Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Jun 24, 2014

Jejak Pemimpin Yang Menjadi Khadam Umatnya

agama, islam, murtad
Oleh : Dr Juanda Jaya

Kemenangan atau kekalahan, kejayaan atau kegagalan adalah pilihan ketentuan Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya. Menang bermakna diuji, kalah pun sama diuji. Segala-galanya bergantung kepada bisikan hati, untuk apa kemenangan ini? Apakah ia akan dipersembahkan kepada Allah Taala sebagai satu janji antara diri seorang pemimpin dan Tuhannya. Janji menjalankan amanah kerana Allah Taala, berkhidmat untuk agama-Nya, meneruskan perjuangan Rasul-Nya.

Sungguh sebuah janji yang amat berat untuk dilaksanakan sehingga Umar suka mengingatkan dirinya sendiri sambil menitiskan airmata dengan ayat Al-Quran yang menggambarkan penghisaban setiap hamba pada hari kiamat nanti, melalui ayat yang bermaksud: “Hentikanlah mereka, sesungguhnya mereka akan disoal.” Bagaimanakah nasib diriku sebagai seorang pemimpin jika seekor anak kambing tersesat di kawasan pemerintahanku, akulah Umar yang akan disoal! Bagaimana dengan nasib janda-janda, anak yatim, fakir miskin, oh…alangkah baiknya jika aku hanya sebatang tunggul kayu!

Sesungguhnya Allah SWT mahu menguji apakah pada diri seorang pemimpin itu tersimpan jiwa hamba? Sehebat mana populariti yang berhasil dicapai dia tetap seorang hamba Allah. Kemenangan yang digenggam bukan bermakna dia boleh terlepas daripada genggaman Allah Taala. Untuk itu pemimpin yang disanjung para pengikutnya ini semakin rendah hati, taat dan setia kepada Allah SWT melebihi taat dan setia para pengikut kepada dirinya.

Dengan semangat iman dia berdiri memikul amanah Tuhan. Lautan, daratan, air, tanah, api, khazanah alam semesta segala-galanya dimanfaatkan untuk kepentingan umat manusia demi terciptanya kebahagiaan dan kesejahteraan, keamanan dan kasih sayang. Tangan pemimpin yang amanah diredai Allah, disayangi makhluk di bumi dan disanjungi para malaikat di langit. Ramai pemimpin umat ini telah meninggalkan jejak-jejak karismatik yang mempengaruhi keperibadian umat selama-lamanya.
Bermula dari teladan yang dituliskan dengan tinta emas pada jejak lantai sejarah dunia. Yang tidak dapat ditemui lagi selepasnya yang lebih baik daripada sejarah kepemimpinan baginda Rasulullah SAW. Para penentang dan musuh-musuh sentiasa mencari dan mahu menyerang peribadinya, tetapi sayang tidak mereka menemukan setitispun kehinaan sikap dan perilaku baginda yang menitis pada belanga kemurnian peribadinya.

Siapakah pemimpin di dunia ini yang boleh memberi khidmat kepada musuh-musuhnya, menjadi tempat bernaung para penentangnya? Hanya Muhammad SAW yang memberi contoh terbaik bagaimana menguruskan harta benda orang-orang kafir Quraisy yang pernah menghina, menyiksa dan bahkan berniat membunuhnya. Sehingga baginda berpesan kepada Ali RA ketika peristiwa hijrah, supaya memulangkan balik harta dan barang-barang berharga milik orang-orang musyrik yang mereka titipkan kepada Rasulullah SAW. Sungguh pelik, di satu sisi mereka membenci Nabi SAW dan menentang ajarannya tetapi di sisi yang lain pula percaya kepada kejujuran Nabi SAW sehingga menyerahkan harta bendanya untuk disimpan di rumah Rasulullah SAW.

Kejujuran telah menjadi timbangan yang paling berat di mata masyarakat dan tentunya di sisi Allah Taala. Siapapun akan menyayangi pemimpin yang mahu melihat dengan mata rakyat, mahu mendengar dengan telinga umat dan mahu merasa dengan meminjam hati nurani orang-orang yang susah. Rasulullah SAW telah memberi teladan bagaimana seorang pemimpin itu tidak segan-segan makan bersama para hamba abdi, duduk di atas tanah dan menahan lapar bersama umat yang kelaparan. Supaya lahir dalam jiwanya rasa belas kasihan dan kelembutan hati di dalam menerajui pemerintahan.

Tetapi Rasulullah SAW juga memberi contoh teladan tentang ketegasan dan disiplin supaya umat tidak terlena dan lemah keperibadiannya. Fakta sejarah telah merakamkan lahirnya undang-undang dasar negara pertama di dunia yang menjunjung tinggi hak asasi manusia di Madinah. Ketika meletakkan asas binaan negara Islam yang pertama, Baginda SAW terpaksa menghadapi permasalahan umat yang telah bernanah sejak lama, persengketaan antara suku bangsa dan agama. Aus dan Khazraj adalah dua suku yang paling berkuasa, sentiasa berperang memperebutkan tampuk pemerintahan, sementara kaum Yahudi dan Nasrani juga hidup di tengah-tengah mereka saling memecah belah demi kepentingan kaumnya sendiri. Atas nama Islam semua umat wajib disatukan dengan segala perbezaannya. Untuk itu terciptalah undang-undang negara Islam yang pertama.

