Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Oct 31, 2016

RAKYAT SARAWAK TIDAK PERLU GUAN ENG UNTUK MENGURUS TADBIR



Kenyataan Media Pemuda PBB (Susulan Kenyataan LGE di Konvensyen DAP di Sibu)
Rakyat Sarawak tidak memerlukan Lim Guan Eng untuk mengajar pucuk kepimpinan Sarawak mengenai cara bagaimana untuk mengurus tadbir negeri itu, apa lagi cara untuk memperjuangkan hak Sarawak.
Ini kerana YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem awal-awal lagi sudah memperjuangkan hak Sarawak dengan menuntut hak dan autonomi daripada Kerajaan Pusat seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan rundingan berterusan dengan Kerajaan Pusat masih lagi berjalan.
Malah usaha ke arah itu telah mendapat maklum balas yang positif daripada Kerajaan Pusat dengan tertubuhnya satu jawatankuasa khas. Jawatankuasa itu dibentuk oleh Peguam Negara dan Peguam Negeri bagi merangka hak-hak yang perlu dikembalikan kepada Sarawak dan dijangka mendatangkan hasil pada hujung tahun ini atau pada tahun hadapan.
Justeru tidak perlu untuk Lim Guan Eng cuba untuk 'mengajar' pucuk kepimpinan Sarawak. Setiausaha Agung DAP itu sepatutnya fokus pada menjelaskan kepada rakyat di Pulau Pinang berkenaan pendakwaan yang beliau hadapi sendiri di Mahkamah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.
Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu telah membuktikan kewibawaan YAB Ketua Menteri Sarawak apabila diberikan mandat besar oleh rakyat Sarawak yang sekaligus menolak pakatan pembangkang termasuk DAP.
Sejak menerajui Sarawak juga Tan Sri Adenan Satem telah membawa banyak perubahan demi kesejahteraan rakyat di Bumi Kenyalang, malah kerajaan negeri telah berjaya menterjemahkan dasar-dasar yang diumumkan dalam bentuk tindakan yang diterima baik oleh rakyat Sarawak. Pembangunan Pan Borneo, persetujuan UMNO tidak akan masuk ke Sarawak dan pemansuhan status kaum 'lain-lain' dalam borang kerajaan adalah bukti usahasama erat antara negeri dan persekutuan.
YAB Ketua Menteri Sarawak secara berterusan dan konsisten juga sentiasa memperjuangkan hak-hak negeri Sarawak dan kelebihan Sarawak adalah perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dijalankan dalam semangat satu keluarga kerajaan Barisan Nasional (BN).
Lim Guan Eng sebenarnya sudah tidak berkeyakinan terhadap DAP Sarawak dan kenyataan beliau itu dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian dari janji-janjinya di pulau pinang seperti menyelesai masalah banjir serta hanya berniat jahat untuk merenggangkan hubungan baik kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Ini lah budaya politik murahan DAP.
Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta seluruh rakyat Sarawak akan sentiasa berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri dan akan menentang habis-habisan mana mana pihak yang cuba mengga ggu gugat kesejahteraan, keamanan dan kestabilan politik yang dikecapi selama ini.
YB Ripin Lamat
Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak
31 Okt 2016

Benarkah Kedah Juara Piala Malaysia Kerana Jasa Mukhriz?



Semalam, rakyat negeri Kedah bersorak gembira apabila pasukan bola sepak mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas menumbangkan Selangor 6-5 dalam penentuan sepakan penalti pada aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Biarpun semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hadir di stadium memberikan sokonngan kepada barisan pemain, masih ada cakap-cakap nakal bahawa kemenangan itu adalah kerana sumbangan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berada di bawah naungan Mukhriz, mereka hanya berjaya menjadi juara Liga Perdana tetapi gagal menjadi juara Piala Malaysia musim lalu.

Sepanjang menjadi Presiden KFA juga, Mukhriz tidak pernah memberikan sesuatu yang istimewa kepada rakyat negeri Kedah berkaitan bola sepak.

Berbeza dengan Ahmad Bashah, tidak lama selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Mukhriz, beliau terus memberikan tiket percuma kepada menyaksikan perlawanan Kedah melawan Terengganu.

Selain itu, ketika menjadi Presiden KFA dan Menteri Besar pun, Mukhriz sering tiada di Alor Setar untuk meninjau keadaan negeri dan pasukan bola sepak sebaliknya banyak berada di Kuala Lumpur.

Pada perlawanan akhir semalam, kedua-dua pasukan seri 1-1 sepanjang 120 minit masa perlawanan termasuk masa tambahan 30 minit.

Gol Kedah dijaringkan oleh Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-51 mendahului kedudukan sebelum disamakan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-59.

Bagi rakyat Kedah, ini baru permulaan kepada keputusan besar pentadbiran Ahmad Bashah di dalam KFA dan di mana letaknya ruang untuk sumbangan dari Mukhriz?

Kita mungkin hanya menantikan masa selepas ini, Kedah bakal menjadi juara Liga Super dengan Ahmad Bashah selaku penaung KFA.

Beliau berjaya akhirnya membawa Kedah merangkul piala paling berprestij bola sepak Malaysia itu untuk kali kelima semalam.

Kemenangan itu juga mematikan impian Selangor untuk mendapatkan kejuaraan ke-34 mereka dalam kancah Piala Malaysia.

Piala Malaysia semalam adalah hasil usaha Bashah bukan Mukhriz. Usahlah menumpang nama di sebalik kejayaan orang lain.

Tulisan :
Beruang Biru
BB110, Isnin
31 Oktober 2016

Oct 27, 2016

SHAFIE PERLU SEMAK FAKTA SEBELUM ULAS TENTANG 1MDB -RAHMAN DAHALAN


Bekas ahli UMNO Datuk Shafie Apdal perlu menyemak dahulu fakta sebelum bercakap mengenai 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), kata Datuk Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas berkenaan dakwaan Shafie bahawa 1MDB telah menjual 60% daripada sahamnya kepada China.

 “Beliau tidak mempunyai pemahaman tentang saham mahupun apa yang berlaku dalam 1MDB. Apa yang beliau katakan adalah berdasarkan emosi dan fakta yang tidak berasas,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Rahman Dahlan, yang juga mengetuai Unit Perancang Ekonomi (UPE), menjelaskan bahawa 40% daripada keseluruhan saham adalah milik 1MDB, manakala baki lagi 60% telah dijual kepada dua entiti.

 “Entiti tersebut ialah Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway.

 “Kini daripada jumlah 60% tersebut dikongsi oleh kedua-dua entiti tersebut, IWH memegang 60% manakala China Railway hanya memegang sebanyak 40%.”

 “Jadi ia bermaksud 40% dipegang oleh Kerajaan dan 36% oleh IWH, Kerajaan Malaysia atau Rakyat mempunyai 76% daripada saham tersebut,” katanya.

Beliau menambah lagi oleh itu, China hanya memegang 24% kepentingan dalam 1MDB.

Apabila ditanya, Rahman Dahlan mengakui bahawa ia adalah satu langkah yang berisiko untuk membenarkan China hanya membuat bayaran pada tahun 2020.

 “Risiko memang selalu ada. Tetapi ia bergantung pada keadaan dan syarat-syarat perjanjian,” katanya.

OLEH D. KANYAKUMARI


Terjemahan oleh: KKMM

Oct 26, 2016

1MDB : Husni Jawab, Husni Tanya



Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.

Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Selain itu pada yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburah milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.

"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas bual bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.

Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.

Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.

Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.

Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.

Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.


Oct 25, 2016

TQVM MAHATHIR, THIS MEANS THAT THE SOUTH KOREANS WERE PULLING AWAY FROM US



Former finance minister said he was concerned about Malaysia and gave the example of South Korea which had overtaken Malaysia in GDP per capita from 1980 onwards.

He cited the development of South Korea against Malaysia.

He said their gross domestic product per capita was USD1,711 in 1980 while Malaysia’s was USD1,770.

“We were higher.”

In 1990, he said South Korea’s GDP per capita was USD6,642 and ours was USD2,549.

He said now South Korea’s GDP per capita has gone up to USD27,000.

If you look at the GDP per Capita growth rates, for the entire period between 1980 to 2009, South Korea's GDP per Captia growth rates was higher than Malaysia - except 2 years in 1993 and 2003.

This means that the South Koreans were pulling away from us.

Thank you very much, Mahathir.

It is only from the year 2010 onwards that Malaysia has had a sustained period where our GDP growth is higher than South Korea where we are narrowing the gap.

