Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Apr 30, 2016

#PRNSARAWAK :PERDANA MENTERI DI SAMBUT MERIAH WALAUPUN LEWAT

MIRI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi di Lambir menyokong penyandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Ripin Lamat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

Beliau berkata jika pengundi Lambir mahu masalah mereka diatasi maka mereka perlu memilih kerajaan sedia ada seperti 53 inisiatif mesra rakyat yang dilaksanakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

"Sokonglah Ripin, dia masih muda dan telah memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk. Tempat seperti Lambir masih memerlukan pembangunan dan kalau kita pilih pembangkang, mereka tidak mampu menolong kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada penghuni semasa melawat Tuai Nunong Iban, sebuah rumah panjang 23-pintu di Nanga Jella, kira-kira 15km, dari sini hari ini.

Hadir sama, Anggota Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang.

Pada PRN-11, Ripin menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan menentang calon PKR, Mohdak Ismail ddan wakil PAS, Mohammad Arifiazul Paijo.

Pada majlis pemimpin bersama rakyat itu, Najib mengumumkan peruntukan RM1.9 juta untuk projek bekalan air luar bandar bagi penduduk rumah panjang Kampung Opak dan Langgi di Lambir.

Najib turut memohon maaf kepada penduduk Nanga Jella kerana tiba lewat ke majlis itu dengan menaiki helikopter kerana cuaca buruk.

Sementara itu, Ripin memberi jaminan bahawa penduduk Lambir akan memberi sokongan padu kepada Adenan bagi memastikan kerusi itu kekal di bawah kerajaan pimpinan BN.

DUN Lambir mempunyai 17,533 pengundi berdaftar iaitu 34 peratus kaum Melayu/Melanau, 32 peratus Iban, 20 peratus pengundi kaum Cina dan 14 peratus lain-lain. -- BERNAMA

BN denies putting up anti-Christian billboards



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) today strongly denied putting up billboards with anti-Christian message or any offensive banners for the party’s 13th general election (GE13) campaign.

“We view this matter seriously as it a malicious attempt to paint the Barisan Nasional in bad light, create angst towards the Barisan Nasional and deter Christians from voting for the BN,” said the party’s Secretary-General Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor in a statement on Wednesday.

He said BN has never put any banner of such kind or even resort to any action aimed at causing religious tension and disunity.

“As far as BN is concerned, we will never put up such banners and resort to such an action as our struggle is always aimed at uniting and prospering the people and the nation,” said Tengku Adnan expressing regret over the matter.

BN has also condemned the ‘unscrupulous act’ made by irresponsible groups and urged the Election Commission (EC) to take down the billboards as soon as possible, saying that the party does not have the power to take it down themselves.

Meanwhile, Tengku Adnan also advise all parties to be responsible in their campaigning, and not resort to immoral means.
He also advised people to not be taken in by these provocative banners and inform the BN should they encounter any banner with offensive messages by providing information on who had put them up.

Apr 29, 2016

GELARAN BARU 'AMAI AYA' UNTUK PERDANA MENTERI


Gelaran 'Apai Besai Malaysia' daripada masyarakat kaum Iban yang sinonim dengan Perdana Menteri, hari ini beliau di beri gelaran lagi oleh masyarakat etnik Kaum Kayan iaitu gelaran 'Amai Aya' yang bermaksud dalam bahasa Kayan ' Ketua pemimpin Keluarga' ketika melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Luput dan Long Loyang di kawasan tengah Baram hari ini.
'Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkkan untuk skim itu dan tiada kadar faedah akan dikenakan terhadap pinjaman itu ' kata beliau di hadapan lebih kurang 3,000 penduduk etnik Kayan hari ini.
'Kos itu boleh digunakan untuk membina rumah panjang baru atau menambah baik kediaman yang sedia ada' tambah beliau lagi.
Di samping itu beliau juga telah meluluskan pembinaan Dewan Masyarakat dan sekolah rendah yang baru bagi Sekolah Rendah(SK) long Luput.Begitu juga tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang Long Luput.
Setiap keputusan hari ini akan  memberi kesan jangka panjang kepada negeri dan negara kata beliau.Untuk itu beliau menyeru agar pengundi di Sarawak tidak mengambil pendekatan jangka pendek terhadap calon sebalik nya memberi sokongan padu terhadap calon yang telah di pilih oleh Ketua Menteri.

