Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Jan 24, 2016

Masir khianati parti PRS.

Nak pasang ayam sabong agak-agaklah. Nak lawan biarlah bertempat. Jangan sabong belum bermula, ayam sudah cabut.

Wakil rakyat yang sah masih disokong rakyat. Rakyat memerlukan khidmat YB diteruskan lagi pada pilihanraya kali ini. Sokongan padu harus diberikan agar parti dan Barisan Nasional memperolehi kejayaan.

MP patut membantu Adun untuk menarik pengundi untuk memenangkan parti. Bukan mensabotaj Adun.

YB Snowdan telah bekerja keras membela rakyat kawasan. Yang peliknya MP seolah-olah hendak menggagalkan Snowdan untuk bertanding semula.

Setiap program kawasan MP Masir Kujat akan turun padang bersama seseorang yang boleh dikatakan sebagai ayam sabong. Ada yang menyatakan program yang dianjurkan oleh MP Masir mempunyai agenda untuk menyingkirkan Snowdan.

Tindakan Masir memang tidak sepatutnya berlaku kerana Ketua Menteri pernah menyatakan bahawa jangan ada unsur sabotaj dalam parti. Masir yang telah begitu lama dalam politik seharusnya menunjukkan sikap ahli politik yang profesional.

Keadaan sebegini akan menjejaskan reputasi parti. Masir perlu sedar kekuatan sesebuah parti adalah persepakatan antara pemimpin dan ahlinya.

Ternyata Masir tidak mentaati parti dalam hal sebegini. Hanya memikirkan kepentingan peribadi dan membelakangi keputusan parti. Pemimpin sebegini harus tidak ada dalam parti dan rakyat seharusnya menolak kehadiran program MP yang memperkenalkan calon yang beliau pilih.

Jan 21, 2016

CM Adenan tunaikan janji.

Kami memulakan siri perbincangan dengan PM dan saya sendiri berhubung dengan apa-apa hak di bawah Perjanjian Perlembagaan, Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold dan kedudukan autonomi Sarawak di Malaysia. Rundingan akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama adalah pada kuasa pentadbiran dan peringkat kedua mengenai hak-hak kami di bawah perlembagaan. Hasil fasa pertama ceramah diadakan semalam di sebagai pejabat Perdana Menteri seperti yang diperincikan di bawah agak positif:

Penyediaan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

1. Pegawai Undang-Undang Negeri hendaklah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah peraturan-peraturan negeri dari peringkat seseorang dipertuduh di mahkamah rendah sehingga peringkat rayuan.

2. Adalah dipersetujui bagi pewakilan kuasa kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam pelantikan pegawai-pegawai ke Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk pengajaran dan perkhidmatan perubatan.

3. Catatan di Jabatan Imigresen Sarawak akan dipertingkatkan untuk meningkatkan fungsi penguatkuasaan di Negeri dengan peningkatan sebanyak 100 jawatan baru, dengan penempatan penuh pada akhir bulan Februari 2016.

4. Nisbah guru kelahiran Sarawak berkhidmat di Sarawak akan meningkat kepada 90% daripada jumlah bilangan guru di Sarawak menjelang 2018. Bagi memastikan sasaran ini dicapai, guru sandaran daripada pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa dan mendapatkan Diploma dalam Pendidikan semasa mengajar.

5. Trafik kuasa warden Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak akan diberikan kepada Majlis Bandaraya Miri, selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

6. Kerajaan Negeri akan berunding sebelum permohonan Permit Memancing Laut Dalam dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian Laut Deep Permit untuk dipertimbangkan.

7. Kerajaan Negeri akan berunding dalam penggubalan undang-undang Persekutuan yang telah galas atau memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, di mana disediakan oleh undang-undang.

8. perancangan projek-projek pembangunan persekutuan di Negeri Sarawak akan memberi keutamaan kepada Rancangan Pembangunan Negeri Sarawak 5 Tahun berdasarkan bajet yang diluluskan. Pelaksanaan projek-projek yang akan dirujuk / dirundingkan di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri seperti menentukan lokasi sekolah, hospital dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lain.

9. Kementerian akan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar daripada kalangan rakyat Sarawak ke dalam program ijazah perubatan di universiti awam. Sarawak akan diberi peluang yang lebih besar untuk memasuki pengajian asasi program di UNIMAS.