For the year 2016 and 2017, we should also have higher GDP per capita growth than South Korea where they are expected to grow 2.8% and 2.7% respectively while Malaysia is expected to record 4.2% and 5%.

---
https://www.google.com/publicdata/explore?ds=d5bncppjof8f9_&met_y=ny_gdp_pcap_cd&idim=country:KOR:JPN:USA&hl=en&dl=en#!ctype=l&strail=false&bcs=d&nselm=h&met_y=ny_gdp_pcap_kd&scale_y=lin&ind_y=false&rdim=region&idim=country:KOR:MYS&ifdim=region&tstart=278006400000&tend=1445616000000&hl=en_US&dl=en&ind=false

Oct 24, 2016

MELAMPAU KAH KOS RM85 JUTA SETAHUN UNTUK PERMATA JIKA BENAR???



Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta. Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.



Kini mereka menuduh bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada. Mereka sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan ini termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan "Top STEM talent" di Akademi Sains Negara. Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.



Andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 KANAK-KANAK WARGA MALAYSIA yang merupakan MODAL INSAN dan menjadi TERAS MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA dianggap MELAMPAU?? Dimana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun.

Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk PEMBANGUNAN MODAL INSAN?

Tepuk dada tanya selera.


Pegawai Khas PM
Datuk Rizal Mansor

Oct 21, 2016

BAJET2017: BAJU MELAYU WARNA `PINK FUCHSIA’ JADI PILIHAN PM


Ramai yang meneka warna baju yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada pukul 4 petang ini.
Jika dilihat pada tahun-tahun sebelum ini, beliau akan memilih baju melayu berwarna terang, sesuai untuk membangkitkan `mood’ ketika mengumumkan perkara-perkara penting dalam bajet selain menambahkan lagi aura Perdana Menteri.

Kali ini beliau memakai baju berwarna `pink fuchsia’ iaitu warna merah jambu tetapi seakan-akan ungu.
Sesuai dengan matlamat bajet iaitu mensejahterakan rakyat, warna ini memberikan energi positif kepada Najib tatkala seluruh rakyat Malaysia menantikan pengumuman-pengumuman menarik untuk mereka.
Apakah warna fuchsia ini? Ia adalah warna pokok fuchsia, iaitu nama pokok yang diambil sempena nama botanis Jerman, Leonhart Fuchs, pada kurun ke-16.
Warna fuchsia mula diperkenalkan sebagai warna pewarna  baru yang dikenali sebagai fuchsine dan ia telah dipatenkan pada tahun 1859 oleh ahli kimia Perancis Francois-Emmanuel Verguin.
Namun pewarna ini telah ditukar nama magenta pada tahun yang sama, untuk meraikan kemenangan tentera Perancis di Pertempuran Magenta pada 4 Jun 1859, berhampiran bandar Magenta di Itali.
Berdasarkan pengkaji warna, fuchsia ini melambangkan kasih sayang dan lebih utama ia memberikan semangat kepada si pemakainya.
Kalau berdasarkan kepada psikologi warna pula, merah seperti ini adalah tanda harapan dan warna positif yang memberikan inspirasi, dengan segala-galanya akan menjadi baik-baik sahaja.
tv14.my

BUKAN MEMBERONTAK CUMA MENUNTUT HAK- VETERAN TENTERA


Lebih 500 veteran tentera seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hari ini hadir ke bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Kehadiran veteran tentera yang juga anggota Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN) itu bertujuan menyerahkan memorandum bagi membela kebajikan dan mengiktiraf jasa mereka.
Mereka yang bergerak dari kediaman masing-masing sekitar tengah malam tadi tiba di Kuala Lumpur seawal jam 9.00 pagi dengan menaiki bas serta kenderaan persendirian.

Mereka sebelum ini mengemukakan tuntutan sama dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara.
Hadir dari seluruh pelosok negara, mereka membawa bendera negeri masing-masing selain kain rentang yang tertera lima tuntutan.
Malah, ada juga veteran yang kehilangan upaya hadir dan rata-ratanya memakai pakaian hitam tertera nama PAHLAWAN.

Meskipun berkerusi roda dan bertongkat mereka kelihatan begitu bersemangat memperjuangkan nasib mereka.
Mereka juga turut berarak dari Masjid Putra, Putrajaya ke pintu masuk Jabatan Perdana Menteri sambil melaungkan "Hidup Pahlawan".
Setibanya kumpulan veteran tentera itu di bangunan Jabatan Perdana Menteri yang difahamkan seorang pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersedia untuk bertemu dengan wakil PAHLAWAN.
Lima tuntutan
Usai bertemu dengan pegawai perdana menteri kira-kira lebih sejam itu presidennya, Asri Buang bertemu dengan media bagi menjelaskan pertemuan tersebut.
Asri berkata pada pertemuan itu beliau mengemukakan lima tuntutan.
Kata Asri, tuntutan utama PAHLAWAN itu adalah peningkatan kadar bayaran pencen kepada bekas anggota tentera selaras dengan kenaikan gaji anggota tentera semasa.
Menurut Asri, pihaknya juga menuntut beberapa faedah daripada kerajaan supaya kehidupan pesara anggota tentera akan lebih terjamin memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.
“PAHLAWAN turut menuntut kerajaan memberi imbuhan RM6,000 setiap tahun kepada anggota tentera tidak berpencen.
“Kita juga cadangkan hak mewariskan pencen pesara kepada waris terdekat selepas kematian pesara terutama kepada isteri haruslah diberi untuk sepanjang hayat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum lima tuntutan tersebut kepada wakil pihak perdana menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
Asri berkata, lima tuntutan itu adalah susulan pengumuman Kementerian Pertahanan pada 15 Februari lalu berhubung pelarasan gaji baharu anggota tentera yang sedang berkhidmat dengan kenaikan gaji baharu berkuat kuasa Julai lalu.
'Tak hadir sebagai pemberontak'
Katanya, sekretariat itu juga akan menuntut penyeragaman pencen anggota tentera berstatus pencen hilang upaya (PHU) dan ex-gratia kepada semua veteran orang kurang upaya (OKU).
“Kami juga menuntut kerajaan menyediakan sebidang tanah atau rumah mampu milik kepada bekas tentera bagi mengenang jasa perajurit yang selama ini berkorban nyawa mempertahankan kedaulatan negara hingga kita dapat menikmati kemakmuran seperti hari ini,” katanya.
Kata Asri, sejumlah 103,000 pesara tentera khususnya yang bersara selama ini telah meninggalkan wang sebanyak 11 peratus dan juga dividen di dalam Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Yang mana jumlah potongan dan dividen itu dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Angkatan Tentera selama mana mereka berkhidmat.
Namun, Asri berkata sehingga hari ini tidak ada kenaikan pencen yang dibuat secara khusus oleh KWAP.
"Sekarang ini veteran yang bersara meninggalkan 15 peratus dividen lebih banyak dari sebelum ini di mana seorang anggota yang berpangkat sarjan akan meninggalkan wang sejumlah RM80,000.
"Jumlah itu cukup banyak tetapi jelas sekarang kami adalah jutawan tetapi hidup tentera ini seolah-olah merempat di negara sendiri. itu yang menyedihkan kita," kata Asri dengan nada sebak.
Bagaimanapun, Asri berkata beliau optimis dengan hasil pertemuan bersama wakil perdana menteri hari ini di mana Najib akan mempertimbangkan tuntutan mereka itu.
"Saya optimis PM akan melayan tuntutan kita dan kami hadir ke sini bukan sebagai pemberontak tetapi kami hadir kerana ingin menuntut hak kami, sebab kita ada tinggalkan wang kita sebanyak 11 peratus dan dividen dalam KWAP," tambah Asri.

Oct 17, 2016

'Kami Merinduimu, Kolonel Gaddafi', Tangis Rakyat Libya yang ditimpa Kesusahan



Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Mahommed, seorang rakyat Libya berusia 31 tahun telah menuturkan kata-kata yang mencerminkan perasaan negaranya secara umum.

Dia berkata, "Saya menyertai revolusi pada hari pertama dan menentang Gaddafi. Sebelum tahun 2011, saya sangat membenci Gaddafi. Tetapi sekarang, hidup menjadi jauh lebih sukar, dan saya telah menjadi peminat nombor 1 beliau."

Negara ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam kos makanan, gaji tidak berbayar untuk beberapa bulan, kebangkitan keganasan IS dan gangguan elektrik yang semakin teruk.