Apr 25, 2016

SENARAI PENUH PENCALONAN UNTUK PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE - 11



N.1 OPAR
1. Ranum Mina - Calon langsung BN
2. Francis Teron Kadap (PKR),
3. Partick Anek Uren (PBDS)
4. Niponi Undek (Bebas)

N.2 TASIK BIRU
1. Henry Harry Jinep (SPDP)
2. Mordi anak Bimol (DAP)
3. Johnson Bilok (DNP)

N.3 TANJUNG DATU
1. Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB).
2. Jazolkipli Numan (PKR)

N.4 PANTAI DAMAI
1. Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi (PBB)
2. Zainal Abidin Bin Yet (PAS)

N.5 DEMAK LAUT
1. Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB)
2. Mohammad Fidzuan Zaidi (Amanah)

N.6 TUPONG
1. Fazzruddin Abdul Rahman (PBB)
2. Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR)

N.7 SEMARIANG
1. Sharifah Hasidah Syaeed Aman Ghazali (PBB)
2. Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi (PAS)
3. Nani binti Sahari (Amanah)

N.8 SATOK
1. Datuk Amar Abang Johari (PBB)
2. Mohamed Salleh Shawkatali (PKR)

N.9 PADUNGAN
1. Peter Pau (SUPP)
2. Teo Kuang Kim (Star)
3. Wong King Wei (DAP),

N.10 PENDING
1. Milton Foo Tiang Wee (SUPP)
2. Violet Yong Wui (DAP)

N.11 BATU LINTANG
1. Sih Hua Tong (SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Lina Soo (Star)

N.12 KOTA SENTOSA
1. Wilfred Yap Yau Shin (SUPP)
2. Chong Chieng Jen (DAP)

N.13 BATU KITANG
1. Lo Khere Chiang (SUPP)
2. Voon Shiak Ni (PKR)
3. Abdul Aziz Isa (DAP)
4. Sulaiman Kadir (Bebas)
5. Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

N.14 BATU KAWAH
1. Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP)
2. Christina Chiew Wang See (DAP)
3. Liu Thian Leong (Bebas)

N.15 ASAJAYA
1. Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)
2. Abang Junaidi Abang Gom (PKR)

N.16 MUARA TUANG
1. Datuk Idris Budang (PBB)
2. Zulkipli Bin Ramzi (PAS)
3. Abang Abdul Halil Bin Naili (Amanah)

N.17 STAKAN
1. Dato Sri Haji Mohamad Ali Mahmud (PBB)
2. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)
3. Jatan Pangau Abas (DNP)

N.18 SEREMBU
1. Miro Simuh (Calon langsung (PBB)
2. Athina Klaywa Sim (PKR)
3. Buln Ribos (Star)
4. Ressa Billie (DNP)

N.19 MAMBONG
1. Datuk Dr Jerip Susil (UPP Calon langsung)
2. Willie Mongin (PKR)
3. Sanjan Daik (DAP)
4. John Sireg (DNP)

N.20 TARAT
1. Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB)
2. Musa anak Ngog (PKR)
3. Jospin (DNP)

N.21 TEBEDU
1. Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong (PBB)
2. Mark Barau (DAP)
3. Alex Saben Nipong @ Nyipong (PKR)

N.22 KEDUP
1. Martin Ben (PBB)
2. Andrew Nyaie (DAP)
3. Mark Murau (PBDS Baru)

N.23 BUKIT SEMUNJA
1. John Ak Ilus Calon Langsung- (PBB)
2. Andrew Edward Luwak (DAP)
3. Cobbold John (PBDS Baharu)
4. Johny Bob (Star)
5. Fredrick Bayoi Manggie (Bebas

N. 24 SADONG JAYA
1. Ir. Aidel Lariwoo (PBB)
2. Asan Bin Singkro, 63, (PAS)
3. Othman Bin Mustapha (Amanah)

N.25 SIMUNJAN
1. Awla Dris (PBB)
2. Petrius Lagan (DNP)
3. Jamilah Baharuddin (PKR)

N.26 GEDONG
1. Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB)
2. Rapelson Richard Hamit (Amanah)

N.27 SEBUYAU
1. Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB),
2. Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS)
3. Andrew Anak Jain (Amanah)

N.28 LINGGA
1. Simoi Haji Peri (PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
3. Dato Wan Abdillah Edruce (Bebas)

N.29 BETING MARO
1. Razaili Haji Gapor (PBB)
2. Hamidah Binti Mokhtar (PAS)
3. Andri Zulkarnean Hamden (Amanah)

N.30 BALAI RINGIN
1. Snowdan Lawan (PRS)
2. Nicholas Mujah Ason (PKR)
3. Sentosa Imam (Bebas)
4. Pok ak Ungkot (PBDA Baharu)

N.31 BUKIT BEGUNAN
1. Datuk Mong Dagang (PRS)
2. Juperi Atak (PKR)

N.32 SIMANGGANG
1. Datuk Francis Harden Holis (SUPP)
2. Norina Umoi Utot (PKR)
3. Datuk Dr Ngu Piew Seng (Bebas)
4. Leon Jimat Donald (DAP)

N.33 ENGKILILI
1. Dr. Johnical Rayong Ngipa (UPP Calon Langsung)
2. Nicholas Bawin ak Anggat(PKR)
3. Adan Sandom (Bebas)
4. Dr Ridi Bauk (Bebas)

N.34 BATANG AI
1. Malcom Mussem Lamoh (PRS)
2. Kolien Liong (PKR)

N.35 SARIBAS
1. Mohamad Radzi Sitam (PBB)
2. Yakup Daud (PKR)

