Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

May 30, 2014

Teknologi Masa Kini : Dron Penyelamat Mangsa Lemas Dicipta Di Iran (10 Gambar)

Baywatch Iran!

Dron ialah kenderaan kawalan jauh yang kini sinonim dengan pembunuhan secara pukal mangsa tidak berdosa di Afghanistan, Pakistan dan Yemen. Sejak serangan 11 September lebih ramai mangsa terkorban akibat serangan dron bersenjata milik Amerika Syarikat dari mereka yang terkorban di menara World Trade Center. Imej dron semakin kotor selepas sebuah syarikat dron dibeli oleh Facebook untuk tujuaan memberi liputan internet ke kawasan pedalaman. Sungguhpun usaha Mark Zuckerberg ini adalah baik terdapat komentar yang mengatakam dron milik Facebook ialah konspirasi untuk melakukan pengawasan sepanjang masa rakyat di Amerika Syarikat.

Di Iran terdapat usaha dari RTS Labs untuk mengubah persepsi buruk dron. Dron ciptaan mereka digunakan untuk menyelamatkan mangsa lemas di tengah lautan. Idea untuk dron ini bermula selepas Amin Rigi seorang jurutera di RTS Lab membaca tentang jumlah kematian yang tinggi akibat lemas di Lautan Caspian. Sejak 8 tahun yang lalu lebih dari 1000 orang dilaporkan mati lemas. Dron PARS ciptaan mereka ini memulakan hayat sebagai sebuah kapal selam tanpa pemandu sebelum berubah menjadi bot tanpa pemandu dan akhir sekali dron terbang tanpa pemandu berkuasa elektrik. PARS mampu terbang selama 10 minit dengan sekali cas dan membawa 3 buah pelampung penyelamat. Dalam ujian yang dijalankan PARS mampu menyelamatkan mangsa lemas dalam asa 22 saat berbanding pengawal pantai manusia yang mengambil masa 90 saat. Apabila Amin Rigi disoal mengapa beliau mencipta PARS beliau berkata di dalam agama Islam menyelamatkan nyawa adalah lebih baik dari mengambil nyawa. Penciptaan PARS sebagai dron penyelamat pada hemat beliau adalah tanggung jawab beliau sebagai seorang muslim.





Sumber RTS

BN: REVEALED OF SECRETS TO WIN THE ELECTION #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JomPilihMah

http://antirepublik.blogspot.com

Location: Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak
Present by:  UMNO Information Chief,Datuk Ahmad Maslan
Date: 29/05/2014
Keynote:
1. During  General Election 2013, percentages of BN voters were as follows:
Malay - 72%
Chinese - 22%
India - 45%
2. If Barisan Nasional want to win,the percentage should be increased as follows:
Malay - 80%
Chinese - 40%
India - 60%
3. General Election 2013 previously,  9,210 BN members not to vote BN and BN was deficit 7,300 voters
4. 31st May 2014, To win BN candidate, we need to be able an additional 3,650voters
5. Mah Siew Keong won in 2004 with a majority of 10,000 over.

Kindly watch the video to get more information:

Olah Raga, Komputer, Sukan

May 29, 2014

PERSEMPADANAN SEMULA PERLU WUJUD LEBIH BANYAK KERUSI BAHARU

 Persempadanan Semula Parlimen Dan DUN


Persempadanan semula perlu dilakukan untuk mewujudkan lebih banyak kerusi baharu berikutan perkembangan terbaharu arena politik Sarawak dengan penubuhan parti politik baharu seperti Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Pemerhati Politik Wan Zain Syed Mohdzar, berkata sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Sarawak yang amat luas.

“Persempadanan semula ini penting kerana Sarawak sangat luas bahkan wakil rakyat tidak mampu menjaga kawasan mereka dalam satu-satu masa berikutan kekangan tugas lain,” katanya kepada Utusan Borneo di sini kelmarin.

Beliau memberitahu, dengan persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baharu nanti maka tiada lagi isu perebutan kerusi di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).
 http://antirepublik.blogspot.com
“Kawasan Parlimen dan DUN perlu dikecilkan supaya pembangunan mampu dirancang dengan lebih sistematik dan teratur terutama kawasan pinggir bandar dan pedalaman,” jelasnya.
Beliau berkata, ada kalangan wakil rakyat bukan sahaja memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan DUN, tetapi juga memegang jawatan lain.

“Kadangkala ada kalangan mereka ‘tiada masa’ untuk melawat kawasan justeru adalah wajar konstituensi yang luas itu diperkecilkan bagi memudahkan pengurusan yang lebih baik,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu bahawa ahli-ahli parti komponen BN yang keluar parti atau ‘lompat parti’ bukan asing dalam arena politik Sarawak.

Menurutnya, perselisihan faham atau percanggahan idea dalam parti antara punca ahli-ahli parti bertindak keluar parti seterusnya menubuhkan parti baharu demi memantapkan BN dan kepentingan tertentu.
“Meskipun menyedari tindakan menubuhkan parti baharu bakal memberi kesan kepada parti-parti lama, namun disebabkan kepentingan tertentu dan mengukuhkan BN, maka ahli-ahli parti terpaksa melompat ke parti lain,” ujarnya.

Wan Zain menarik perhatian, meskipun banyak parti baharu ditubuh namun di peringkat akar umbi terpulang kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka.
“Rakyat masih berkuasa untuk menentukan wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan terpulanglah kepada perjuangan parti-parti yang menepati cita rasa mereka,” katanya.

SOALAN PERSEMPADANAN!!!!