Tiada apa-apa yang bertambah baik selepas Gaddafi dan negara dapat melihatnya sekarang. Mahmoud, seorang lagi rakyat Libya menyuarakan kekecewaannya dengan kesan negatif daripada revolusi itu.

 "Kami telah mempunyai tujuh kerajaan sejak 2011 dan apakah yang telah mereka capai? Satu-satunya perkara yang kami boleh lihat ialah tong sampah baru kerana salah satu kerajaan awal telah meletakkan tong besar baru di seluruh Tripoli. Kami masih mentertawakan tong sampah itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu-satunya pencapaian revolusi itu."

Libya yang sebenar berakhir dengan kematian Gaddafi

Seorang pekerja minyak yang bernama Harun berkata penyingkiran Gaddafi "jelas merupakan satu kesilapan kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi dan kami memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa, yang sebenarnya tidak ada.

"Orang Barat tidak sabar-sabar untuk mengebom tetapi memberhentikan misi untuk membina semula runtuhan yang ditinggalkan selepas pengeboman itu. Rakyat Libya dibiarkan untuk memikirkan demokrasi yang telah lebih daripada empat dekad tidak mereka miliki yang mengakibatkan pelbagai kumpulan cuba merebut kuasa menggunakan cara ketenteraan.

Aktivis politik, Fadiel memberitahu Dailymail, walaupun "ia kini sepatutnya menjadi lebih baik daripada masa Gaddafi," semua yang tinggal hanyalah "huru-hara dan pergaduhan antara satu sama lain, keadaan menjadi kacau-bilau."

Seorang lagi rakyat Libya yang bercakap mengenai keadaan di negara itu dengan berani berkata, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Kami bukanlah sebuah negara lagi, kami telah menjadi hanya kumpulan suku kaum, dan bandar-bandar yang berperang. Sebelum ini, hanya terdapat satu Gaddafi tetapi kini kita mempunyai enam juta Gaddafi kecil."

Negara ini mempunyai tiga kerajaan yang semuanya tidak bersedia untuk berkompromi. Terdapat dua kerajaan tetapi satu lagi telah diwujudkan dalam negara ini oleh Barat melalui PBB.

Negara ini sangat terbahagi sehingga seorang bekas diplomat Libya direkodkan berkata, "Negara ini telah terbahagi. Kami mempunyai dua kerajaan negeri, dua parlimen, dua bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara. "

Seolah-olah ini tidak mencukupi, IS juga telah memegang teguh bandar Sirte untuk beberapa ketika menyebabkan kebimbangan bahawa ini akan menjadi kilang aktiviti pengganas menghasilkan pejuang pelampau jihad yang tegar.

Barat bagaimanapun telah bertindak membantu mendapatkan kembali beberapa tanah dari pejuang IS.

Serangan terkini oleh Amerika Syarikat adalah satu bentuk serangan udara pada 1 Ogos.

Kuasa-kuasa lain sangat berahsia tentang campur tangan mereka tetapi kumpulan militan baru, Benghazi Defence Brigades telah membunuh tiga rakyat Perancis pada Julai 2016.

Anggapan yang salah tentang revolusi

Bekas diplomat Abdusalem bukanlah seorang yang objektif tetapi maksud kata-kata beliau adalah sukar untuk dibidas.

Beliau berkata, "Apa yang dipanggil revolusi adalah dusta semata-mata. Kami rakyat Libya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan perkataan revolusi. Kami telah berlindung di bawah Gaddafi selama 42 tahun. Ia bukanlah revolusi Libya, ia adalah revolusi NATO kerana mereka mahu menyingkirkan Gaddafi."

Walaupun ia adalah sedikit keterlaluan kerana ada beberapa orang yang benar-benar mahu Gaddafi digulingkan, ia adalah benar bahawa NATO telah memutarbelitkan tujuan sebenarnya dan menggunakan alasannya sendiri tanpa mengambil kira masa depan negara ini.

Obama mengakui ia bukan lagi campur tangan atas sebab-sebab yang betul tetapi telah menjadi satu keadaan yang diakibatkan oleh agenda Sarkozy (dari Perancis) dan Cameron (dari Britain).

Cameron juga diperintah untuk bertanggungjawab ke atas huru-hara di Libya yang berlaku disebabkan laporan baru-baru ini oleh badan perundangan negara itu.

Walaupun NATO berkata ia campur tangan untuk melindungi orang awam, Salem, seorang pelajar perubatan berusia 26 tahun daripada Tripoli telah berkata, "Jauh lebih ramai orang telah terbunuh sejak 2011 daripada semasa revolusi atau di bawah 42 tahun pemerintahan Gaddafi jika digabungkan. Kami tidak pernah mempunyai masalah seperti ini di bawah Gaddafi. "

Dianggarkan terdapat lebih 1,700 kumpulan bersenjata yang meningkat akibat daripada "revolusi"; kini politik di Libya tidak boleh ditentukan dengan undi tetapi dengan senjata api dan bom. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Demokrasi yang mereka harapkan masih belum tiba dan lebih teruk lagi, tidak ada kedamaian dan organisasi pengganas yang paling besar ketika ini cuba untuk menubuhkan pangkalannya di negara ini.

Memetik kata-kata seorang rakyat, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi".

Moral cerita. Pimpinan BN sekarang jauh lebih baik dari Gaddafi,masalahnya masih ada yang ingin tumbangkan secara haram kerajaan yangg telah dipilih secara demokrasi ini. Perhimpunan HARAM BERSIH sebagai satu contoh puak tajaan barat ingin hancurkan bumi Malaysia yang aman damai ini.

#TolakBersih5

Oct 12, 2016

APA NASIB ANWAR????



Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan pihak pembelaan agar kuorum bersidang menarik diri daripada mendengar permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati permohonan Datuk Seri Gopal Sri Ram tiada merit.

Sehubungan itu, mahkamah tertinggi negara meneruskan prosiding semakan dengan mendengar penghujahan Sri Ram.

Hakim Zulkefli berpendapat, panel bersidang tidak akan bersikap berat sebelah ketika mendengar permohonan itu dan memberi jaminan akan berlaku adil kepada Anwar berdasarkan fakta dan keterangan kes yang dikemukakan.

Sebelum semakan didengar,  Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan membantah kuorum bersidang dan memohon satu panel lain mendengar semakan tersebut.

Sri Ram berhujah, alasan permohonan itu merujuk kepada komen yang dibuat oleh Hakim Zulkefli ketika memutuskan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan ‎Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff tidak akan digunakan sebagai bukti dalam permohonan semakan Anwar.

Hakim Zulkefli ketika memutuskan demikian telah membuat komen lanjutan bahawa perbicaraan kes Anwar di Mahkamah Tinggi serta rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah adil. - UTUSAN ONLINE

VIDEO:KELAB EKPLORASI 7 BENUA JUAL NOMBOR PENDAFTARAN KHAS GT BAGI KUTIP DANA...




Selepas menawarkan nombor plat unik Gagasan Satu Malaysia (G1M), kini satu lagi plat pendaftaran istimewa dengan abjad ‘GT’ ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).

Presidennya, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, nombor plat Generasi Terbilang (GT) diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu menjayakan projek yang dijalankan oleh KE7B dalam melakar nama negara di peringkat antarabangsa.

“Penjualan plat GT ialah bagi mengumpul dana KE7B dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam misi-misi besar negara membabitkan bidang sukan ekstrim dan projek penjelajahan eksplorasi di seluruh dunia.

“KE7B diberikan mandat oleh Perdana Menteri untuk mengendalikan urusan penjualan serta pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan Malaysia telahpun memberikan sokongan dan meluluskan plat Generasi Terbilang ini.”

Muqharabbin berkata demikian ketika dalam satu sesi latihan fizikal fasa kedua, membabitkan aktiviti memanjat bukit Tabur, di sini, sebagai penyesuaian untuk misi penjelajah ekspedisi merentas Kutub Utara 2017.

Turut hadir dalam sesi latihan adalah Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohkhles serta dua lagi wakil negara, Shahrom Abdullah dan Irwan Yusoff.

Menurut Muqharabbin, nombor pendaftaran istimewa ini ditawarkan sebanyak 9,999 nombor untuk dipilih, dengan harga rizab minima untuk nombor biasa bermula dari RM1,000 hingga RM200,000 untuk ‘GT1’.


“Orang ramai boleh membida nombor plat kenderaan Generasi Terbilang (GT) yang dibuka dengan harga permulaan bernilai RM1,000, bermula sekarang hingga 31 Oktober ini.

