Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Nov 25, 2014

BREAKING NEWS !!! HARGA PETROL !!!

minyak petrol mahal, murah, ale uto

semalam,Khairy Jamaluddin tampil menerusi laman facebooknya tunjuk kiraan betul harga petrol untuk menjawab kiraan seorang yang bernama Nizam Prosank yang nyata salah.Mamat tu nak tunjuk pandai buat kiraan hentem keromo saja di laman facebooknya.Kemunculan pakar ekonomi mee segera seumpama ini sudah tentu boleh mengelirukan ramai orang berikutan keputusan kerajaan mansuhkan subsidi RON95 dan diesel mulai 1 Disember ini dan apungkannya macam RON97.Khairy  juga tidak tolak kemungkinan ramai yang baca tulisan Nizam Prosank itu duga kiraannya betul dan terus share di media sosial secara membuta tuli tanpa usul periksa. 
Berikut apa yang Menteri Belia dan Sukan itu tulis :
Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol.Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira.Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah.Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa."Mesti Mamat ni betul." "Logik juga dia tulis." Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah.Untuk pengetahuan semua,petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah.Itu minyak yang sudah diproses,ditapis,diangkut,diedar,diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul.Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan. Mungkin disini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni."
Baik.Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses.(Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google). Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain : - Kos operasi (9.58 sen/liter) - Margin syarikat minyak (5 sen/liter) - Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter) - 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter) Jadi dengan mudah: MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK. 
Di sini ada pula yang nak menyampuk, "Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik." Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember.Ramai kutuk."Kerajaan ale utoo" bagai. Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak. Kita guna formula diatas. Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27.Maksudnya,bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan,ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun.Subsidi dijimat,harga pun boleh turun.Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first. - FB KJ

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Berpantang Maut!!! Pandelela Terselamat Dalam Nahas Jalanraya

pandalela rinong kemalangan

Kuala Lumpur: Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Nov 21, 2014

KONDO INI DIBINA UNTUK HADAPI HARI KIAMAT

Kondo Yang Di Bina Untuk Menghadapi Hari Khiamat Yang Bakal Menjelma ,DiBina Terus Ke Bawah Tanah !!!


Kiamat, dalam keadaan yang sangat huru-hara, ramai pastinya akan lari bertempiaran mencari tempat perlindungan yang selamat dan selesa untuk orang yang tersayang serta diri sendiri. Namun, ianya tidak semudah yang di sangka...

Namun, bagi orang-orang kaya mereka pastinya percaya bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menyembunyikan diri serta selamatkan diri dari terkena bencana ini...

Mereka akan membelanjakan berapa banyak sekalipun harta mereka semata-mata untuk keselamatan yang terjamin...

Developer, Larry Hall telah membina 2 buah kondo berbentuk silo roket lama yang di bina ke bawah tanah. Kedalaman setiap kondo ini sedalam 174 kaki serta mempunyai keluasan seluruh sebanyak 54,000 kaki persegi. Ianya di reka untuk memuatkan seramai 70 orang untuk kehidupan tambahan selama 5 tahun lagi...

Sebuah unit di jual dengan RM4,500,000 sehingga RM9,000,000 dan ianya sangat laris di pasaran. Pembeli termasuklah mereka mereka dari golongan atasan seperti doktor, saintis kata developer...

Bila anda lihat apa yang ada dalam kondo ini, tak mudah untuk faham kenapa orang-orang atasan ini sanggup membelanjakan wang mereka untuk kondo yang boleh 'selamat'kan mereka ini...

Apa pendapat anda tentang kondo ini? Share pandangan anda di ruangan komen, jangan lupa untuk kongsikan pada kawan...!!!


Lakaran designer bentuk sebenar kondo tersebut


Lakaran pelan untuk setiap unit


Kemudahan yang di sediakan, hanya untuk residen


Sekuriti yang di kawal oleh askar




Bekalan menjana elektrik


Ruang belajar anak-anak




Gambar bahagian atas kondo













SUMBER : nakbebel.com

GOBIND SINGH : PAS PARTI AUTOKRATIK HANYA DIKUASAI SATU ORANG SAHAJA

DAP bongok
PAS ditadbir seorang lelaki bernama Abdul Hadi Awang dan mengatasi sesiapa sahaja dalam parti itu kata Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.
Gobind berkata kerana dikuasai oleh seorang individu menyebabkan PAS sering tidak sehaluan dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu.
Katanya, rakyat berharap agar pemimpin Pakatan Rakyat akan bersatu hati untuk membina parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN).
“(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.
“Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.
“Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas kenyataan Presiden PAS itu bahawa terpulang kepada dirinya untuk hadir ke mesyuarat atau tidak, Gobind berkata ia memberi gambaran sikap “tidak hormat” kepada rakan dalam Pakatan Rakyat.
Gobind turut menyanggah kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata DAP hanya menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat demi kebaikan gabungan parti pembangkang itu.
“Beliau (Mohd Amar) nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.
“Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.
“Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan Rakyat,” katanya
Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.
Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan “isu kecil” untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu (AA)