PERSEMPADANAN

1
Q: Berapa lamakah tempoh sesuatu urusan persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya dijalankan?
A:
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
2
Q: Siapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya?
A:
Mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah, i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat

3
Q: Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan?
A:
Mengikut Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada: i- Kerajaan Negeri
ii- Pihak Berkuasa Tempatan
iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan

4
Q: Apakah kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan diadakan?
A:
Kriteria yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu: i- Jumlah pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
ii- Sempadan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya tidak melangkau sempadan negeri.
iii- Terdapat kemudahan pentadbiran
iv- Pertimbangan khas untuk mengekalkan hubungan tempatan

5
Q: Apakah yang membentuk sesuatu Bahagian Pilihan Raya?
A:
Sesuatu Bahagian Pilihan Raya diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa Daerah Mengundi selepas mengambilkira kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Seksyen 4, Bhg.2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan. Setiap Daerah Mengundi pula mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
6
Q: Apakah yang dimaksudkan Daerah Mengundi?
A:
Daerah Mengundi ialah satu kawasan yang mana sempadanya ditetapkan oleh SPR dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya dan di dalamnya mengandungi beberapa lokaliti yang menunjukkan nama dan alamat pemilih yang berdaftar di kawasan itu.
7
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan lokaliti?
A: Lokaliti ialah unit yang paling kecil yang terdapat di dalam Daerah Mengundi dan ia mempunyai sejumlah pemilih dan alamat masing-masing.
8
Q:
Berapakah jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri dan Parlimen seluruh Malaysia yang berkuatkuasa sekarang?
A:
Jumlah Bahagian Parlimen ialah 222 dan Bahagian Pilihan Raya Negeri ialah 576.
9
Q: Apakah pilihan lain yang membolehkan urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dilakukan di Malaysia?
A:
Selain daripada lat tempoh 8 tahun, urusan persempadanan boleh juga dilakukan jika wujud keadaan berikut: i- Apabila berlakunya tambahan kerusi dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut sepertimana yang diluluskan di Parlimen mengikut Perkara 113(2A)
ii- Apabila berlakunya perubahan sempadan sesebuah negeri, misalnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

10
Q: Bilakah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang baru boleh digunakan dalam Pilihan Raya ?
A:
Mengikut Seksyen 12 Bahagian 2 Jadual Ke 13 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian-Bahagian Pilihan Raya baru hanya sah untuk dipertandingkan selepas pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
11
Q: Mestikah dalam sesuatu urusan persempadanan jumlah Bahagian Pilihan Raya perlu ditambah?
A:
Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan SPR membuat penambahan jumlah Bahagian Pilihan Raya apabila urusan persempadanan dilaksanakan.
12
Q: Adakah benar dakwaan bahawa urusan persempadanan yang dijalankan oleh SPR hanya menguntungkan parti Kerajaan?
  A:
Tidak benar. Urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dijalankan oleh SPR bukan bertujuan untuk menguntungkan mana-mana pihak, baik parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang. Urusan persempadanan Bahagian Pilihan Raya dijalankan adalah mengikut undang-undang dan prinsip-prinsip yang yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Sebelum sesuatu cadangan persempadanan diluluskan, ianya melalui pelbagai proses undang-undang seperti pameran, bantahan dan cadangan balas, Siasatan Tempatan dan seterusnya pembentangan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen.

CORETAN UNTUK ABBY ABADI YANG BAKAL MENJANDA LAGI...

Olah Raga, Bola Sepak
Memang betul, Abby Abadi diceraikan suami "muda"nya, Farhan. Dah masuk mahkamah Syariah hari ni. Dah kecoh pun pasal Abby bakal menjanda lagi... khabarnya dah 2 kali Farhan ceraikan dia...
Saya mohon kawan-kawan supaya tak kutuk Abby. Walaupun bakal disahkan berstatus janda sekali lagi, tak payah la kutuk dia dalam hal janda menjanda ni... awat berdosa kat mana jadi janda ni..kan? Islam pun tak bagi kita kutuk yang bukan-bukan...
Cuma saya pesan la sikit kat Abby... jaga la diri tu lepas menjanda. Dah jadi macam budaya, orang kat Malaysia ni kadang-kadang pandang serong kat janda. Apatah lagi janda yang macam Abby..selebriti yang lompat jadi "ustazah segera" bila masuk PAS...

Hati-hati bila berbicara... takut tersalah fatwa...orang kecam habis-habisan. Lagipun Abby bukannya ada background pengajian Islam secara mendalam. Baru nak berjinak-jinak.. cuma PAS saja yang gopoh dok letak Abby atas pentas.. tu yang terkeluar "fatwa karut marut" tuuu...heh! Culture shock kot? Biasa laaa...
Seperkara lagi, hati-hati dengan pak-pak lebai PAS bila dah menjanda ni. Depa tu bukan boleh tengok janda dahi licin merelit macam Abby ni... meleleh ayaq liyoq depa tengok... ternganga mulut tengok Abby lalu depan depa... biasa la pak-pak lebai PAS... depa kalau boleh na kawin lebih dari 4! Heh!
Kalau Abby nak terus menjanda sampai mati pun boleh. Tak salah dari segi hukum Islam. Rabiatul Adawiyah pun dulu janda sampai meninggal dunia. Tapi kalau Abby nak kawin kali ketiga, pastikan lelaki tu nak kawin dengan Abby ikhlas kerana Allah... bukan sebab nafsu atau terliyoq tengok Abby...heh!
Kesian pulak saya tengk Abby ni... Dia nak berubah, tapi dia biarkan dirinya diubah dengan cara yang salah... Orang yang nak ubah dia tu pun tak berapa nak betoi... cakap saja pasai Islam... tapi buatnya tak melambangkan Islam pun... politik je lebihhh...
Mungkin Abby dah termakan dakyah depa kononnya PAS tu Islam dan Islam tu PAS... Salah tu Abby... PAS tu sama macam UMNO.. PAS tu parti politik... PAS tu bukan Islam... Islam tu pulak bukan PAS sebab Islam tu sebenarnya ialah agama.. parti politik dengan agama mana boleh sama...kan?
Harap Abby maklum dan gunakan akal yang Allah berikan untuk berfikir... Selamat maju jaya. Tutup buku lama dan bukak la buku yang baru dengan azam menuju ke jalan Allah yang sebenar.. insyaAllah...

KENAPA MELAYU BEGITU BAIK???????