N.36 LAYAR
1. Gerald Rentap Jabu (PBB)
2. Vernon Aji Kedit (PKR)
3. James Stanley Mikai (DNP)

N.37 BUKIT SABAN
1. YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB)
2. Noel Changgai Bucking (PKR)

N.38 KALAKA
1. Datuk Wahab Aziz (PBB)
2. Jemat Panjang (PKR)

N.39 KRIAN
1. Kilat Beriak (SPDP)
2. Ali Biju (PKR)
3. Polycarp Danson (DNP)

N.40 KABONG
1. Mohamad Chee Kadir (PBB)
2. Novert Sullang (DNP)
3. Jini Bin Sahini (Amanah)

N.41 KUALA RAJANG
1. Datu Haji Len Talif Salleh (PBB)
2. Sufian Bin Julaihi (Amanah)

N.42 SEMOP
1. Abdullah Haji Saidol (PBB)
2. Fadillah Bin Sabali (Amanah)

N.43 DARO
1. Shafiee Hj. Ahmad (PBB)
2. Ibrahim Bayau (Amanah)

N.44 JEMORENG
1. Datuk Dr Juanda Jaya (PBB)
2. Dolah bin Shahminan (Bebas)
3. Kiprawi Bin Suhaili (Amanah)

N.45 REPOK
1. Dato Sri Huang Tiong Sii (UPP calon langsung)
2. Yong Siew Wei (DAP)
3. Wong Ching King, 50 (Bebas - Keluar DAP)

N.46 MERADONG
1. Ding Kuong Hiing (SUPP)
2. Ting Tze Fui (F) (DAP)

N.47 PAKAN
1. Tan Sri William Mawan (Calon Langsung BN)
2. Rinda Juliza Alexander (DAP)
3. Dr Jawie Jingot (Bebas)

N.48 MELUAN
1. Rolland Duat (SPDP)
2. Semana Sawang (PKR)
3. Jerry Clement (Bebas)
4. Elly Lawai Ngalai (Bebas)

N.49 NGEMAH
1. Alexander Vincent (PRS)
2. Thomas Laja (PKR)
3. Richard anak Lias (DAP)
4. Matthew Mudai (DNP)

N.50 MACHAN
1. Allen Siden Gramong (PBB)
2. George Chen Nguk Fa (PKR)
3. Playmond Raynold (DNP)

N.51 BUKIT ASSEK
1. Chieng Buong Toon (SUPP)
2. Irene Mary Chang Oi Ling (DAP)
3. Moh Hiong Kiong (Star)
4. Lina Kujak (DNP)

N.52 DUDONG
1. Datuk Tiong Thai King (UPP calon langsung)
2. Yap Hoi Liong (DAP)
3. Casper Kayong Umping (Bebas)
4. Dr Benny Lee (Bebas)
5. Mary Tiong Yiik Hong (Star)

N.53 BAWANG ASSAN
1. Datuk Sri Wong Soon Koh, (Calon langsung)
2. Wong Sing Wei (Star)
3. Chiew Sung Ngie (DAP)
4. Watson Bangau Ak Jonathan Renang (Bebas)
5. Yeu Bang Keng (Bebas)

N.54 PELAWAN
1. Datuk Janet Lau (UPP calon langsung)
2. Priscilla Lau (Star),
3. David Wong (DAP)

N.55 NANGKA
1. Dr. Haji Annuar Rapaee (PBB)
2. Abdul Raafidin Majidi (PKR)
3. Simon Tiong (Star)

N.56 DALAT
1. Datuk Hajah Fatimah Abdullah (PBB)
2. Sim Eng Hua (PKR)

N.57 TELLIAN
1. Yussibnosh Balo (PBB)
2. Asinii @ Hasni bin Yahya (PKR)

N.58 BALINGIAN
1. Abdul Yakub Arbi (PBB)
2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)

N.59 TAMIN
1. Christoper Gira, 45 (PRS)
2. Simon Joseph Usau (PKR)

N.60 KAKUS
1. Datuk John Sikie (PRS)
2. Clement Bayang (PAS)
3. Joshua Jabing @ Jabeng (PKR)
4. Anthony Ejau (DNP)

N.61 PELAGUS
1. Wilson Nyambong (PRS)
2. Yong Sibat (Bebas)
3. Frankie Bedindang (DAP)

N.62 KATIBAS
1. Ambrose Blikau
2. Paren Nyawi (DAP)
3. Munan Laja (SWP)
4. John Esot (DNP)

N.63 BUKIT GORAM
1. Jefferson Jamit anak Unyat (PBB)
2. Larry anak Asap (DAP)
3. Rentap Salau (DNP)

N.64 BALEH
1. Tan Sri James Jemut Masing (PRS)
2. Agong Linsong (DAP)

N.65 BELAGA
1. Liwan Lagang (PRS)
2. Alex Lihan (DAP)

N.66 MURUM
1. Chuk Pai Ugon, 47 (PRS)
2. Abun Sui Anyit,, 42, (PKR)
3. Kenneth Adan Silek (DAP)