Nov 20, 2014

Tanpa Disedari Yana Samsudin Tayang Sesuatu

yana1
Tanpa disedari Yana Samsudin tertayang sesuatu yang tidak sepatutnya dalam babak Adnan Sempit 3. Mungkin betul dan mungkin juga edit, terpulangla kepada anda untuk menentukannya.
Sipnosis Ringkas Adnan Sempit 3:
Adnan Sempit 3 mengisahkan kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkhawin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa (Yana Samsudin) yang telah berkhawin dengan Bobby (Along Champ).
Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum ini, hidup Adnan macam sesak sedikit, tapi dalam Adnan Sempit 3 ini dia sudah jadi kaya sebeb bapa mertuanya beri tanggungjawab untuk urusan syarikat. Kehidupan 4 sahabat ini menjadi lebih
bahagiah selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil.
yana2

MP BENGKAK ASTRO BANYAK TAYANG IKLAN!!!

astro
Wah!!! Bukan main marah lagi Ahli Parlimen ni bila tengok TV banyak sangat iklan. Baru hari ni ke dia sedar mengenai perkara tersebut sedangkan ianya dah berlanjutan sejak sekian lamanya?

Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin semalam mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau turut menggesa agar pihak Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap stesen televisyen berbayar itu.
“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.
Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette yang juga merupakan pelakon dan terdapat juga dramanya turut disiarkan melalui stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.

Nov 17, 2014

Nur Fazura Sah Salah Seorang Juri Maharaja Lawak Mega 2014

Yes!!! Akhirnya desas-desus yang bertiup kencang kini menjadi kenyataan. Nur Fazura sebentar tadi telah tampil sebagai salah seorang juri Maharaja Lawak Mega 2014. Pandai betul Astro memilih juri. Kalau sebelum ini Nora Danish, Lisa Surihani dan Datuk Siti Nurhaliza menjadi salah satu tarikan rancangan ini, pastinya kejelitaan Fazura akan menjadi salah satu sebab ramai penonton akan menyaksikan MLM2014 setiap minggu.
nur fazura
Selain Fazura, juri-juri lain ialah Taufik Batisah (Singapura), Farah Quinn (Indonesia) dan Datuk Jalaluddin Hassan. Pastinya tepukan paling gemuruh ialah apabila Fazura membuat kemunculan. Semuanya terpegun dengan kejelitaan dirinya. Tak sabar rasanya menantikan komen-komen daripada Fazura. Sama-sama kita nantikan.

HANCUSS!!! ARTIS TERLUPA PAKAI SELUAR SEMASA PHOTOSHOOT

sharifah sakinah

Hadoiii...Dulu pakai seluar yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk dan lurah, namun sekarang lagi teruk!!! Nape la tak pakai seluar tu....isshhh2..

Itulah salah satu komen yang sangat ketara apabila gambar Sharifah Sakinah dimuat naik dalam laman sosial, menjadi bahan bualan setiap individu yang melihat gambar beliau.


Bagi Sharifah, trend dan fesyen ini sangat baik buat beliau, tetapi apa  kata peminat, memang dulu masa Sharifah tunang, masih dikategorikan lawa, namun kini semakin melarat-larat, sampai seluar pun lupa nak pakai....adoii.... parah...parah....
sharifah sakinah

Ramainya Dengar Ceramah Budak Ini Di Penang

bodoh, lawak, sial

Nov 14, 2014

DAP Cadang Bina Rumah Kos Rendah di Sarawak Setelah Menipu Rakyat Pulau Pinang

plan pembangunan dap sarawak 
DAP Sarawak tidak perlu menyalak mencadang dan menggunakan bajet kerajaan negeri Sarawak; sebaliknya mereka sepatutnya menggunakan RM 2.706 billon wang hasil keuntungan penjualan tanah di Pulau Pinang untuk membina rumah kos rendah yang dicadang oleh mereka sendiri di Batu Kawa, Kuching.
DAP tidak layak mempersoalkan isu tanah di Batu Kawa, Kuching sebaliknya mereka perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada seluruh rakyat Sarawak berkenaan kegagalan yang membawa kepada pendedahan penipuan DAP terhadap salah guna kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang oleh DAP pusat.