  Bujang Senang, Info Semasa
 
Ultra kiasu jahat dan licik, dengan sengaja menggunakan isu ucapan Obama dan temuduga biasiswa MARA untuk menekan kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Apa yang pelik adalah, kita begitu cepat melatah tanpa usul periksa. Apa isu sebenarnya? Ingatan saya, kepada orang Melayu jangan jadi bodoh. Mengaku salah tidak tentu pasal. Siasat dan buat penyelidikan dahulu, lepas itu, barulah bincang apa yang benar, apa yang salah. 
Ucapan presiden boneka Yahudi itu mengenai kedudukan bukan Melayu sangat menyakitkan hati. Bukan Melayu dikatakan didiskriminasikan dan ditindas. Tertanya-tanya saya, diskriminasi apa?  penindasan bagaimana yang telah dilakukan kerajaan? Ultra kiasu dengan cepat menyahut, mahukan konsep yang diperjuangkan sejak penubuhannya, Malaysian Malaysia dipraktikkan segera, sama rata dan sama rasa. Ini bermakna, perlembagaan perlu dipinda.
Apa masalahnya? Kenapa tidak dijawab secara akademik? Kenapa orang Melayu begitu baik?
Sistem pendidikan di negara ini, sudah lebih Cina daripada negara China, seperti sekolah jenis kebangsaan dan universiti Cina berasaskan kaum. Sekarang ini, di sana sini, di setiap negeri, ada sahaja, bandar insdustri Malaysia-China diwujudkan. Siapa yang beruntung dalam soal ini?
Kemasukan ke Institusi pengajian tinggi, boleh dikatakan majoriti adalah orang bukan Melayu. Di IPTA, mereka sudah hampir separuh. Di IPTS, majoriti besarnya adalah bukan Melayu. Ini tidak termasuk universiti yang dipunyai oleh parti  politik dan ahli perniagaan berasaskan kaum. Mungkin ada yang membangkitkan UiTM dan Universiti Islam. Persoalan saya, berapa banyak universiti jenis ini berbanding universiti swasta?
Saya amat yakin, Obama yang menjadi boneka Yahudi yang telah dibrainwash oleh musuh musuh Islam sebelum ke mari. Tidak mustahil ia adalah ultra kiasu. Sebab itulah, kita lihat NGO-NGO bukan Islam begitu ghairah bertanya soalan kepada Obama. Soalan-soalan dan pandangan mereka, tidak sedikitpun memuji negara yang didiaminya, sanak saudara dan tempatnya mencari makan secara senang lenang.
Pada saya mudah sahaja, jika di sini,  bukan lagi syurga untuk dijadikan tempat tinggal, carilah tempat lain yang boleh menjanjikan syurga itu. Kenapa mereka tidak berbuat demikian? Jawapannya, mudah. Di sini sudah ada syurga. Kenapa mereka masih meminta dan mendesak? Mereka mahukan syurga yang lebih indah. Kita yang masih buta.
Kita pula terlalu bersangka baik dengan mengharap Obama memuji pentadbiran negara kita. Wal hal, kunjungan Obama sebenarnya agenda untuk memporak-perandakan negara ini.
Begitulah liciknya strategi Yahudi dan bukan Islam, akhirnya mereka yang menang, kita terus berada di pihak yang kalah, sejak dahulu lagi.
Sekarang inipun kita masih tidak mampu untuk menjawab. Saya sudah naik muak, dengan dasar pengecut dan mudah mengalah kita semua.
Timbul pula cerita isu temuduga biasiswa MARA. Apa salahnya jika temuduga turut turut bertanya soalan pasal Islam? Dapat jawab, itu dikira kredit. Tidak dapat jawab, tiada masalah. Bukan bermakna pelajar yang tidak dapat menjawab akan diketepikan. Kuota mereka tetap ada. Saya tidak kata tindakan penemuduga itu betul. Tetapi serangan mereka amat keterlaluan. 
Kita begitu beriya-iya untuk berkongsi kalimah Allah. Ini tidak termasuk kepercayaan kepada Nabi-nabi Islam, Nabi Adam, Musa dan Isa. Kenapa dalam hal ini begitu beremosi? Apa yang tidak relevannya?
Kadangkala dalam temuduga, kita juga ditanya mengenai perbandingan agama yang berkaitan dengan agama lain. Semuanya itu ada dalam subjek sejarah dan moral. Pelajar Melayu tidak pernah bisingpun.
Jika tidak dapat jawab, terus terang sahaja, saya tidak tahu. Apa yang penting kita dapat. Adalah perkara biasa dalam temuduga jika kita tidak dapat menjawab. Itu bukan satu kemaluan yang besar.
Dahulu, ketika saya masih kecil, saya adalah anak pertama bukan Islam Malaysia yang belajar dan mengambil mata pelajaran agama Islam dalam peperiksaan. Ketika itu, saya beranggapan, tidak salah mempelajari ilmu-ilmu Islam kerana ia bersifat universal. Hari ini saya, merasai keuniversalannya. Saya memahami erti adil.
Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika adil itu adalah Malaysia Malaysia, Malaysia ini sangat tidak adil. Diskriminasi sangat jauh bezanya. Rumah ibadat di negara ini sudah tidak nampak macam negara Islam, tetapi sudah jadi negara bukan Islam, dengan lambakan kuil, tokong dan gereja yang melebihi 500 ribu berbanding surau masjid sekitar 50 ribu, 10 kali ganda
Bahasa Melayu tidak lagi berdaulat. Bahasa asing lebih mengakar terutama bahasa Inggeris dan bahasa Cina. IPTS langsung tidak mempraktikkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, juga IPTA
Ekonomi dan harta kekayaan negara ini rata-ratanya dibolot dan dikaut oleh bukan Islam. Orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima habuan rasuah daripada bukan Islam. Di mana diskriminasi dan penindasan? Kenapa tidak dipertikaikan nasib bangsa Fijian di Fiji yang diperintah India dan orang Melayu yang diperintah Cina di Singapura? Adakah di situ ada sama rata dan sama rasa? Maju sangatkah negara-negara ini dengan konsep sama rata dan sama rasanya?