N.67 JEPAK
1. Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB),
2. Kiprawi Bin Aman (PAS)
3. Abdul Jalil Bujang (PKR)
4. Jok Padan (DNP)

N.68 TANJONG BATU
1. Datuk Pau Chiong Ung (SUPP)
2. Chiew Chiu Sing (DAP)

N.69 KEMENA
1. Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB)
2. Leighton Manjah (DAP)

N.70 SAMALAJU
1. Majang Renggie (PRS)
2. Engr. Zharudin bin Narudin (PAS)
3. Michael Lias (Bebas)
4. Baba Emperan (DAP)

N.71 BEKENU
1. Rosey Yunus (Calon Langsung, Teras )
2. Bill Kayong (PKR)
3. Peter Jilin (Bebas)
4. Austin Sigi Melu (Bebas)

N.72 LAMBIR
1. Ripin Haji Lamat (PBB)
2. Mohammad Arifiriazul Bin Paijo (PAS)
3. Mohdak Ismail (PKR)
4. Attak Lee (Bebas)

N.73 PIASAU
1. Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew (SUPP)
2. Alan Ling Sie Kiong (DAP)

N.74 PUJUT
1. Datuk Hii King Chiong (UPP calon langsung)
2. Jofri Haji Jaraiee (PAS)
3. Fong Pau Teck (Bebas)
4. Dr Ting Tiong Choon (DAP)

N.75 SENADIN
1. Datuk Lee Kim Shin (SUPP)
2. Dr Bob Baru Langup (DAP)
3. Steve Teo (PKR)
4. Bill Kayong (DNP)

N.76 MARUDI
1. Datu Dr Penguang Manggil (SPDP)
2. Elia Bit (PKR)
3. Louis Jalang (BEBAS)

N.77 TELANG USAN
1. Dennis Ngau (PBB)
2. Roland Engan (PKR)

N.78 MULU
1. Gerawat Gala- Calon Langsung (PBB)
2. Paul Baya (PKR)
3. Paul Raja (DAP)

N.79 BUKIT KOTA
1. Dr Haji Abdul Rahman Ismail (PBB)
Menang tanpa bertanding

N.80 BATU DANAU
1. Paulus Palu Gumbang (Teras) - Calon langsung
2. Nick Nabau (DNP),

N.81 BA’KELALAN
1. Willie Liau (SPDP)
2. Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)

N.82 BUKIT SARI
1. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB)

Apr 14, 2016

Tuai Rumah Kembali Sokong Snowdan Lawan



Isu sabotaj di DUN Balai Ringin telah menjadi viral di laman sosial hari ini. Perkara yang menyentuh tentang Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat yang meletak ayam sabong beliau Entusa Iman sebagai calon BEBAS menentang Snowdan Lawan pada pilihanraya nanti.

Hal sedemikian mengejutkan pemimpin masyarakat dan rakyat Balai Ringin. Ramai dikalangan mereka tidak bersetuju dengan tindakan Masir yang bertindak mensabotaj calon yang telah dipilih seterusnya mensabotaj parti.

Disebalik hal yang sedemikian, ada dikalangan Tuai Rumah yang sebelum ini tegar mengikut Masir mula beralih arah. Mereka menyedari perkara yang meyalahi dasar parti akan menyababkan perpecahan dikalangan ahli akan berlaku.

Untuk mengelak perkara tersebut berlaku, Tuai Rumah yang sebelum ini mengikuti Masir mula mengorak langkah keluar daripada kumpulan Masir. Difahamkan mereka telah mengangkat sumpah menyokong penuh Snowdan Lawan sebagai calon yang bertanding di Balai Ringin.

Malah bukan setakay itu sahaja, sumber menyatakan bahawa Tuai Rumah tersebut turut bersumpah memastikan penduduk di bawah selian mereka akan menyokong dan mengundi Snowdan dengan memberi mandat yang besar pada kali ini.

Apr 13, 2016

SETIAUSAHA DAP SERIKEI UMUM KELUAR PARTI


Bagaikan tak percaya bila  menerima perkhabaran iaitu Setiausaha DAP Sarikei Wong Ching King mengumumkan keluar parti hari ini berikutan hilang keyakinan terhadap pimpinan DAP Sarawak.Nampaknya DAP bukan hanya bergolak antara parti dalam pakatan pembangkang tapi juga dalaman.
Beliau yang meletakkan jawatan sebagai guru sekolah menengah bagi menyertai Dap pada 2011 berkata, beliau bertekad meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti termasuk Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.
“Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan, yang mana dihantar kepada setiausaha agung party menerusi emel dan akan disusuli dengan surat yang dihantar melalui khidmat kurier,” jelasnya.
“Pimpinan DAP Sarawak telah merendah-rendahkan maruah saya selaku ahli parti dan gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh beberapa pemimpin parti negeri telah menghancurkan perpaduan di kalangan ahli-ahli cawangan dan kompromi keyakinan awam terhadap cawangan DAP Sarikei, khususnya.”
Adalah menyedihkan ada sesetengah pemimpin DAP negeri, pemimpin cawangan Sarikei dan ahli-ahlinya gagal untuk menegakkan prinsip-prinsip asas perjuangan parti, katanya lagi.
“Saya belum membuat sebarang keputusan tentang kaedah penglibatan saya pada pilihanraya negeri kali ini selain menunaikan hak sebagai pengundi berdaftar N45 Repok. Saya akan membuat pengumuman sekiranya ada sebarang perkembangan,” tambahnya.
Ketika Sarawak di ambang Pilihanraya Negeri  yang ke 11 ,DAP SArawak mempunyai 10 wakil Dewan Undangan Negeri(DUN) pada masa ini dan di jangka bertanding di lebih 30 kerusi pada Pilihanraya negeri kali ini.