dap sarawak
DAP Sarawak sebelum ini membangkitkan kononnya ada isu pemberian tanah kepada kroni BN seluas 263.6 ekar bernilai RM400 juta, namun tidak pernah memberitahu kepada rakyat berkenaan penyalahgunaan kuasa penjualan tanah milik negara kepada syarikat kroni DAP di Pulau Pinang:
  • 102 ekar tanah bernilai RM1.02 billion kepada Tropicana Ivory SDN BHD pada tahun 2011
  • 39.54 ekar tanah bernilai RM 65.34 juta kepada PE Land SDN BHD pada tahun 2013 
  • 245 ekar tanah bernilai RM 483,951,600.00 (RM484 juta) kepada ASPEN Land SDN BHD pada Januari 2014
  • 620 ekar tanah bernilai RM 1.02 billion kepada ECO World Development Group pada September 2014 
Sejumlah 887 ekar tanah telah dijual dengan harga RM 2.706 billion oleh DAP Pulau Pinang kepada syarikat kroni mereka! Apa yang lebih menarik perhatian ialah DAP Pualau Pinang pada asalnya mendapatkan tanah tersebut dari kerajaan pusat dengan kos 'modal' yang amat rendah!

  • Melalui proses mahkamah persekutuan, Batu Kawan Estate seluas 5,260 ekar 'disonglap' oleh DAP Pulau Pinang dengan kos cuma RM 78.9 juta
Dari jumlah 5,260 ekar tanah yang bernilai RM 78.9 juta tersebut, 887 ekar dijual semula dengan harga RM2.706 billion! Anda semua boleh kira sendiri berapa keuntungan DAP!

Kononnya hasil dari penjualan tanah itu, sebanyak RM 500 juta diperuntukkan untuk membina rumah kos rendah di Pualu Pinang. Namun terbukti sehingga ke hari ini, tiada kewujudan satu paku atau satu tiang pun untuk pembinaan rumah kos rendah seperti yang dijanjikan!

DAP PEMBOHONG

Dengan kertas cadangan besertakan pelan lengkap, DAP Sarawak ternyata telah bersiap sedia memerangkap Ketua Menteri Sarawak dalam isu pembangunan untuk rakyat.

Jika pelan lengkap sudah disediakan, sudah pasti DAP tampil dengan juru perunding, arkitek, kontraktor serta pembekal bagi projek cadangan rumah kos rendah tersebut.

Sudah pastinya DAP akan mempertikai gerak kerja penyerahan serta kos tender dan menjadikannya sebagai propaganda politik untuk memburuk-burukkan Ketua Menteri Sarawak. 

Walau apa pun, DAP Sarawak perlu jelaskan kepada rakyat Sarawak kemana perginya RM2.706 billion hasil jualan tanah di Pulau Pinang dan mengapa mereka tidak mampu membina 7,300 unit rumah kos rendah dengan keuntungan billion ringgit hasil keuntungan bersama syarikat kroni DAP?

Nov 13, 2014

ADEGAN AHLI PARLIMEN DAP YANG SANGAT MEMALUKAN !

Kelakar pula apabila melihat gelagat ahli-ahli politik DAP yang cuba tunjuk pandai dalam Dewan Rakyat. Akhirnya, mereka terpalik balik ludah hijau mereka sendiri!

Lim Guang Eng, DAP, PAS, PKR

Memang sungguh memalukan.

Anda baca : 
Lagi kisah Ahli Parlimen DAP 'terperangkap' ketika perbahasan di Dewan Rakyat penggal ketiga ini, untuk rekod sudah dua kali kejadian kejadian serupa berlaku apabila MP DAP yang ghairah hendak 'pukul curi' semasa perbahasan Dewan Rakyat akhirnya 'terpukul' diri sendiri.

Jika sebelum ini kisah Ahli Parlimen Taiping Nga Kok Ming dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Shabery Cheek.

Kali ini melibatkan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pulak dapat 'paku buah keras' akibat bercakap main sedap mulut sahaja.