“Jika anda berjaya dalam tender berkenaan, anda perlu mendaftarkan nombor pendaftaran berkenaan ke kenderaan anda sebelum berakhirnya 2017 di Pejabat JPJ Cawangan Wangsa Maju,” katanya.

Nombor pendaftaran baharu istimewa ini pastinya akan menarik minat ramai pemilik kereta berprestasi tinggi dengan lencana GT seperti Mustang GT, GT-R, Continental GT dan banyak lagi.

Setakat ini, nombor pendaftaran ‘PATRIOT 1’ merupakan nombor pendaftaran istimewa paling mahal pernah dijual di Malaysia dengan harga RM1.308 juta dibeli oleh individu yang tidak mahu dikenali.

Manakala untuk nombor pendaftaran biasa yang paling mahal pula ialah nombor ‘F1’ yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dengan harga RM836,660.

Untuk maklumat lanjut berkaitan nombor plat GT, anda boleh menghubungi Setiausaha KE7B, Zulaikha di talian 016-9035130/03-27762462 atau terus mengunjungi laman rasmi mereka di www.platgt.com. – MYNEWSHUB.CC



Oct 10, 2016

TULANG DAN RAMBUT DALAM PERUT BUAYA YANG BERJAYA DI TANGKAP


Seekor buaya jantan berjaya di tangkap di Sungai Samarahan bersaiz besar sepanjang 4.4 meter dengan berat kira-kira 600 kg apabila termakan umpan susulan operasi akibat kehilangan seorang penduduk tempatan Ismadi Osman bulan lepas.Dan apabila di belah perutnya terdapat beberapa tulang dan rambut di jumpai dalam perut buaya berkenaan
Operasi yang dilakukan oleh Pasukan Tindakan Pemindahan Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SEC) itu dilakukan melibatkan jarak perairan antara Kampung Pinang hingga ke Kampung Endap, memfokus kepada kawasan dalam radius lapan kilometer (km) dari lokasi mangsa diserang,” jelas satu kenyataan akhbar daripada SFC semalam.
“Ujian forensik lanjut akan dijalankan di makmal oleh pihak berkuasa berkaitan bagi menentukan sama ada tulang dan rambut adalah milik manusia,” tambah kenyataan itu.
Operasi memburu dan membunuh buaya besar di Sungai Samarahan akan diteruskan kerana ia dilihat membahayakan manusia.
Pemantauan perairan di kawasan berkenaan juga akan dilakukan bagi meredakan kebimbangan penduduk yang takut dengan kelibat reptilia ganas itu.
SFC turut meminta penduduk yang tinggal di persekitaran Sungai Samarahan agar lebih berjaga-jaga ketika menggunakan sungai berkenaan.

Layakkah Alif Syukri Ulas Tentang Ekonomi?

Agak mengejutkan bagaimana seorang jutawan kosmetik, secara tiba-tiba muncul bercerita tentang isu ekonomi. Dalam ulasan yang diterbitkan dalam laman sosial Facebook, Alif Syukri terlajak laris menyentuh mengenai kelembapan ekonomi yang melanda negara sehinggakan perniagaannya dikatakan agak terjejas.

Lebih teruk lagi, beliau menggambarkan keadaan ekonomi di Thailand jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Dalam entri yang sama, beliau turut menzahirkan perasaan sedih melihat kehidupan orang Melayu di Australia yang beliau sifatkan sebagai hamba di negara orang.

Jika melihat kepada ulasan ekonomi yang beliau nyatakan, timbul persoalan, apakah kelayakan beliau untuk bercerita tentang keadaan ekonomi negara sekarang? Jika melihat kepada latar belakangnya pendidikannya sendiri, beliau bukanlah seorang yang cukup arif untuk mengulas tentang ekonomi.

Tanpa beliau sedar, keadaan kelembapan ekonomi yang melanda negara hari ini, turut membabitkan lebih 160 buah negara di dunia yang kesemuanya bersandarkan kepada mata wang Dollar Amerika dan keadaan pasaran minyak semasa.

Hari ini, kejatuhan harga minyak mentah dunia telah menyumbang kepada kelembapan ekonomi dunia. Perkara ini tidak terkecuali dengan Malaysia di mana asas ekonomi negara masih lagi bergantung kepada hasil minyak walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi.

Jika beliau mengandaikan perniagaan D’Herbsnya mengalami penurunan, pernahkah beliau melihat semula strategi perniagaannya sendiri? Hari ini, ramai pembeli yang berpotensi melihat keberkesanan sesuatu produk melalui pengiklanan. Jika strategi pengiklanan sendiri masih ditakuk lama dan dianggap “poyo”, sedikit demi sedikit, orang ramai mula menjauhi produk jualannya.

Mentafsirkan Thailand sebagai sebuah negara yang lebih kukuh ekonominya, merupakan satu tanggapan yang silap. Dikalangan negara Asia Tenggara hari ini, Thailand merupakan antara negara yang terpaksa membuat pinjaman dalam skala besar untuk memulihkan ekonominya.

Thailand juga memerlukan semua tenaga pakarnya untuk membantu menaikkan semula ekonominya. Namun, sesuatu yang harus Alif Syukri dan semua orang faham, masih ramai lagi penduduk Thailand yang datang bekerja di Malaysia terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan ada antara mereka menjadi tukang masak di restoran-restoran dan hotel-hotel terkemuka.

Menyentuh tentang penghijrahan sekelompok rakyat Malaysia ke Australia, semua itu dilakukan atas inisiatif sendiri. Kerajaan hari ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa iklan untuk menggalakkan rakyat negara ini berhijrah ke Australia untuk menjadi buruh kasar termasuk bekerja di ladang-ladang epal.

Apa yang dilakukan oleh kelompok ini adalah pilihan mereka sendiri tanpa ada sebarang paksaan.

Ini bukanlah lambang kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Sehingga kini, rakyat Malaysia masih mampu untuk membeli belah dan hidup seperti biasa walaupun negara dan seluruh dunia hari ini mengalami kelembapan ekonomi.

Jika negara ini benar-benar bermasalah, mana mungkin Alif Syukri mampu mengumpul kekayaan termasuk menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama dengan harga RM 300,000 untuk isterinya serta memiliki deretan kereta dan rumah-rumah mewah hasil daripada perniagaan kosmetiknya?

Beliau seharusnya sedar, apa yang dinikmatinya hari ini hasil daripada penjimatan rakyat Malaysia yang membeli produknya. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau wajar mencari kaedah lain untuk mempelbagaikan perniagaannya.

Bukan bertindak mencari Facebook dan meluahkan “kesengsaraannya” yang dilihat ramai sebagai cara untuk meraih `populariti' semata-mata.

Tulisan:
Beruang Biru
BB78, Isnin
10 Oktober 2016

MEREKA YANG TIDAK BOLEH URUS EKONOMI AKAN MAINKAN ISU PERKAUMAN, GUAN ENG HENTAM PAS

Hari ini, Lim Guan Eng menggunakan data Jabatan Perangkaan untuk menghentam PAS dan Kelantan dengan mengatakan Kelantan mempunyai KDNK per kapita paling rendah di antara semua negeri.

Lim Guan Eng telah menggunakan data ini untuk mendakwa bahawa kerajaan negeri PAS tidak tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi mereka dan terpaksa memainkan isu perkauman - yang telah dilaporkan dalam artikel Mkini hari ini: 'Mereka yang tidak boleh menguruskan ekonomi, akan memainkan isu perkauman' ": http://www.malaysiakini.com/news/358424

Lim Guan Eng bangga semasa menggunakan perkara ini untuk menghentam PAS dan Kelantan.

Walau bagaimanapun, Tokong tidak menyebut bahawa berdasarkan statistik dan data yang sama yang beliau gunakan hari ini, Pulau Pinang berada di kedudukan yang paling bawah dari segi asas peratus pertumbuhan KDNK Negeri per kapita sejak 2007.

Sementara KL lebih daripada dua kali ganda, KDNK Pulau Pinang per kapita hanya meningkat 44.5% dan telah didahului oleh Labuan!

Malah, Kelantan mencatatkan pertumbuhan lebih cepat daripada Pulau Pinang pada pertumbuhan sebanyak 73.9% - jauh melintasi Pulau Pinang yang hanya 44.5%.

Lebih membimbangkan bagi rakyat Pulau Pinang yang ditipu itu adalah berdasarkan kadar pertumbuhan semasa, Pulau Pinang tidak lama lagi akan didahului oleh Sarawak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Lim Guan Eng telah gagal. DAP telah gagal.