MELAYU MUDAH DIPERALATKAN

  http://antirepublik.blogspot.com
 
Calon gadis Melayu muda bujang parti ultra kiasu PRK Parlimen Teluk Intan, begitu ghairah untuk bertanding setelah ditawarkan. Beliau dengan megah berkata untuk memecahkan tembok perkauman, mewakili parti ultra kiasu. Mampukah? Berapa lama sudah berpolitik? Fahamkah sepak terajang politik? Benarkah ultra kiasu parti semua kaum? Cermin diri, lihatlah sekeliling. Percayalah, kamu sedang diperalatkan.
Jika terlalu benci pun dengan UMNO, masuk PAS, PAS for all lah katakan, tetapi bukan ultra kiasu. Peliknya kenapa ibu bapanya yang begitu lama berjuang dalam politik Melayu, tidak menasihati anaknya itu, malah memberikan sokongan padu kepada beliau? Mahu tumpang semangkok bila menang nanti?
Saya sangat kasihan melihat Melayu ini. Saya yakin, beliau sedar beliau sedang diperalatkan. Beliau tahu, dengan adanya Melayu seorang dua di situ, peluang untuk dicalonkan dalam pilihan raya adalah tinggi. Itulah antara strategik licik ultra kiasu.
Perangkap ultra kiasu mengena. Berjaya memanipulasikan keadaan. Justeru, saya yang pernah bersekolah dan tinggal di Teluk Intan, mengajak semua pengundi di sana, agar dapat merenung sejenak sebelum mengundi calon Melayu ultra kiasu atas beberapa alasan.
Pertama, parti ultra kiasu bukan parti pelbagai kaum. Tetapi parti rasis Cina sejak dahulu lagi. Wajah-wajah bukan Cina yang ada di situ hanyalah tempelan semata-mata, bagi menutup tembelang mereka. Maka tidak hairan, mereka bermatian-matian untuk memancing anak-anak Melayu menyertai parti perkauman ini.
Ultra kiasu mahu memecahkan tembok perkauman, tetapi mereka tidak pernah menjunjung agenda kebangsaan yang beridentitikan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Misalnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lihatlah papan-papan tanda di Pulau Pinang, seolah-olah sudah menjadi Hong Kong. Terlalu kecinaan.
Begitu juga dengan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam, sekolah kebangsaan dan lain-lain lagi. Mereka tidak pernah mengiktiraf. Ultra kiasu mahu mewujudkan negara republik. Sama rata sama rasa. Sebab itu, sejak dahulu lagi mereka menentang agenda kebangsaan ini. Caranya dengan menyalahkan UMNO yang dituduh rasis untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenar yang lebih rasis. Tanyalah bekas pemimpin-pemimpin Melayu yang telah keluar daripada parti ini.
Kedua, perjuangan ultra kiasu adalah Malaysian Malaysia, sama rata sama rasa. Mana ada negara-negara di dunia mempraktikkan dasar sebegini? Mesti adalah sedikit kelebihan kepada peribumi, kerana setiap bumi yang dipijak ada penunggu bangsanya. Melayu-Tanah Melayu, British-Britain, Cina-China, Siam-Thai, Jepun-Jepun dan lain-lain. Tidak hairanlah jika bangsa dan agama negara mereka diberikan sedikit keistimewaan.
Baca kenyataan Perdana Menteri Britain, David Cameron, pada 24 April 2014. Secara tegas beliau berkata, “Britain adalah negara Kristian”. Agama Kristian sudah tentu mempunyai lebih hak daripada agama lain. Untuk makluman, populasi agama di Britain adalah, Kristian 59.5%, tiada agama 25.7%, agama tidak tercatat 7.2%, Islam 4.4% dan lain-lain 3.2%. Peratusan pecahan agamanya hampir sama seperti Malaysia, Melayu Islam 55% (+ bumiputera 65%), Cina 25%, India 7% dan lain-lain. Jika Britain boleh isytihar mereka negara Kristian dengan populasi sedemikian, kenapa kita tidak boleh?
Bila Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam suatu ketika dahulu, yang paling kuat menentang adalah ultra kiasu. Inilah juga pendirian gadis itu? PAS beranggapan pendirian ini tidak salah, kerana adalah sesuatu yang lumrah, ahli parti akan menjunjung agenda parti. Tetapi PAS perlu ingat, ultra kiasu adalah parti yang lantang menentang Islam.
Ketiga, setakat ini, boleh dikatakan tidak ada orang Islam yang faham Islam menyertai parti ultra kiasu ini, termasuk gadis bertudung. Semua yang menyertai parti ultra kiasu adalah kalangan yang jahil agama. Tanyalah Melayu ultra kiasu yang telah insaf dan isytihar keluar parti.
Ultra kiasu tahu, mereka akan menghadapi masalah jika menerima ahli yang faham Islam.
Justeru, saya tidak terkejut jika gadis ini dikaitkan pakaian bikini, walaupun dinafikan. Perkara seumpama ini tidak mustahil berlaku bagi mereka yang menyertai parti ultra kiasu. Orang sebeginilah sebenar yang dicari.
Beberapa pemimpin Melayu ultra kiasu yang saya kenali secara dekat, tidak pernah sembahyang, apatah lagi beramal dengan Islam. Jiwa Melayu Islam telah mati. Inilah Melayu yang ditonjolkan ultra kiasu untuk memusnahkan dan menghancurkan Melayu Islam.
Ada yang mencadangkan supaya dibuat kajian kenapa anak Melayu boleh menyertai ultra kiasu. Sama juga masalah Melayu masuk Kristian. Pada saya, kajian sebegini tidak perlu dibuat. Buang masa dan buang duit.
Lebih baik kajian sebaliknya dibuat yakni, menjurus kepada kenapa orang Melayu zaman dahulu, bersekolah Inggeris (Sekolah Missionari Kristian), berseluar pendek dan berskirt, pegangan agama tidaklah sekuat seperti orang PAS pada hari ini, persekitaran tidak berapa Islamik, pengaruh Kristian begitu kuat di sekolah dan lain-lain,  tidak ada kedengaran anak Melayu masuk Kristian atau menyertai ultra kiasu?
Jawapan sementara saya adalah, ketika itu orang Melayu berpegang kuat kepada adat budaya bersendikan Islam. Identiti ini begitu kuat mengikat. Pegangan inilah yang menjadikan mereka kuat dan tidak mudah terpengaruh walaupun dugaan dan ujian persekitarannya begitu mencabar.
Hari ini, semua identiti ini sudah tercabut. Walaupun generasi hari ini kononnya hidup dalam persekitaran boleh dikatakan Islamik, kehidupan mereka sudah tidak seperti Melayu. Tetapi sudah menjadi orang barat, malah ada yang lebih barat dari barat dalam cara hidupnya.
Saya rasa inilah proses inilah yang sedang berlaku kepada anak muda Melayu hari ini, termasuk calon Melayu ultra kiasu ini. Adat budaya dan agama tidak lagi mengikat. Sebab itulah, ultra kiasu begitu kuat memperjuangkan hak asasi manusia, agar Melayu tidak lagi bersendikan adat budaya dan agama, tetapi menjadi moden seperti mereka.
Keempat, cuba perhatikan, seperti mana yang dipesankan oleh ibu calon Melayu ultra kiasu ini, jangan lupa solat dan bersolat sebelum berkempen. Alangkah indahnya jika suruhan ini diamalkan. Tunjukkan kepada ultra kiasu bahawa kamu adalah Muslim beriman dan yang beramal. Lakukan amar makruf nahi mungkar dalam parti ultra kiasu. Saya yakin, beliau tidak akan berani melakukannya, kerana pasti ultra kiasu akan menendang gadis Melayu ini keluar.
Jangan hanya berselendang masuk berkempen di kawasan Melayu Islam dan membogelkan kepala di kawasan bukan Islam. Islam apa ini? Islam kapal selam? Saya tidak nafikan ada pemimpin UMNO pun sebegitu.  
Kelima, kenapa ultra kiasu ini amat berminat meletakkan  budak Melayu dalam PRK kali ini, sedangkan ramai lagi calon Cina yang berkelayakan. Jawapannya, kerana gadis ultra kiasu berani mempertikaikan kedudukan UiTM, tempat dia belajar dahulu sehingga menjadi peguam. Beliau sanggup gigit tuan, seperti melepaskan anjing tersepit.
Kenapa tidak mempertikaikan universiti yang amat jelas berasaskan kaum seperti universiti yang dipunyai oleh Dong Jiao Zong, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain? Adakah universiti ini untuk semua kaum seperti yang dicanangkan oleh ultra kiasu? Inilah Melayu tiada identiti yang dicari ultra kiasu.
Keenam, awal-awal lagi parti dan calon ultra kiasu ini secara terang menyatakan pendirian akan menentang undang-undang Islam (hudud) yang akan dilaksanakan oleh PAS. Saya tidak kisah jika kenyataan ini keluar daripada ultra kiasu kafir. Tetapi gadis Melayu jahil ini juga begitu berani berkata sedemikian. Apa yang dia tahu tentang hudud? Berapa juzuk Quran yang dihafal? Berapa ayat yang difahami? Peliknya, kenapa PAS begitu beriya-iya berkempen orang yang menentang matlamatnya?
Sejarah membuktikan, sejak dahulu lagi, ultra kiasu langsung tidak ada rasa hormat dengan Islam selaku agama negara dan majoriti Melayu negara ini. Dalam perisytiharan Setapak, 29 Julai 1967, ultra kiasu berjanji akan berpegang kuat kepada fahaman sosialis. Maka tidak hairan, pada Ogos 1966, ultra kiasu menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa, Zurich, Switzerland. Saya ingin bertanya PAS, kenapa tidak mengkafirkan Melayu dalam parti ini? Kenapa UMNO yang dijadikan sasaran untuk dikafirkan. Yang jelas kafir, tidak dikafir. Yang tidak kafir dikafirkan. Adakah ini wajar?
Ketujuh, yakinlah, jika gadis ini menang dalam PRK Teluk Intan, beliau akan menjadi alat ultra kiasu. Wakil ultra kiasu kafir tidak perlu lagi menentang agenda Islam di parlimen, kerana wakil Melayunya telah ada. Beliaulah yang akan menjadi paling lantang menentang hudud PAS yang akan dibentangkan di Parlimen. Apakah wajar PAS begitu ghairah untuk mengundi calon ini.
Saya harap pengundi-pengundi Islam tempat saya bersekolah, dapat membuka mata. Ingatan saya kepada pengundi PAS, menang atau kalah, BN tetap memerintah. Jangan korbankan prinsip semata-mata nak menjaga rakan sepakatan walaupun amat jelas mereka ultra kiasu, musuh Islam. Apakah PAS masih mahu bertahaluf siyasi, tidak salah mengundi gadis yang tidak berkelubung ini, yang secara jelas menentang agenda PAS sendiri? Apakah PAS akan memberi alasan untuk berdakwah kepada gadis ini? Atau mungkin ada teringin untuk mengoratnya bagi dijadikan isteri. Sama-sama kita lihat.