Ini berlaku ketika beliau mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Walaupun sasaran Chin Tong ialah Najib namun kritikan tersebut terkena Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Keadaan itu berlaku di Dewan Rakyat pada Selasa apabila Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah membangkitkan bahawa Guan Eng turut memegang portfolio kewangan di Pulau Pinang.

China Press melaporkan, terkejut dengan kenyataan Shamsul Anuar, Chin Tong kelihatan berdiam diri sebentar kerana gagal menjawap soalan wakil rakyat UMNO itu.

Kejadian yang hampir serupa berlaku kali pertama pada 14 Oktober lalu, Nga Kor Ming, Ahli Parlimen DAP Taiping 'terperangkap' juga selepas mempersoalkan RTM berat sebelah tidak bagi liputan kepada pembangkang.

Ini memberi bola tanggung kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Shabery Cheek 'tembak balik' Nga.

Beliau membangkitkan mengenai larangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ( Kerajaan DAP) keatas Utusan membuat liputan.

Katanya Dewan Rakyat tidak pernah melarang mana-mana wakil media membuat liputan sidangnya.

"Itu belum dapat kuasa di sini (kerajaan pusat) pun sudah buat sekatan begitu,"katanya.

Shabery berkata dalam negara rangking kebebasan akhbar terbaik di rantau ini adalah Timor Letse. "Apakah kita nak jadi Timor Letse ..sebagai negara terbaik." beliau bertanya.

Ironinya katanya DAP sentiasa agungkan Singapura sebagai negara yang menjadi contoh...sedangkan kebebasan akhbar di negara itu jauh lebih rendah dari Malaysia.

"Yang menjadi model...yang menjadi pujaan ialah Singapura...itu adalah contoh terbaik tetapi kebebasan medianya bukanlah yang terbaik," katanya.

Menteri itu menambah Singapura mungkin mempunyai sebab tersendiri untuyk menguruskan masyarakat yang aman dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau juga membangkitkan mengenai insiden Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jen mempertikaikan peraturan mainkan lagu Negara Ku dalam panggung wayang semasa sambutan Kemerdekaan.

Ahli Parlimen itu kemudian telah menarik balik kenyataannya selepas ramai pihak yang mengecam tindak tanduknya - 12/11/2014
Lim Guan Eng juga menghadapi tekanan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang apabila dibidas dan dipertikai integriti serta ketidakmampuan beliau : BACA SINI

Mana @n_izzah Ketika Mereka Berduka? #RakyatPerluTahu

Kena faham dan teliti betul-betul. Sikap sebenar yang terlindung di sebalik wajah-wajah MP Pakatan semakin hari semakin terserlah. Lihat sendiri bagaimana layanan mereka terhadap bekas penyokong tegar mereka.

Baca apa luahan hati anak kepada bekas penyokong PR yang telah kembali ke rahmatullah. 
UMNO
Ini baru betul..bukan datang ikut suka je...

Nov 10, 2014

PANAS ~ Akhirnya Mahkamah Memihak Kepada Anwar..!

LGBT

Lelaki boleh menyerupai perempuan begitu sebaliknya..! lelaki yang menyerupai perempuan ni digelar maknyah, pondan atau darai atau bapok akan memperdagangkan lobang bontotnya kepada lelaki yang minat meliwat..! seronok dengan gay..! cenderung dengan sodom..! 

Yang minat lobang bontot ni pun bukan kira status..! tak kira dia uztaz, tak kira dia menteri waima dia hakim pun mungkin boleh menaruh minat..! Apa nak jadi..!!!

Asas kemakmuran negara ini sedang dilonggarkan..! Asas keharmonian negara ini sedang dimusnahkan..! Asas ketamadunan adab dan budaya negara ini sedang dilenyapkan..! Amaran, desakan serta bala yang sedang dan bakal menimpa boleh baca di sini.

Makin berkeliaran la persundalan dipelusok negara..!!!

Pihak berwajib memang boleh menuturkan begini...

Mohd Yusof Ahmad mempertahankan undang-undang yang digunakan Mahkamah Syariah Negeri yang disifatkannya berlandaskan al-Quran dan hadis, lapor Sinar Harian.