Antara prinsip-prinsipnya yang tertulis dalam sirah Ibnu Hisyam tentang piagam Madinah ini ialah:

1. Kesatuan umat Islam tanpa mengenal perbezaan di antara mereka.
2. Persamaan hak dan kemuliaan seluruh umat.
3. Tolong menolong di antara mereka dalam segala aspek yang tidak termasuk kezaliman, dosa dan permusuhan.
4. Penglibatan umat dalam menentukan hubungan dengan orang yang memusuhi Islam.
5. Membangun masyarakat dalam satu sistem yang paling baik, lurus dan kukuh.
6. Melawan orang yang memusuhi negara dan pemerintah tanpa memberi sebarang bantuan kepada mereka.
7. Memberi perlindungan kepada orang yang mahu hidup secara damai dan tidak boleh berbuat zalim atau aniaya terhadap mereka.
8. Orang yang bukan Islam bebas melaksanakan agamanya dan mentadbir harta bendanya. Mereka tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam dan tidak boleh diganggu harta bendanya.
9. Orang bukan Islam harus mengambil bahagian dalam membantu negara, sebagaimana orang Islam sendiri.
10. Orang bukan Islam harus membantu umat Islam dalam menghadapi musuh-musuh negara selama negara dalam keadaan terancam.
11. Orang bukan Islam juga ikut membantu dengan hartanya selama negara berperang.
12. Negara pula berkewajipan menolong mereka yang dizalimi daripada kalangan orang bukan Islam.
13. Orang Islam dan non muslim tidak boleh melindungi musuh negara.
14. Apabila perdamaian akan membawa kebaikan umat, maka semua warganegara yang Islam atau non muslim harus rela menerima perdamaian itu.
15. Seorang waraganegara tidak boleh dihukum atas sebab kesalahan orang lain.

Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada para wakilnya yang memegang tampuk pemerintahan di merata dunia tentang pentingnya perpaduan dan menjaga kestabilan negara dengan memberi setiap orang akan haknya, walaupun dia bukan daripada golongan orang Islam. Bahkan pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, orang-orang kafir zimmi hanya membayar jizyah lebih sedikit jumlahnya dari zakat yang diwajibkan kepada orang Islam, sedangkan orang kafir zimmi yang tua dan tidak berdaya dibebaskan daripada kewajipan jizyah, bahkan dihulurkan bantuan kewangan daripada Baitulmal umat Islam. Betapa hebatnya tamadun yang lahir dari asuhan langit ini, yang mula menenggelamkan tamadun termegah ketika itu, Parsi dan Rom. Di dua dunia itu masih berlaku sistem kasta dan perbezaan lapisan masyarakat yang ketara. Sedangkan Islam telah menghapuskan segala jurang perbezaan melalui ajaran baginda SAW.

Rasulullah SAW telah berdiri sebagai ketua yang berbaris di belakangnya para pemimpin umat hingga akhir zaman. Semoga orang yang kita pilih berada bersama di dalam barisan panjang itu. Berdoalah untuk kesejahteraan para pemimpin kita, agar hati-hati mereka dipenuhi cahaya iman, diberikan kekuatan menghadapi tipu daya dunia, ditunjuki jalan menuju keredaan Allah Taala. Sesungguhnya baiknya pemimpin akan membaikkan umat dan buruknya pemimpin akan memburukkan umat.

Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam?

APAKAH MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM?
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

agama, islam, murtad

Pada tahun 2011, Bulan Disember, semasa menyampaikan ucapan di Oxford, sempena 400 Bible King James, Perdana Menteri UK David Cameron menyebut: “UK is a Christian country and we should not be afraid to say so”.
Sekalipun dalam penghayatan politik UK, elemen agama Christian kelihatan amat lemah sehingga David Cameron itu sendiri turut menyokong hak berkahwin golongan gay yang ternyata bercanggah dengan pegangan agama Kristian, namun beliau tetap mengakui nilai agama bagi Negara UK.

Polemik

Semasa masih kecil, saya masih ingat bagaimana kami di sekolah agama sering dibawa berbincang apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara kafir sekular? Pada umumnya kami semua difahamkan bahawa Negara Malaysia ini sebuah negara sekular. Itulah sifat Malaysia berdasarkan ceramah-ceramah politik yang kami dengar.
Kepercayaan seperti itu masih dianuti oleh ramai golongan yang dikatakan ‘beragama’ dalam negara ini. Mereka melebelkan negara ini sebagai negara kafir ataupun sekular. Dulu ia berlegar dalam kalangan mereka yang minat agama Islam. Hari ini keadaan berubah apabila non-muslim juga mendakwa hal yang sama, cuma dengan tujuan yang berbeza. Jika dahulu dakwaan itu bertujuan membangkit semangat agar Islam itu lebih ditekankan pelaksanaannya di Malaysia, kini tujuannya agar elemen Islam itu tidak patut ditekankan dalam pentadbiran Malaysia kerana itu bercanggah dengan sifat negara ini.
Sebelum saya bahaskan tentang secularism dalam kerangka kefahaman yang sepatutnya, artikel ringkas kali ini akan bincangkan dulu apakah itu Negara Islam?

