Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Dec 24, 2013

Wanita bekas pelajar Kolej Islam didakwa murtad???


NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.
Adila Hussin McGhee, 43, berkata: “Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.
“Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang,” katanya.
Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.
Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.
Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.
Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.
“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
“Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja,” kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.
Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang ‘termakan’ dengan kandungan artikel berkenaan.
“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.
“Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalahertikan.
“Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.
“Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya,” katanya.
Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.
Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.
“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.
“Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.
“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.
Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.
Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.
Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. – Bernama
AKU HARAP DENGAN PENJELASAN PENUH DARI ADILA NI DAPAT MENJAWAB SEGALA TOHMAHAN DAN FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADA BELIAU. 
BERBAIK SANGKALAH SESAMA KITA DALAM SEGALA HAL TERMASUKLAH TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA.
USAHLAH DITABURI FITNAH DAN NISTA YANG BUKAN-BUKAN YANG TAIDA FAEDAHNYA. BUAT TAMBAH SAHAM ANDA KE NERAKA SAJA.

Dec 23, 2013

Semakan Gaji Kakitangan Awam RM4,000 Sebulan VS Cabaran Kos Sara Hidup Naik!

 S

Naik Gaji 2014
Nampaknya kepimpinan tertinggi Cuepacs telah berwajah baru yang mana sekarang ini dikemudi oleh Presiden Cuepacs yang baru, Azih Muda.
Melihatkan kalangan kakitangan seperti anda, anda di sini bukan hanya dialami kumpulan pelaksana sebaliknya penjawat awam lain yang bergaji kurang RM3,000 sebulan, terutama di bandar yang terpaksa berhadapan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup, Cuepacs telah bersiap sedia membela kebajikan kalangan kakitangan awam di Malaysia.
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015 akan meningkatkan pendapatan negara, Cuepacs merasakan ia boleh digunakan untuk menambahbaik skim gaji penjawat awam.

Tuntutan Cuepacs : Semakan Gaji Kakitangan Awam

  1. meningkatkan pendapatan penjawat awam kepada RM4,000 sebulan dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.
  2. meningkatkan gaji penjawat awam termasuk kumpulan pelaksana II, seperti pembantu am dan pemandu itu akan menjadi agenda utama kesatuan berkenaan dengan syarat kelayakan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diploma.
  3. Penjawat awam kumpulan pelaksana dengan gaji sekitar RM1,200 termasuk elaun kakitangan awam tidak dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Mungkin pada pandangan Berita Semasa elaun kakitangan awam perlu diberikan perhatian supaya elaun penjawat awam naik menikut aliran semara ekonomi dan juga diharapkan perbetulkan tangga gaji kakitangan awam yang berkhidmat lama kerana gaji mereka dengan yang berkhidmat bawa mereka satu tahun lebih tinggi, di mana tiada sinoriti.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa tetap menyokong apa sahaja usaha yang memenangkan rakyat dan dalam pada masa yang sama pihak kerajaan dengan kerjasama NGO harus mencari jalan penyelesaian bagi mengekang kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Apa kata kalangan kakitangan awam pula?
P/S : Sebenarnya kenaikan harga barang & lonjakan kos sara hidup di Malaysia inilah yang menjadi punca rakyat hidup susah biarpun gaji dinaikkan.

BIARBETUL? - Malaysia Akan Bankrap 9 Tahun Lagi?

PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.
Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara.
Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.
Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan.
Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun.
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan
jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan.
Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan.
Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama?
Usaha kerajaan melalui Model Ekonomi Baharu (MBE) dilihat cuba menumpukan peningkatan pendapatan per kapita rakyat menjelang 2020 dan mempertingkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta sederhana
rendah kepada 40 peratus sepanjang MBE dilaksanakan.
Bagaimanapun, apakah kadar pergerakan gaji atau pendapatan rakyat seiring dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan?
Jika kenaikan pendapatan per kapita rakyat selari dengan penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan, mungkin ia tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat secara keseluruhannya.
Bagaimana jika penghapusan subsidi tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat?
Apakah kerajaan boleh beri jaminan jika subsidi dihapuskan, negara lebih kompetitif dan pendapatan rakyat akan meningkat?
Atau adakah kerajaan perlu cari jalan memastikan negara kompetitif dan pendapatan rakyat meningkat serta kemudian baru hapuskan subsidi berperingkat?
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media semalam, bahawa kerajaan sedang mencari jalan melindungi dan mengurangkan kesan kenaikan kos hidup (dalam konteks ayat beliau merujuk kepada
kenaikan tol dan tarif elektrik) secara tidak langsung menjawab persoalan itu bahawa kerajaan pada masa ini belum menemui sebarang mekanisme sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Atas sebab itulah, di sebalik tindakan mengurangkan atau menghapuskan subsidi yang sebagaimana disebut perdana menteri bahawa sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan, rakyat di mana-mana juga menjerit dan
membantah kerana berasa hidup semakin terhimpit.
Inilah yang meresahkan sebahagian besar rakyat yang ber-pendapat kerajaan harus mencari langkah paling sesuai untuk menangani masalah ekonomi sebagaimana yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada era kemelesetan ekonomi 1987 dan 1997, bukan dengan terus meletakkan beban kepada rakyat.
Lebih-lebih lagi isu pembaziran, ketirisan, rasuah dan kecekapan masih menjadi isu pentadbiran kerajaan.
Sedangkan negara semaju Amerika Syarikat (AS) pun masih memberi subsidi dalam pelbagai sektor industri dan perkhidmatan sebagai mekanisme perlindungan industri negaranya.
Subsidi tanaman jagung, kerajaan AS memberi sebanyak AS$73 billion sepanjang tempoh 2006 hingga 2009.
Walaupun ia menyebabkan barangan komoditi negara sedang membangun terjejas, tetapi dari segi pertanggungjawaban AS terhadap industri dan rakyat, tidak boleh dipertikaikan.
Dalam konteks negara kita, bolehkah kerajaan memberik statistik pulangan dari segi daya saing dan gandaan yang bakal diperolehi daripada langkah penghapusan subsidi? Bolehkah kerajaan mengunjurkan peningkatan pendapatan rakyat hasil tindakan ini?
Kalau kenaikan tepung tahun depan sebanyak 20 sen dan tahun seterusnya 25 sen, maka sehingga 2015, harga tepung akan meningkat kepada RM1.20 iaitu lebih 50 peratus kenaikan. Ini belum dikira lain-lain barang
kawalan. Apakah ini selaras dengan unjuran pendapatan per kapita rakyat ditetapkan MBE bagi tempoh sama?
Kalau pendapatan kita tinggi, secawan kopi berharga RM10 pun tidak menjadi masalah, satu kepala bufet RM100 pun tidak berbeban.
Sama juga dengan harga minyak, bagi yang mampu dan mempunyai kereta yang cukai jalannya RM2,000 atau RM10,000 pun tidak menjadi masalah jika minyak RM2.50 seliter.
Sejauh manakah MRS yang akan dilaksanakan membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana?
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatan kuasa yang serius dan komited memantau kenaikan harga barangan untuk menyekat kenaikan harga.
Katanya, bukan rakyat yang patut berjimat cermat tetapi kerajaan harus mengurus perbelanjaan lebih efektif.
SUMBER : SinarHarian
PENULIS : Sungguh menakutkan, agak-agak kalau apa yang di jangkakan ini dalah benar... apakah nasib kita pada 9 tahun akan datang?

"Mengenal Penyakit ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis)"

Anda tentu mengenal siapa itu Stephen Hawking. Dia adalah ilmuwan jenius Inggris yang disebut-sebut sebagai Einstein abad ke-21. Buku laris dan videonya yang berjudul “A Brief History of Time” terjual jutaan kopi dan menjelaskan kepada masyarakat awam secara mudah mengenai konsep waktu dan ruang serta kejadian alam semesta.