Apr 11, 2016

WATCH :DR ZAKIR NAIK..PLEASE DONT BLAME YOUR GOVERMENT





MENONTON  ceramah Dr Zakir Naik yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak Trangganu memang menyentuh perasaan . Tertarik dgn satu soalan dri plajar perubatan (bakal doktor). Soalan jelas nak kenakan kerajaan tapi dijawab Dr Zakir Naik dengan senyum dan penuh rasa syukur yang seharusnya terdapat dalam jiwa kita sebagai rakyat Malaysia.Betapa bersyukurnya kita bila pelajar di negara lain 'struggle' tapi pelajar di negara kita di bantu kerajaan hingga ke kos pembelajaran yang terlalu mustahil bagi pelajar negara lain.



Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan dia mndapat tepukan gemuruh olh hadirin (geng student)...



Dr Zakir tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame your government,"...



Soalan makan diri. Itulah bila jiwa tidak bersyukur hingga kesalahan sendiri pun kerajaan yang nak menanggung nya.....fikir -fikirkan lahhh...


Apr 10, 2016

Guruh Berdentum Di Langit, Hujan Tidak Turun



Pembangkang di Sarawak lantang bersuara membantah dasar yang di lakukan kerajaan. Bagai nak rak suara mereka berkempen dan menghambur kenyataan yang negatif tentang kerajaan. Hebat memang hebat jika bab pembesar suara sudah diberi kepada pembangkang.

Tetapi apa faedah semuanya kepada rakyat. Hanya laungan lantang yang tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Setakat juara bersuara di tanah lapang belum tentu akan membela nasib rakyat. Bagaikan anjing menyalak bukit tetapi bukit masih utuh berdiri.

Pembangkang melaungkan kononnya mereka adalah hero perjuangan tanah NCR tetapi pada samanya mereka hero mendapat sumber pendapatan daripada rakyat apabila kes NCR dibawa ke mahkamah. Adakah begitu boleh dikatakan berjuang sedangkan rakyat yang menanggung segala kos di mahkamah?

Terlalu bijak pembangkang manipulasi isu NCR kerana ramai dikalangan wakil rakyat pembangkang berlatar belakangkan seorang peguam. Ternyata pembangkang bijak menangguk di air yang keruh. Episod akhirnya rakyat yang menanggung segala bebanan kos guaman.

Sudah sekian lama NCR menjadi agenda politik pembangkang dan ramai juga rakyat terpengaruh dan mereka ini terus ketinggalan dalam segala dasar yang berteraskan rakyat yang diusahakan oleh kerajaan Barisan nasional. Kerajaan bertindak membuat satu mekanisma yang terbaik bagi menyelesaikan masalah NCR selama ini dan ada di kalangan rakyat sudah menikmati faedah hasil daripada usaha kerajaan.

Pembangkang masih juga membawa isu NCR yang dikitar semula. Bercakap mengenai NCR dan terus bercakap isu yang sama. Sehingga kini pembangkang tiada idelistik yang mampu menyelesaikan masalah NCR malah pembangkang hanya mampu memenuhi kantong poket mereka hasil masalah NCR. Bak kata orang tua dulu-dulu, Guruh berdentum dilangit tetapi hujan tidak juga turun.

Fakta Sejarah Yang Menarik Berkenaan Tanah Adat (NCR) Sarawak.



Apa yang berlaku di Sarawak pada hari ini adalah hal berkenaan Tanah Adat (NCR) yang sering dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang. Setiap kewujudan undang-undang dan kanun berkenaan tanah sudah pasti ada sebab musabab yang berlaku kerana faktor sejarah membentuk segala susun atur urusan dengan begitu sistemetik dan terurus.

Berikut pembaca boleh mengenali sejarah pembentukan kanun tanah adat yang telah didapati dari sejarah sebenar :

15.08.1839 - Pengembara laut, Sir James Brooke hadir buat pertama kali ke bumi Sarawak. Waktu ini, Sarawak cuma meliputi bahagian Kuching sahaja dan tertakluk kepada pemerintahan Kesultanan Brunei.

01.08.1842 - 3 tahun selepas lawatan pertama, Sir James Brooke dilantik sebagai Rajah Sarawak oleh Sultan Brunei atas jasanya menamatkan perang saudara di Sarawak (Bahagian Kuching) pada waktu itu.