Sukar

Seperti yang pernah saya sebutkan, apabila jatuh Khalifah di Turki dan Kuasa-Kuasa Barat menjajah Dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanahair Islam berkembang. Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fekah lama. Apa yang wujud adalah ‘nation state’ atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri. Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (islamic state atau negara Islam). Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini.
Dahulu yang ada dalam fekah sarjana silam (sebelum penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu Wilayah Islam. Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam. Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan muslim dan bermusuhan dengan Dar al-Islam. Ketiga, Dar al-Mu’ahadah iaitu negara bukan muslim yang membuat perjanjian dengan umat Islam. Dalam ertikata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.
agama, islam, murtad
Tariq Ramadan dalam To Be A European Muslim menganggap pembahagian ini sebagai ‘Old Concepts’ yang tidak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya ia cetusan ulama di zaman tersebut disebabkan persekitaran politik yang wujud pada tiga kurun pertama dalam sejarah Islam (lihat: Tariq Ramadan, To Be A European Muslim, UK: Islamic Foundation 2002, pg 123-131 ). Tariq mungkin terpengaruh kepada apa yang disebut oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Aathar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami. Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili terkesan dengan apa yang disebut oleh al-Syeikh Abu Zahrah dalam Al-‘Alaqah al-Duwliah fil al-Islam. Sementara Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Jihad mempertahankan pembahagian tersebut dengan menyatakan pembahagian itu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah serta sesuatu yang mantiqi (logical).(lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah 2009. Ms 882-888).

Ciri

Jadi, jika kita rujuk kepada kitab-kitab fekah terdahulu, secara ringkasnya, Dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; pertama; kekuasaan politik berada di tangan kaum muslimin sekalipun majoriti rakyat bukan muslim. Kedua; zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja seperti hukum hakam kekeluargaan Islam. Zahir syiar seperti azan, Jumaat, jamaah solat, Ramadan dan lain-lain. Ketiga; kaum muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah (rakyat non-muslim) aman berdasarkan perjanjian mereka. (Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, 2/889. Kaherah: Maktabah Wahbah)

Adapun soal sejauh manakah komitmen islam seseorang pemerintah itu, ia diuruskan oleh umat Islam di bawah tanggung jawab menasihati pemerintah iaitu Amar Makruf dan Nahy Munkar.
Apabila negara-negara telah membentuk nation state, para pemerintah muslim ramai yang mewarisi atau meneladani penjajah dalam menguruskan negara, maka istilah Daulah Islamiyyah ataupun Islamic State ataupun negara Islam muncul dan dikembangkan. Namun, istilah ini kelihatan akhirnya agak sukar untuk mendefinasikan. Ini disebabkan negara baru yang dibentuk selepas penjajahan masih lagi mengikut acuan penjajah namun pemerintahannya berada di tangan umat Islam. Sebagai bantahan, ada mereka yang melebelkan negara yang diperintah oleh umat Islam pasca penjajah sebagai ‘negara kafir’. Ertinya, mereka melebelkan Dar Islam yang diistilah oleh Sarjana Fekah silam sebagai Dar al-Kufr atau Dar al-Harb yang diperangi atau dimusuhi. Ini disebabkan kecelaruan identiti negara Islam yang baru muncul dan penilaian siyasah umat Islam itu sendiri yang masih di peringkat awal. Dalam kalangan pengkaji dan sarjana seperti Fazlur Rahman menganggap bahawa adaptasi ini sebenarnya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Khawarij dalam sejarah awal krisis antara umat Islam. (Sila lihat: Fazlur Rahman, Revival And Reform in Islam 33-43, England: Oneworld Publications)

Cari Definasi

Mencari definasi yang tersendiri bagi istilah Daulah Islamiyyah memang agak sukar disebabkan kitab-kitab fekah lama tidak menggunakan istilah tersebut dan sudah pasti tiada takrifan baginya. Jika memakai penafsiran silam Dar al-Islam yang memberi maksud wilayah yang dikuasai oleh umat Islam, maka hendaklah diiktiraf negara-negara umat Islam sekarang adalah daulah Islamiyyah. Maka, ada pula yang enggan pengiktirafan itu dibuat disebabkan zahirnya unsur-unsur yang bercanggahan dengan Islam. Jika dipakai takrif lain yang dibuat oleh sesetengah sarjana silam iaitu negara yang zahir padanya syiar Islam seperti azan, solat dan amalan-amalan Islam yang lain, sudah pasti kebanyakan negara umat Islam hari ini diiktiraf sebagai daulah Islamiyyah. Ada yang agak tegas enggan juga mengiktiraf hal itu. Lalu ada yang menyatakan negara Islam atau daulah Islamiyyah itu adalah negara yang sempurna perlaksanaan Islamnya. Jika takrif ini dipakai, sudah pasti tidak ditemui dalam sejarah umat Islam melainkan beberapa khalifah sahaja, selepas al-Khaulafa al-Rasyidin.
Akhirnya, ada yang seakan menetapkan negara Islam adalah negara yang melaksanakan hudud. Lalu wujud dalam kalangan umat Islam yang apabila disebut negara Islam terbayang kepada mereka ‘pencuri dipotong tangan’, penzina disebat atau direjam dengan batu, peminum arak disebat dan seterusnya. Wajah negara Islam atau negara yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w itu terbelenggu dengan gambaran darah, kesakitan, tangisan dan wajah bengis para pemimpinnya.