Hawking adalah salah satu contoh penderita ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) atau Penyakit Lou Gehrig yang bisa bertahan hidup cukup lama dengan ditopang kursi roda, ventilator yang membantu pernapasan, dan  synthesizer yang menerjemahkan perintah suara dari otaknya menjadi suara yang dikeluarkan komputer. Berkat teknologi semua itu menjadi mungkin baginya. Namun, bagi jutaan penderita lainnya ALS pada tahap itu biasanya sudah berujung kematian.
Tokoh lain yang cukup terkenal adalah DR Morris Schwartz, seorang profesor sosiologi yang setiap hari Selasa memberikan kuliah kepada mantan mahasiswanya di rumahnya mengenai konsep hidup dan kematian di saat-saat akhir hidupnya karena menderita ALS. Kuliah-kuliah itu kemudian ditulis oleh sang murid, Mitch Albom, menjadi buku berjudul “Tuesdays with Morrie” yang sangat laris dan diterjemahkan ke berbagai bahasa, termasuk bahasa Indonesia.



Apakah ALS?

Amyotrophic Lateral Sclerosis berasal dari bahasa Yunani. A (tidak ada), myo (mengacu pada otot), trofi (asupan), berarti tidak ada/tidak memadainya asupan atau impuls saraf pada otot. Otot yang tidak menerima impuls saraf menjadi susut (atrofi). Lateral menunjukkan daerah di sumsum tulang belakang yang berisi sel-sel saraf yang memberi rangsangan otot-otot gerak. Jika sel-sel saraf di daerah ini mati, maka menyebabkan jaringan parut atau pengerasan, yang disebut sclerosis. Ringkasnya, ALS adalah penyakit/gangguan neuromuskular di mana sel-sel saraf di sumsum tulang belakang dan bagian bawah otak (batang otak) yang mengendalikan otot-otot gerak mati sehingga sinyal-sinyal dari otak ke otot-otot itu tidak berjalan.
Kondisi ini bersifat progresif/terus memburuk. Semakin lama, semakin banyak otot yang terkena. Otot jantung dikecualikan karena otot itu bersifat otonom, tidak diperintah oleh otak secara sadar. Seberapa cepat penyakitnya berkembang tergantung kondisi masing-masing pasien. Harapan hidup pasien ALS adalah 3 sampai 5 tahun. Kegagalan otot-otot pernapasan dalam kebanyakan kasus menjadi penyebab kematian pasien.

Gejala ALS

Pada umumnya ALS tidak menyebabkan rasa sakit dan tidak mengurangi kemampuan otak. Fungsi panca indera, usus dan kandung kemih tetap berjalan. Yang terpengaruh hanya otot-otot gerak. Koordinasi otot-otot di lengan dan kaki tidak dapat dilakukan karena kontrol dari saraf ke otot menghilang. Hal ini menyebabkan layuh lengan dan kaki. Kontrol terhadap otot-otot di mulut / tenggorokan juga dapat terpengaruh. Akibatnya, muncul gejala seperti kesulitan menelan, kesulitan berbicara, dan kesulitan bernapas.
ALS adalah penyakit yang banyak variasinya, perjalanan penyakit dan gejala yang dirasakan oleh setiap pasien berbeda-beda. Ada kasus-kasus di mana penderitanya seperti mengalami luka bakar, ada yang hanya mengalami gangguan fungsi suara dan menelan tetapi tidak pada fungsi gerak (pada awalnya), ada yang perkembangannya sangat lambat atau terhenti, dll.

Penyebab

Saat ini penyebab ALS belum diketahui. Faktor genetik dan lingkungan dapat turut berperan sebagai faktor risiko. Faktor risiko lainnya adalah usia, yang terkait dengan proses penuaan. Meskipun dapat menjangkiti orang muda, kebanyakan penderita ALS berusia tua.

Penanganan

Belum ada obat yang dapat menghentikan atau menyembuhkan penyakit ini. Satu-satunya obat yang dapat memperlambat perkembangannya adalah Riluzole (merek: Rilutek). Beberapa obat lain dalam tahap uji klinis. Bantuan perangkat medis dan terapi lain seperti vitamin atau antioksidan dapat meningkatkan kekebalan tubuh untuk membantu pasien melawan penyakit.

