia Ibuku (pelakon utama).Kabus Tengahari (pelakon utama),Ranjau Sepanjang Jalan (pelakon utama),Warna-Warna Hati (pelakon utama),Sepi Itu Indah, Tarik-Tarik (pelakon utama) dan Momok The Movie (artis jemputan).
Walaupun sudah lama tidak berlakon,Sarimah kekal awet muda. Bila ditanya beliau berkata ulam-ulaman dan air zam-zam sudah memadai bagi beliau untuk kekal sihat dan bertenaga.
Mungkin sudah diajar dari kecil, pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 71 tahun. Malah, Sarimah masih mampu melakukan kerja berat seperti dulu tanpa bantuan sesiapa.
Bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, Sarimah melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman ringan.
Hanya bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup memberi tenaga kepada pelakon yang terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku ini.
`Tidak makan ayam dan daging’
“Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada. Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati,” katanya.
Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.
Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.
“Ketika itu, saya tidak boleh bergerak, hanya mampu terlantar.Bahkan hendak solat pun perlu berbaring. Tetapi itu tidak melemahkan saya kerana menganggap mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang diberi.
“Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam,” katanya.
Meskipun sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit, ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.
Tidak pernah menyembunyikan usianya, Sarimah berkongsi tip penjagaan kesihatan dengan wanita lain melalui produk kecantikan dalaman keluaran syarikatnya, Primadona Worldwide Sdn Bhd.

SUBHANALLAH! - Kerana Robohkan Masjid, Phillippine Dilanda Taufan Terdahsyat Di Dunia

TAOTAUAJER - Sadis dan kesian apabila meliht bencana alam yang menimpa filipina, Taufan Haiyan ragut lebih 10000 nyawa. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.


Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.



Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.