Haron Din Umum Keluar Parti PAS? #PRKTelukIntan

Sorotan Info Terkini

Info Terkini : Raja Nazrin Sultan Perak Yang Baru


Bujang Senang
KUALA KANGSAR — Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.
“Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.
Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.”

Bukti #Dyana Lebih Baik Dari Mah? #PRKTelukIntan

Info Terkini
Sekiranya kita ingin bercakap tentang pertandingan yang adil, maka Pilihanraya Kecil Teluk Intan sememangnya tidak adil. Mana mungkin ia adil jika dilihat dari rekod kedua-dua calon yang langsung tidak setara dari segala segi. 
Dato’ Mah Siew Keong, calon BN merupakan seorang yang telah banyak berjasa. Beliau yang merupakan Presiden Gerakan pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dan kemudiannya Pertanian dan Asas Tani. 

Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Majlis di Hilir Perak pada tahu 1995 sebelum menjadi ADUN Pasir Bedamar. Pada tahun 1999, beliau menjadi ahli Parlimen Teluk Intan dan berjaya mengekalkan kerusi itu pada tahun 2004. 

Sepanjang perkhidmatannya, Dato’ Mah telah berjaya menamatkan masalah banjir bagi penduduk di sepanjang Sungai Perak dengan mendapatkan peruntukan untuk pembinaan projek benteng pencegah banjir sepanjang 10km. 