Hakikatnya, jika menurut takrifan fekah, Negara Malaysia adalah Dar al-Islam seperti yang ditakrifkan oleh para ulama silam. Bahkan berasas fekah ini, Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah Dar al-Islam. Sementara kesemua negara bukan Dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu adalah Dar al-‘Ahd termasuk Amerika. Hanya dikategori sebagai Dar al-Harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, ms 888-908. Kaherah: Maktabah Wahbah)
agama, islam, murtad

Intipati Terpenting

Apapun sebenarnya, perbalahan pasal takrif ini kadang-kala lebih banyak membuang masa daripada realiti yang patut kita tangani. Negara seperti Malaysia tidak akan masuk syurga ataupun neraka. Mereka yang akan dihadapkan di Mahkamah Masyar di hadapan Allah pada Hari Kiamat ialah mereka yang menguruskan negara atas apa nama sekalipun. Jika mereka amanah dan adil seperti yang Allah perintahkan maka mereka akan selamat. Jika mereka khianat dan zalim mereka tidak selamat walau apa jenama negara sekalipun. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi s.a.w tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabah-sahabah yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas-asas keadilan untuk rakyatnya. Nabi s.a.w berutus surat dengan Najasyi, tetapi baginda tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya. Nabi memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi s.a.w
“Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. (Riwayat al-Bukhari).
Nabi Yusuf a.s pula pernah menjadi menteri dalam sebuah kerajaan yang pemerintah tidak beriman kepada Allah namun Nabi Yusuf mampu menegakkan keadilan.
Tapi, jika mentadbir negara bernama Islam sekalipun namun zalim dan khianat, tempatnya tetap di neraka. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).
Ertinya, yang penting nilai Islam itu mestilah terus diterapkan oleh pentabir dalam negara ini untuk mencapai erti amanah dan adil bukan sekadar bergantung kepada takrif negara semata-mata.

(#PasBersamaKafir) BANDINGKAN HUJAH HAKIM YANG MENOLAK DAN MENYOKONG RAYUAN KRISTIAN

islam, murtad,

Majalah mingguan The Herald yang diterbitkan oleh Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan
versi bahasa Melayu.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan bagi mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah larangan itu sebelum ini. 

Panel tujuh anggota yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu mencapai keputusan majoriti 4-3 itu. 

Arifin bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar menolak permohonan itu.

Tidak boleh membuat rayuan

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha membenarkan permohonan Gereja Katolik.

Keputusan semalam bermakna keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini kekal dan Gereja Katolik tidak boleh lagi membuat rayuan. 
Dalam menolak permohonan itu, Arifin berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung keputusan pengharaman penerbitan berkenaan adalah sah di sisi undang-undang dan munasabah.

Bagaimanapun, Malanjum berpendapat permohonan itu wajar dibenarkan dengan mengambil kira kepentingan umum berkaitan kes itu dan keperluan Mahkamah Persekutuan merumus penyelesaian bagi persoalan undang-undang yang dibangkitkan. Zainun dan Jeffrey juga membuat penghakiman memihak kepada Gereja Katolik.

Indeks Keislaman: Realiti atau provokatif?

 indek keislaman

KAJIAN mengenai Indeks Keislaman yang dilakukan oleh Profesor Hossein Askari dan Dr. Scheherazde S Rehman dari George Washington University baru-baru ini, mengejutkan ramai pihak khususnya negara-negara Islam. Berdasarkan kajian itu, pengkaji telah meletakkan Ireland di tangga teratas Indeks Keislaman diikuti Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway dan Belgium. Sekilas pandang, ia menunjukkan bahawa negara sekular Eropah yang tidak begitu mempedulikan perkembangan dan kemajuan Islam, layak berada di tangga teratas Indeks Keislaman tersebut.

Apakah agenda besar tersembunyi di sebalik kajian ini? Penulis ingin mengupas aspek ketidakrasionalan Indeks Keislaman ini kerana dapatan kajiannya seolah-olah menghina negara yang majoriti penduduknya Islam termasuk Malaysia.

Beberapa persoalan besar timbul iaitu adakah Islam mendapat tempat lebih baik di negara Eropah berbanding di negara Islam sendiri? Adakah negara Eropah menjadikan Islam sebagai paksi pembangunan dan cara hidup mereka? Persoalan terbesar adakah negara Eropah mempunyai standard keislaman yang lebih baik daripada Arab Saudi yang menempatkan Kota Suci Mekah dan Madinah?
Saya berpandangan terdapat kesilapan yang dilakukan oleh penyelidik sehingga mengakibatkan keputusan Indeks Keislaman itu cenderung memihak kepada negara Barat, sekali gus mengaibkan negara Islam sedunia khususnya yang begitu komited dalam membangunkan Islam selama ini.
Justeru, penulis akan membicarakan mengenai kekhilafan oleh penyelidik Amerika Syarikat (AS) itu agar hakikat sebenar Indeks Keislaman dapat dirungkai dalam perspektif dan falsafah penyelidikan berkaitan Indeks Keislaman yang betul.

Kajian merumuskan bahawa negara haram Israel berada di tangga ke-27 senarai negara yang melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Quran, berbanding negara yang ramai penduduk Islam. Ini secara langsung memberikan tamparan hebat kepada negara Islam khususnya yang berjiran dengan Israel. Interpretasi hasil kajian ini telah memberikan kemenangan moral terbesar kepada Israel dan para sekutunya bahawa Israel adalah negara baik, bersih dan suci berbanding negara Islam yang menjadi jiran mereka.

Sekali gus keputusan kajian ini menyokong persepsi Barat bahawa Israel bukanlah negara ganas dan tindakan Israel merampas tanah Palestin adalah suatu amalan yang betul sepertimana dalam al-Quran.
Jadi, bagaimanakah dapatan kajian sebegini dapat meyakinkan masyarakat sedunia tentang Indeks Keislaman? Hakikatnya, dapatan kajian sebegini sudah tentu menjadi 'duri dalam daging' kepada umat Islam kerana masyarakat umum akan beranggapan bahawa tindakan Israel menindas rakyat Palestin, betul mengikut lunas Islam.