10. Adalah dipersetujui bahawa bidang yang berkaitan yang boleh diwakilkan akan dikenal pasti untuk mewakilkan kuasa Ketua Pengarah di bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pegawai Negeri / jabatan.

11. Pembangunan projek-projek perumahan di Sarawak yang akan dilaksanakan semula melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama, untuk memastikan bahawa agensi-agensi kerajaan yang terlibat sepenuhnya dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aspek projek-projek di Negeri Sarawak.

12. Adalah dipersetujui bahawa pembangunan sukan di Negeri Sarawak diuruskan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang dalam proses meningkatkan Akta Pembangunan Sukan 1997 yang dijangka siap pada akhir 2016.

13. Adalah dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri akan menjalankan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua jawatan akan dipindahkan ke dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50% daripada kos yang ditanggung seperti yang diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara.

-Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem-

Kenapa isu MB Kedah terjadi?

Pada era Pak Lah menjadi Perdana Menteri, tahukah anda siapa dalang disebalik penekanan perletakan jawatan Pak Lah? Tun Mahathir memang jelas terlibat dan yang ramai tidak sedar adalah desakan Ketua Pemuda UMNO ketika itu ialah Mukhriz Mahathir.

Begitu lantang suara Mukhriz menekan Pak Lah sedangkan Pak Lah menjawat jawatan Perdana Menteri mendapat mandat penuh. Tiada usul kukuh yang boleh mendesak Pak Lah untuk turun jawatan ketika itu.

Pak Lah tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran kepada pihak umum. Pak Lah didesak hanya kerana Pak Lah mengubah dasar yang lebih telus dan tidak mengikut arahan Tun Mahathir yang Pak Lah sedar kehendak Tun Mahathir tiada kepentingan untuk rakyat. Pak Lah sedar semuannya hanya kepentingan kroni Tun Mahathir.

Apa yang berlaku pada Mukhriz hari ini adalah seperti apa yang telah Mukhriz lakukan kepada Pak Lah. Hukum Karma terjadi dan Mukhriz harus menerima akibat daripada hukum karma. Jika cabang UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada Mukhriz bererti UMNO di Kedah sudah tidak percaya kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Apa yang dijangka akan berlaku selepas ini adalah mengheret Perdana Menteri untuk terlibat dan akhirnya Perdana Menteri akan menjadi bahan fitnah pembangkang selepas ini. Spekulasi tetap berlegar di ruang maya untuk mengukuhkan lagi agenda menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jan 20, 2016

Sabotaj?

Aktiviti sabotaj dalam parti politik sudah menjadi-jadi hinggakan parti politik di Sarawak pun tidak terlepas. Di mana letak aku janji dan perlembagaan parti yang menjadi kreadibiliti ahli-ahlinya?

Ada khabar yang semakin menular di Sarawak tentang keterlibatan seorang Ahli Parlimen yang sanggup mensabotaj kawasan wakil rakyat kawasan yang telah ditetapkan. Malah mereka terdiri daripada parti yang sama.

Kenapa Ahli Parlimen tersebut sanggup memasang calon beliau untuk melawan wakil rakyat yang sedia ada mempertahankan kawasan? MP tersebut menggunakan seorang  pesara yang telah berkhidmat begitu baik dalam kerajaan. 

Begitu mudah seorang yang bergelar MP bermain secara kotor demi untuk menjatuhkan rakan sesama parti. Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertandingan kali ini seharusnya berlaku dengan formasi satu lawan satu (BN lawan pembangkang) dan tidak perlu ada dari parti bebas.

Kepada MP yang terasa, lebih baik batalkan niat sebegitu kerana ia boleh mencemar nama baik parti dan rakyat akan keliru serta sukar untuk mempercayai parti tersebut dimasa akan datang.

PENDEDAHAN EKSKLUSIF!PENIPUAN SARAWAK REPORT.

Sarawak Report terus melancarkan serangan fitnah mereka. Kali ini menggunakan artikel terbaru mereka untuk menuduh Najib menggunakan dua keping kad kredit milik SRC yang didakwa telah menambah nilai hutang-hutang sedia ada, ini berdasarkan 'sumber yang boleh dipercayai' yang kemudiannya telah diserahkan kepada Clare Brown

Menurut SR, dua kad tersebut membabitkan kad Visa yang dikeluarkan oleh CIMB ( no: 4585 8180 0000 5496) dimana jumlah yang dibelanjakan sebanyak RM 449, 000, dan kad Master Card yang dikeluarkan oleh Maybank ( no: 5289 4380 0003 8961) dengan jumlah RM 2.8 juta telah dibelanjakan pada bulan Ogos 2014.