Source : http://majalahkesehatan.com

Dec 16, 2013

Hudud: Wanita Bertudung Ini Curi Coklat

Wanita menangis teresak-esak  
Noor Shila dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Wanita menangis teresak-esak
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis teresak-esak di kandang mahkamah apabila diminta membuat rayuan sebelum hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 dijatuhkan selepas mengaku bersalah mencuri coklat milik Pasaraya Giant, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Selain itu, Noor Shila Mamat, 28, dari Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kesemua keputusan itu dibuat selepas Noor Shila mengaku bersalah telah mencuri lima keping coklat Cadbury Cashewnut 175 gram; lima keping coklat Cadbury Almond 175 gram; lima keping coklat Cadbury Mired Nuts 175gram dan lima keping coklat Cadbury Dairy Milk H/Nut Praline 175 gram.

Dia mengaku bersalah mencuri coklat yang bernilai keseluruhan RM150 bersama dengan seorang lagi yang telah dituduh di Pasaraya Giant, Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada 6 Februari 2010 di antara jam lebih kurang 5.35 petang hingga 5.45 petang.

Dengan itu, Noor Shila mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Noor Shila tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 6 petang, seorang pengawal keselamatan bertugas yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada salah seorang pekerja memaklumkan terdapat seorang wanita berbaju hijau dan bertudung kuning bersama seorang lelaki telah memasukkan barang ke dalam beg tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pengawal keselamatan itu dengan ditemani salah seorang rakan sejawat terus ke lokasi dimaklumkan sebelum mendapati wanita dimaksudkan telah melalui kaunter tanpa membuat sebarang pembayaran.

Wanita itu ditahan di luar kawasan kaunter pembayaran dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai kesemua jenis coklat yang dicuri, sebelum diserahkan kepada polis. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hukum Mencuri Dan Pelaksanaan Hudud Dalam Islam

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas pencuri itu.

Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
  • ”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
  • ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Riwayat Bukhari Muslim)
Ciri-ciri perbuatan mencuri..I
  1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
  2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
  3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.
Hukum Hudud yang wajib dikenakan atas pencuri..

Satu: Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
  1. Orang yang berakal
  2. Orang yang baligh atau cukup umur
  3. Dengan kemahuan sendiri
Dua: Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:..
  • ”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)” (Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
Tiga: Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut bunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
  • ”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”. (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
Empat: Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqh yang bermaksud :
  • ” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”. (Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan Sariqah..

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
  1. Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.
  2. Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.
  3. Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku peragut.
  4. Pencurian berlaku dimedan peperangan.
  5. Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
Sabit Kesalahan Mencuri

Satu: Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
  1. Ikrar (pengakuan)
  2. Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
  3. Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.
Dua: Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

Tiga: Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

Empat. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

Pencuri yang dikecualikan dari hukum hudud

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

Hukuman yang dikenakan kerana kesalahan mencuri..

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

10 Bukti Kaitan Dg Syiah, Mohamad Sabu Diarah Tahan?

Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu





Menteri di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

NONE"Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya.

Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis.

Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

ayatullah khomeini iran spiritual leader 290509 05Kata Abdul Rahim lagi, Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

Ditanya berhubung tindakan pihaknya selepas KDN mendedahkan bukti tersebut, Jamil berkata beliau akan berbincang lanjut dengan kementerian itu.

"Itu kita bincang dengan KDN nanti... Ketua pengarah Jakim keluar sudah keluar kenyataan semalam," kata Jamil Khir ringkas.

Semalam, Datuk Othman Mustapha dilapor menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Diminta mengulas cadangan penubuhan polis syariah untuk membanteras ajaran sesat dan fahaman Syiah, Jamil berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi secepat mungkin.

Jamil yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno juga mengalu-alukan cadangan daripada Zahid.

"Kita amat mengalu-alukan supaya hal-hal syariah ini, akan ada satu kelompok yang lebih memberi tumpuan kepada tindakan-tindakannya.
"Kita akan melihat penubuhannya secepat mungkin untuk membantu Majlis Agama Islam untuk menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.

Menurut lagi, polis syariah ini akan diletakkan bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam negeri berdasarkan peruntukan Jadual 9 perlembagaan negara.

"Kita hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat. Ini kita tidak boleh kacau hak dan milik kuasa bawah kerajaan negeri," katanya.