Kesilapan ketara yang berlaku ialah pengkaji tidak dapat membezakan takrifan di antara nilai universal dengan nilai Islam seperti digariskan oleh al-Quran. Dari segi falsafah, nilai universal merujuk kepada nilai sejagat seperti keharmonian masyarakat, kemajuan sosioekonomi dan kecekapan pengurusan yang bukan sahaja terdapat dalam ajaran Islam malahan juga dalam ajaran agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha termasuk Yahudi. Dengan menganggap nilai universal sebagai nilai Islam sepertimana dalam kajian ini sudah tentu menimbulkan bias yang begitu ketara.
Hakikatnya, ukuran keislaman seharusnya berpaksikan kepada prinsip dan teras utama al-Quran, walhal aspek ini tidak disentuh dalam nilai universal tadi. Misalnya, nilai teras dalam al-Quran secara khususnya merujuk kepada mentauhidkan Allah SWT, berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, berpuasa, amalan-amalan sunat dan sebagainya.

Persoalannya adakah rakyat Israel melaksanakan teras utama al-Quran ini? Adakah bukan Islam di Eropah mengamalkan nilai-nilai al-Quran? Apa yang jelas di Israel, institusi masjid dan simbol-simbol berkaitan Islam tidak mendapat tempat malahan mereka sedaya-upaya menghapus nilai Islam dari tanah Palestin yang mereka rampas. Jika begitu, lebih Islamikkah Israel sedangkan setiap hari mereka melakukan pengkhianatan dan kekejaman terhadap bangsa Palestin?

Hasil kajian profesor berbangsa Iran itu menunjukkan tidak ada satu pun negara majoriti penganut Islam berada di kedudukan 25 teratas senarai Indeks Keislaman walaupun terdapat negara yang majoriti penduduknya begitu komited membangunkan Islam.

Jadi apakah kepincangan dalam kajian ini? Penulis berpandangan wujud persoalan dari aspek reliablity (kebolehpercayaan) bagi item pengukuran yang digunakan. Penulis yakin item pengukuran yang digunakan untuk menilai Indeks Keislaman tidak valid (sah) kerana tidak menggambarkan dengan jelas tentang apa yang hendak diukur.

Sepintas lalu, Indeks Keislaman tersebut diasaskan oleh empat item pengukuran iaitu pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara. Keempat-empat item ini sebenarnya kurang Islamik sifatnya dan langsung tidak menyentuh secara khusus kepada Islam. Untuk itu, keempat-empat item tersebut bukanlah item pengukuran yang boleh menggambarkan kesempurnaan dalam Islam kerana ianya tidak reliable dan tidak valid untuk digunakan dalam kajian Indeks Keislaman ini.

Bagi item pengukuran pertama iaitu pencapaian ekonomi masyarakat, ia seharusnya merujuk kepada pencapaian ekonomi berasaskan Islam, bukannya merujuk semata-mata kepada pencapaian ekonomi yang tidak bersifat Islamik seperti dicapai oleh negara Eropah. Justeru, penyelidik berkenaan telah gagal memberikan definisi sempurna bagi item pencapaian ekonomi masyarakat kerana pengkaji mengambil secara terus pencapaian ekonomi semasa negara berkenaan.

Tidak masuk akal jika pencapaian ekonomi masyarakat untuk Indeks Keislaman dirujuk kepada sumber yang bercampur-baur di antara halal dengan tidak halal seperti perjudian, pelacuran, riba dan sebagainya. Ini kerana, di Barat mahupun Eropah, sumber-sumber seperti ini juga dikira sebagai pendapatan hasil dalam negara. Jadi, adakah ini yang mencerminkan Indeks Keislaman tulen?
Jika diteliti pencapaian ekonomi masyarakat Barat, ternyata ia dijana oleh sistem ekonomi bukan Islamik iaitu bersumberkan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang jelas bertentangan dengan norma Islam. Jadi, adakah wajar pencapaian ekonomi masyarakat yang menerima pakai sistem riba, merelakan percampuran sumber ekonomi halal-haram, spekulasi dan mengasingkan kepentingan syarikat dengan masyarakat (seperti dalam sistem ekonomi kapitalis) ini digunakan sebagai kayu ukur untuk mengangkat standard negara berkenaan ke tahap yang lebih Islamik?
Pengkaji melakukan kesilapan dalam mendefinisikan item pencapaian ekonomi masyarakat dengan hanya melihat kepada kesan dan bukannya punca pencapaian.

Penulis sukar menerima pakai ukuran pencapaian ekonomi masyarakat yang digunakan dalam kajian ini kerana jelas tidak Islamik. Pengkaji melakukan kecuaian (ralat) kerana gagal merungkai aspek elemen dan dimensi yang mencerminkan pencapaian ekonomi masyarakat yang sebenarnya.
Bagi item pengukuran kedua iaitu pentadbiran, ia seharusnya merujuk kepada pentadbiran berpaksikan nilai-nilai Islam. Di Eropah, kecemerlangan pentadbiran yang mereka kecapi adalah rentetan pencapaian ekonomi yang tidak Islamik. Wujud persoalan sejauhmanakah Islamiknya pentadbiran di Eropah lantaran rata-ratanya negara Kristian.