Satu dikeluarkan oleh CIMB dan satu lagi oleh Maybank. Sarawak Report menyatakan kad-kad berkenaan didaftarkan atas nama SRC.

Namun, Sarawak Report terlalu bodoh untuk memahami kesemua nombor kad kredit mempunyai format yang tetap.

6 digit pertama pada SETIAP kad kredit mempunyai nombor identiti yang unik dimana ia boleh mengenalpasti jenis kad (MasterCard/Visa/Amex/etc) dan bank yang mengeluarkan kad tersebut.

Pengeluar kad yang dirujuk pada 6 digit pertama dikenali sebagai "nombor identiti pengeluar" (IIN), atau kadang kala dikenali sebagai "nombor identiti bank" (BIN).

Dengan menggunakan dua kad kredit yang didakwa oleh Sarawak Report dikeluarkan oleh Maybank dan CIMB, semakan telah dibuat melalui perkhidmatan atas talian menunjukkan bahawa dua kad kredit berkenaan dikeluarkan oleh pihak AMBANK DAN BUKAN MAYBANK ATAU CIMB.

Namun, mustahil untuk mengesan tuan punya kad tersebut walaupun kad kredit tersebut benar-benar wujud - tapi tidak menjadi masalah bagi Sarawak Report memalsukan maklumat berkenaan seperti mana mereka mengeluarkan maklumat tidak benar berkenaan pengeluar kad tersebut.

Selepas 37 tuduhan mereka terhadap NAJIB disangkal sekeras-kerasnya oleh kenyataan rasmi MACC, ini merupakan percubaan kedua mereka mengeluarkan kenyataan palsu dalam masa 3 hari.

Saya begitu berharap agar Sarawak Report dapat menghentikan fitnah mereka dan tidak menimbulkan lebih banyak masalah kepada kita, rakyat Malaysia.

---
https://en.wikipedia.org/wiki/Bank_card_number#Issuer_identification_number_.28IIN.29
---
Anda boleh menyemak BIN anda menggunakan perkhidmatan ini

https://www.binlist.net/
https://www.bindb.com/bin-database.html

Diterjemah oleh : JASA

Jan 13, 2016

PENDAKI WANITA NEGARA TERJATUH DI GUNUNG ACONCAGUA .

Pendaki Wanita Negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26, yang kini dalam misinya melengkapkan pendakian ke 7 Puncak tertinggi dunia di Gunung Aconcagua, Argentina, mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak gunung itu semalam.

Menurut Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, Siti Hanisah terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter untuk dibawa turun ke kaki gunung dan dibawa ke hospital.

"Saya belum mendapat maklumat secara terperinci lagi mengenai keadaan beliau tetapi saya difahamkan Anis mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika dalam pendakian menuju ke puncak Aconcagua semalam".

Tambah Qobin, keadaan kecederaan Anis hanya akan diketahui esok selepas menjalani x-ray di hospital.

"Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Anis kerana beliau membawa misi untuk menaikkan nama negara di mata dunia dengan mencipta rekod sebagai wanita Malaysia pertama berjaya mendaki di tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua dunia".

Sementara itu, seorang lagi pendaki dari Johor iaitu Mohd Khafiz Bachok yang mengiringi pendakian Anis, berjaya sampai ke puncak Aconcagua iaitu puncak tertinggi di Benua Amerika Selatan dengan ketinggian 6,962 meter.

Pendakian Anis di bawah kelolaan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan turut mendapat sokongan tajaan daripada IM4U.

Beliau sebelum ini mencatat nama dengan memegang rekod sebagai pendaki Everest Malaysia Termuda menawan puncak tertinggi di dunia itu pada tahun 2013 pada usia 23 tahun.

Anis kini dalam misi dinamakan KE7B Srikandi 7 Benua iaitu misi untuk menjadi pendaki wanita Malaysia pertama mencapai puncak 7 gunung tertinggi di 7 benua. 

Beliau sebelum ini telah berjaya menawan puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro, Puncak Elbrus di Benua Eropah, Puncak Kosciuzco di Benua Australia selain Gunung Everest di Benua Asia.

Jan 12, 2016

MENGENALI FRANCIS YEOH PEMILIK YTL.



 FRANCIS YEOH PEMILIK YTL, KRONI TUN M DAN INDIVIDU YANG PENUH DENGAN AGENDA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB

Ahli perniagaan, Francis Yeoh membina empayar perniagaannya dengan bantuan “teman-temannya yang berkuasa”.
https://www.youtube.com/watch?v=67RGyacLAtw

YTL telah menjadi sebuah syarikat monopoli namun, semenjak Najib Razak memegang tampuk kepimpinan, syarikat milik ahli perniagaan dari Malaysia ini kini berhadapan dengan kesukaran.

Pada tahun 2015, Yeoh telah menghadiri ‘Dinner of Tycoons’ bersama dengan ahli-ahli perniagaan yang turut menyimpan dendam terdahap perdana menteri, Najib Razak. Tujuan perjumpaan berkenaan ialah untuk membincangkan strategi-strategi menggulingkan PM. Taruhan mereka ketika itu ialah RM 2 bilion.
http://www.malaysia-today.net/

Tetapi, dendam Yeoh terhadap Perdana Menteri telah wujud sebelum pertemuan itu lagi. Pada tahun 2014, syarikat beliau, YTL telah kehilangan kontrak untuk dana 1MDB dan ianya berlaku selepas YTL mengalami satu siri kerugian. Tidak lama kemudian, Tong (pemilik The Edge dan Malaysiakini) dan Clare Rewcastle (Sarawak Report) telah menawarkan $2 juta bagi data mengenai 1MBD yang dicuri. Inilah yang terjadi walaupun Tong tidak mempunyai sebarang motif untuk membayar sejumlah wang sebesar itu.

Mari kita imbas dari mula,

4.1 Francis Yeoh – Salah seorang individu terkaya di Malaysia
Tan Sri Francis Yeoh, 61, mengambil alih perniagaan keluarganya YTL Corporation Berhad pada tahun 1988 dan membangunkannya sehingga menjadi salah satu syarikat terbesar di Malaysia. YTL memiliki serta menyelia beberapa utiliti kawalan serta aset-aset infrastruktur lain.

Beliau membina empayarnya dengan menjalinkan hubungan rapat dengan beberapa pihak dalam pentadbiran Negara dari tahun 1980-an sehingga 2000-an.

Sekarang, beliau sering berulang-alik dari London dan Asia Tenggara – menetap di Chelsea dan resort di Pangkor Laut, Malaysia.

4.2 Francis Yeoh membina empayarnya melalui kronism.  Francis Yeoh mencapai kejayaan atas layanan istimewa yang diterima daripada kerajaan sebelum kepimpinan Najib Razak, lebih-lebih lagi sewaktu zaman kepimpinan Tun M. Tun M merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 2003. Tun M dan Yeoh sudah mempunyai hubungan persahabat yang erat sejak dulu lagi malah, Yeoh secara terang-terangan mengakui menerima keistimewaan dari ‘teman yang mempunyai kuasa’.
https://www.youtube.com/watch?v=67RGyacLAtw

Mantan PM tersebut telah memperkenalkan Yeoh kepada pihak pengurusan General Electric yang berpengkalan di US dan mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk mengekalkan kepentingan mereka di Malaysia adalah dengan mengadakan kerjasama dengan YTL. Pada tahun 1993, Pengerusi dan Ketua Eksekutif General Electric, Jack Welch telah terbang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan pertemuan dengan Yeoh dan pihak YTL. GE telah menjadi rakan kongsi YTL dalam beberapa projek mereka.

Pada tahun 1993, YTL Berjaya mendapatkan perjanjian bagi dua buah loji janakuasa tenaga bebas, menjadikan mereka pengeluar tenaga bebas (IPP) yang pertama di Malaysia walaupun dengan kekurangan dari segi teknikal, tenaga kerja serta pengalaman. Hal ini bukan lagi rahsia apabila kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (syarikat utiliti elektrik milik kerajaan) untuk membeli tenaga daripada YTL dengan harga premium – menjadikan perjanjian berat sebelah dan menguntungkan YTL.