27. 09. 1863 - Rajah James Brooke keluar dari Sarawak untuk kali terakhir menjadikan Sir Charles Brooke sbg Rajah Sarawak yang kedua. Tahun 1863 amat penting kerana dalam tahun inilah Undang-undang Tanah yang pertama bagi negeri Sarawak diwujudkan. Ia berbentuk Rajah Order dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, hanya mengawalselia pentadbiran tanah yang mudah. Namun, konsep NCR belum lagi dibicarakan. Surat hakmilik tanah untuk tempoh 900 tahun dikeluarkan dalam zaman ini.

26.08.1870 - Sarawak Gazette mula dikeluar dan diedarkan. Ia adalah penerbitan rasmi kerajaan Sarawak dari 1870 hingga sekarang. Semua undang-undang bertulis akan diterbitkan melalui Sarawak Gazette dan penguatkuasaan undang-undang bertulis di Sarawak bermula dari tarikh penerbitannya / pewartaannya. Ia kemudiannya ditambahbaik melalui keluaran bersiri dalam format yang sama seperti sekarang semenjak 16.06.1908.

01.12.1882 - Penerbitan Land Ordinance kali pertama. Pentadbiran tanah pada zaman ini adalah dibawah Pejabat Residen dan Daerah. Pengeluaran geran dibawah Jabatan Pertanian. Urusan pindahmilik dibawah jendalian Mahkamah Sivil. Urusan ukur pula dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Agak kompleks urusan pentadbiran tanah pada waktu itu.

02.07.1915 - Penamatan "Malaysian Concession" di Goebilt. Konsesi tanah pertanian kpd syarikat dari Malaya yg mengguna nama "Malaysia" telah wujud sebelum 1915 lagi. Mungkinkah inspirasi penubuhan negara Makaysia datang dari "syarikat" ini?

24.05.1917 - Pertabalan Sir Charles Vyner Brooke sebagai Rajah Sarawak yang ketiga. Banyak undang-undang tanah diperkenal, disusun semula serta dikuatkuasakan semasa era Rajah Charles Vyner Brooke ini.

1918 - Penubuhan Jabatan Tanah Dan Survei. Urusan pemprosesan permohonan tanah di Pejabat Residen dan Daerah, urusan pendaftaran dan pindahmilik di Mahkamah Sivil serta urusan pengukuran di Jabatan Kerja Raya telah disatukan dibawah Jabatan Tanah dan Survei.
1925 - Jabatan Tanah dan Survei dipecah kepada dua iaitu Jabatan Tanah untuk urusan pentadbiran tanah manakala urusan ukur terletak dibawah Jabatan Survei.

07.02.1926 - "Aerial Survey" buat pertama kali dilaksanakan oleh Jabatan Survei. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kawasan yang sudah dibangunkan dengan kawasan yang belum diusahakan. Isu NCR sudah mula dibangkitkan dan disusun ubdang-undang berkenaan dengannya. Isu NCR bukan isu sekarang sahaja tetapi sudahpun wujud sejak 1926 lagi.

1933 - Percantuman semula Jabatan Tanah dan Jabatan Survei nenjadi Jabatan Tanah dan Survei. Percantuman semula ini disertai penubuhan Cawangan baru iaitu Cawangan Perancangan selain dua Cawangan asal iaitu Cawangan Tanah dan Cawangan Survei. 3 Cawangan tertua ini wujud di JTS hingga sekarang. Dalam tahun 1970an, Cawangan Penilaian diwujudkan. Urusan penilaian tanah di JTS sebelum itu adalah dilakukan oleh Cawangan Tanah.

22.06.1933 - Order No. L-7 yang juga dikenali sebagai Land (Settlement) Ordinance 1933 diperkenalkan. Undang-undang ini memperakui kewujudan NCR tetapi hanya dalam ruang lingkup undang-undang bertulis. Amalan secara adat dihadkan.

16.12.1941 - Sarawak dijajah Jepun.

11.09.1945 - Sarawak dimerdekakan dari penjajahan Jepun tetapi masih lagi kekal dibawah Rajah Charles Vyner Brooke.

01.07.1946 - Detik hitam melanda apabila Sarawak diserahkan oleh Rajah Charles Vyner Brooke kepada Kerajaan British sebagai salah sebuah jajahan British. Sejak dari itu, kemasukan pegawai-pegawai British dari India, Australia dan New Zealand bertambah secara mendadak di bumi Sarawak.

1948 - The Land (Classification) Ordinance 1948 diwujudkan. Undang-undang mengawalselia NCR dimaktubkan di dalam undang-undang ini.

01.01.1958 - Penguatkuasaan The Land Code (Chapter 81) yang memansuhkan semua undang-undang tanah yang digubal sebelum tahun 1957. The Land Code (Chapter 81) inilah yang menjadi kanun tanah utama negeri Sarawak hingga ke hari ini dan sudah beberapa kali melalui beberapa proses pindaan.