Kecemerlangan pentadbiran berteraskan Islam yang seharusnya menjadi item pengukuran bagi kajian ini ialah merujuk kepada dua peringkat iaitu peringkat mikro dan peringkat makro. Peringkat mikro misalnya, kecemerlangan pentadbiran berkaitan ehwal Islam seperti pengurusan masjid dan kebajikan ehwal Islam perlu digunakan sebagai asas dalam kajian. Manakala peringkat makro merujuk kepada pengurusan tahap negara seperti kecemerlangan institusi zakat dan baitulmal, perundangan Islam, perniagaan Islam dan sebagainya. Namun demikian, pengkaji langsung tidak melihat perkara itu dalam kajian ini.

Bagi item pengukuran ketiga iaitu hak asasi manusia dan politik. Aspek ini menunjukkan penyelidik gagal mentafsirkan apakah maksud hak asasi manusia yang berlandaskan Islam. Hakikatnya, negara Eropah dan Barat seringkali menjuarai isu berkaitan hak asasi manusia seolah-olah mereka adalah terbaik dalam aspek ini. Namun apakah kedudukan hak asasi masyarakat Islam dibela sepenuhnya di negara Eropah?

Penulis berpandangan penyelidik sengaja menggunakan konsep hak asasi acuan Barat sebagai salah satu pengukuran kepada Indeks Keislaman, sekali gus menaikkan ranking negara Barat. Penyelidik perlu sedar bahawa terdapat hak asasi yang dibawa oleh Barat bertentangan dengan hak asasi Islam misalnya hak asasi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Adakah item pengukuran sebegini layak digunakan untuk menilai kesempurnaan amalan Islam di Barat? Jika Indeks Keislaman yang sebegini rupa didokong oleh pengkaji, maka sudah tentu ia akan merosakkan nilai dan kemuliaan Islam itu sendiri sekali gus mencemar norma sebenar Indeks Keislaman.

Bagi aspek politik pula, item ini seharusnya berdiri sendiri kerana ia mempunyai implikasi yang berbeza. Di Barat, parti politik yang berpaksikan Islam tidak dibenarkan kerana didakwa mendokong kumpulan pengganas antarabangsa. Sedangkan persepsi yang prejudis seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam konteks demokrasi.

Kemungkinan pengkaji sudah lupa mengenai tragedi perhambaan di AS, yang melibatkan orang kulit putih dan kulit hitam. Kemungkinan pengkaji juga gagal mengingati peristiwa pembersihan etnik di Bosnia, larangan memakai hijab di sekolah di Perancis serta larangan simbol agama di Belanda. Adakah 'tragedi' sebegini mencerminkan keadaan sebenar ranking keislaman negara Eropah?
Akhir sekali, item pengukuran keempat iaitu hubungan antarabangsa sesebuah negara. Item ini awal-awal lagi telah menidakkan keupayaan negara Islam dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya dengan negara haram Israel.

Malaysia misalnya tidak menjalin sebarang hubungan dengan Israel dan sudah tentu item pengukuran sebegini tidak menyumbang apa-apa mata kepada negara kita, sebaliknya ia menyumbang mata yang cukup besar kepada negara Eropah dan Barat. Sepatutnya, penyelidik menggunakan item pengukuran baru iaitu hubungan antarabangsa dengan negara Islam kerana indeks yang hendak diukur ialah Indeks Keislaman.

Di sebalik pendedahan dapatan kajian tersebut, yang paling menyedihkan tidak ada satupun negara Arab termasuk dalam senarai 50 teratas Indeks Keislaman, walaupun Islam telah bertapak dan berkembang subur di Tanah Arab sebelum disebarkan ke negara-negara lain.
Aspek sejarah ini langsung tidak diberi pertimbangan seolah-olah pengkaji telah membentuk doktrin baru bahawa negara bukan Islam mengamalkan ajaran Islam yang lebih baik dari negara tempat asalnya Islam dilahirkan. Arab Saudi yang menempatkan kota suci Mekah dan Madinah langsung tidak dipandang oleh pengkaji sekali gus menunjukkan bahawa pengkaji bersifat bias dalam kajian ini.

Timbul kesangsian mengapa haji dan umrah tidak dimasukkan sebagai pengukuran kepada Indeks Keislaman, walhal ibadah ini antara aspek keislaman paling penting kepada seluruh umat Islam sedunia.

Di kalangan negara Islam hanya Malaysia dan Kuwait tersenarai dalam 50 teratas iaitu masing-masing di tangga ke-33 dan 42. Adakah ini benar-benar adil jika dibanding dengan kedudukan AS di tangga ke-15 dan Perancis ke-17 walhal umat Islam di negara tersebut didiskriminasi dengan jelas sama ada melalui persepsi masyarakat mahupun undang-undang. Di Perancis, wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab. Adakah ini nilai keislaman yang baik? Jadi, di manakah rasionalnya ranking negara-negara terbaik Indeks Keislaman jika dibandingkan dengan realiti semasa?
Pengkaji juga menyatakan pencapaian negara Islam amat buruk kerana ada yang menggunakan agama sebagai alat untuk berkuasa. Dalam hal ini, pengkaji secara sengaja memasukkan aspek emosi, mungkin berkaitan pengalaman lampau negara beliau. Tindakan sebegini sekali gus menimbulkan kesan kepada proses dan interpretasi kajian ini kerana melibatkan unsur personal. Seharusnya kajian ini bersifat bebas kerana ia boleh merosakkan dapatan kajian.