Tetapi propaganda DAP terus menipu rakyat Pulau Pinang dengan propaganda RBA dan penipuan kenyataan akhbar yang berterusan sementara negeri itu terus tenggelam dan kilang-kilang semuanya menutup operasi di negeri itu.

Seperti yang Lim Guan Eng hari ini katakan, “Mereka yang tidak boleh menguruskan ekonomi, akan memainkan isu perkauman".

Tidak hairanlah superman DAP Hew Kuan Yau mahu menggunakan Melayu untuk memaku Melayu untuk menyaksikan persembahan yang terbaik dalam seumur hidup.

-------------
2007: https://www.statistics.gov.my/images/stories/files/LatestReleases/gdp%20negeri/Jadual_5.pdf

2015:
https://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=102&bul_id=Y1NNYUhXOG14MTNQeEpCbXJVNURkZz09&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09

Bekas pesuruhjaya PAS Perlis dilantik Mursyidul Am baru

Majlis Syura Ulama PAS hari ini memutuskan untuk melantik bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am baru parti itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

Pelantikan itu dibuat selepas pemangku jawatan tersebut Datuk Ahmad Yaakob menolak untuk menerimanya ekoran komitmen terhadap kerajaan negeri Kelantan.

Menurut Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, lantikan itu dibuat selepas mengambil kira alasan kukuh yang diberikan Ahmad, selain mahu individu lain yang dapat memberi nasihat kepada Kelantan.

"Mesyuarat Majlis Syura Ulama memutuskan pengganti kepada Datuk Haron Din adalah Haji Hashim Jasin dari Perlis.

"Pelantikan ini adalah cadangan daripada pemangku mursyidul am Datuk Ahmad Yaakob dan cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad menolak untuk dilantik sebagai Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama dapat menerima alasan-alasan iaitu kesibukan beliau untuk mengurus kerajaan Kelantan. (Dan) memerlukan seorang Mursyidul Am yang boleh memberi nasihat kepada Kelantan," katanya kepada Antarapos selepas selesai bermesyuarat hampir dua jam.

Menyuarat tersebut turut disertai Ahmad dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hashim, 77, memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis selama 37 tahun iaitu bermula tahun 1971 sehingga 2008. 

Bekas ADUN Sanglang itu kini menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS. 

Ahmad sebelum ini menolak untuk mengambil alih jawatan tertinggi parti itu, dan mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak berbanding dirinya.

Kerusi itu kosong selepas Allahyarham Haron meninggal dunia pada 16 September lalu akibat komplikasi jantung, di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.

Sebelum ini pemerhati politik berkata, Ahmad keberatan untuk menerima jawatan itu kerana dua penyandangnya sebelum ini, Allahyarham Haron dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah individu yang disegani dan ramai pihak meletak harapan yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang akan menggantikan mereka kelak.

Oct 9, 2016

PANAS!!!!! PUTERI UMNO DIHINA WARGA EMAS



MEMANG melampau tindakan seorang seorang warga emas yang sering mengkritik kerajaan serba serbi tak kena telah menuduh seorang Puteri Umno serta beberapa orang wanita lagi sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan(GRO). Beliau sering memuatnaik status yang mengkritik kerajaan di media sosial. Apa sahaja langkah kerajaan tetap salah di mata beliau.
Beliau telah memfitnah seorang Exco Puteri Umno sebagai GRO yang boleh di langgan dan dibayar secara harian telah mendorong mangsa tersebut membuat satu laporan polis.
Walaupun warga emas ini telah memadam status menghina serta memfitnah Exco tersebut dari laman facebook miliknya, salinan asal status telah menjadi viral di laman media sosial dan ini bakal menjadi bukti kukuh atas kesalahan jenayah siber tersebut.
Sekeping foto Exco Puteri turut diletak di ruangan komen bagi meyakinkan pembaca yang melayari garismasa di facebook beliau. Tuduhan berat ini sebenarnya menghina kedudukan Exco tersebut yang telah bersuami dan sewajarnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau.
Benarkah semua Exco Puteri Umno bekerja sebagai GRO sebagaimana dakwaan penyokong pembangkang ini? Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM) sewajarnya memandang berat tuduhan serta pelbagai fitnah yang telah Zaharin lemparkan bukan sahaja kepada individu tertentu malah Perdana Menteri serta isteri juga turut tidak terlepas dari fitnah beliau.
Lelaki ini turut menuduh seorang lagi wanita yang mempunyai suami sebagai GRO yang boleh di hubungi melalui individu yang beliau tuduh sebagai ‘Boss’ kepada wanita tersebut.
Menurut sumber, beliau menyerang pemain media sosial dengan tujuan untuk mencari ‘dana’ bagi membiayai satu kes saman di Mahkamah yang sedang beliau hadapi.
Pergerakan Puteri Umno Malaysia seharusnya memandang serius fitnah terhadap salah seorang Exco kerana tuduhan beliau menggambarkan keseluruhan Puteri Umno boleh di bayar bagi mendapat khidmat seks. Ketua Puteri Umno juga perlu mendesak lelaki ini untuk membuktikan tuduhan beliau yang secara tidak langsung menghina seluruh ahli Puteri Umno Malaysia.
  • PRU14.tv

Oct 7, 2016

Sebab kenapa Mahathir tidak akan berpeluang untuk mengalahkan Najib


Masalah dengan ahli sejarah ialah mereka adalah manusia dan manusia mempunyai perasaan, emosi, pendapat, prasangka, suka, benci dan sebagainya. Pendek kata, manusia adalah berat sebelah dan akan melihat sesuatu dari sudut atau perspektif tertentu dan biasanya akan memihak kepada satu pendapat berbanding pendapat yang lain.

Sebagai contoh, saya telah membaca buku yang ditulis mengenai Chin Peng dan buku-buku yang ditulis oleh Chin Peng. Saya juga telah membaca buku yang ditulis mengenai Lee Kuan Yew dan buku-buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yew. Walaupun semua buku mungkin bercakap tentang peristiwa yang sama, kesimpulan atau tafsiran peristiwa-peristiwa ini mungkin berbeza.

Mari kita ambil satu peristiwa sebagai contoh, pembunuhan Henry Gurney pada 7 Oktober 1951 di sepanjang Jalan Kuala Kubu ketika beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser untuk mesyuarat.

Buku yang saya baca sebelum ini berkata pembunuhan itu telah dirancang dengan baik dan bahawa Chin Peng mempunyai mata-mata atau perisik dalam Cawangan Khas. Kemudian, saya membaca dari memoir Chin Peng sendiri bahawa serangan itu hanya kebetulan. CT sebenarnya telah menunggu selama tiga hari dan hampir berputus asa dan pulang ke rumah apabila mereka mendengar bunyi enjin kereta dan mula menembak.

Mereka benar-benar tidak tahu siapa yang telah mereka bunuh sehingga hari berikutnya apabila mereka mendengar berita. Kemudian barulah mereka sedar bahawa mereka telah membunuh lelaki penting Tanah Melayu tanpa merancang pun untuk berbuat demikian. Ia hanyalah satu serangan rambang.

Tetapi selama beberapa dekad kita semua percaya bahawa salah seorang pegawai Cawangan Khas Cina adalah perisik (sebenarnya, orang nombor dua dalam CPM adalah perisik) dan orang Cina ini telah mengkhianati kerajaan. Dan itulah sebabnya orang Melayu tidak pernah meletakkan kepercayaan perkhidmatan tentera atau perisikan ke dalam tangan orang Cina. Ini adalah kerana anda tidak pernah tahu orang China memihak kepada siapa.

Jadi, bolehkah anda lihat bagaimana sejarah yang diputarbelitkan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hubungan antara kaum? Semasa saya seorang kanak-kanak, orang tua-tua selalu memberitahu kami untuk tidak pernah mempercayai orang Cina. Mereka semua Komunis tanpa pengecualian. Dan jika kami bertengkar dengan rakan-rakan Cina kami, kami akan menghina mereka dengan memanggil mereka 'Kominis'.

Apa-apa pun, kami semua kanak-kanak ketika itu dan bukan sebijak kanak-kanak pada masa kini. Tetapi akhirnya kami keluar daripada kepompong kepercayaan sesat itu.

Kemudian adanya sejarah 'rasmi' tentang bagaimana Tsar Alexander I mengalahkan Napoleon dan menghalaunya kembali ke Paris. Kita membaca cerita-cerita ini di sekolah dan saya juga mengambil kursus di Oxford untuk mengkaji tempoh sekitar tahun 1800-an, yang dikenali sebagai 'Zaman Revolusi.

