Bujang Senang

Bujang Senang

18 Mac 2018

#PRU14 :Formula Calon Langsung Tidak Akan Digunakan PRU14 - Abg Jo

KUCHING: Formula calon langsung Barisan Nasional (BN) tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pengerusi BN Sarawak itu berkata, kesemua calon yang diletakkan pada setiap kerusi parlimen pada PRU-14 ini dipilih dari parti komponen BN sahaja.

"Tidak ada calon langsung kerana ini adalah pilihan raya umum dan semua calon hendaklah dari parti komponen BN.

"Semenanjung dan Sabah juga tidak menggunapakai calon langsung," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan jambatan besi baharu di Kampung Kudei Lama di sini tengah hari tadi.

Tambah Abang Johari, ia juga termasuk calon BN bagi kerusi Parlimen Saratok.

Ditanya mengenai senarai calon BN untu PRU-14 ini, Abang Johari bagaimanapun enggan mendedahkan dahulu.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

0 komentar: