Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Feb 26, 2016

Kamek Anak Sarawak Sayang CM Adenan



Rakyat Sarawak amat memahami apa yang menjadi aspirasi dan iltizam Ketua Menteri Sarawak. Daya usaha beliau sebagai pemimpin terserlah apabila setiap yang dikatakan pasti akan dikota. Menepati janji dan tidak meminggir hak kaum yang berbilang bangsa dan agama di Sarawak. 

Apa yang diperkatakan oleh Adenan cukup jelas dan realitinya tetap menjadi kenyataan. Berikut apa yang dikatakan oleh Adenan yang akan menjadi titik tolak kepimpinan beliau. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melahirkan keyakinan bahawa kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kualiti kepimpinan dan sokongan padu rakyatnya. Katanya sokongan padu rakyat pula perlu berteraskan faktor keupayaan pemimpin untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan sistem negara dan masyarakat. 

“Semua ini jelas sekali memperlihatkan kebergantungan kepada ketokohan pemimpin dan corak kepimpinannya yang sentiasa memperbaiki diri serta mudah menerima pandangan bawahan daripada aspek ilmu pengetahuan serta amalan beragama. 

“Pada masa sama, seorang pemimpin yang berjaya haruslah mempunyai sifat jujur, adil, berakhlak selain kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan penggunaan segala sumber dan kekuatan negara sedia ada,” katanya. 

Tambah beliau, dalam memastikan kejayaan negara dan negeri yang ditadbir, sifat jati diri tidak hanya tertumpu kepada kualiti kepimpinan semata-mata, bahkan hendaklah dijadikan budaya yang berakar umbi dalam masyarakat yang dipupuk dari awal lagi. 

Adenan berkata, ia termasuk pembudayaan kualiti asas meliputi sikap amanah, integriti, berilmu, berkemahiran dan sikap positif yang memacu ke arah pembangunan dan kejayaan negeri.

Oleh sebab itu Ketua Menteri Sarawak semakin disayangi oleh rakyat Sarawak. Ketegasan dan komitmen beliau untuk membangunkan keseluruhan negeri Sarawak lebih-lebih lagi kawasab luar bandar agar penduduk luar bandar dapat menikmati pembangunan seperti masyarakat bandar nikmati.

PAS Pinggir DAP Bincang Kerusi PRN Sarawak.



Ternyata keegoan dan kebiadaban DAP telah menjadi asam garam Parti PAS. Sudah hampir 2 penggal PAS dan DAP duduk dalam satu Pakatan Rakyat. PAS serik menjadi Barua DAP yang begitu ego dan bongkak. 

PAS melalui Setiausahanya, Mustafa Ali lantang menyuarakan tidak akan berbincang dengan DAP berkenaan pembahagian kerusi pada PRN Sarawak. Bermakna PAS sanggup bertindih kerusi dengan DAP. 

PAS lebih suka berbincang bersama PKR bagi mengelak pertindihan kerusi. PKR dan PAS masih sefahaman memandang kedua parti tersebut masih bertolak ansur sesama mereka. Bagi PAS, DAP bukan sebuah parti yang senang di ajak berbincang. 

Kedengaran pula suara PKR Sarawak yang tidak berpuas hati memandangkan Pengerusi PKR Sarawak pernah menyatakan Chong Chieng Jen Pengerusi DAP Sarawak sebagai 'Besar Kepala'. 

Ternyata selama ini kedua parti tersebut menyimpan rasa terhadap DAP. Apabila sudah tidak mampu menahan rasa, segala-galanya terluah justeru terbongkar permainan kotor DAP terhadap parti rakan mereka selama ini. 

' PENGKHIANAT' menjadi penunjuk sikap DAP sebenar. Tanpa memperduli rakan atau lawan, DAP tetap menjadi pengkhianat untuk kepentingan politik mereka. Kini PAS dan PKR mula sedar selama ini mereka dikhianati DAP hidup-hidup. 

Terbukti PAS sudah menolak jauh DAP daripada menghampiri mereka. Harapan PAS hanya akan bekerjasama bersama PKR untuk meneruskan perjuangan politik mereka. Bagi PAS 'NO WAY TO DAP'.

Feb 25, 2016

MAHATHIR TAK KISAH DI LIWAT ANWAR?



PUTRAJAYA — Demi terus mengkritik kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad rela dipenjara di sebelah kurungan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Buloh.

Bercakap kepada media selepas disiasat polis berhubung artikelnya awal bulan ini, mantan perdana menteri berkata beliau sanggup ditahan bersama bekas timbalannya itu.

“Saya sedia menerima akibatnya kerana keprihatinan saya demi rakyat dan negara ini, dan untuk itu, saya akan terus bersuara walaupun ia bermakna dipenjara di Sungai Buloh dan berkongsi sel dengan Anwar,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dilaporkan berdepan siasatan Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung tulisan “AG to AG” di blognya pada 3 Februari lepas yang dianggap menghasut.
Malaymailonline

Feb 24, 2016

SPRM DAN BANK NEGARA PERLU DEDAH NAMA PEGAWAI YANG BERI MAKLUMAT BECANGGAH KEPADA MUHYIDDIN YASSIN.



Tiba-tiba Muhyiddin Yassin menjadi seorang yang serba tahu. Katanya "saya tahu lebih dari yang anda tahu" dan kononnya dia mendapat 'briefing' dari SPRM, Bank Negara dan Peguam Negara yang lalu.

Pelik sebab sebelum ini Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri yang serba TIDAK TAHU. Dalam kes 1MDB misalnya, walaupun telah dijelaskan berulang kali di dalam kabinet, Muhyiddin mengaku tidak faham apa-apa, dan hanya faham selepas membaca The Edge.

Persoalannya siapa dari SPRM yang memberikan maklumat kepada Muhyiddin tentang sumbangan dana politik RM2.6 bilion? Muhyiddin wajar mendedahkan siapa dalam SPRM yang kononnya memberikannya maklumat mengenai dana ini kerana pada 3hb dan 5hb Ogos 2015, SPRM sendiri yang membuat kenyataan bahawa wang ini datang daripada penderma berdasarkan 4 dokumen yang mereka terima dari bank dan mereka sendiri mengesahkan bahawa mereka telah berhubung dengan penderma berkaitan perkara ini. Jadi siapa yang memberi brif kepada Muhyiddin? Eloklah SPRM juga tampil mendedahkan siapa di kalangan anggota mereka yang memberi brif kepada Muhyiddin agar kebenaran dapat diketahui.

Kedua, elok juga Bank Negara tampil ke hadapan dan mendedahkan siapa di kalangan pegawainya yang memberikan brif kepada Muhyiddin. Agak pelik apabila SPRM mengesahkan terdapat empat dokumen berkaitan sumber dana RM2.6 bilion ini tetapi Bank Negara pula tidak menyedarinya. Siapakah pegawai Bank Negara yang membuat brif yang bercanggah dengan dapatan SPRM?

Agak pelik apabila secara tiba-tiba Muhyiddin membuat pengakuan bahawa dia menerima brif dari Peguam Negara, Bank Negara dan SPRM, sedangkan sebelum ini alasan yang diberi adalah sebagai Timbalan Presiden, dia tidak mempunyai akses terhadap banyak perkara kerana perkara-perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Oleh sebab Muhyiddin secara jelas telah menamakan Peguam Negara, Bank Negara dan SPRM yang memberikan brif kepadanya, maka sudah sewajarnya pihak yang disebut oleh Muhyiddin ini tampil dan disoal siasat supaya mereka dapat menjelaskan apakah yang telah mereka bentangkan kepada Muhyiddin dan kenapa ia bercanggah dengan kenyataan SPRM pada 3 & 5 Ogos 2015.

Feb 21, 2016

Serangan pemusnah kerajaan.

Apa yang diketahui semenjak dua menjak ini serangan terhadap institusi berkaitan Islam bukan mempersoalkan kresdibiliti institusi terbabit. Serangan tersebut ingin memusnahkan pentadbiran kerajaan yang begitu kukuh selama ini.

Kerakusan pihak pembangkang ingin berkuasa di Malaysia menyebabkan mereka mengguna saluran yang tidak sepatutnya sehingga sanggup mempergunakkan orang Islam meruntuhkan institusi berkaitan Islam dan kerajaan.

Fitnah semakin berleluasa menyebabkan orang Islam sendiri tidak yakin dengan institusi Islam. Lihat bagaimana orang Islam mempercayai bahawa Tabung Haji berisiko hinggakan ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka selama ini. Begitu mudah orang Islam mempercayai fitnah tersebut tanpa mengkaji selidik terlebih dahulu.

Terbukti pembangkang sudah gagal menyerang institusi Islam seperti Tabung Haji apabila TH mengumumkan dividen dan bonus kepada pencarum. Pembangkang tidak akan berhenti setakat itu sahaja kerana diketahui akan tetap meruntuhkan institusi Islam.dan mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan. Selagi kerajaan hari ini masih berdiri selagi itu mereka mencari jalan untuk meruntuh kerajaan dan menguasai Malaysia.

Pengajaran untuk rakyat Malaysia sudah berlaku dan rakyat harus mengambil sikap berhati-hati dengan kenyataan palsu daripada pembangkang. Tidak mustahil KWSP, Jabatan Agama Islam dan sebagainya akan menjadi mangsa selepas ini. Ikhtibar daripada TH perlu di ambil kira oleh rakyat bahawa fitnah akan merugikan rakyat sendiri.

Feb 18, 2016

Abu Seman berkhidmat sepenuhnya.

DUN Jemoreng telah menikmati pembangunan walaupun tidaklah begitu agresif. Kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih sudah bertambah baik dari sebelumnya. Jalan penghubung ke bandar begitu baik cuma jambatan di Sungai Igan perlu dibina bagi memudah dan menyingkatkan waktu perjalanan.

Perkara sedemikian telah di usul oleh ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie. Masih banyak lagi yang Abu Seman akan usulkan sehingga ia akan berjaya. Bukan sedikit peruntukkan untuk membangunkan lagi DUN Jemoreng, ia perlu usaha yang lebih gigih lagi buat Abu Seman.

Tidak akan terhenti usaha Abu Seman kerana kepentingan rakyat tetap menjadi agenda beliau selamanya. Yang menariknya tentang Abu Seman, walaupun dikatakan YB Poco-poco tetapi hasil poco-poco beliau telah menjadikan masyarakat DUN Jemoreng erti senaman. Menjadikan budaya senaman sebagai aktiviti sihat dan menggalakkan masyarakat bahawa pentingnya hidup dalam keadaan yang sihat.

Pada masa sama Abu Seman tidak pernah meminggirkan rakyat kawasan di mana budaya 'menilik jawai' atau menunjuk muka diamalkan sentiasa oleh beliau. Abu Seman akan berada di mana-mana bila rakyat memerlukan khidmat beliau. Cara beliau bekerja berjumpa rakyat amat menyenangkan hati rakyat DUN Jemoreng.

Bantuan dan sebagainya sering beliau sampaikan disaat rakyat ditimpa musibah. Tanpa mengira kaum, beliau akan turun membantu jika rakyat memerlukan. Dari segi prestasi Abu Seman sudah menjalankan tugas-tugasnya sebagai wakil rakyat sepenuhnya.

Feb 14, 2016

Kenapa ?

Trend memburuk-burukkan Malaysia di luar negara sudah terjadi sejak sekian lama. Ketaksuban ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia punca trend tersebut berlaku. Kelemahan pembangkang apabila tidak dapat majoriti undi pada pilihanraya yang berjalan secara demokrasi menyebabkan mereka mengambil jalan kotor.

Kesan trend tersebut ekonomi Malaysia mula merudum disebabkan ketidak percayaan pelabur terhadap Malaysia. Pelabur mula mengambil sikap berhati-hati. Kejatuhan harga komoditi berlaku. Begitulah hebatnya kesan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia.

Pihak luar pula mengambil kesempatan membuat spekulasi negatif terhadap Malaysia. Ditambah dengan maklumat tidak sahih dari dalam negara yang menguatkan serangan dari pihak luar. Justeru tekanan terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi.

Lihat bagaimana peranan ahli-ahli politik pembangkang seperti DAP menjaja keburukan Malaysia di luar negara. Dah jelas dan secara terangan rakyat Malaysia mengetahui tindakan tersebut, namun masih ramai yang menyalahkan kerajaan dalam perkara tersebut.

Hakikatnya kerajaan Malaysia terus merancang perjalanan ekonomi secara tersusun. Disebalik cubaan mensabotaj ekonomi Malaysia oleh pihak pembangkang, pertumbuhan ekonomi Malaysia tahap 4%-5% setiap tahun membuktikan Kerajaan mampu menangani dugaan yang mendatang.

Andai tiada pensabotaj ekonomi berlaku kemungkinan Malaysia sudah mencapai negara berpendatan tinggi dan maju lebih awal. Gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang, kerajaan Malaysia terpaksa menongkah arus secara perlahan-lahan. Memang jelas pembangkang di Malaysia tidak sama dengan pembangkang di luar negara. Pembangkang di Malaysia lebih gemar bermain persepsi kotor demi kerakusan hendak menguasai Malaysia.

Feb 1, 2016

Terdesak menawan Putra Jaya.

DAP terus menyepi mengenai sumbangan dana politik mereka yang didakwa RM1.2 bilion derma asing. Hingga kini DAP terus menyepi dan mereka terus menyerang agensi berkaitan Melayu dan Islam.

Dalam keadaan menyepi, tiba-tiba DAP telah melancarkan trak kempen mereka. Entah berapakah kos trak berkenaan yang begitu canggih. Kempen mereka terus berjalan di Sarawak walaupun SPR belum lagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi.

Pengerusi DAP Sarawak terus melancarkan serangan terhadap Ketua Menteri Sarawak melalui ceramah-ceramah yang penuh berunsur fitnah. Menimbulkan isu autonomi yang begitu sinonim memperjuangkan pergerakan Sarawak for Sarawakians.

Adakah Chong Cheing Jen mampu memperjuangkan Autonomi sedangkan Chong masih menjadi Pak Turut DAP pusat.? Bagaimana Chong dapat memperjuangkan autonomi sedangkan asasnya membawa keluar Sarawak dari Malaysia melalui referendum yang mereka bawa.?

Ini bercanggah dengan kehendak rakyat Sarawak yang hanya mahu diperturunkan kuasa yang menjadi hak Sarawak. Perkara berkenaan telah dipersetujui oleh Najib dan Adenan dalam perbincangan fasa pertama. MA63 tercatit dan termaktub melalui perbincangan dan melalui proses undang-undang.

Apa sebenarnya kehendak DAP? DAP Sarawak hanya menurut kehendak DAP pusat yang sudah terdesak untuk menawan Putra Jaya. Keinginan mereka untuk berkuasa semakin tertekan kerana Penasihat mereka Lim Kit Siang sudah terlalu tua. Impian Lim Kit Siang perlu direalisasikan segera disebabkan Jawatan Presiden Pertama Malaysia menjadi idaman beliau selama ini.

Andai ini berlaku maka rakyat pribumi dan bumiputera akan hilang hak selama-lamanya seperti mana apa yang telah berlaku di Singapura.