Walau bagaimanapun, saya ingin memberi jaminan bahawa apa yang kita telah diajar tidak sepenuhnya betul dan terdapat banyak bahagian yang tidak diceritakan dalam cerita itu. Sebagai permulaannya, dalam perang pertama, Perancis menewaskan Rusia dan Alexander, seperti seorang penakut, terpaksa meminta untuk berdamai. Dan sebab mengapa Rusia kalah adalah kerana Alexander tidak mendengar nasihatnya dan beliau memecat semua jeneral dan penasihatnya.

Dalam perang kedua dengan Perancis, Alexander membenarkan seorang yang bijak dalam hal ketenteraan, General Kutuzov, yang sangat dihormati oleh seluruh negara dan semua rakyat, untuk mengambil alih. (Imej Alexander telah menurun kerana beliau kalah dalam peperangan yang pertama dan terpaksa merendahkan dirinya di hadapan Napoleon sementara Kutuzov memberi inspirasi kepada rakyat, yang juga mendorong orang bawahan untuk keluar dan berjuang untuk Rusia).

Kutuzov bertemu Napoleon di sempadan Rusia tetapi beliau tidak berperang dengan tentera Perancis. Beliau mengarahkan tenteranya untuk berundur sedikit demi sedikit dan berundur hanya di luar julat senjata. (Walau bagaimanapun, mereka tidak berundur di luar julat meriam, oleh itu ramai tentera Rusia telah diletupkan oleh meriam. Tetapi peluru senjata lain tidak sampai kepada tentera Russia).

Apabila Alexander mendengar bahawa tentera Rusia telah berundur dan tidak menentang Perancis, beliau marah. Beliau mahu Kutuzov diseret kembali ke Moscow dan ditembak atas sebab pengkhianatan. Tsarina, bagaimanapun, menenangkan Alexander dan berkata Kutuzov hanya membawa tentera Perancis lebih jauh ke dalam Rusia supaya mereka tidak dapat melepaskan diri.

"Kemudian, apa?" Alexander merungut, "Buka pagar Moscow dan biarkan Perancis masuk?" Jikalaulah Alexander tahu pada masa itu bahawa sindiran beliau bersempadan dengan ramalan masa depan.

Count Rostopchin dan tenteranya telah memegang Moscow sementara Kutuzov dan tenteranya menentang Perancis di medan perang. Tetapi semakin Perancis mendekati Moscow, dan Kutuzov masih lagi tidak menghalang mereka daripada mara, Rostopchin memberitahu semua orang untuk meninggalkan Moscow dan membakarnya. Kremlin dan semua bangunan awam utama, termasuk gereja dan biara, sama ada telah diletupkan atau dibakar.

Apabila Alexander mendengar berita ini beliau hampir diserang sakit jantung. Tsarina cukup bijak untuk tidak membuka mulutnya, seperti masa yang lalu, jika tidak, Alexander mungkin akan menembak beliau.

Apabila Kutuzov sampai ke Moscow empat hari kemudian, beliau mendapati ianya telah ditinggalkan dan 75% daripada bandar itu telah dibakar. Jadi beliau berarak melalui pintu depan Moscow dan keluar pintu belakang. Tetapi beliau meninggalkan beberapa orang gerila untuk menunggu tentera Perancis dan kemudian membakar seluruh bandar sebaik sahaja tentera Perancis berada di dalamnya.

Napoleon dan 'Grand Armee' sampai ke Moscow dan mendapati hanya runtuhan yang tinggal. Tiada langsung makanan atau tempat berlindung (malah tiada juga kuda) dan musim sejuk pula bakal tiba. Jeneral Perancis, Armand de Caulaincourt, memberi keterangan ini dan berkata kepada jeneral lain bahawa mulai saat itu, mereka semua adalah orang yang telah mati dan tidak akan pulang ke rumah mereka lagi.

Apa yang Napoleon sepatutnya lakukan pada 18 September 1812 itu adalah untuk melakukan u-turn dan kembali ke Perancis sebelum musim sejuk datang. Tetapi Napoleon begitu yakin bahawa beliau telah menang, jadi beliau memberitahu tenteranya untuk mendirikan khemah dan tunggu.

Tunggu untuk apa? Tunggu Alexander datang merayu untuk keamanan seperti sebelum ini. Tetapi Alexander berada 400 batu dari situ di Saint Petersburg. Dan Grand Armee Napoleon tidak mungkin boleh berarak 400 batu dalam suhu -30 darjah tanpa makanan dan tempat berlindung di sepanjang perjalanan. Dan kerana mereka berfikir bahawa mereka akan pulang ke rumah di Perancis sebelum musim sejuk, mereka hanya membawa pakaian musim panas bersama-sama mereka.

Apa yang Napoleon boleh lakukan hanyalah untuk tunggu musim sejuk berlalu dan tunggu untuk musim panas atau tunggu sehingga Alexander menghantar utusan untuk berunding untuk keamanan. Tetapi musim sejuk berlalu dan utusan Alexander tidak pernah sampai. Sementara itu, kebuluran dan kesejukan telah membunuh tentera Perancis beribu-ribu setiap hari.

Pada 18 Oktober 1812, Napoleon memberitahu jeneral beliau bahawa mereka semua tahanan. Kita semua adalah tawanan Alexander dan Moscow adalah penjara kita, kata Napoleon. Kemaskan barang-barang, kita akan pulang ke rumah, Napoleon berkata kepada tenteranya.

Dan ketika Napoleon berarak pulang ke rumah di Perancis, Rusia mula menyerang dan membunuh mereka satu per satu. Tentera Perancis sangat lemah sehinggakan mereka tidak dapat membawa senapang mereka, yang mereka tinggalkan di sepanjang jalan.

Napoleon kehilangan 400,000 daripada 685,000 Grand Armee beliau.

Apa-apa pun, anda mungkin tertanya-tanya 'apakah tujuan cerita ini?'. Jawapannya adalah mudah. Alexander telah kalah dalam peperangan yang pertama dengan Perancis dengan jumlah kematian tentera yang banyak dan turut jatuh maruahnya. Dalam perang kedua, beliau membiarkan jeneral beliau mengetuai peperangan dan membuat semua keputusan. Beliau tidak bersetuju dengan keputusan Jeneral Kutuzov untuk berundur kembali ke Moscow dan dengan keputusan Count Rostopchin untuk membakar dan meninggalkan Moscow. (Malah, Alexander menangis apabila beliau mendengar berita itu).

Tetapi keputusan ini menyebabkan kekalahan Perancis. Kemudian, kira-kira 130 tahun kemudian, Hitler melakukan perkara yang sama yang Napoleon lakukan dan Stalin melakukan perkara yang sama yang Kutuzov lakukan dan Hitler mengalami nasib yang sama seperti yang Napoleon lalui.

Moral cerita ini adalah mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan itu.

Sekarang mari kita kaitkan perkara itu dengan peristiwa hari ini. Tun Dr Mahathir Mohamad fikir beliau sedang memburu Perdana Menteri Najib Tun Razak. Mahathir fikir beliau membuatkan Najib berlari menyelamatkan diri. Najib, bagaimanapun, hanya mengumpan Mahathir lebih dalam hingga ke titik di mana Mahathir tidak boleh berpatah balik lagi.

Mahathir fikir Najib sudah tidak boleh terlepas lagi. Mahathir kini menyedari bahawa ia adalah sebaliknya. Tetapi ianya sudah terlambat untuk berundur kerana walaupun jika anda berundur anda akan mati di sepanjang perjalanan. Napoleon terus hidup dengan meninggalkan tenteranya dan kembali ke Paris menggunakan kuda yang pantas. Jika Mahathir mahu mengelakkan kematiannya, beliau juga mesti meninggalkan tenteranya dan melarikan diri dengan pantas.

Jadi mari kita lihat sama ada Mahathir akan mengalami nasib yang sama seperti Napoleon atau seperti Hitler. Seorang meninggalkan tenteranya dengan melarikan diri manakala seorang lagi meninggalkan tenteranya dengan membunuh diri. Lebih penting lagi, Mahathir memanggil Najib pengecut kerana tidak berani untuk keluar dan berdepan dengan beliau. Najib, bagaimanapun, berdiam diri supaya 'jeneral' beliau boleh merangka strategi dan berjuang dengan kempen yang berkesan untuk menentang Mahathir dan memenangi pertempuran dan akhirnya memenangi perang.