Dalam kes menggunakan Islam sebagai alat untuk berkuasa, pengkaji hanya merujuk kepada Islam di sesetengah negara Arab dan berkemungkinan negara beliau sendiri. Di Malaysia, Islam agama rasmi negara dan kedudukannya diakui dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia juga pelopor banyak perkara berkaitan Islam seperti institusi pengurusan zakat dan Baitulmal, bon dan dana Islam, pembangunan sukuk, pensijilan halal, sistem perbankan Islam, pajak gadai Islam, pengurusan jemaah haji yang terbaik di dunia dan institusi wakaf. Malahan, masyarakat bukan Islam juga bebas mengamalkan agama mereka.

Agak ganjil sekiranya pengkaji tidak melihat dengan lebih dekat pencapaian Malaysia, sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan tiga kali ganda lebih rendah daripada Singapura.
Oleh itu, penulis melihat kajian ini sebagai cara untuk merendah-rendahkan martabat dan kedaulatan negara Islam. Pengukuran Indeks Keislaman yang cacat dan mudah dipertikaikan telah diguna dalam kajian ini, sekali gus menunjukkan bahawa pengkaji sengaja 'mengarahkan' hasil kajian agar memihak kepada negara Barat dan Eropah. Pengkaji tidak melihat dengan lebih jelas realiti Islam di negara bukan Arab terutamanya Malaysia, sekali gus hanya meletakkan ranking Malaysia sewenang-wenangnya.

Cuba bayangkan kalau Indeks Kekristianan dibentuk dan negara Islam mencatat 10 kedudukan terbaik, apakah agaknya pandangan masyarakat Eropah dan Barat? Tepuk dada, tanyalah iman.