Beliau juga begitu aktif dalam memperjuangkan pendidikan, pertanian dan juga kebajikan masyarakat setempat. Antaranya, beliau telah membina pusat dialisis bersama dengan pertubuhan-pertubuhan tempatan. Beliau juga memainkan peranan utama dalam memperolehi peruntukan bagi pembinaan tokong Cina, Yayasan Perubatan Chung Hua, Kolej Komuniti dan juga Terminal Bas. 

Pendek kata, tiada alasan bagi kaum Cina mahupun mana-mana kaum untuk menolak beliau dan memilih lawannya yang langsung tidak mampu menjanjikan apa-apa. 

Lawannya, iaitu Dyana Sofea calon DAP, hanya mampu berbangga sebagai graduan yang menggunakan hak istimewa Melayu tetapi kini berjuang untuk menghapuskan keistimewaan itu. Lebih dari itu, kempen Dyana hanya membawa pendekatan klasik DAP iaitu memburukkan kerajaan dengan menyentuh soal jenayah dan harga barang, selain hak bumiputera. 

Hiburan, Isu Semasa, Sukan

Bukan sahaja tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada penduduk Teluk Intan tetapi kredibiliti Dyana juga kini diragui. Ini berdasarkan pemerhatian ramai di mana Lim Kit Siang sentiasa bersama Dyana sepanjang kempen seolah-olah memantaunya. 

Jika kita tidak mengenali Kit Siang, kita mungkin menyangka yang beliau tergila-gilakan Dyana sehingga tidak boleh berenggang darinya. Kita mungkin menyangka yang Dyana bukan sekadar boneka atau maskot DAP, tetapi seolah-olah ‘pet’ atau binatang peliharaan kesayangan Kit Siang. 

Keraguan kita akhirnya terjawab apabila Dyana tidak mampu menjawab soalan wartawan yang meminta beliau mengulas mengenai Tunku Aziz. Oleh kerana Dyana benar-benar menjadi kelu, Lim Kit Siang telah terpaksa membantunya dengan menepis soalan tersebut. Video ini kini begitu luas tersebar dan tidak dapat dinafikan lagi oleh Dyana ataupun Kit Siang. 

Rupanya, Kit Siang mengawal Dyana sebegitu rupa kerana Kit Siang tahu bahawa setiausaha politiknya itu bukanlah seorang yang berkredibiliti. 

Dyana seharusnya jauh lebih bersedia untuk menangani soalan mengenai Tunku Aziz kerana ia merupakan asas penilaian rakyat terhadap pendiriannya menyertai DAP. Namun, malangnya, Dyana bagaikan langsung tidak pernah mendengar siapa itu Tunku Aziz. 

Kini rakyat tertanya-tanya, jika dipaksa untuk menjawab soalan berikut, apakah Dyana akan menghentam Tunku Aziz sebagai penipu dan pengkhianat parti? Apakah Dyana percaya yang dirinya jauh lebih mengenali DAP dan lebih bijak dari Tunku Aziz? Apakah Dyana akan menyangkal segala tuduhan Tunku Aziz terhadap DAP?

Teruskan MEMBACA DISINI

PM Hadir Berikan Penghormatan Terakhir Kepada Almarhum Sultan Azlan @NajibRazak

Info Terkini
Setelah berangkat pulang daripada China malam semalam , YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hadir memberikan penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat tengahari semalam.
Info Terkini
Info Terkini

Info Terkini
Info Terkini
Al Fatihah

May 28, 2014

APA BEZA DALAM GAMBAR KAT BAWAH NI... HEH!

Majalah Isu Semasa

Cuba tengok perbandingan karekter penampilan kat atas ni... apa pandangan korang?

Yang sorang tu PAS seumur hidup... 

Yang tengah tu Ketua Puteri UMNO... 

Yang ketiga tu calon DAP Teluk Intan...

Apa komen?

Mampukah kecantikan menutup segala pembohongan yang berlaku



Raut wajah cantik sering dikaitkan dengan budi pekerti yang baik, sopan santun, ramah mesra dan menjadi 'role-model' kepada wanita lain.

Tetapi, cantik sahaja tidak cukup untuk memenuhi kriteria tersebut jika tidak seiring dengan akal yang bijak. Kini, pemilihan Dyana Sofya sebagai calon DAP menjadi bahan bualan kerana bukan saja muda tetapi memiliki rupa paras yang cantik.

Namun, penipuan yang dilakukan Dyana Sofya terbongkar satu demi persatu susulan terbongkarnya beberapa bukti melibatkan isu-isu Dyana yang dikatakan pembohong.

"Mengapa beliau menipu? Mengapa beliau memilih untuk berbohong? Bermula dengan isu hudud yang sering dipersoalkan mengenai agenda hudud PAS di Kelantan.

Beliau secara terbuka akan menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan Dyana tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di negara ini dan akan tetap berpegang dengan pendirian partinya yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

 BACA LANJUT DI : SARAWAKIANA

May 26, 2014

Dyana Sofya: ANAK DARA APA SUKA MENIPU..? KIT SIANG ATAU YAMMY YANG AJAR..??

Ni baru sikit... ada lagi yang terbaruuu...
Saya difahamkan Dyana Sofya semalam menghabiskan masanya menonton Final Piala Thomas di Teluk Intan dengan beberapa kerat penyokong fanatik DAP. Anyway, saya pun ada menonton...tapi di rumah la bersama family...Malaysia tewas 2-3 di tangan Jepun...
Walaupun kita tewas semalam, tapi pada saya cara kita kalah tu penuh bermaruah...China kena titik 3-0 dengan Jepun bebbb.. tapi kita mampu kalahkan Indonesia 3-0 meskipun kalah kepada Jepun 2-3.. semangat juang masih tinggi hingga ke saat akhir...
Bercakap soal maruah.. saya tertanya-tanya la jugak.. Err.. Dyana Sofya tu ada maruah ke tak? Maksud saya begini...