Jelas sekali bahawa undang-undang bertulis tentang hal ehwal tanah sudahpun wujud 1863, iaitu kira-kira 150 tahun yang lampau. Beberapa siri undang-undang inilah yang mendasari proses kerja dan sistem pentadbiran tanah di Sarawak, hingga ke hari ini.

Rakyat Sarawak harus memahami fakta sejarah Tanah Adat (NCR) Sarawak yang sebenar dan tidak mengikuti hasutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang. Sebgai sebuah negeri yang berdaulat, undang-undang atau kanun-kanun tertentu digubal agar segala permasalahan berkenaan tanah dapat diselesaikan secara sistematik.

Apr 7, 2016

VIDEO:Sarawak State Elections: CM announces SUPP candidates





KUCHING: Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem announced 10 candidates to run in the upcoming state elections in the Chinese majority areas at 2.20pm  (Apr 6).
The 10 Sarawak United People’s Party (SUPP) candidates include Datuk Senator Dr Sim Kui Hian for Batu Kawah, Peter Pau (Padungan), Wilfred Yap (Kota Sentosa), Milton Foo (Pending), Sebastian Ting (Piasau), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Lee Kim Shin (Senadin), Lo Khere Chiang for Batu Kitang, Chieng Buong Toon for Bukit Assek and Francis Harden for Simanggang.
Adenan will announce Repok candidate on Friday (Apr 8) when he visits the area on that day.
Meanwhile, SUPP recommended Adam Yii for Pujut and Michael Tiang for Pelawan.
No members from UPP had been spotted yesterday

Program Penyukatan Tanah Adat (NCR) Inisiatif Baru



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mewartakan program penyukatan tanah NCR dan rakyat perlu mematuhi setiap kanun tanah bagi mengesahkan pemilikan tanah NCR mereka.

Program sebegini memang menguntungkan rakyat yang memiliki tanah yang selama permasalahan berkaitan tanah tersebut tidak menemui jalan penyelesaian. Adenan telah memberi peluang yang besar kepada pemilik tanah agar pemilikan tersebut sah dan tidak akan dapat dipertikaikan.

Maslah yang elanda program tersebut apabila pemilik tanah lebih gemar mendengar hasutan pihak pembangkang. Hasutan sebegini akan merugikan pemilik tanah itu sendiri kerana sampai bila pemilik tidak akan mendapat status tanah yang sah.

Ada pula masalah berlaku apabila pemilik tanah menghalang agrnsi kerajaan untuk menyukat tanah apabila penyukatan tersebut adalah untuk membenarkan kerajaan merampas tanah mereka. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku disebabkan penyukatan tersebut adalah menentukan tanah tersebut akan menjadi milik sah pemilik dan bukan kerajaan hendak merampas tanah.

Yang ketara menjadi masalah adalah pemilik akan membesarkan lagi sempadan tanah mereka dan melibatkan tanah orang lain. disitu pertengkaran akan berlaku menyebabkan kata putus tidak tercapai. Pimilik tanah perlu sedar dalam kanun tanah ada menyebut pemilik tanah hanya boleh memohon tanah sekadar yang keperluan.

Untuk menjayakan agenda rakyat tersebut, rakyat harus bersatu dan bekerjasama dengan kerajaan agar masalah tanah NCR selama ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Tidak perlu mendengar kata-kata hasutan daripada pihak lain khususnya pembangkang kerana ia akan merugikan pemilik itu sendiri jika urusan sepatutnya sukar untuk diselesaikan.-Sarawakiana

Apr 6, 2016

Sarawak State Elections: CM announces SUPP candidates


KUCHING: Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem announced 10 candidates to run in the upcoming state elections in the Chinese majority areas at 2.20pm today (Apr 6).

The 10 Sarawak United People’s Party (SUPP) candidates include Datuk Senator Dr Sim Kui Hian for Batu Kawah, Peter Pau (Padungan), Wilfred Yap (Kota Sentosa), Milton Foo (Pending), Sebastian Ting (Piasau), Sih Hua Tong (Batu Lintang), Lee Kim Shin (Senadin), Lo Khere Chiang for Batu Kitang, Chieng Buong Toon for Bukit Assek and Francis Harden for Simanggang.

Adenan will announce Repok candidate on Friday (Apr 8) when he visits the area on that day.

Meanwhile, SUPP recommended Adam Yii for Pujut and Michael Tiang for Pelawan.

No members from UPP had been spotted as of 2pm today.