PENULIS ialah Penganalisis Geospatial Pengurusan Kolej Perniagaan UUM

Jun 23, 2014

BAHAYA APLIKASI WHATSAPP – ANCAMAN MUSUH DI DALAM SELIMUT


Gabungan dua syarikat gergasi ini telah membentuk KUASA MEDIA SOSIAL terbesar di dunia
Gabungan dua syarikat gergasi ini telah membentuk KUASA MEDIA SOSIAL terbesar di dunia
Kenapa Facebook Beli WhatsApp? Kerana dikatakan Facebook telah berputus asa. Itulah analisa dari penganalisis institusi Enderle Group, Rob Enderle. WhatsApp adalah penyelesaian terbaik bagi Facebook untuk keluar dari masalah yang sedang dihadapinya. Pertanyaannya timbul, apa masalahnya? Diberitakan kini pengguna remaja Facebook makin berkurangan dan tidak menggunakan Facebook lagi. Mereka suka perkhidmatan pesanan WhatsApps kerana ianya adalah murah, private dan secara amnya lebih cepat untuk digunakan berbanding perkhidmatan Messenger sedia ada pada Facebook.
Walaupun telah mencapai belasan juta pengguna sejak beberapa tahun yang lalu. Menurut Enderle, dengan WhatsApp mungkin Facebook boleh kembali pulih. Ia menilai kini jejaring sosial Mark Zuckerberg tengah merosot. Jumlah pengguna kian berkurangan, bahkan ramai telah meninggalkan social network itu. Pembelian ini dilihat dapat meningkatkan rangkaian sosial terbesar di dunia berkenaan dengan tambahan sebanyak 450 juta penggunaWhatsApp, yang akan dikendalikan secara bebas dengan ahli lembaga pengarah sendiri.
Tindakan Mark Zuckerberg membeli kepentingan dalam WhatsApp untuk mengukuhkan nilai saham Facebook
Tindakan Mark Zuckerberg membeli kepentingan dalam WhatsApp untuk mengukuhkan nilai saham Facebook
Mark Zuckerberg menggambarkan hasratnya untuk meningkatkan bilangan pengguna Facebook dan WhatsApp melalui perancangan yang strategik
Mark Zuckerberg menggambarkan hasratnya untuk meningkatkan bilangan pengguna Facebook dan WhatsApp melalui perancangan yang strategik
Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai  rekod USD 16 Bilion (RM62.9 Billion). Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu  syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari  satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita?
Latar Belakang Pembelian WhatsApp
Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah  pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi  sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL  INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?)  Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman  diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain.  ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook,  Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain  adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.
Kekuatan Whatapps
Pengaruh dan peranan WhatsApp di dalam menguasaiMedia Sosial menarik minat Facebook memilikinya
Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba  ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB  Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat  Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot  langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi  tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp  ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah  dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat  WhatsApp.
Motif Pembelian WhatsApp
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah  sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi  sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi  seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab,  Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik  tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah  dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan  berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Secara terselindung maklumat-maklumat beginilah yang dimahukan oleh Facebook.
Sambutan yang mengalakan ke atas Whatsapp di seluruh dunia meningkatkan imej koporat
Sambutan yang mengalakan ke atas WhatsApp di seluruh dunia meningkatkan imej koporat
Kini WhatsApp adalah peneraju kepada Media Sosial berbanding aplikasi yang lain
Kini WhatsApp adalah peneraju kepada Media Sosial berbanding aplikasi yang lain di pasaran semasa
Populariti WhatsApp mampu menggurangkan bilangan pengguna Facebook dalam tempoh setahun
Populariti WhatsApp mampu menggurangkan bilangan pengguna akaun sosial Facebook dalam tempoh setahun
Bagaimana WhatsApp Dimanipulasi Oleh Facebook
WhatsApp adalah 100% sosial, dan anda tidak mempunyai syarikat-syarikat di dalam bukutelefon anda. Banyak syarikat dan perkhidmatan dalam talian akan senang untuk menghantar mesej dalam kotak Whatsapp anda semasa ia mesej percuma. Tetapi mereka tidak boleh. Bagaimana jika pelanggan boleh menggugurkan nombor telefon mudah alih di mana-mana tapak dalam talian atau aplikasi mudah alih melalui login Facebook mereka dan tinggal di kawalan ke atas kebenaran mereka memberi anda sebagai perkhidmatan? Pelanggan juga boleh menarik balik kebenaran mereka sebelum anda menghantar mesej. Ini ialah pengambilalihan saya pada apa yang Facebook boleh lakukan.
Langkah Pertama :
  • Facebook menawarkan kotak login untuk menggugurkan nombor telefon anda di mana-mana laman web atau perkhidmatan dalam talian. Anda akan dapat hanya login dengan akaun Facebook anda dan memberi kebenaran laman web untuk menghantar mesej pada Whatsapp.
  • Anda juga boleh menentukan, berapa banyak mesej dan dalam apa jangka masa dan juga apa jenis mesej.
  • Tiada Facebook atau Whatsapp akaun ? Hanya perlu memasukkan nombor telefon anda, menetapkan tetapan kebenaran dan Facebook menghantar anda SMS turun untuk Whatsapp dengan kata laluan sekiranya anda tidak mahu menggunakan Whatsapp.
  • Selepas memasang dan mendaftar Whatsapp , anda akan diiktiraf dan tidak perlu memasukkan semula kebenaran . Tiada pemasangan ? Facebook akan menyampaikan mesej dalam bentuk SMS.
  • Laman web atau perkhidmatan dalam talian anda memberi izin kini sebagai contoh hanya menghantar satu mesej yang telah ditetapkan dan tidak akan tahu yang menerimanya. Anda akan tinggal tanpa nama kerana Facebook menyerahkannya. Tidak syarikat anda memberi izin.
  • Sebagai pengguna anda boleh klik di papan pemuka kebenaran atau klik pada profilpenghantar untuk menukar tetapan kebenaran anda (meningkatkan atau mengurangkan ia ). Apabila anda tidak mahu menggunakan Whatsapp, anda akan menerima mesej teks.
Langkah Kedua :
  • Syarikat akan membayar Facebook $ 0,005 peratus mesej dan Facebook menang baru pengguna Whatsapp / Facebook yang berpotensi dan sekiranya ia akan menjadi SMS mereka boleh mengenakan bayaran jumlah yang akan sentiasa lebih murah daripada harga SMS semasa kerana jumlah mereka.
  • Menurut Portio Penyelidikan terdapat 3.2bn pelanggan global untuk SMS Pemasaran. Apabila Facebook meningkatkan pasaran ini dengan membina teras dan memberi kawalan pengguna lebih kebenaran yang ia boleh menyebabkan ke dalam mesej 200 setahun bagi setiap pengguna.
  • Dan dengan $ 0,005 mesej ini boleh menyebabkan ke $ 3.2bn setahun dalam pendapatan! Itulah pulangan yang baik ke atas pelaburan dan meletakkan Facebook pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menuntut lagi dunia pemasaran kebenaran.
  • Sudah tentu Facebook boleh memulakan perkhidmatan ini juga tanpa Whatsapp tetapi mereka tidak mempunyai platform pesanan yang mempunyai ramai pengguna dan pengalaman yang sama sebagai peti masuk SMS.
    Persoalan penting sudah tentu kekal: orang akan mempercayai Facebook untuk ini?
    Masa akan menentukan …
Apa Yang Perlu Dilakukan
Anda mempunyai PILIHAN samada mengambil tindakan drastik untuk nyahpasang (uninstall) aplikasi ini atau membiarkan sahaja data-data peribadi anda diceroboh oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Atau anda panjangkan MESEJ ini kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara anda tentang bahaya WhatsApp terhadap kehidupan seharian anda. Jika anda tiada halangan dan ingin membantu orang lain maka lakukanlah langkah-langkah berikut: 
  1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
  2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
  3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar  segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
  4. Sekarang anda boleh menyahpasang (uninstall) aplikasi WhatsApp.
Alternatif Aplikasi WhatsApp
  1. Apa saya nak gunakan selepas ini? Banyak sebenarnya pilihan aplikasi yang boleh dijadikan alternatif kepada WhatsApp seperti Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan  kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’dari  Playstore Google. Kenapa Telegram dan bukan yang lain? Banyak sebabnya, antaranya:
  2. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara  penggunaan semula (no learning curve)
  3. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di  peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti  (multiple devices)
  4. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang  tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan  sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi  sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol  penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh  sistem perbankan dalam pelayar (browser).
  5. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalamtalian (online) anda dari orang tertentu.
  6. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi  dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah  (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)
  7. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB) Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb. Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat  ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga  ingatan telefon (memory, RAM). Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah  utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah  antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!
  8. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita  masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya  adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada  sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’  diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di  sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan  mereka tidak mahu kehilangan pengguna).
  9. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta  antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya  dari segi keselamatan (security)yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers)terutamanya bila menggunakan WiFi  awam seperti di restoran dan cafe.
 
Kemunculan Telegram merupakan alternatif kepada pengguna WhatsApp jika pemilik baharunya mengenakan sebarang bayaran
Kemunculan Telegram merupakan alternatif kepada pengguna WhatsApp jika pemilik baharunya mengenakan sebarang bayaran
JANGAN LUPA: -
Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh! – Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan) – Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu! – Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus. Pautan (link) untuk Telegram:https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger
Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp. Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.
Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam  sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau  anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang,  mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.
Ayuh segera tinggalkan WhatsApp!