Untuk cerita Dyana kantoi abih tu boleh rujuk KAT SINI...
Semalam, Dyana Sofya memang kantoi habis-habisan menipu media dan rakyat Malaysia. Memang dah kecoh pun semalam dia kantoi menipu pasal penyertaan ibunya, Yammy Samat dan dirinya sendiri dalam PERKASA... alaaaa.. korang tau la orang Cina memang tak suka pada PERKASA..kan?
Mungkin sebab Dyana tau orang Cina tak suka PERKASA, dia sanggup berbohong kononnya mak dia tak pernah masuk PERKASA...
Tapi dia punya bohong tu tak bertahan lama... terus bukti keluar! Malah Dyana sendiri pun ada kat Majlis PERKASA tu.. amacam? Sekeping lagi gambar menunjukkan dia dan mak dia tersengih-sengih dok sebelah Tok Him... amacam? Mau tipu lagi?
Fakta yang perlu ditampal di dahi Dyana Sofya sekarang ialah mak dia tu...yang nama Yammy tuuu.. sebenarnya ialah KETUA WANITA PERKASA yang PERTAMA! Amacam?
Dyana.. you tak perlu la menipu kalau betul mak you tu Ketua Wanita PERKASA ke.. pernah join PERKASA ke apa.. You tak tahu? Mustahil you tak tau sebab you pun ada kat gambar majlis PERKASA tu... logik la sikit...
Apa you nak malu kalau mak you or you sendiri pernah join or sokong PERKASA? Ngaku je laaa.. Apa mak bapak you ajar you berbohong ke? Awat? School LLB kat UiTM tu ajar you jadi seorang LAWYER yang KUAT MENIPU ke? Errr.. you agama apa ek? Agama you ajar you menipu ke?
Last question saya nak tanya... 
DYANA NI ADA MARUAH KE BILA MENIPU MACAM NI?

KERUSI TURUN TEMURUN.. ANAK BERANOK...

GEORGE TOWN: DAP mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P051, Ahad dengan majoriti lebih kecil.
Calonnya, Ramkarpal Singh Deo memperoleh majoriti 37,659 undi menewaskan tiga lagi calon lain.
Ramkarpal memperoleh 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dengan 3,583 undi.
Dua lagi calon Bebas, Mohamad Nabi Bux Mohd Abd Sathar mendapat sebanyak 299 undi dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang juga seorang peguam sekadar memperoleh 225 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.
Kemenangan itu seolah-olah dijangka awal apabila dewan pengumuman mula sesak dipenuhi penyokong DAP yang berhimpun sejak petang sebelum keputusan diumumkan.
Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal akibat kemalangan jalan raya di Kampar, Perak pada 17 April lalu.
Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.
Pada PRU-13 lalu, mendiang Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam yang memperoleh 14,061 undi.

DYANA BERSAMA PASAR BABI, OK TAK ?

DYANA SOFYA DI PASAR BABI MENCARI UNDI CINA
Nampaknya calon parti DAP Dyana Sofya Mohd Daud dilihat semakin melangkah ‘jauh’ dalam kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Satu gambar dari blog Nalurirakyat.blogspot.com memaparkan gambar Dyana melawat sebuah pasar yang menjual daging babi di kawasan Parlimen berkenaan.
Sudah pastinya ia sebagai salah satu cara kempen DAP yang menjadi parti yang menaungi perjuangan politik Dyana untuk meraih undi sebanyak mungkin di Teluk Intan termasuk dari bangsa cina.
Dikatakan beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang turut masuk ke dalam pasar berkenaan bagi mendekati pengundi.
Tindakan beliau dikecam blog pro Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan tindakannya sebagai membelakangkan hukum dalam Islam yang meletakkan babi sebagai haram.
Bukanlah jadi satu dosa untuk memasuki pasar yang menjual daging haiwan itu cuma ia bakal mencalarkan sensitiviti umat Islam dan ia akan disifatkan sebagai tidak menghormati agama tambahan pula Dyana adalah seorang Islam.
Adakah beliau membersihkan diri dengan bersamak selepas melawat pasar itu tidak pula diketahui.
Daripada gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kaki babi tergantung untuk dijual kepada pelanggan di dalam pasar berkenaan.
Setahu penulis, kempen oleh calon Umno dalam Barisan Nasional (BN) tidak pula pernah memperlihatkan tindakan mereka masuk ke pasar menjual babi.
Demi kerusi di dalam Dewan Rakyat yang terletak di bangunan Parlimen, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membelakangkan sensiviti umat sesama agama sendiri.

DYNA SOFYA Calon DAP Teluk Intan Kempen Keahlian PERKASA

D


Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh Suara.TV berhubung kelayakan calon DAP, Dyana Sofea sebagai seorang peguam, pihak kami menerima pelbagai maklum balas berhubung isu tersebut.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan menyelar tindakan Dyana itu.

Menurut Haezreena seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” katanya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya wakil calon yang tidak berterus terang berkenaan dengan professionnya secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” katanya lagi.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.

“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah di panggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.

Paling menarik pihak kami turut menerima maklumbalas dari seorang yang mendakwa sebagai rakan sekelas Dyana.

Menurutnya yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ira berkata, Dyana adalah seorang peguam sejak tahun 2010.

“Saya seorang peguam dan saya merupakan ex-class mate Dyana masa di UiTM dahulu.

“Dyana called to the bar pada tahun 2010 and i was there during her the ceremony” jelas Ira di ruangan komen.

Namun Dyana sebelum ini mengatakan dirinya menjadi Peguam pada tahun 2011.

Berikut adalah rakaman kenyataan Dyana ketika sidang media semalam.

Piala Thomas | Jepun Tundukkan Malaysia

Piala Thomas | Jepun Tundukkan Malaysia | Bukan rezeki... Bukan  rezeki kita untuk bawa balik Piala Thomas yang diidam idamkan sejak sekian lama...


Aku tak salahkan mana mana pemain negara kita sebab aku tahu mereka dah cuba yang terbaik... Tapi memang bukan rezeki kita lagi... 

Selepas ni, siapa lagi yang perlu kita harapkan untuk mewakili negara kita?? Pelapis pon belum ade klon dari Lee Chong Wei.. Pelapis yang ada sekarang ni perlu digilap lagi... Gilap bagi licin... 