Sarawakian Kho Jabing to be hang in Singapore, wants family to accept his fate


SINGAPORE: “Accept the decision” were the words from Kho Jabing to his family after Singapore’s Court of Appeal (COA) unanimously dismissed his appeal against his death sentence today.
Contacted by Bernama, Kho’s younger sister, Jumai Jabing said she and her mother were allowed to see Kho in prison for about three hours after the COA’s decision in the morning.
Jumai and her mother Lenduk Baling arrived here yesterday for the COA’s decision on his appeal and will be leaving for home this Saturday.
“We are considering writing again to the President of Singapore to spare my brother the death sentence. We admit we might not get a favourable decision. But we will still try,” she said.
It was reported before that Kho had once made an appeal for clemency but it was turned down by Singapore President Tony Tan last October, on the Cabinet’s advice.
Jumai said Kho also asked that his body be brought to Miri, Sarawak and buried at the nearest Muslim cemetery once the sentence was carried out.
“If it should come to that…. we (the family) hope the Malaysian High Commission here will help to make the arrangements,” said Jumai, who is from Ulu Baram, Sarawak.
According to her, the family was not informed of the date of his execution.
Kho, 31, had been sentenced to hang six years ago for killing a man in a robbery attempt before making an appeal in 2013, following amendments to the mandatory death penalty.
Following that, he was re-sentenced to life imprisonment with 24 strokes of the cane.
However, the prosecution had appealed, urging the Court of Appeal to reverse the re-sentencing judge’s decision and send Kho back to the gallows.
In November 2015, his lawyer launched a criminal motion to reduce his sentence and was granted a stay on his sentence for the lawyer to prepare his case again.
Kho and fellow Sarawakian Galing Anak Kujat had reportedly killed construction worker Cao Ruyin during a robbery attempt in Geylang Drive. — Bernama

Apr 5, 2016

Sentimen Anak Tempatan



Pilihanraya semakin dekat dan masalah calon masih menjadi perhatian seluruh masyarakat Sarawak.

Namun Ketua Menteri sudah mengumumkan calon bagi mewakili kawasan masing-masing dn ada juga kawasan yang masih menjadi teka teki siap yang bakal menjadi calon.

Selepas pengumuman calon telah dilakukan oleh Adenan, terdengar desas desus ketidak sesuaian calon yang telah diumumkan oleh Adenan yang menjadi bualan masyarakat. Yang pasti calon luar memang tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Apa yang diperkatakan ialah calon yang mereka inginkan adalah datang daripada penduduk asal kawasan berkenaan kerana memudahkan mereka untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat jika terpilih menjadi calon.

Sentimen calon anak tempatan semakin menular dibibir masayarakat setempat dan ia adalah satu impian yang mereka inginkan. Namun hakikatnya sesiapa yang diumumkan oleh Adenan adalah yang terbaik walaupun bukan datang daripada anak tempatan.

Terserah kepada pengundi kerana mengundi tiada unsur paksaan untuk memilih calon. Adenan sudah jelas menyatakan bahawa rakyat harus bersatupadu untuk mengundi Barisan Nasional bagi memberi mandat yang lebih besar agar Adenan mampu membawa Sarawak lebih cemerlang.

INI BUKAN SOAL RM2.8 JUTA SAHAJA TETAPI RM59JUTA-ABDUL RAHMAN DAHLAN


1.      Dalam sidang parlimen pada 23 Mac 2016, saya mendedahkan satu bukti berhubung tanah yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Sebelum ini, kawasan tanah tersebut telah ditetapkan untuk Fasa 2 projek perumahan mampu milik di Taman Manggis, Pulau Pinang ("tanah").

2.      Bukti yang dikemukakan pada tarikh itu menunjukkan wujud kemungkinan berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada pihak ketiga.

3.      Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak : RM70,643,628.00.

4.      Perjanjian susulan hasil jualan ini antara lain berkait antara satu sama lain dan adalah mengikut undang-undang terhadap satu perjanjian, yang menyebut :

a)     Penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan

b)     Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000.

5.      Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat – KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti.

6.      Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.

7.      Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta.

8.      Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah, melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.

9.      Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian ini, kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman Manggis.

10.  Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih RM1,000 kaki persegi.

11.  Selepas pendedahan saya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyarakan ialah tanah ini kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.

12.  Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa.

13.  Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan kelulusan?

14.  Adakah terma piawaian ini telah dipadam dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan KLIDC?

15.  Tanah ini pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi – satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga pasaran.

16.  Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan.

17.  Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta – jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta sementara projek teras masih belum dibangunkan.

18.  Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pejabat saya  menyerahkan perjanjian jual beli yang telah didedahkan hari ini kepada SPRM dan PDRM – berserta pelbagai dokumen yang telah kami bongkar. Kami berharap dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.


Kenyataan Media

Abdul Rahman Dahlan

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional


April 5, 2016


Apr 1, 2016

VIDEO:Notis Pembubaran DUN Sarawak Diserah Kepada SPR





Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengadakan sidang media berhubung tarikh pembubaran DUN Sarawak. Menurut Asfia beliau sudah menerima surat yang sudah ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 31 Mac 2016 berkenaan dengan pembubaran DUN.Turut hadir pada sidang media yang diadakan di Kompleks DUN ialah Timbalan Speaker DUN Datuk Roland Sagah Wee Inn.












VIDEO:Dewan Undangan Negeri Sarawak Dibubar 11 April 2016




Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu DUN Sarawak bakal dibubar pada 11 April 2016 semasa sidang media di Wisma Bapa Malaysia Kuching.