Mahathir menggunakan kebanggaan dan keegoan sebagai strategi beliau sementara Najib menggunakan pemikiran yang pintar dan akal fikiran. Sejarah telah mengajar kita banyak kali tentang yang akan yang muncul sebagai pemenang dalam pertempuran seperti itu.

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 6 Oktober 2016.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/why-mahathir-does-not-stand-a-chance-against-najib/

Oct 6, 2016

“FCUK YOU Australia's Daily Telegraph”- Kami adalah rakyat Malaysia yang keras kepala dan tidak pandai berjenaka?


Anda memakai bendera kami sebagai pakaian dalam dan separuh bogel untuk menunjukkannya - menyinggung perasaan warga tempatan.
Anda orang kaya, berkuasa atau orang yang rangkaian yang luas dan saya mengesyaki (begitu juga ramai lagi yang lain termasuk wartawan Australia) yang anda semua melakukan perkara ini secara sengaja.
Ini adalah apa yang wartawan Australia lain yang lebih wajar turut mengatakan:
"Walaupun kebanyakan mereka belajar di sekolah elit dan segelintir belajar tentang hubungan kerajaan dan antarabangsa di universiti, mereka menunjukkan kejahilan tentang keperluan untuk rakyat Australia menghormati undang-undang, sensitiviti dan simbol negara-negara yang mereka lawati."
"Namun begitu, seseorang mungkin berfikir bahawa mungkin berbogel dalam keadaan mabuk di sebuah negara Islam adalah satu perkara bodoh yang tidak perlu dilakukan, walaupun tanpa menambah penghinaan kepada penghinaan yang sedia ada dengan menutup kemaluan seseorang dengan lambang negara tuan rumah anda.”
"Mungkin ia adalah lebih baik untuk tidak menggunakan bendera sebagai pakaian sama sekali. Melainkan jika anda sengaja cuba untuk memprovokasi orang, anda mungkin perlu menjangkakan akan mendapat beberapa balasan yang menarik,"
"Sedikit akal fikiran dan pemahaman akan membawa seseorang untuk pergi jauh. Mereka bukannya budak sekolah tetapi orang dewasa, dan mempunyai tanggungjawab pekerjaan, termasuk seorang sebagai penasihat menteri. Mereka seharusnya mempunyai fikiran yang lebih panjang."

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 6 Oktober 2016.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/purposely-provocative-or-harmless-prank-australian-media-split-over-flag-we

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Oct 5, 2016

Air Tiada: Azmin Lagi Teruk Dari Khalid Ibrahim


Semalam, kira-kira 1.8 juta penduduk di empat daerah di Hulu Langat, Kuala La­ngat, Petaling dan Sepang terpaksa berdepan sekali lagi dengan gangguan bekalan air.

Semuanya gara-gara penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk kali keempat.

Puncanya adalah akibat pencemaran bau yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Batu 22 1/4, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.

Persoalan di sini ialah, sampai bila masalah pencemaran ini akan berlaku?

Penduduk tidak mahu tahu bagaimana ia akan diatasi tetapi mereka mahu melihat masalah itu selesai dan apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasinya.

Jika ia disebabkan oleh pencemaran, tidak adakah pihak berkuasa negeri yang menjalankan pemantauan terhadap syarikat-syarikat tersebut atau kilang-kilang haram yang beroperasi di Selangor?

Kenapa begitu kerap loji air ditutup? Itu persoalan penduduk yang sudah bengang dengan keadaan ini yang tertanya-tanya di mana tanggungjawab kerajaan negeri dalam isu air ini?

Apa yang pasti ia mencerminkan kegagalan urus tadbir sumber alam oleh kerajaan negeri Selangor.

Hakikatnya jutaan penduduk tidak peduli dengan isu sabotaj hingga mengakibatkan pencemaran, malah mereka juga tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi. Mereka mahu penyelesaian segera kerana air adalah keperluan asas dan utama rakyat.

Jangankan urusan harian, pesakit di hospital juga terjejas akibat ketiadaan air. Bayangkan bomba Selangor terpaksa menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke Hospital Serdang (HS) yang terputus bekalan air.

Tidak dapat digambarkan bagaimana sukarnya keadaan pesakit dan kakitangan hospital dalam berdepan dengan isu ini.

Anak anak kecil di sekolah terpaksa membawa air ke sekolah, seorang 5 liter untuk menukar pampers dan mandi. Semua kedai diserbu untuk membeli air mineral botol besar.

Satu botol besar 2 liter harga air adalah RM2.50, yang 5 liter lagi tinggi harganya. Tidak mengapa, rumah Azmin tidak mengalami gangguan air.

Ketika zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dulu, bukannya tiada isu mengenai gangguan bekalan air tetapi ia biasanya berlaku pada musim kemarau yang menyaksikan empangan kering.

Tetapi pada zaman Datuk Seri Azmin Ali ini, kerap pula krisis air berlaku. Kalau dilihat kepada laporan media, rizab tunai kerajaan negeri Selangor berjumlah RM4 bilion, jadi kenapa ia tidak digunakan bagi mengatasi krisis air ini.

Sebelum ini, setiap kali berlaku krisis air, Azmin akan menuding jari kepada kerajaan pusat berhubung kelewatan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disiapkan padahal projek berkenaan telah lama dicadangkan dan ia sepatutnya dimulakan pada 2010 dan siap pada 2014.

Untuk rekod, projek itu tertangguh selepas 2008 akibat keengganan kerajaan negeri mengeluarkan perintah pem­­­bangunan' 

Azmin juga telah menyalahkan Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Langat 2 kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga.

Mana perginya slogan ‘Peduli Rakyat’ yang sering dilaung-laungkan Azmin Ali? Sering kali apabila berlaku krisis air, jarang beliau dan exco-exconya turun padang untuk melihat krisis air yang berlaku ini.

Ada sesiapa nampak gambar Azmin tengah pandu lori air? Jika ada tolong beritahu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB72, Rabu
5 Oktober 2016

PANAS!!!!!! KUMPUL RM50JUTA: PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN AIR NEGERI SABAH DITAHAN SPRM. RM3 JUTA TUNAI DIRAMPAS!



Akhirnya tembelang Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib sejak 2010 terburai jua. Begitu juga Teo Chee Kong yang dulu Jurutera Bekalan Air Sabah yang kini Timbalan Pengarah. Sejak 2011 dikatakan laporan telah dibuat kepada SPRM namun tiada dakwaan sehinggalah hari ini pegawai kanan itu ditahan menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi tadi.

Turut dirampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Untuk rekod JANS telah memulakan Perkhidmatan Pengurusan Loji Rawatan Air (LRA) secara khidmat luar di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan sehingga seluruh negeri Sabah. Laporan Audit Negara 2014 Siri 2, pernah melaporkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya termasuk peralatan yang rosak dan tidak dibaiki. Pelupusan peralatan, bahan kimia dan enapcemar juga tidak dibuat, serta pegawai kimia tidak mencukupi untuk memantau LRA yang dikendalikan kontraktor, Kata Laporan itu.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Tambah sumber, peruntukan RM3.3 bilion ini hanya merupakan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.
Beberapa siri serbuan telah dibuat SPRM di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat.

Mereka disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.


Rumah adik Ag Mohd Tahir yang sedang dalam pembinaan di Kg Sri Serbang. Seorang Kontraktor yang mendapat kerja di Jabatan Air Negeri Sabah.

Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah sekarang berasal dari Daerah Bongawan Sabah. Adiknya yang mendapat kontrak dari JANS memang kaya raya. Rumah Banglo adiknya sahaja menggambarkan kekayaan keluarganya.

#Nota: Ini bukan kisah ahli politik rasuah. Ini kisah penjawat awam yang kenyang makan akhirnya disalahkan kerajaan. Tahniah SPRM!

Oct 4, 2016

Mengapa Anda Begitu ‘Obvious’?


A Kadir Jasin sangat marah bahawa tanah yang digunakan oleh Vincent Tan dalam pajakan yang diberikan sejak zaman Mahathir telah diambil balik oleh DBKL dan dijual semula kepada orang lain.

Beliau sebenarnya telah menulis satu artikel mengenai kes ini yang mana beliau juga cuba untuk putar belit untuk mempertahankan DAP.

Ahad, 2 Oktober 2016
"Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober. Kalau berminat boleh baca di sini.

Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.

Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai - macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya.

Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu."