Aku yakin satu hari nanti, piala thomas tu pasti menjadi milik kita... Malaysia Boleh..!!!

May 23, 2014

PERSEMPADANAN SEMULA BOLEH MENANGANI KONFLIK TERAS DAN KOMPONEN BN SARAWAK

Isu yang melibatkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan beberapa komponen BN Sarawak yang lain lebih terarah kepada pembahagian kerusi DUN Sarawak menjelang PRN Sarawak akan datang.
Ini susulan daripada kemasukan pemimpin komponen BN dari SPDP dan SUPP serta seorang pemimpin SWP yang sebelum ini mewakili Bebas.
Jika semua pemimpin TERAS itu bertanding dalam PRN Sarawak akan datang bermakna ia akan menyebabkan SPDP dan SUPP kehilangan banyak kerusi yang akan ditandingi mereka.
Juga, kemasukan bekas ADUN SWP di DUN Pelagus yang mana sebelum ini merupakan ADUN Bebas yang berjaya mengalahkan calon BN-PRS pada PRN Sarawak lepas yang kini menyertai TERAS.
Apakah jika TERAS diterima sebagai komponen BN maka ADUN Teras di DUN Pelagus akan turut bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket BN sedangkan kerusi itu dikhususkan kepada PRS?
Demikian juga kepada SPDP dan SUPP kerana sekiranya kesemua ADUN TERAS sekali lagi dipilih sebagai calon pastinya mereka akan cuba mempertahankan kerusi itu dan akan berhadapan dengan calon SPDP dan SUPP yang juga komponen BN.
Inilah yang menjadi persoalan asas terhadap konflik TERAS dan komponen BN yang kini sudah kelihatan runcing sehingga menyebabkan berlakunya pergolakan politik di Sarawak.
Justeru, untuk menangani isu ini jalan terbaik adalah mewujudkan lebih banyak kerusi baharu di DUN Sarawak yang mana ia dapat menampung keperluan ADUN-ADUN yang kini menaungi TERAS.
Dengan persempadanan semula dan mewujudkan kerusi baharu nanti maka tiada lagi isu perebutan kerusi di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).
Memang diakui kebanyakan pemimpin TERAS mempunyai sokongan kuat daripada akar umbi dan ini sememangnya satu kerugian jika mereka tidak bersama BN.

Rakyat masih berkuasa untuk menentukan wakil rakyat mereka pada PRN akan datang dan terpulanglah kepada perjuangan parti-parti yang menepati cita rasa mereka.

May 21, 2014

2000 ahli bantah penipuan PKR



Kira-kira 2000 ahli PKR mengadakan satu demontrasi di hadapan Ibu Pejabat PKR malam tadi bagi membantah pemilihan PKR yang sedang berlansung.

Kebanyakan Ahli parti menimbulkan rasa ketidak puasan hati dengan unsur penipuan dan penyelewengan dalam pemilihan PKR 2014 baru-baru ini.

BACA LANJUT:-  SARAWAKIANA

May 20, 2014

Kit Siang halang Dyana bersuara




Kenyataan yang mengatakan bahawa Dyana Sofya calon DAP bagi kerusi Teluk Intan sebagai boneka kini umpama "sudah terang lagi bersuluh".

Hal ini dapat dibuktikan pada sidang media Pusat Operasi Utama DAP Teluk Intan apabila Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga merupakan "bos" kepada Dyana tidak memberi peluang kepada calon muda itu menjawab soalan daripada wartawan.

Soalan yang diajukan wartawan sepatutnya dijawab oleh Sofya namun berlaku sebaliknya apabila Lim Kit Siang pula yang menjawab. Kenapa Dyana dihalang untuk menjawab soalan? dimanakah hak kebebasan suara beliau? ataupun calon muda ini terlalu baru dalam arena dunia politik?

BACA LAGI:- SARAWAKIANA

Biodata ringkas Dyana, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang



Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat.

Ini merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima Dyana Sofya selepas menyertai parti DAP tahun lalu dan menjadi wanita melayu pertama dilantik sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

BACA LAGI :- SARAWAKIANA

Video pengakuan Dyana menolak pelaksanaan Hudud




Beberapa pihak dari PAS yang dilihat begitu komited untuk melaksanakan Hudud di Kelantan tetapi juga menyuarakan sokongan kepada Dyana Sofya dan DAP yang jelas menolak perlaksanaannya.

Klik sini untuk video:- SARAWAKIANA

May 15, 2014

BIARPUN DIFITNAH DAN DIHERDIK ADENAN CATAT SEJARAH JUMPA PEMBANGKANG SARAWAK


Dalam politik tiada apa yang mustahil termasuklah yang menarik balik surat keluar parti seperti mana yang berlaku dalam UMNO di Terengganu.

Di Sarawak, sejarah tercipta apabila Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah mengadakan perjumpaan dengan ADUN daripada parti-parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri semalam.

Pertemuan kira-kira sejam lebih yang bermula jam 12.30 tengah hari itu diketuai Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berlangsung di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 5, Kompleks Dewan Undangan Negeri.

Selain mengadakan perbincangan, kesemua kepimpinan Pakatan Pembangkang menikmati makan tengah hari bersama Adenan.

Sebaik sahaja selesai makan tengah hari, Adenan yang ditemui menyifatkan perjumpaan tersebut adalah ‘saat bersejarah’ di mana ia adalah pertama kali wakil-wakil rakyat pembangkang mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri baharu.

“Ia adalah permulaan yang baik walaupun kami mempunyai perbezaan politik tetapi sekurang-kurangnya masih terdapat beberapa perkara yang boleh kita capai,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata antara isu yang DAP kemukakan kepada Adenan ialah memberi jaminan akan bekerjasama bagi polisi-polisi yang benar dan adil.

Manakala, bagi Pengerusi BNBBC, Abdullah Saidol berkata perjumpaan tersebut adalah sangat mesra dan akan membantu kepada kemajuan Sarawak pada masa depan.


“BN mempunyai cara sendiri untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan dan pembangkang juga begitu tetapi adalah lebih baik untuk kedua-dua pihak salingbertimbang rasa dan toleransi, bukannya melampau dalam banyak perkara,” katanya.