 |
Betulkah Anwar tidak kenal Datuk Eskay Shazally?* |
Salam 2 all, dan salam khas untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, bakal mantan MB Selangor!
Selaku penulis (blogger) mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah
untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak
kebenarannya!
Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah
terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!
Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.
Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri
memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan
Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan;
setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk
menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!
Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri!
Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi
bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac
2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy
ini!
Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat
perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24
Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.
Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.
Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan
pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi
DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung
tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.
Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.
Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang,
Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan
diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!
Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri
kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri
merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
(bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan
Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap
ADUN (PKR-Penanti).
Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.
Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan
perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar
Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri
sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi
dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!
Mereka tiada pilihan - Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing
menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi
dinasour!
Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri.
Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul
Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan
cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh
dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan
terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!
Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap
kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah
menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa
pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan
kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai.
Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu
yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri
telah menghina Islam.
Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam
terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan
Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk
politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi
Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu - satu untuk
engkau, sepuluh untuk aku. Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak
kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi
bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan.
Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi
Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan
Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk
Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;
Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan
UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan
pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO.
Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak 'masuk campur' urusan
penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka. Tidak lama lagi Tan
Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk
kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan
damai nasional ini?
Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti
akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan
Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak
menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka
ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah
kena kancing berdiri!
Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?
Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan.
Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid
didalam surau.
Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan.
Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN.
Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan
perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri
buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong
Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut.
Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka.
Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan
Sri!
Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan
Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan
Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati
mereka?
Nasihat keempat saya kepada Tan Sri,
pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk
Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!
Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang
boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri
berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor
untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk
membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor
sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 - Kajang! Baru kita
boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!
Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!
Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri
menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan
memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka
mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor
Darul Ehsan!
Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!
Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya
sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri.
Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah
sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor
khasnya, dan Malaysia amnya.
Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.
Addeenul nasihah - Islam itu nasihat.
Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.
You know your days as MB are numbered. It's either you go as
defeatist, or you fight and triumph as a hero. It's your choice Tan Sri.
Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!