Pada asasnya, apa yang Pak Kadir katakan ialah:

"Tanah yang diambil dari seorang Cina yang diberikan sewa murah oleh Mahathir telah dijual kepada pembida tertinggi (yang kebetulan seorang Cina) dalam tender oleh DBKL dan ini dianggap anti-Melayu".

Tambahan lagi, ia dijual oleh DBKL dengan syarat bahawa pemaju bersetuju untuk membina rumah mampu milik di tapak tu.

Mengapa Pak Kadir tidak meroyan walau sekali pun dalam tempoh 16 tahun lalu apabila Vincent Tan telah menggunakan tanah itu dan tidak sekali pun yang anda katakan mengapa tidak diberikan kepada Melayu dan bukannya Vincent Tan?

Mungkin A Kadir Jasin tidak sedar tetapi saya rasa semua orang di Malaysia tahu tentang hubungan yang sangat rapat antara bosnya Mahathir dan Vincent Tan.

Siapa yang Mahathir, satu bulan sebelum bersara, secara langsung memberi lesen pertaruhan sukan eksklusif selama 20 tahun tanpa tender dan tanpa memaklumkan kabinet untuk hanya RM25 juta tetapi kemudian orang itu berpaling dan menjual lesen yang sama untuk harga RM760 juta hanya 3 tahun kemudian? Vincent Tan. http://buletinsengal.blogspot.my/2016/01/rm25-juta-berbanding-rm760-juta.html

Siapakah orang yang menjual kumpulan Hospital Pantai kepada anak Mahathir? Vincent Tan.

Siapa yang mengadakan sambutan ulang mega yang menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk parti hari jadi 90 tahun Mahathir? Vincent Tan.

Siapa yang terus membiarkan Mahathir menggunakan jet peribadinya? Vincent Tan.

Saya faham bahawa A Kadir mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Mahathir (dan juga kroni beliau), tetapi artikel anda adalah terlalu ‘obvious’.

Apa-apa pun, Pak Kadir ... adakah anda tahu berapa banyak sewa tahunan yang dibayar kepada DBKL oleh Vincent Tan untuk tanah taman air itu ketika ia diberikan semasa zaman Mahathir?

Adakah Vincent Tan mendapat tanah itu melalui tender terbuka juga seperti yang DBKL lakukan?

Pergi semak........

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See

http://kadirjasin.blogspot.my/2016/10/mana-lebih-bahaya-cina-dap-atau-cina.html

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

BERSIH 5 Sudah Tidak Anti Rasuah

Sejak penganjuran kali pertama himpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2007, antara yang dituntut oleh NGO ini adalah memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana mereka menuntut sebuah kerajaan yang bersih daripada unsur rasuah.

Sejak dari itu, siri penganjuran demo haram BERSIH ini sentiasa memperjuangkan perkara yang sama selain daripada menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan.

Untuk rekod, BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah, R Sivarasa, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Nasharudin Mat Isa, Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin NGO pro pembangkang yang lain.

Bersih ialah gabungan beberapa NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dengan kerjasama semua parti politik pembangkang serta dibantu secara guamannya oleh Majlis Peguam.

Setelah beberapa siri demo haram BERSIH berlangsung termasuk tahun ini, agenda yang sama sentiasa diperjuangkan namun hakikatnya, keadaan dalaman parti-parti politik yang menyokong perjuangan BERSIH ini sendiri dalam keadaan cukup kotor dan dipenuhi isu rasuah.

Bayangkan, Lim Guan Eng yang secara terang-terangan sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa serta rasuah, masih kekal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan BERSIH seolah-olah enggan memperbesarkan isu berkenaan.

Mungkin bagi BERSIH, ianya adalah isu terpencil melibatkan kerajaan negeri berbanding dakwaan mereka yang mengatakan kerajaan pusat hari ini mengamalkan rasuah.

Menariknya, sehingga hari ini, tiada seorang pun pemimpin BERSIH dapat mengemukakan apa-apa bukti terhadap dakwaan berkenaan.

Berbanding Guan Eng, kesnya sudah secara terang disiasat serta didakwa di mahkamah, namun tiada sebarang tuntutan dari BERSIH untuk mendesak Guan Eng meletakkan jawatan.

Hal yang sama turut memaliti kepimpinan PKR di Selangor di mana Datuk Seri Azmin Ali hari ini diasak dari dalam dan luar parti dengan pelbagai dakwaan rasuah termasuk yang terbaharu, dakwaan rasuah yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli dan Chegu Bard berkaitan Paya Wetland dan DEIG.

Ini juga gagal di terjemahkan oleh BERSIH seolah-olah apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang menyokong BERSIH adalah suci.

Nyata sekali, BERSIH bukanlah sebersih yang disangka. Sebaliknya, perjuangan mereka yang mahu kerajaan bersih dari rasuah hanyalah sekadar retorik politik dan paling utama, BERSIH bukanlah anti rasuah seperti yang mereka perjuangkan.

Yang perlu dibersihkan adalah mereka yang menganjurkan himpunan haram itu. Mereka sebenarnya bukanlah bersih tetapi penuh kekotoran.

Tulisan :
Beruang Biru
BB69, Selasa
4 Oktober 2016

Bekas Pemimpin UMNO Berjaya Jahanamkan Pakatan Harapan


Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan beliau akan menyokong serta bekerjasama dengan Pakatan Harapan, ia sebenarnya secara tidak langsung telah menjahanamkan gabungan pembangkang.

Mungkin ia disedari atau tidak, tetapi hakikatnya perpecahan dalam pakatan sudah mulai dirasai.

Selain Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal turut menjadi penyumbang kepada bibit-bibit perpecahan tersebut.

Jika Mahathir dan dua M yang lain menjadi `perosak' kepada Pakatan Harapan di Semenanjung, Shafie Apdal pula menyumbang kepada keadaan tersebut di Sabah.

Buktinya, pemimpin kanan PKR dan DAP di Sabah telah mengumumkan keluar parti untuk menyertai parti politik baru yang ditubuhkan oleh Shafie.

Mereka ialah Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Selain pemimpin PKR, ADUN Likas daripada DAP, Junz Wong; Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh; Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew dan tujuh lagi Exco DAP Sabah turut meninggalkan parti dan menyatakan soko­ngan kepada Lajim.

Sepatutnya parti baru Shafie ini menarik anggota di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi keadaan menjadi terbalik apabila anggota yang ditarik adalah di kalangan sekutunya.

Begitu juga dengan Mahathir, semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak kerosakan dan keburukan diri sendiri yang didedahkan olehnya.

Kononnya Deklarasi Rakyat akan menambahkan sokongan kepada pembangkang namun hakikatnya ia tidak menjadi.

Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar menjadi pemusnah kepadanya.

BN menang dengan bergaya, melampaui jangkaan Mahathir yang ketika itu turun berkempen di dua PRK tersebut tetapi gagal menarik pengundi untuk beralih kepada Pakatan Harapan.

Apa yang pasti sebelum Mahathir bekerjasama dengan Pakatan Harapan, tidak timbul soal lompat-melompat parti tetapi kini ia menjadi sebaliknya.

Mahathir telah berjabat tangan dengan Anwar di mahkamah bulan lepas dan dua minggu selepas itu, salah seorang wakil rakyat dari PKR telah mengumumkan untuk keluar parti dan menyertai Shafie.

Bukankah mereka sepatutnya menarik pemimpin UMNO untuk sertai parti baru mereka?

Tapi apa yang berlaku mereka pula yang mencuri ahli-ahli parti sekutu mereka. Bahasa mudah ialah Pakatan Harapan sudah `kena game' dengan Mahathir.

Sesungguhnya BN boleh berterima kasih kepada Mahathir kerana memudahkan usaha parti itu untuk memfokus serta memberikan tumpuan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas mengenai kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini.

``Lebih kerap Tun Mahathir turun (berkempen), (ia) lebih menguntungkan BN, saya harap beliau jangan berhenti turun (berkempen) lagi.''

Pada PRK itu, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu meraih majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada pilihan raya umum 2013 di Kuala Kangsar dan memperoleh majoriti 9,191 undi di Sungai Besar berbanding majoriti 399 undi pada 2013.

Pembangkang semakin rosak menjelang PRU14, kini mereka berlumba lumba tubuh parti sendiri. Esok lusa mereka akan berebut kerusi pula sesama mereka. Akhirnya tidak ke mana juga, UMNO juga yang konsisten memperjuang nasib bangsa dan rakyat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB70, Selasa
4 Oktober 2016