Mohd Yusof mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan tiga lelaki transgender untuk berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.
Beliau dilaporkan menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tiga golongan transgender itu sebagai tidak berasaskan ajaran agama Islam.
"Saya berdiri di atas Mahkamah Syariah Negeri. Undang-undang yang digubal menjunjung tinggi agama Islam melebihi segala-galanya.
"Jadi undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan itu kerana tidak mahu menghina mahkamah," Mohd Yusof dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Panel tiga hakim berkata, Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.
Mengikut Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Sedangkan pendengaran rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Syariah di Mahkamah Sivil pun sudah melanggari batas perundangan..! Kenapa dari awal tidak ditentang? kenapa dibiarkan? 

Sekarang apa pula tindakan? Jangan asyik membebel ajer..! ambil tindakan..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

HOT ! Wanita Baru Bangun..!

  puteri umno

Akhirnya bangun jugak wanita dari tidur yang panjang..! bukan main lama dan berapi api isu ini di hidangkan ke muka rakyat, baru hari ini Wanita UMNO respond..! ermmm..!!! baru dapat lampu hijau agaknya..!!!

Pasti akan ada yang kata ~ biar lambat tapi respond jugak kan..! ahaa..ler..!

Wanita Umno tidak bersetuju dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana berpendapat akta itu masih diperlukan bagi menjamin keselamatan dan keamanan negara.
   
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketiadaan akta itu pada masa hadapan dibimbangi boleh mencetuskan situasi yang membimbangkan khususnya yang melibatkan isu perkauman, agama dan institusi kesultanan Melayu.
   
"Punca berlaku isu-isu ini disebabkan hasutan, ditambah pula dengan kebebasan yang ada di media sosial," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemahaman Akta Hasutan 1948 anjuran Biro Perundangan dan Advokasi Wanita Umno di sini, hari ini.

Ingat lagi satu negara sebok isu Akta Hasutan...Wanita dicawangan dan bahagian sebok buat apa? kan waktu itu semua cawangan dan bahagian sebok buat usul Wanita mesti diberi jawatan kerusi Naib Presiden..! lepas tu senyap..!!!

Cuba tanya apa jadi pada usul tu? ada dibincang di peringkat MT? Kalau takde bincang buat apa kerah buat usul? kenapa tak fokus kepada usul semasa dan lebih utama?

Kerana apa? kerana Akta Hasutan usul umum..! sementara usul Wanita Naib Presiden usul tertentu..! usul individu..!!! tak gitu???

Lu Fikri La Sendiri!!!

DAP Dapat Anugerah Gelaran "BIAWAK HIDUP" Dalam Pakatan Rakyat Sarawak

pas sarawak
Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen@Abusiraj AlMuner tegas mengatakan bahawa DAP seumpama "BIAWAK HIDUP" dalam pakatan rakyat Sarawak akibat dari tindakan DAP tidak menghormati serta menghadiri jemputan mesyuarat pakatan rakyat Sarawak baru-baru ini.

pembangkang sarawak


Andri@Abusiraj dalam artikelnya di Harakah Daily [rujuk SINI] mempersoalkan tindakan DAP yang menjadi punca kemelut PR Sarawak langsung tidak diendah oleh Lim Guan Eng.

Sebaliknya Lim Guan Eng berterusan mengutuk Presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam ucapannya dalam beberapa majlis besar DAP baru-baru ini.

dap sarawak


DAP yang jelas memboikot semua program bersama pakatan rakyat Sarawak baru-baru ini sekali lagi menunujukkan ego mereka apabila tidak menghadiri mesyuarat pakatan rakyat Sarawak dengan alasan tidak menerima apa-apa jemputan atau makluman dari Pas Sarawak. Rujuk [SINI]

pas sarawak

Mesyuarat pakatan rakyat tersebut akhirnya tidak dapat mencapai keputusan penuh untuk penentuan kerusi bagi menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang.

Kemelut pakatan rakyat Sarawak dijangka lebih keruh sehingga Jun 2015 dimana pada tarikh tersebut bakal diadakan pemilihan jawatankuasa PAS yang baru. Jika kumpulan pro ulama majoriti memenangi pemilihan tersebut, maka DAP secara rasmi akan keluar dari pakatan rakyat Sarawak.

Sehingga kini, DAP dilihat masih takut untuk benar-benar keluar dari pakatan rakyat walaupun sudah berulang kali hanya berani menyatakannya dalam beberapa sidang akhbar sebelum ini.

Asyik ponteng kuliah, tarik PTPTN kasi student lain

ponteng, liar, belia, remaja, bodoh