YTL memperolehi kira-kira 70% dari pendapatannya dari luar negara dan 10 juta pelanggan dari 3 benua. Namun, pelbagai perjanjian pembangunan yang diperolehi oleh syarikat Yeoh saling berkaitan dengan lawatan Tun M ke negara-negara dunia ke-tiga seperti Zimbabwe, Papua New Guinea, Vietnam dan Cambodia. Pada tahun 1996, YTL telah dianugerahkan dengan pembangunan loji tenaga Hwange di Zimbabwe setelah pemerintah diktator, Robert Mugabe yang juga teman rapat Tun M melanggar prosedur tender yang biasa.

Jan 6, 2016

SHAHROM MELEPASI JARAK DUA PERTIGA KUTUB SELATAN

Penjelajah Negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah sudah melepasi jarak dua pertiga penjelajahannya di Kutub Selatan  selepas 27 hari berski.

Menurut Penasihat Misi Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, Shahrom telah mencapai jarak sejauh lebih 630 kilometer dalam tempoh 27 hari tanpa sebarang masalah.

"Alhamdulillah, saya mendapat maklumat bahawa Shahrom sudah melepasi jarak dua pertiga misi merentas Kutub Selatan dan ini memberi satu petunjuk yang baik untuk Shahrom menamatkan misi itu dengan jayanya. Jadi saya berharap, Rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar Shahrom berada dalam keadaan yang baik untuk menamatkan baki jarak penjelajahannya itu".

Tambah Datuk Akmar yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Penasihat Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Shahrom hanya perlu berski sejauh kurang 300 kilometer sahaja lagi untuk tiba di titik sifar darjah Kutub Selatan iaitu destinasi yang ditetapkan bagi melengkapkan misi merentas benua ais paling sejuk di dunia itu.

Shahrom kini secara konsisten  berski sejauh antara 25 hingga 28 kilometer sehari dengan rutin perjalanan satu kilometer dan rehat selama sepuluh minit sambil bertukar posisi pengemudi arah dengan dua lagi penjelajah dari United Kingdom dan Jordan.

Pada 24 Disember lalu, Shahrom tiba di lokasi pengambilan bekalan makanan yang ditetapkan untuk mengisi semula stok makanannya sepanjang ekspedisi itu.

Setakat ini, Shahrom hanya berehat sehari iaitu pada 25 Disember lalu sempena cuti sambutan hari Krismas.

Shahrom memulakan ekspedisinya pada 10 Disember lalu selepas tertangguh selama dua minggu akibat masalah penerbangan dari Union Glacier ke Messner Inlet kerana cuaca tidak mengizinkan.

Shahrom, 36 tahun merupakan atlet sukan lasak negara bagi acara duathlon dan triathlon, dalam misinya merentas Kutub Selatan sejauh hampir seribu kilometer dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan yang dikelolakan oleh Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B).

Shahrom dijangka menamatkan misinya itu dalam tempoh antara 50 hingga 60 hari. Jika berjaya menamatkan penjelajahannya itu, Shahrom bakal mencipta satu lagi rekod baru anak Malaysia dipersada antarabangsa sebagai rakyat Malaysia pertama merentas benua Antartika dengan berski sejauh hampir seribu kilometer.

Misi Dinamakan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada awal bulan Julai 2015.

Dalam misi ekspedisi itu, Shahrom turut membawa bekas air istimewa I-MIZU, tajaan daripada sebuah syarikat Bumiputera, yang akan membolehkan Shahrom menggunakannya untuk menukar air daripada salji yang dicairkan untuk diminum sebagai air hidrogen beralkali khusus untuk memberi tenaga tambahan dan segala bahan mineral yang diperlukan oleh Shahrom sepanjang penjelajahannya itu.

Jan 5, 2016

ARAB SPRINGS SATU KESILAPAN

Kematian seorang peniaga jalanan di Tunisia, Moha­med Bouazizi yang membakar di­rinya lima tahun lalu di sebuah ba­ngunan kerajaan di negara itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan rasuah di negara itu mencetuskan satu gelombang yang tidak pernah dijangka dalam peradaban manusia pada abad ke-21.

Gelombang yang dikenali de­ngan ‘kebangkitan rakyat’ atau Arab Springs pada Januari 2011 itu, telah membuka mata banyak pihak terutamanya rakyat di negara-negara yang kerajaannya mengamalkan pemerintahan kuku besi, rasuah atau kerajaan autokrat yang memerintah selama berdekad-dekad, selain pengaruh media sosial.

Kerajaan Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen tumbang di tangan rakyatnya sendiri, ekoran demonstrasi meluas yang diadakan rakyat bagi membantah pemerintahan autokrat, kuku besi dan amalan rasuah yang mereka dakwa menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak telus dan rakyat hidup menderita.

Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali dijatuhkan oleh rakyatnya pada Januari 2011 diikuti Pre­siden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada Februari 2011, manakala Presiden Libya, Muammar Gaddafi mati dibunuh di ta­ngan rakyatnya pada Ogos 2011.

Namun, beberapa negara Arab lain ‘terselamat’ daripada digulingkan rakyatnya sendiri selepas kerajaan yang ada, bersedia dibubarkan atau bersedia membuat perubahan termasuk Bahrain, Jordan, Oman, Kuwait dan Lebanon.

Bagaimanapun, tidak semua kebangkitan rakyat itu berakhir dengan ‘mimpi indah’ seperti yang berlaku di Syria ketika ini selepas negara berkenaan dibelenggu de­ngan perang saudara yang belum menampakkan tanda bila akan berakhir.

Usaha penduduk Syria untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad yang berkuasa sejak tahun 2000 bukan sahaja tidak berjaya malah menyebabkan rakyat berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila kebangkitan rakyat sejak Januari 2011 mengakibatkan rakyat berdepan krisis kemanusiaan paling buruk.

Perang saudara di Syria yang memasuki tahun kelima menyaksikan lebih 200,000 rakyat terkorban, manakala lebih empat juta lagi terpaksa menjadi pelarian de­ngan keadaan diburukkan ekoran campur tangan tentera asing yang mengebom negara itu saban hari.

Lebih memburukkan keadaan, kumpulan militan Negara Islam (IS) dilihat mengambil kesempatan daripada ‘kelemahan’ kerajaan Damsyik yang terpaksa berperang dengan rakyatnya sendiri apabila mengumumkan penubuhan kerajaan Kha­lifah di Syria dan Iraq pada Jun 2014.

Kehadiran kumpulan militan IS yang mewujudkan pusat pemerintahan di Raqqa, Syria menimbulkan fenomena yang sama sekali sukar digambarkan apabila kumpulan militan itu melakukan kekejaman bukan sahaja ke atas penduduk bukan Islam, malah kepada penduduk Islam, membunuh warga asing yang dijadikan tebusan, membunuh kanak-kanak dan menjadikan wanita sebagai hamba seks.

Menurut kumpulan pemantau hak asasi Syria, sejak menubuhkan kerajaan Khalifah, kumpulan militan IS telah membunuh sebanyak 2,001 orang awam termasuk 420 anggota mereka sendiri di Syria.

Kumpulan itu turut menarik kaum lelaki dari negara Asia Barat dan Eropah menyertai kumpulan berkenaan dengan Tunisia dilapor mempunyai kira-kira 2,400 rak­yatnya terlibat dengan militan IS di Syria sejak 2011.

Selain menimbulkan krisis kemanusiaan, sistem politik pasca Arab Springs dilihat menjadi agak bercelaru dan tidak menarik.

Di Libya misalnya, meskipun parti Kongres Agung Kebangsaan (GNC) dan Dewan Perwakilan Libya bersetuju membentuk sebuah kerajaan perpaduan di negara itu pada bulan lalu, namun mereka gagal mencapai kata sepakat bagaimana untuk membentuk kerajaan perikatan tersebut.

Pengarah Institut Sadeq, Anas El Gomati yang merupakan pakar pemikir Libya berkata, bukan mudah untuk mencapai kata sepakat dalam perjanjian itu kerana ia memakan masa yang sangat lama.

Mesir pula selepas Presiden Muhamad Morsi digulingkan oleh tentera dan mengharamkan pergerakan Ikhwanul Muslimin pada 2013, pilihan raya negara itu yang diadakan sebanyak dua pusingan pada 18 dan 19 Oktober serta 22 dan 23 November lalu dilihat hambar, berbeza sama sekali dengan keadaan pada pilihan raya 2011-2012.

Ini kerana, golongan muda yang mewakili majoriti penduduk Mesir menjauhi pilihan raya berkenaan dengan ramai yang menganggap­nya sebagai penipuan kerajaan dan menurut suruhanjaya pilihan raya Mesir, hanya 28 peratus atau 15 juta pengundi berdaftar yang melaksa­nakan kewajipan mereka.

Berdasarkan satu laporan oleh Bank HSBC pada 2013, mereka meng­anggarkan kerugian akibat gelombang Arab Springs di tujuh negara paling terjejas iaitu Mesir, Tunisia, Libya, Syria, Jordan, Lebanon dan Bahrain mencecah sehingga AS$800 bilion (RM3.4 tri­lion) pada 2014.

Malah menurut HSBC, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara tersebut menjadi 35 peratus lebih rendah pada akhir 2014 berbanding sebelum gelombang Arab Springs.

Financial Times pula melaporkan, kerosakan akibat Arab Springs bukan sahaja ke atas KDNK tetapi juga kadar pengangguran pasca peristiwa berkenaan melambung dan tadbir urus serta kedaulatan undang-undang menurun sejak 2010.

Malah pengangguran di rantau Asia Barat kini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Jan 2, 2016

SIAPA YANG SEBENARNYA JUAL NEGARA

Rafizi dari PKR, Tony Pua dan Liew Chin Tong dari DAP telah menyelar 1MDB kerana menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat China yang mana 76% masih dimiliki Malaysia di mana 57% daripadanya masih dimiliki Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Tetapi, ketiga-tiga mereka hanya mendiamkan diri mengenai dua perjanjian yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beberapa bulan yang lalu.

Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100% iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd - sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Dan pada Julai 2015, Pulau Pinang memberi pemilikan 49% daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100% kerajaan Singapura.

Kedua-dua projek yang mana 100% dan 49% itu kini dimiliki oleh syarikat Singapura, tidak dipanggil "jual negara" tetapi dianggap pelaburan asing?

Dan entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada syarikat China dianggap sebagai "jual negara" dan bukannya pelaburan asing?

Saya tak paham. Penang kecil tapi mereka jual banyak. Nanti bila dapat kerajaan pusat, lagi banyak yang bakal terjual.

Lagipun, penjualan Bandar Malaysia telah dimeterai melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh pihak ketiga.

Adakah, penjualan kedua-dua tanah di Pulau Pinang juga melalui tender terbuka? Nampaknya tidak kelihatan seperti itu.

Lim Sian See
---
http://www.edis.sg/news-article-5.html

http://www.thesundaily.my/news/1506276
http://www.thesundaily.my/news/1418320

Terjemahan oleh: JASA

JAWAPAN PADA FITNAH RAFIZI 2016 TAHUN JUAL NEGARA

Kepada yang tak faham macamana Bandar Malaysia hanya 24% dimiliki oleh Syarikat Dari Negara China, ini penjelasannya:

1) 1MDB hanya menjual 60% ekuitinya di Bandar Malaysia.

2) Syarikat yang membeli 60% ekuiti tersebut adalah sebuah syarikat yang 60% dimiliki oleh IWH, manakala baki 40% dimiliki oleh China Rail.

3) IWH 100% Milik Malaysia. 60% dimiliki oleh ahli perniagaan warganegara Malaysia dan 40% dimiliki oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

4) Ini bermakna China Rail hanya menguasai 24% ekuiti Bandar Malaysia.

5) ini juga bermakna 57% ekuiti Bandar Malaysia dikuasai Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Johor.

P/S : Kalau terus dengar fitnah Rafizi memang makin kelirulah kita. Apa yang perlu kita sedar, plan Rasionalisasi 1MDB sudah pasti tak perlu dilakukan sekiranya kita berjaya memperolehi RM20b melalui penyenaraian Edra Energy. Tapi akibat fitnah dan sabotaj berterusan oleh Rafizi, Tony Pua dan Tun M, rakyat juga yang rugi.

KENALI KP BTN 2016-DATUK IBRAHIM SAAD.


Tahun baharu 2016 bermula dengan perlantikan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) yang baharu iaitu Datuk Ibrahim Saad. Walaupun saya berada nun jauh di USA, saya memberi ucapan tahniah kerana perlantikan beliau merupakan satu sejarah yang sangat besar ertinya kepada masyarakat pendidik, kakitangan kerajaan dan parti-parti politik yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.

Saya mula mengenali Datuk Ibrahim Saad pada tahun 2001 di Kota Kinabalu High School. Apabila saya berhijrah ke Labuan pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah BTN Sabah sehinggalah tahun 2015. Ianya rekod iaitu 13 tahun.

Maka, perlantikan beliau sebagai KP BTN yang baharu oleh YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Azalina Othman Said sangat-sangat tepat.

Dari segi keluarga, beliau berkahwin dengan orang Sabah yang mempunyai susurgalur yang menarik kerana mempunyai keluarga dari sebelah Kadazan, Dusun, Arab, Cina dan Melayu. Satu perkara yang amat membanggakan, anak-anak beliau semuanya berjaya dalam pendidikan. Tiga orang daripadanya di dalam bidang perubatan di mana yang tua sudah pun menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu. Seorang pula dalam bidang kejuruteraan. Kesemua anak-anak beliau melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di England, India, Mesir dan German.

Secara peribadi, amat membanggakan kerana walaupun beliau sangat sibuk siang dan malam memenuhi jemputan sebagai penceramah patriotik di seluruh Sabah malahan di Semenanjung Malaysia, tetapi beliau masih berkesempatan mengatur pendidikan anaknya. Beberapa tahun dahulu saya pernah bertanya, apa rahsia Datuk? Katanya, "kita mesti menggunakan masa dengan berkualiti walaupun sekejap ketika bersama keluarga". 

Ketika saya di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membantunya melawat anak-anaknya yang belajar di beberapa institusi pendidikan. Beliau berusaha menjenguk anaknya walaupun dalam 10 minit. Kadangkala sudah malam hari. 

Terdapat beberapa insiden yang menyedihkan sepanjang saya bersama Datuk Ibrahim.  Oleh kerana anak pertama beliau tidak mendapat pinjaman pelajaran ketika hendak memulakan pelajaran perubatannya di England, beliau terpaksa membuat pinjaman bank dengan mencagarkan rumah beliau sendiri. Inilah nasib pegawai kerajaan yang tidak diketahui oleh orang di luar sana,  janganlah berfikiran bahawa semua pegawai kerajaan mudah mendapat apa yang diingini.

Terdapat kes jua di mana beliau baharu mendarat di KLIA dan mendapat jemputan ceramah ke satu majlis. Oleh kerana beliau tidak membawa kelengkapan baju, saya berkata jika Datuk sudi, saya boleh pinjamkan baju saya. Ternyata Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang memilih. Walaupun baju saya agak besar, itu tidak penting kepadanya, yang utama kepadanya adalah beliau boleh menjalankan tugas untuk negara.

Datuk Ibrahim Saad bukan seorang yang suka duduk di pejabat berkerusikan empuk pun. Pada tahun 2008 jika saya tidak silap, BTN melakukan aktiviti berakit di sepanjang sungai perak yang sangat panjang dan deras itu. Namun, Datuk Ibrahim Saad merendahkan dirinya dengan turut sama mendayung rakit, berpanas dan mengikuti aktiviti spiritual seperti solat berjemaah, memberi kuliah Subuh dan menjadi imam. 

Datuk Ibrahim Saad telah melalui lebih 30 tahun perkhidmatan dengan kerajaan khususnya di Sabah. Beliau telah bercampur dengan lebih 30 suku kaum di Sabah. Maka, jika anda bertanya adakah Datuk Ibrahim akan membawa BTN ke arah yang sempit, anda perlu mengubah tanggapan itu. Beliau telah menjadi Pengarah BTN Sabah kepada 3 orang Perdana Menteri, 4 Ketua Menteri Sabah dan 4 Ketua Pengarah BTN. 

Datuk Ibrahim Saad adalah satu-satunya ketua jabatan kerajaan di Sabah yang telah memulakan Jelajah Kemerdekaan merentasi Borneo (Sabah-Sarawak) menggunakan jalan darat. Tujuannya satu sahaja, untuk meniupkan semangat cintakan negara dan patriotisme kepada rakyat di sepanjang perjalanan. Saya mengetahuinya dan mencatatnya ketika saya menjadi ketua editor majalah Gemilang dahulu. Banyak pengisian dalam program tersebut seperti ceramah kenegaraan, aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan sebagainya. Inilah yang sepatutnya diberi keutamaan oleh BTN dan inilah yang telah dilakukannya sejak sekian lama.

Pengalaman-pengalaman di atas cukup untuk membawa wadah baharu kepada rakyat Malaysia dalam konteks national identity, Patriotisme dan usaha nation building di Malaysia. Oleh yang demikian, saya menyarankan NGO dan parti-parti politik supaya bersama-sama dengan KP BTN yang baharu dalam membentuk rakyat Malaysia yang bersatupadu dan patriotik.

Salam dari perantauan,

University City,

Philadelphia, PA, USA.

1 Januari 2016.